Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 8 Oktober 2011

Sabtu..kesejahteraan kuharapkan....

Saturday Graphic 
Hari Sabtu yang penuh hening. Ada kesuraman pagi ini kerana mentari masih malu untuk menampakan diri..Apapun syukur pada ilahi kerana hari ini bertambah sihat dibandingkan pada hari semalam .Pening dan mata yang berpinar-pinar secara tiba-tiba semalam bisa mengundang kebimbangan di hati.Mana tidaknya sedang elok bermain dengan Aimy dan Azib tertiba rumah bagaikan berpusing dengan ligatnya.nasiblah tangan sempat tercapai pintu bilik kalau tidak tak tahu apa nak jadi.Selepas itu disusuli pula dengan muntah -muntah.di fikiran terus mencari jawapan pada persoalan kenapa jadi macam ni..nak kata salah makan rasanya tidak sebab belum sempat lagi bersarapan mengalas perut..Atau mungkin tekanan darah yang tidak stabil.Yelah pertambahan usia segalanya berubah termasuk kesihatan kalau tidak dijaga bertambah parahlah jawabnya.Seminggu ini memang diakui kesihatan sedikit terganggu.Kalau sebelum ini saban hari diserang migrain semalam pulak pening yang melampau..rungsing jugak bila memikirkan apakah sebenarnya masalah.begitu juga dengan keguguran rambut yang melampau setiap hari buat hati berdebar-debar..Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan buat diri ini..
Get Well Soon Graphic #48 
apabila dengar lagu ni teringat suasana kat kg bt rakit...teringat pada kak jan..kerana ketika remaja lagu ini antara lagu yang kak jan dan diri ini suka.. Kenapa suka lagu ni antara kami ada alasan yang tersendiri..Rindu jugak untuk kembali ke alam remaja..Mengulangi segala keindahan ,menambahbaikkan apa yang kurang.
rindu jugak nak dengan leteran mak kerana kenakalan dan kedegilan mengusik mak ....rindu jugak pada teman-teman...

2 ulasan:

  1. Lagu ini juga kegemaran ku...teringat pada org yg pernah ada dihati ku...dulu hingga kini.

    BalasPadam
  2. lirik dia tu yg best

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!