Jalinan Persahabatan Kita

Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Selasa, 15 November 2016

Resepi Puding Diraja

PUDING DIRAJA PAHANG
Bahan untuk Jala Emas:
7 biji telur
2 senduk gula
2 cawan air
2 helai daun pandan
Bahan untuk hiasan:
3-5 biji pisang lemak manis (Jangan masak sangat)
buah ceri merah dan hijau
kacang gajus
buah strawberry
Buah prune
Almond
**sedikit butter untuk mengoreng pisang tersebut
Cara menjala:
Masukkan air bersama air gula dan daun pandan dalam kuali dan tunggu sehingga gelegak
Sebatikan kuning telur tadi dan tapis untuk mengelakkan ia susah keluar waktu menjala
Masukkan dalam botol muncung tiga (botol roti jala) atau kelongsongkan daun pisang dan buat lubang yang kecil pada hujungnya (cara zaman dulu)
Sedia menjala. Untuk menjala pastikan jangan diangkat botol tersebut untuk mengelakkan daripada putus (tak cantik ler)..dengan cara picit secara membulat ikut bentuk kuali
Tunggu dalam 2 minit sedia diangkat dan toskan ia.
Goreng pisang menggunakkan butter (jangan dipotong pisang tersebut)
Air gula jangan dibuang terus masukkan pisang yang digoreng tadi.
Bahan untuk kuah:
3 biji kuning telur
1 tin susu cair
1/2 tin air (guna tin susu tadi)
1 sk esen vanila
1 sudu gula
1 helai daun pandan
Cara buat kuah:
Masukkan susu cair, kuning telur, gula, esen vanila dan air ke dalam bekas
Simpulkan daun pandan dan masukkan sekali
Kukus bahan tadi  di dalam dalam periuk yang berisi air panas mengelegak atau nak masakkan terus boleh tapi jangan biar sampai berketul
Kacau sehingga kuah puding menjadi pekat
Tutup api dan sejukkan
Masukkan dalam peti ais
CARA HIDANG:
Bila nak makan, letakkan pisang yang digoreng ke dalam mangkuk puding
Hiaskan ceri hijau dan merah dan juga kacang gajus atasnyer
Tuang kuah yang sejuk atasnyer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!