ATUR CARA PENTADBIRAN
MAJLIS ANUGERAH KUALITI AKADEMIK 2017
TARIKH : 3 MEI 2017 (RABU)
MASA : 9.00 – 1.00 PETANG
TEMPAT : SMK KAMPONG JAWA, KLANG
TETAMU
KEHORMAT : Tn Misbahhudin bin Parmin ,
Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 ,
Ketua
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor
BIL
|
MASA
|
PERGERAKAN/ AKTIVITI
|
TINDAKAN
|
1
|
9.00 am
|
Semua AJK bergerak untuk berada di tempat
masing-masing
Semua ahli jawatankuasa sambutan termasuk
penyambut tetamu bersedia
AJK pendaftaran mengambil tempat.
Peralatan siaraya diperiksa.
Aturan dewan dan kebersihan dewan diperiksa
Pendaftaran Ibu Bapa dan Penerima hadiah
|
AJK pendaftaran
AJK Siaraya
AJK kebersiahan
AJK persiapan tempat
|
2
|
9.40 am
|
PENGUMUMAN
“Mohon perhatian ! Mohon perhatian !
Hadirin
dan hadirat dengan segala hormatnya dipersilakan mengambil tempat masing-masing.
Majlis akan bermula sebentar lagi.”
Hadirin sekalian,
Majlis memohon supaya sepanjang majlis telefon
bimbit hendaklah ditutup atau tukar ke mode silent.
Setibanya VIP memasuki dewan, mohon semua untuk
berdiri bagi bersiap untuk menyanyikan lagu Negaraku
|
AJK peralatan
|
3
|
9.50 am
|
- Ketibaan tetamu jemputan
- Jemputan ke ruang menunggu
- Taklimat ringkas aturan perjalanan majlis
|
AJK Penyambut tetamu
En Razak
|
4
|
10.00 am
|
-Pasukan bunga manggar dan pembawa bunga telur berbaris
Guru-guru telah beratur membentuk laluan.
VVIP berjalan di belakang pembawa bunga telur, di
tengah-tengah pembawa bunga manggar. Pasukan kompang berada di belakang VVIP.
VVIP dibawa perlahan-lahan memasuki dewan.
Pembawa bunga manggar hanya berdiri di luar
dewan.
PENGUMUMAN KETIBAAN
“ Mengumumkan ketibaan
Yang Berbahagia Tuan Misbahhudin bin Parmin , Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 , Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber
Manusia Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor mewakili Yang
Berbahagia Dato’ Sarip Bin Ismail , Pengarah Kastam Negeri Selangor, yang diiringi masuk oleh Yang Berbahagia En
Muhamad bin Hasyim Naib Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa , bersama Yang Berusaha , Puan Noraizah Binti Mohd Nor ,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa , dan para Tetamu Khas yang lain.
Sidang hadirin dipohon berdiri ”
Barisan guru dan pasukan kawalan bersurai.
|
Sambutan
AJK persembahan
AJK Protokol
|
5
|
10.05 am
|
VVIP telah sampai di tempat duduk
Pasukan pembawa bunga telur keluar dari dewan.
Buku aturcara dan teks ucapan diberikan kepada
VVIP
NYAYIAN LAGU NEGARAKU
“Sidang hadirin
sekalian,
Nyanyian lagu Negaraku
akan berkumandang sebentar lagi dan hadirin serta hadirat sekalian dijemput
untuk bersama-sama menyanyikan lagu
Negaraku.
Terima
kasih diucapkan dan hadirin dipersilakan duduk.
BACAAN DOA
Membuat
kerabu mencari lokan
Penambah
selera sudahlah tentu
Memohon
doa tidak dilupakan
Diucap
di amin setiaplah waktu
Bagi memberkati majlis pada pagi ini , dengan segala
hormatnya dipersilakan al fadhil ustaz
Mohamad Rashid Bin Mohamad Saleh untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan .”
Setelah tamat bacaan doa, Ustaz Mohamad Rashid b.
Mohamad Salleh akan beredar dari tempat juru acara.
Amin,amin Ya Rabbal
Alamin….Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Mohamad Rashid Bin Saleh atas
bacaan doa itu tadi.
|
Sambutan
Siaraya
Ajk Protokol
|
6
|
10.15 am
|
UCAPAN
ALUAN PENGACARA MAJLIS
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan kami mulakan acara
semoga majlis disambut ceria.
Hinggap minum di tepi
kali,
Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar Cemerlang Sama
dirai ,
Agar Terlaksana Wawasan
Negara.
Bismillahir rahmanir rahim ,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Salam
SMK Kampong Jawa terus cemerlang..
Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan
kehadiran ;
1.Yang Berbahagia Tuan Misbahhudin bin
Parmin ,
Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 , Ketua
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor mewakili Yang Berbahagia Dato’ Sarip Bin Ismail, Pengarah
Kastam Negeri Selangor
2. Yang Berbahagia En Muhamad Bin Hashim Naib Dipertua
PIBG SMK Kampong Jawa
3. Yang Berusaha Pn Noraizah Binti Mohd Nor,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa
4. Yang Berusaha Pn Puziah Binti Tuban, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kg Jawa
5. Yang Berbahagia ASP
Mohd Sukri Bin Ayob, Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Klang
6. Yang Berusaha Tn Hj Muzikir Bin Muhamad,
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kg Jawa
7. Yang Berusaha En Amir Syaifuddin Bin Abdul
Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kg Jawa
8. Barisan Guru Kanan Matapelajaran
9. AJK PIBG , Ibu bapa ,guru-guru
10. Para tetamu jemputan , dan para penerima anugerah yang diraikan sekalian .”
Bersyukur
kita pada pagi yang penuh barakah ini,sekali lagi kita dapat berkumpul di
dalam dewan yang telah dihias indah ini bagi meraikan Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti
Akademik SMK Kampong Jawa tahun 2017
bagi menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah.
Majlis ini amat bersesuaian dengan misi
sekolah untuk melahirkan insan berilmu , berakhlak mulia dan memiliki jati
diri melalui pelaksanaan pengurusan pendidikan yang berkesan dan berkualiti.
Untuk pengetahuan semua,
SMK Kampong Jawa yang telah dipimpin oleh 6 orang pengetua kini giat berusaha
mencapai visinya menjadi menjadi pusat pembelajaran progresif dan cemerlang.
Buktinya , semakin ramai anak didik sekolah ini menunjukkan kehebatannya bukan
sekadar dalam bidang akademik malah dalam bidang kokurikulum hingga ke
peringkat antarabangsa. Di samping itu, terdapat juga anak didik SMK Kampong
Jawa yang kini menceburi bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan ,
pendidikan dan lain-lain.
Pada pagi ini ,
murid-murid SMK Kampong Jawa yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik
akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak sekolah. Bukan itu
sahaja , jasa ibu bapa serta masyarakat setempat yang banyak membantu
memajukan sekolah juga tidak dilupakan.
|
Juruacara
|
7
|
10.20 am
|
UCAPAN
PENGETUA
Para hadirin yang dihormati sekalian
Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan
.Untuk itu ,majlis menjemput dan mempersilakan put Yang Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor Penolong Kanan
Pentabiran SMK Kg Jawa untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala
hormatnya dipersilakan”
(Ucapan tamat )
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor , penolong
kanan pentadbiran SMK Kampong Jawa di atas ucapan sebentar tadi.
|
|
8
|
10.30 am
|
UCAPAN
YDP PIBG
Songket
tenunan dahula kala
Gemersik
indah tenunan mata
Setulis
hati dipersila
Berucap
sepatah dua kata
Sidang hadirin yang
dihormati sekalian,
Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia
En Muhamad Bin Hashim Naib Yang
DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa, untuk menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan .”
(ucapan tamat)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Muhamad
Bin Hashim , Naib
Yang DiPertua PIBG , SMK Kampong Jawa Kampong Jawa di atas ucapan sebentar
tadi.
|
|
9
|
10.35 am
|
UCAPAN
PERASMIAN
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi
Sidang Hadirin yang
dihormati sekalian
“Kini , sampailah pula masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian
Majlis Anugerah Kualiti Akademik SMK Kampong Jawa tahun 2017.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Berbahagia En Misbahhudin bin Parmin ,
Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 , Ketua
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya akan memukul gong sebanyak 3 kali
sebagai simbol rasminya majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.”
Majlis menjemput Yang
Berbahagia En Muhamad Bin Hashim serta Yang Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor
ke pentas untuk sama-sama merasmikan Majlis Anugerah Kualiti Akademik SMK
Kampong Jawa 2017.
VVIP memukul gong sebanyak 3 kali
Setelah selesai pukulan gong:
“Majlis dengan perasaan terhutang budi merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia En
Misbahhudin bin Parmin , , Yang Berbahagia En Muhammad Bin Hashim serta Yang Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor kerana
merasmikan majlis pada pagi ini .”
|
AJK persembahan
AJK Protokol
|
10
|
10.45 am
|
PERSEMBAHAN NASYID
Hadirin Sekalian,
Seterusnya marilah
kita sama-sama hayati persembahanan nasyid
yang bertajuk
__________________________yang akan dipersembahkan oleh murid-murid dari Program Pendidikan Khas dan Integrasi Bermasalah Pembelajaran Dan Bermasalah
Penglihatan SMK Kampong Jawa.
Selesai persembahaan
Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga daripada murid-murid Pendidikan
Khas SMK Kampong Jawa.Untuk pengetahuan semua,kumpulan nasyid ini akan
menyertai pertandingan Nasyid di Pertandigan Nasyid dan Tilawah Al-Quran Pendidikan
Khas daerah Klang..Sama-sama kita berdoa agar kumpulan nasyid PPKI akan
membawa pulang kejayaan.
|
|
11
|
11.00 am
|
REHAT
Terbangnya murai bersama merbah ,
Hinggap sebentar di Pohon Ara
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.
Majlis berehat
sebentar. Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berbahagia En Muhamad Bin Hashim dan Dan Yang Berusaha Puan
Noraizah Binti Mohd Nor untuk
menjemput Yang Berbahagia Tuan Misbahhudin Bin Parmin serta tetamu-tetamu
khas untuk menikmati jamuan di bilik jamuan.
Majlis akan bersambung
semula pada jam 11.30 pagi.
Setelah tetamu beredar
Para ibu bapa, guru dan
penerima anugerah dipersilakan ke kantin untuk menikmati jamuan.
|
JK PA Sistem:
Lagu instrumental semasa
reAAhat
|
12
|
11.30 am
|
PENYAMPAIAN
ANUGERAH
Slot 1 :
PPKI,
Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
Berkebaya batik berwarna
merah
Dipakai pula gadis
pinggiran
Tibalah masa
penyampaian anugerah
Penerima teruja
menunggu giliran
Sidang hadirin yang
dihormati, penyampaian anugerah pada pagi ini bermula dengan penyampaian
anugerah kepada murid dari Program Pendidikan Khas dan Integrasi diikuti oleh
murid cemerlang peralihan , tingkatan 1 dan tingkatan 2. Majlis dengan
berbesar hati menjemput Yang berusaha Puan
Noraizah Binti Mohd Nor diiringi oleh Yang Berusaha Pn Azwin Fairus Binti Ajidan untuk
menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
## Rujuk SENARAI
PENERIMA ###
Penyampaian anugerah
dimulakan dengan Anugerah Murid Terbaik Bermasalah Penglihatan
Seterusnya Anugerah
Murid Terbaik Bermasalah Pembelajaran KKBP Inklusif
Selanjutnya, Anugerah
Terbaik Mata Pelajaran PPKI
Berikutnya,
Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan
Tingkatan Peralihan
Anugerah Terbaik Mata Pelajaran
Tingkatan Peralihan
Murid Terbaik Keseluruhan Tingkatan
Satu
Terbaik Mata Pelajaran Tingkatan
Satu
Murid Terbaik keseluruhan Tingkatan
Dua
Terbaik Mata Pelajaran Tingkatan Dua.
Syabas dan tahniah
diucapkan kepada para penerima anugerah.
Majlis merakamkan
jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Noraizah Binti Mohd Nor dan Puan Azwin Fairus Binti
Ajidan kerana telah sudi menyampaikan anugerah.
PERSEMBAHAN
SCHOOL LAB
Sehabis
merah daun yang sihat
Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan pelajar kita persembahkan
Sidang hadirin ,
majlis penyampaian anugerah pada pagi ini akan berehat sebentar.Majlis
pada pagi ini akan diserikan dengan satu persembahan School Lab bertajuk Sistem
Raspirasi yang akan dipersembahakan
oleh murid-murid dari tingkatan 3 .
Sama –sama kita saksikan.”
Terima kasih kepada murid-murid yang membuat
persembahan School Lab sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian,persembahan School
Lab itu tadi adalah di bawah bimbingan Pn Normadiah Binti kasiran dan Puan
Hasfariza binti Hamzah.
|
|
13
|
12.00 pm
|
Slot 2:PENYAMPAIAN
ANUGERAH
Anugerah
murid cemerlang tingkatan 4 dan PT3
Sidang hadirin yang dihormati
sekalian,
Kolah rupanya disangka perigi
Seela dekat ke arah titi
Penyampaian anugerah diteruskan lagi
Penerima-penerimanya sabarlah menanti
penyampaian anugerah
seterusnya ialah penyampaian anugerah kepada murid murid cemerlang tingkatan
4 dan murid cemerlang PT3. Majlis dengan berbesar hati menjemput Yang
Berbahagia En Muhamad bin Hashim ,NYDP
PIBG SMK Kampong Jawa diiringi oleh
yang Berusaha Tuan Haji Muzikir Bin Muhamad,Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
## Rujuk SENARAI
PENERIMA ###
Penyampaian anugerah
dimulakan dengan
Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan
Tingkatan Empat
-Terbaik Aliran Sains
1. Kaviarasu A/L
Nandaguru 4 Sains (BI,Bahasa Tamil
,Biologi,Fizik,Kimia,Pend.Moral dan PJK )
-Terbaik Aliran Teknik dan
Vokasional
1. Chan Yee Lu 4PA
2.Muhammad Aidil b.Ramli
4SS (Sains,Sains Sukan ,Ekonomi Asas
3.Nur Anis Solehah bt
Nor Halim 4PA.
-Terbaik Aliran Sastera
1.Muhammad Nur Imran
bin Mohd Khalid 4TA (Tassawur Islam)
2.Muhammad Aiman bin
Abd Malik 4TA
3.Muhammad Haikal Bin
Razali 4TA
Penyampaian anugerah
seterusnya ialah Anugerah Terbaik Mata Pelajaran Tingkatan Empat
1.Nur Shariema Binti
Shaharudin Terbaik mata pelajaran Bahasa Melayu
2.Tan Hui Ying terbaik
mata pelajaran Bahasa cina
3.Lee Ming Yao terbaik
mata pelajaran Sejarah
4.Kevin Tan Tiek Wee
terbaik mata pelajaran Matematik
5.Yee Shun Chang terbaik mata pelajaran Matematik Tambahan
6.Ummi Izzati binti
mohd Azni terbaik mata pelajaran Pendidikan Islam
7.Kogila A/P Murugan
terbaik mata pelajaran Prinsip Akaun
8.Lishantini A/P Murugan
terbaik mata pelajaran Perdagangan
9. Muhammad Azrin bin
Zaidi terbaik mata pelajaran Pendidikan Seni.
10. Muhammad Nur Izzudean
Bin Abd Wahab terbaik mata pelajaran Pendidikan
Sivik.
Seterusnya Anugerah
Lonjakan Saujana
Penyampaian anugerah
seterusnya ialah Anugerah Murid Cemerlang PT3 Tahun 2016
Seterusnya pula
Anugerah Terbaik Mata Pelajaran PT3 tahun 2016
Syabas dan tahniah
diucapkan kepada para penerima anugerah.
Majlis merakamkan
jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Muhamad Bin Hashim dan Yang Berusaha Tuan Haji Muzikir Bin Muhamad kerana telah sudi menyampaikan anugerah.
Sebagai tanda terima
kasih yang tidak terhingga , dipersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Muzikir Bin
Muhamad untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berbahagia En Muhamad bin Hashim.
|
|
14
|
12.30 pm
|
PERSEMBAHAN
TARIAN
Dari
Kedah ke bandar Perlis
Singgah
bersantai di tepi jeti
Persembahan
akhir memeriahkan majlis
Semoga
hadirin terhibur di hati
“Sidang hadirin yang dihormati sekalian, majlis penyampaian anugerah pada pagi ini
sekali lagi berhenti rehat . Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan
yang penuh bertenaga daripada murid-murid dari unit kebudayaan SMK Kampong
Jawa. Mereka akan mempersembahkan persembahan tarian di bawah kelolaan Pn
Hasfariza Binti Hamzah, Pn Azmin Binti Ahmad Zubir dan Cik Aida “
Selesai persembahan:
Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga daripada murid-murid dari
unit kebudayaan SMK Kampong Jawa.
awa”
Slot 3:
Murid
terbaik SPM 2015, Tokoh murid, Penghargaan kepada GKMP dan Pendidikan Khas,
Panitia P.Seni dan Panitia MPV
Warga cemerlang tersenyum manis
Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan Anugerah penyeri ,majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa
Hadiah diatur Nampak kemas
Tuan yang berbahagia senyum sekilas
Tampillah tuan ke atas pentas
Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas
sIdang hadirin yang
dihormati , kini tibalah saat yang dinantikan , kemuncak Penyampaian Anugerah
Kualiti Akademik SMK Kampong Jawa Tahun 2017 bagi Anugerah Murid Cemerlang
SPM 2016 dan Tokoh Murid. Majlis dengan berbesar hati menjemput Yang
Berbahagia Tuan Misbahhudin bin Parmin , Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 , Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber
Manusia Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor Yang
Berusaha oleh Puan Puziah Binti Tuban,Penolong Kanan hal Ehwal Murid untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
## Rujuk SENARAI
PENERIMA ###
Penyampaian anugerah
dimulakan dengan
Anugerah Murid Cemerlang SPM Tahun 2016
1.Mohd Dzul Asyraf bin
Mokhtar (8A ) juga terbaik mata
pelajaran Produksi Multimedia
2. Lin Xin Wei (7A)
juga terbaik Biologi,Fizik dan Kimia
3.Lim Ya Sing (7A)
juga terbaik Matematik,Sains,Prinsip Akaun dan Perdagangan.dipersilakan bapa
wakil kepada Lim Ya Sing.
4. Kumuta A/P Selvam
(6A) juga terbaik mata pelajaran Tamil ,dan Kesusasteraan Tamil.
5.Lim Sher Lin (5A)juga
terbaik Matematik Tambahan dan Pendidikan Moral. Dipersilakan bapa kepada
wakil Lim Sher Lin
6.Mardiana binti Abdul
Rahman pencapaian (5A)
7.Seah Jun Yong (5A)
juga terbaik Bahasa Cina .dijemput adik Seah Jun Yong sebagai wakil.
8. Fatin Batrisya Aida
Binti Khairi Anuwar (4A)
9.Jannatul Firdaus bt
Paqzi Alyutri (4A) juga terbaik mata pelajaran Sejarah,Pend.Islam,Tassawur Islam
dan Kesusasteraan Melayu .Dijemput adik kepada Jannatul Firdaus sebagai wakil.
10.Jaya Santiah A/P
Chandiran (4A) dipersilakan ibu kepada
Jaya Santiah sebagai wakil.
11.Sarah Yasmin Binti
Ramli (4A)
12.Siti Hajar Ahmad
Faudzi (4A) juga terbaik Bahasa Melayu
13.Yap Weoi Meng (4A)
14.Ariez Daniel Bin
Jamsari (4A)
Seterusnya
Anugerah Terbaik Mata Pelajaran SPM 2016
1.Jawaharr A/L
Nagatamby terbaik mata pelajaran Bahasa Inggeris
2.Muhammad Hafiz Bin
Hazeri Terbaik mata pelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Seni.
Anugerah Tokoh Murid .
Berikut dibacakan
sedikit biodata penerima Anugerah Tokoh Murid .
Dilahirkan pada 25
Julai 1999 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah ,Klang .Merupakan anak sulung
daripada 4 orang adik beradik .Permata hati kepada En Mokhtar bin Ibrahim dan Puan Nurul
Ain Chin Abdullah. Memulakan alam persekolahan di SJK (C) Perempuan dan
seterusnya menyambung persekolahan di SMK Kampong Jawa. Dari sekolah rendah
lagi membuktikan kecemerlangan beliau iaitu Berjaya mendapat keputusan 4A ,2B
,1C dalam keputusan UPSR. Mendapat 3A, 4B, 3C pada keputusan PT3 dan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat 8A,1B ,1C.
Selain cemerlang di
bidang akademik ,beliau juga aktif dibidang Kokurikulum antaranya:
1.Menyertai Formasi
Kemerdekaan tahun 2013
2.Menyertai
Pertandingan Kawad kaki NGO 2014
3.Mendapat pangkat
Lans Korporal Kaspa 2014
4.Menyertai PRS
semenjak tahun 2015 hingga 2016
5.Naib Pengerusi PRS
2016
6.dan mendapat
Anugerah Tokoh PRS 2016.
Penerima Anugerah
tokoh Murid yang dimaksudkan adalah Mohamad Dzul Asyraf Bin Mokhtar .Dipersilakan
ke pentas untuk menerima anugerah.
Penyampaian seterusnya
adalah Penghargaan Kepada semua Guru.
Hadirin dan Hadirat
Sekalian
Cemerlangnya anak
kerana kasih ibu dan bapanya
Gemilang mereka kerana
didikan para gurunya
Pada hari ini,pihak
sekolah juga tidak melupakan jasa guru-guru yang menggembeling tenaga serta
wang ringgit dalam mendidik anak bangsa. Dengan ini, dijemput wakil bagi
setiap bidang, dimulai dengan
Bidang Bahasa dipersilakan
Pn Azwin Fairus Bin Ajidan
Bidang Kemanusian
dipersilakan En Abd Razak bin Suparajan
Seterusnya Bidang
Sains dan Matematik dipersilakan puan Hajah Paridah binti Mokhtar.
Seterusnya bidang
teknik dan Voakasional dipersilakan Puan Ter Bee Ser
Dan yang terakhir
Program Pendidikan Khas Integrasi di
persilakan En _______________________________________sebagai wakil kepada
PuanNormala Misman.
Seterusnya, Anugerah
Panitia Cemerlang (Peningkatan Gred Purata dan Peratus)
Pihak sekolah berasa
bangga diatas prestasi dan pencapaian SPM bagi tahun 2016. Beberapa panitia
telah mencapai peningkatan yang cukup membanggakan dan panitia yang masih
mengekalkan rekod peningkatan gerd purata dan peratus.
Dengan ini, majlis mempersilakan wakil Matematik
tambahan Puan Noorbayah binti Saad . Peningkatan GP sebanyak ________ dan
_________ % kelulusan.
Seterusnya
wakil Kesusasteraan Melayu Puan Siti
Farhana bt Haidzil Peningkatan GP sebanyak __________ dan
________ % kelulusan.
Berikutnya
wakil panitia Ekonomi Asas. Puan ________________________________
Peningkatan GP sebanyak ______ dan ________ % kelulusan.
Diikuti
oleh panitia Prinsip Akaun En
Kumarababu A/L Karupen. Peningkatan GP sebanyak _______ dan ________ %
kelulusan.
Panitia Cemerlang Lulus 100%
Seterusnya
majlis menjemput wakil panitia produksi multimedia Puan Umifarieza Binti Basri untuk menerima
anugerah panitia cemerlang kerana mencapai peratus 100 % kelulusan.
Diikuti
panitia pendidikan seni dan visual.dipersilakan Puan Noor Azidah binti Ali
Seterusnya
panitia bahasa cina. Dipersilakan Cik Tan Hong Peng
Akhir
sekali, dijemput wakil panitia Fizik .En Gunasegaran A/L Marappan.
Syabas dan Tahniah kepada para penerima anugerah. Sesungguhnya ilmu itu
sungguh mahal harganya. Maka hargailah serta manfaatkanlah ilmu yang ditimba
selama hidup ini untuk memberi manfaat kepada sekalian alam. Usahlah mudah
berputus asa sepanjang proses menimba ilmu. Kerana setiap hari , kita akan
mempelajari banyak ilmu baharu samada secara sengaja mahupun tidak.
Terima kasih yang
tidak terhingga diucapkan kepada Yang
Berbahagia Tuan Misbahhudin bin Parmin , dan yang Berusaha Puan Puziah Binti Tuban kerana telah sudi
menyampaikan anugerah dan sumbangan .
PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga ,
dipersilakan Yang Berusaha , Puan Puziah Binti Tuban untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berbahagia Tuan Misbahhudin bin Parmin l.
Dipersilakan yang
Berbahagia untuk menerima cenderahati.
Demikianlah
adat kehidupan,
Orang
berbudi kita berbahasa
Tidak
mungkin terbalas budi
Walau
emas sebungkus diberi
Cuma
harapan di dalam dada
Tanda
mata sudi terima
Tanda
ingatan kekal selamanya.
|
|
14
|
1.00 pm
|
PENUTUP
Sidang hadirin sekalian,
Kita telahpun
tiba dipenghujung majlis,
Bersyukur kini kami panjatkan
Majlis anugerah telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan.
Pulang
ke desa menyambut lembaran
Disambut
mersa rakan dan taulan
Jika
tersasul memohon keampunan
Jika
tersalah harap dibetulkan.
Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari
memohon maaf sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang
perjalanan majlis ini.
Burung
terkukur terbang rendah
Terbang
bersama siburung murai
Saat
ini saat penyudah
Tanda
majlis melabuhkan tirai
Dengan ini berakhirlah
sudah Majlis Penyampaian anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Kg Jawa untuk
sesi 2017. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang
sudi menghadiri majlis ini dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima
anugerah. Diharap anugerah ini merupakan batu loncatan kepada semua pihak
dalam meningkatkan prestasi khususnya dalam bidang akademik SMK Kampong Jawa.
Renungilah kata-kata
seorang cendikiawan
“Kejayaan yang luar biasa
dicapai oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa “
Sekian, wabilla hi
taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.
|
|
15
|
1.00 pm
|
Majlis bersurai
|
|
|
|
PENGUMUMAN:
MOHON
PENERIMA ANUGERAH SPM UNTUK BERKUMPUL DI LUAR DEWAN BAGI SESI FOTOGRAFI
BERSAMA VIP DAN PENTADBIR. GURU-GURU JUGA DIMINTA UNTUK BERKUMPUL UNTUK SESI
FOTOGRAFI JUGA
|
|
terbaik. mohon share untuk majlis sekolah saya. terima kasih
BalasPadamsilakan semoga majlis berjalan lancar
PadamAssalamualaikum Anak Pantai
BalasPadamMohon kebenaran utk guna. Dah 2 kali saya guna skrip pihak Anak Pantai.... Mohon halalkan ye....
silakan memang niat nak membantu
PadamMohon guna ye... semoga sentiasa dirahmati Allah...
BalasPadamsilakan cgu..aaminn
Padamterima kasih atas jasa..saya mohon share, ya
BalasPadammohon guna ya.trm ksh cikgu
BalasPadam