Jalinan Persahabatan Kita

Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Rabu, 9 Februari 2011

Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK Demak Baru 2011

Rose








Minta perhatian: bagi memastikan kelancaran majlis kita pada hari ini,saya memohon agar para pelajar memberikan tumpuan pada majlis yang akan dijalankan sebentar lagi. Terima kasih.

DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERUSAHA EN RAMBLI HJ HASBI ,PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DEMAK BARU KE DEWAN.

MURID-MURID DAN GURU DI MINTA BERDIRI.

ALU-ALUAN

 Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...WBT.
Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan  dengan kesyukuran yang amat tinggi..


Yang Berusaha Encik Rambli bin Hj Hasbi
Pengetua SMK Demak Baru ,Kuching

Yang Dihormati Pn Misia Hj Zain
Penolong Kanan Pentadbiran

En Razalie Badar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Selamat Masuni
Penolong Kanan Kokurikulum

En Jamal shukuri Bolhassan
Penolong Kanan PPKI

En Bolhari Bojeng
Wakil PIBGj

Ketua-ketua bidang,guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.



Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan  Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W bertemakan I Malaysia 1 Ummah, yang dianjurkan oleh Paniatia Pendidikan Islam SMK Demak Baru.

BACAAN DOA

MENANDAH TANGAN POHON PERKENAN
AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR
AL-FATIHAH KITA LAFAZKAN,
APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,majlis dengan segala hormatnya ,mempersilakan al-Fadhil Ustaz Badrul Hisyam bin Majid untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat keberkatan Robbul izzati.

UCAPAN ALU-ALUAN KETUA BIDANG

Hadirin sekalian,majlis menjemput ustazah Raesah binti Akeng, Ketua Bidang Kemanusiaan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

NUN DI SANA INDAHNYA KOTA
KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA
INDAH SUNGGUH BICARA KATA
MOGA JADI IKTIBAR PADA SEMUA

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Raesah binti Akeng di atas ucapan yang telah disampaikan.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada En Bolhari bin Bojeng,selaku wakil PIBG SMK Demak Baru.Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En Bolhari Bojeng atas ucapan itu tadi.

UCAPAN PERASMIAN

BUAH LANGSAT DI TEPI BUSUT
MARI DIMUAT DI ATAS PETI
BESAR HAJAT KAMI MENJEMPUT
BESAR NIAT DI DALAM HATI

Tibalah masa yang dinantikan.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En Rambli bin Hj Hasbi,untuk menyampaikan ucapan.
Dengan penuh hormat dan takzim,majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan .sebagai simbolik majlis maulidur rasul pada pagi ini dipersilakan Tn pengetua diiringi oleh penolong-penolong kanan,wakil PIBG bagi acara memotong pulut kuning(gimik di atas pentas/tayangan audio visual)....satu tepukan untuk kita semua.

Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Pengetua atas perasmian itu tadi.


BACAAN AI -QURAN

Hadirin sekalian
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat suci al-quran yang akan disampaikan oleh adik Qamarul Izzat dan ditafsirkan oleh adik Zulhelmi Majeni. Majlis mempersilakan.


 Terima kasih diucapkan kepada Qari dan penterjemah atas bacaan ayat suci al-quran itu tadi.

BACAAN BERZANJI/MARHABAN

Bagi meneruskan majlis ,dengan ini dipersilakan Badan Pengawas untuk menyampaikan bacaan berzanji,diikuti marhaban dan selawat. Untuk itu ,di minta para hadirin agar dapat berselawat bersama-sama.Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada barisan Badan pengawas atas persembahan itu tadi.

PERSEMBAHAN NASYID

Persembahan pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput kumpulan nasyid daripada pelajar Pendidikan Khas dengan lagunya yang bertajuk Ya Rasulullah.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pelajar Pendidikan Khas atas persembahan itu tadi.

Para guru dan pelajar sekalian.

Seterusnya tibalah masa ke acara penyampaian hadiah dan Anugerah Maulidur Rasul.Pihak majlis mempersilakan En Rambli Hj Hasbi diiringi oleh penolong-penolong kanan ke pentas bagi menyempurnakan upacara.Dipersilakan..


HADIAH PERTANDINGAN BANNER

Tempat ketiga...................................................
Tempat kedua...................................................
Johan.................................................................

Untuk pengetahuan markah diberikan berdasarkan kreativiti dan kekemasan.Tahniah diucapkan kepada persatuan/kelab.............................................


HADIAH BERCERITA KISAH NABI
Dipersilakan tempat ketiga di menangi oleh adik...............................................dari tingkatan....................
Seterusnya tempat kedua dimenangi oleh...........................................dari tingkatan...................................
dan Johan pertandingan bercerita kisah nabi diberikan kepada adik....................................dari tingkatan.........................

Tahniah diucapkan.

HADIAH BACAAN SAJAK/PUISI
Dipersilakan tempat ketiga bagi pertandingan bacaan sajak/puisi dimenangi oleh..........................................dari tingkatan.....................................
Naib Johan........................................................dari tingkatan........................................................
dan Johan........................................................................dari tingkatan............................................


Seterusnya kita beralih ke Anugerah yang dinanti-nantikan iaitu Anugerah maulidur Rasul 2001.Penerima akan menerima sijil,piala dan wang tunai sebanyak RM150 sumbangan PIBG.Anugerah pada tahun ini diberikan kepada Adik...............................................................atas sumbangan dan khidmat bakti beliau yang tidak berbelah bagi terhadap sekolah.

Dipersilakan Adik.............................................untuk menerima anugerah..

Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua kerana sudi menyampaikan hadiah dan anugerah pada pagi ini.Tahniah sekali lagi diucapkan kepada penerima hadiah dan anugerah.Semoga ianya menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar yang lain.

NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU
Dengan berakhirnya penyampaian hadiah dan anugerah itu tadi,maka berakhir maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.


MAJLIS BERAKHIR PENUH INAYAH
MENJADI KEBANGGAAN ANUGERAH DI NOBAT
SEMOGA YAKIN TERUS ISTIQAMAH
SEMANGAT KENTAL MENJADI AZIMAT.


INDAH TERUKIR CIPTAAN SENI
LEMBUT BAGAIKAN SENTUHAN BAYU
JARI SEPULUH DISUSUN KINI
ANDAINYA ADA KATA TERLALU.


sebelum kita bersurai,marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Ibu pertiwiku.

SEkian ,Terima kasih daun keladi tahun hadapan kita sambut lagi..
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT.

47 ulasan:

  1. salam..teks yang lengkap..mohon ambil buat panduan boleh..? mintak halal ye..terima kasih..

    BalasPadam
  2. Ambillah Fatin...Memang tujuan untuk membantupun

    BalasPadam
  3. sy guru pelatih. menimba ilmu pengacaraan dr kitak cikgu. TQ for sharing cikgu. :)

    BalasPadam
  4. salam...best teks ucapan ni...pinjam teks ucapan ni boleh tak utk sambutan maulidur rasul sekolah saya...mintak restu halalkan perkongsian ilmu ni ye...terima kasih...=))

    BalasPadam
  5. Buat teman-teman..saya halal kan apa sahaja yang saya tuliskan di blog ini sememang nya niat saya untuk membantu..

    BalasPadam
  6. salam..cikgu terima kasih sebab sudi berkongsi ilmu pengacaraan..

    BalasPadam
  7. ok..ambillah mmg niat untuk membantu pada siapa yg memerlukan

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,

    Mohon teks ucapan ni utk panduan dan rujukan pelajar yg saya lantik sebagai pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sek saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waaalaikumusslam..ambilah cikgu mana yg baik tu boleh digunakan ya.Semoga segalanya berjalan lancar

      Padam
  9. trima kasih ats perkongsian ilmu yg sngt berguna ini. smoga Allah membalas jasa ckgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama ...semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada kita

      Padam
  10. Assalamualaikum puan, mohon dijadikan teks ini sebagai rujukan/panduan untuk pelajar yg dilantik jadi pengacara majlis untuk majlis sambutan maulidur rasul peringkat kolej saya. terima kasih banyak2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam ..ambillah cikgu Kaktus..mmg niat saya untuk semua yg memerlukan ..

      Padam
  11. teks yang baik. mohon izin jadikan panduan boleh yee cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambillah cikgu saya izinkan....mana yg sesuai cgu gunakanlah

      Padam
  12. mohon share yer..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh ...jika dapat membantu..tq sebab kunjungi blog saya ya

      Padam
  13. Salam. Minta izin untuk saya gunakan di sekolah saya. Moga Allah memberkati amalan cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambillah cgu saya izinkan ...semoga dapat membantu cikgu

      Padam
  14. Salam. Minta izin untu saya gunakan di sekolah saya. Moga Allah berkati usaha cikgu.

    BalasPadam
  15. Ambillah Cgu Maulana..saya ikhlas

    BalasPadam
  16. Salam.minta izin untuk digunakan sebagai panduan di sekolah saya yee cikgu..terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

    BalasPadam
  17. waalaikumussalam..ambillah cikgu..semoga ianya dapat membantu

    BalasPadam
  18. thanks ye berguna sgt buat cikgu2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2..terima kasih kerana mengunjungi blog saya..

      Padam
  19. assalammualaikom..izinkan sy mgunakan teks nie sbgai panduan ye..terima kaseh...)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam Ct...ambillah Ct mana yang dapat membantu ...semoga melancarkan tugas yang diamanah kan

      Padam
  20. assalamualaikum cikgu mohon izin menggunakan teks ucapan cikgu ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam...ambillah saya izinkan semoga ianya dapat membantu

      Padam
  21. salam, mohon share teks mc ini..kebetulan sya d beri tugas last mnit utk memikul tggjwb mengendalikan majlis d kg..huhuhu belum ada pengalaman..tp bila sya seacrh kat google n type , sya berkenan dgn teks ini...moga ianya akan berjalan lancar...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambillah ya,,saya ikhlas .Semoga majlis berjalan lancar

      Padam
  22. Terima kasih di atas perkongsian yang cikgu berikan. Semoga usaha/perkongsian cikgu mendapat keredaan Allah dan mendapat ganjaran yang sewajarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2...semoga kita sama2 mendapat ganjaran dariNya..Selamat Maju Jaya untuk anda ManShato

      Padam
  23. maidin bin othman22 Januari 2013 3:50 PTG

    izinkan saya mengambil pantun dari laman tuan,terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..en Maidin Othman...mana yang dapat membantu tu dipersilakan

      Padam
  24. Mohon izin utk copy (yg berkaitan) teks ucapan ni...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambillah saya doakan segalanya berjalan lancar

      Padam
  25. salam cikgu saya nak minta izin nak jadikan teks cikgu ni sebagai contoh untuk saya boleh tak?

    BalasPadam
  26. salam cikgu.... saya suka pantun2 2... mohon kongsi ye... t'kasih...

    BalasPadam
  27. assalammualaikum..mohon izin share teks ucapan ini ye cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye boleh...yg baik jadikan panduan...ye selamat maju jaya:)

      Padam
  28. Assalamualaikum w.b.t

    Cikgu, saya mohon untuk copy bahan2 dalam blog ni untuk panduan sebagai guru ganti nanti..tahniah juga untuk blog yang banyak memberi manfaat kepada rakan blogger yang lain. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Cikgu...silakan ya..Semoga menjadi guru yg disayangi..

      Padam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!

Copyright© All http://kenangansilam-ita.blogspot.com