Sementara masih ada
Gunakan peluang jangan persiakan
waktu dan kesempatan
kerana belum pasti
esok dan hari mendatang
belum pasti dalam
genggaman.
Sementara masih ada
rasa rindu yang mendalam
rasa cinta dan kasih
jua sayang..
perliharalah agar tidak pudar dan hilang..
dalam kesuraman
perjalanan perhubungan..
Sementara masih ada
akal dan fikiran
gunakan akal yang waras tanpa
mengikut hati dan perasaan
pasti segalanya akan berjalan dengan
penuh ketenangan
~Anak Pantai~
jika masih ada kesempatan jangan dipersiakan
BalasPadamMemng tak kan ku persiakan setiap peluang dan ruang..
BalasPadambilA tiada lagi peluang baru tahu ruginya
BalasPadamMemang tak akan lepas peluang lagi pah ni..
BalasPadam