Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 12 Februari 2015

Resepi Masak Lemak ikan tenggiri jeruk pucuk paku

Ini pun saya guna resepi sendiri

Bahan
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Setengah inci kunyit hidup
5 biji cili halus
Semua di atas di tumbuk atau diblender
Seiikat pucuk paku
Ikan jeruk tenggiri direndam seketika
Ubi keledek di potong dan masukkan sedikit air dan letakkan diatas api supaya ubi empuk.
Asam keping
Gula dan garam secukup rasa.

Caranya
Masukkan semua bahan yang ditumbuk kedàlam periuk tadi.masukkan santan .asam keping gula dan garam
Masukkan ikan tenggiri masin
Dan
Akhit sekali masukkan pucuk paku
Biarkan hingga mendidih dan boleh dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!