Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 11 Oktober 2011
Kembali ke sekolah....
Hari ini kembali semula ke sekolah setelah becuti seminggu.Bahagia rasa dapat berpeluang bersama anak-anak dengan masa yang panjang.Seronok melihat telatah Azib yang mula mengeluarkan bunyi-bunyi yang pelik dan kelakar..Azib pula rupanya dah betul-betul mengenali aku ibunya.tengok dari jauh dah mula menangis. Seronok tengok gelagat Aimy yang suka mandi dan berlawa rupanya.Rupanya dalam sehari kalau tidak dihalang 7kalilah jawabnya Aimy mandi. Selama ni tak tahu apa yang berlaku.keluar pagi balik petang.Rupanya Aimy ni suka tukar-tukar baju kat rumah ,jadi dia gunakan alasan nak mandi.Yang syoknya Kak Diah pembantu mengikut je kata budak Aimy ni.Kadangkala sikap Aimy gerampun ada..Yelah selalu nak kenakan Azib dan memang memerlukan kesabaran yang tinggi dengan karenah Aimy ni..
melangkah kaki ke sekolah nanti,ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.terutamanya pengurusan sijil dan hadiah serta cenderamata untuk Majlis Anugerah Motivasi.Kena buat perancangan yang rapi.Begitu juga perlu menyiapkan kertas soalan Sejarah dan mata pelajaran yang lain untuk peperiksaan akhir tahun dia orang.Disiplin...emm rasanya lama dah aku tak bertugas betul-betul.Malu nak jumpa PK HEM sebab hari tu dia suruh gantungkan beberapa orang murid tapi aku buat tak kisah...
OOPS!!..rupanya minggu ni saya bertugas kat sekolah lah....jemari harus berhenti mesti awal ke sekolah.
Pabila lirik lagu kena pada situasi kita pasti ia akan menjadi kegemaran kita kan...spt lirik diatas..ia mengenai sikap terlalu mengikut perasaan dan terburu membuat perasaan tanpa diselidiki atau bertanya pada yang berkenaan...apapun kemaafan cepat dipinta andai ia satu kesilapan.
Kemaafan diterima....best gak lirik lagu nie...kena jer...
BalasPadammmg best lagu ni..
BalasPadamPabila lirik lagu kena pada situasi kita pasti ia akan menjadi kegemaran kita kan...spt lirik diatas..ia mengenai sikap terlalu mengikut perasaan dan terburu membuat perasaan tanpa diselidiki atau bertanya pada yang berkenaan...apapun kemaafan cepat dipinta andai ia satu kesilapan.
BalasPadambetul tu..jangan biar perasaan mnguasai diri..andai kata masih menyayangi
BalasPadamMarah2 sayang jer tu...
BalasPadam