Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Terima Kasih Atas Kunjungan

Pengikut

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya

Selasa, 22 Mac 2011

Aduh...aku dah jemu makan nie....


 Sup Ayam dengan sayur sawi

Setiap hari nielah makanan tengahari aku dan petang tika berpantang nie..Walaupun hari nie baru masuk hari yang ke-9 ,tekak rasa macam dah tak boleh terima dah..tapi nak buat camana kerana pembedahan bukan bersalin semulajadi terpaksalah aku sabor lok..Hari nie perut dah rasa ngilu nie sebab tersalah makan.Rasanya akibat makan kuih kosui yang ada kelapa tu..

 Bubur Nasi
Bubur nasi nie kosong takde rasa...terkadang tengah makan terbayang kalau lah ada ikan bilis k...bawang goreng k...ikan masin k..barulah laju aku makan..Hik,hik...aduh aku terseksa mengadap makanan kosong nie...

 Sunsweet
Sunsweett ni orang kata bagus untuk memulihkan luka..Sekarang nie makanan nielah yang paling sedap untuk aku..Kalau sebelum nie jangan aku nak telan...kalau pergi pasaraya mata hanya menjeling je...nak ambil jauh sekali..

 Biskut Marrie
Dulu masa kecik aku sukalah biskut marrie nie..Bukannya apa biskut nilah yang selalu mak beli..Nak beli biskut lain mahal lak...tapi dalam pantang makpun suka makan ni cicah dengan air kopi..Akupun antara yang tidak ketinggalan turut serta habiskan makanan dalam pantang mak..selepas tu aku lupakan biskut marrie...Tapi bila berpantang nie..biskut nilah yang aku cari balik...Tapi yang syoknya suami dan anak-anak pulak yang turut serta habiskan biskut marrie nie..Suami siapkan makanan orang pantang nie nampak sedap je...isk-isk..

 Milo Cocorunch
Nie...antara makanan ku ketika tak tahu nak buah apa..mengunyah dan terus mengunyah...tetapi kini aku dah rasa jemu lak..

 Horlicks dan Kacang Soya
Minuman nie pulak tertiba je jadi kegemaran aku..pada hal sebelum nie sama jangan harap dapat kutelan suka-suka..bila minum benda ni aku bayangkan aku minum air teh tarik..atau kepekatan kopi o dicicah dengan biskut dan cair dalam mulut...Aduh sedapnya..seseskali terdetik gok nak buat air kopi..Tapi bila terbaca kesan minum air kopi akan pergi pada baby..Baby kita tak boleh tidur..ada gangguan tidur gitu...so...dengan rela hati ,rela kupujuk hati ini...tunggulah pada masanya nanti aku dapat merasa air kegemaran ku...

 Milo
Hari nie..aku takut nak buat air milo..sedang mencari info dalam internet adakah minum milo nie memberi kesan sakit kuning pada babyku..Ada orang kata milo nie panas betul k..

 Susu Anmum
Susu anmum ni lagi lawak..bersungguh aku suruh suam belikan..Tapi aku bukan suka sangat minum susu nie..nak telan susu macam nak telan ubat..Bila keinsafan datang barulah aku buat susu ni..Terkadang terfikir gok minum mesti fikir faedah untuk baby gok..


Demi Baby Azib yang tersayang..... Hari ni dah masuk hari ke-9...apapun aku cuba lakukan yang terbaik demi memastikan anakku sihat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!

Bekas Anak murid SIF

Bekas Anak murid SIF

Bersama saudara mara

Bersama saudara mara

11 Sept 1998

11 Sept 1998