Jalinan Persahabatan Kita

Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Selasa, 8 Februari 2011

KERTAS KERJA PROGRAM FERTIGASI PPKI SMK DEMAK BARU






KERTAS CADANGAN
Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Fertigasi
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Demak Baru 2010
 

Disediakan Oleh :
Muhammad Safwan Bin Alias
SMK Demak Baru, Kuching, Sarawak

1.       TAJUK             

Kertas Cadangan Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Fertigasi Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Demak Baru 2011.


2.       MATLAMAT
         
Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang penanaman sayuran dan pokok menggunakan kaedah Fetirgasi.


3.       OBJEKTIF
         
i.           Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh mengusahakan pertanian menggunakan kaedah ini sebagai mata pencarian mereka kelak.
ii.         Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman bertani secara moden.
iii.       Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan pertanian.
iv.       Membekalkan produk jualan untuk Program Keusahawanan (Gigih) PPKI SMK Demak baru.
v.         Menambahkan lagi dana tabung PPKI SMK Demak Baru dengan penjualan hasil dari pertanian ini.


4.       LATAR BELAKANG       

Kajian yang dijalankan oleh Heward (2000) mendapati bahawa 50% - 70% OKU tidak mempunyai pekerjaan dan menerima pendapatan yang minima. Matlamat utama program pendidikan khas untuk golongan istimewa bertujuan mengajar kemahiran yang membolehkan pelajar bersedia sebelum tamat alam persekolahan kepada kehidupan dalam komuniti. Kejayaan dalam hidup banyak dipengaruhi oleh kualiti pendidikan dan latihan yang diterima. (Groupil, Tasse, Garcimdore, 2002).

          Di Malaysia pendidikan untuk OKU mempunyai kaitan dengan konsep masyarakat penyayang yang bertujuan memberi peluang kepada mereka integrasi dengan ahli masyarakat lain membina sikap positif terhadap warga OKU serta memastikan mereka menerima peluang pekerjaan dan jaminan hidup berkualiti. Kajian Norasmah dan Safani (2004) menguatkan kenyataan apabila terdapat kajian yang mereka lakukan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan ciri-ciri keusahawanan antara pelajar bermasalah penglihatan dengan pelajar normal. Ini menunjukkan bahawa orang kurang upaya juga mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Malahan tahap ciri-ciri keusahawanan orang kurang upaya adalah sama atau hampir sama dengan golongan normal. (Norasmah & Safani, 2004).

          Menyedari kepada keperluan sebenar golongan murid-murid khas ini, PPKI SMK Demak Baru telah mengambil langkah memperkenalkan Projek Mini Penanaman Sayuran Menggunakan Kaedah Fertigasi mulai tahun 2011. Pada pringkat awal, projek ini akan dibimbing oleh Encik Muhammad Safwan Alias serta akan dilaksanakan di tapak pertanian PPKI bersebelahan kawasan pakir motosikal pelajar. Pokok yang akan ditanam adalah pokok cili padi kerana berdasarkan ketahanan pokok dan buah tersebut melawan penyakit. Walaubagaimanapun, jenis tanaman mungkin berubah mengikut kesesuaian dan permintaan pasaran. Hasil tanaman akan diserahkan kepada bahagian keusahawanan yang dibimbing oleh Puan Nozita Mohamed untuk dijual.


5.       PENGENALAN KEPADA SISTEM FERTIGASI

Apa Itu Fertigasi?


Fertigasi, atau dalam bahasa Inggeris "Fertigation", adalah singkatan daripada perkataan "fertilization" (pembajaan) dan "irrigation" (pengairan). Fertigasi adalah satu teknik penanaman dimana tanaman akan diairi larutan baja secara titis beberapa kali sehari mengikut keperluan. Melalui kaedah ini, pemberian nutrien lengkap yang diperlukan oleh zon akar boleh dikawal mengikut keperluan tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman. Dengan itu, pembaziran sumber dapat dielakkan dan pencemaran alam sekitar dapat dihindarkan.

Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya, semua jenis tanaman tanaman/sayuran boleh ditanam menggunakan kaedah fertigasi, tetapi penanaman tanaman yang bernilai tinggi seperti tomato, cili, timun jepun, terung, melon dan strawberi adalah digalakkan. Dengan menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah.

Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg. Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman. Musim bagi tanaman adalah bergantung mengikut jenis pokok yang ditanam. Kebanyakan tanaman mengambil masa 6 bulan untuk setiap musim sebelum pengeluaran hasil berkurangan dan perlu ditanam dengan pokok baru.


Kelebihan Kaedah Fertigasi
·         Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
·         Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit.
·         Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
·         Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
·         Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
·         Boleh dikendalikan oleh seorang pekerja sahaja
·         Kualiti hasil yang lebih baik.
·         Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.
·         Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai.
·         Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
·         Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
·         Boleh menanam beberapa jenis tanaman sekaligus dengan menggunakan teknik berselang.
·         Pokok tetap terjaga walaupun sekolah sedang bercuti panjang
























6.       KUMPULAN SASARAN 
         
Murid-murid pendidikan khas SMK Demak Baru yang mengambil aliran Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian).  Mereka akan keluar bertani mengikut jadual yang telah ditetapkan


7.       TEMPAT

Tempat yang dipilih adalah kawasan pertanian yang sedia ada bersebelahan pakir motosikal pelajar. Tempat yang dipilih ini sesuai kerana mempunyai tanah yang rata dan sesuai untuk fertigasi.


8.       JAWATANKUASA PROJEK PERTANIAN FERTIGASI

Pengerusi                   : En. Rambli bin Hj. Hasbi
Naib Pengerusi          : En. Jamal Shukuri bin Bolhassan
Setiausaha                 : En. Muhammad Safwan bin Alias
Bendahari                  : Pn. Norzita bte Mohamed
AJK                            : Cik Ruhana bte Bujang
                                      Pn. Chong Fui Fong
                                      Cik Nillip a/k Kevas (PPM)
                                      Pn Norfauziah (PPM)
Ahli                            : Pelajar PPKI SMK Demak Baru
                                                 
9.       KOS PELAKSANAAN

Bil.
Peralatan
Kos (RM)
1.
EC Meter
150
2.
Sisitem Fertigasi:
        - 30 helai Polibeg Putih 16″ x 16″
        - 30 unit mikro tube
        - 30 unit dripper
        - 30 unit joiner
        - 6 unit penyambung polypipe
        - 2 unit end clip
        - 1 unit penebuk mikro tiub
        - 1 unit Pam
        - 1 unit tapak semaian
        - 1 unit racun serangga
        - 1 unit Pengukur Masa Digital (Digital Timer)
        - 1 set Baja Fertigasi A dan B
        - 16mm polypipe (10 meter)
        - Silvershine
        - Media semaian
        - Biji benih
















300
3.
Tong 100 gelen
50
4.
Sabut kelapa/sekam padi
30
5.
Pendawaian elektrik
50
6.
Pam racun
50
7.
Media semaian
20
8.
Lain-lain keperluan
50
Jumlah
700


10.     JADUAL PELAKSANAAN

Bil.
Jangka Masa
Perkara
1.
Januari – Febuari
-       Pengenalan kaedah sistem fertigasi kepada pelajar
-       Penyediaan tapak fertigasi untuk musim pertama
-       Menyemai benih
-       Penjagaan anak benih
2.
Febuari – Mac
-       Menanam anak pokok
-       Meracun dan merawat pokok
-       Memancang tiang sokongan
-       Pendebungaan
-       Mencantas dahan
3.
Mac – Jun
-       Memetik hasil
-       Menjual hasil yang diperolehi
-       Meracun dan merawat pokok
-       Pendebungaan
-       Mencantas dahan
4.
Jun – Julai
-       Mencabut pokok
-       Merawat media
-       Menyemai benih
-       Menyediakan semula tapak untuk musim kedua
-       Perbincangan kesimpulan hasil semusim

Pelajar-pelajar akan melaksanakan projek ini sebanyak dua musim setahun dan mereka akan ke tapak tanaman mengikut jadual yang akan ditentukan kelak secara bergilir-gilir.
         

10.     PENUTUP

Projek mini penanaman pokok menggunakan kaedah fertigasi ini adalah projek yang pertama kali dijalankan di SMK Demak Baru dan seumpamanya di Program Pendidikan Khas Integrasi di Kuching dan ianya dirasakan mampu untuk memberikan impak yang cukup besar di dalam memperkatakan mengenai hala tuju program pendidikan khas itu sendiri.

Melalui koleksi pengalaman tenaga pengajar di PPKI SMK Demak Baru, projek ini diharapkan akan dapat membantu pelajar selepas tamat menempuh alam persekolahan kelak serta dapat memberikan satu definisi yang jelas bukan sahaja kepada para pelajar dan ibu bapa yang terlibat tetapi kapada masyarakat juga secara keseluruhannya. Sokongan daripada pelbagai pihak amat diharapkan di dalam memastikan usaha ini mencapai kejayaan. Terima kasih.


Disediakan oleh,                                                               Disemak oleh,



(MUHAMMAD SAFWAN BIN ALIAS)                     (EN JAMAL SHUKURI BOLHASAN)
Guru PPKI,                                                                       Penyelaras PPKI,
SMK Demak Baru.                                                           SMK Demak Baru.

1 ulasan:

  1. akak,tukar la lagu..silam sgt nie..

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!

Copyright© All http://kenangansilam-ita.blogspot.com