Semalam adalah sejarah kini..Semalam yang berlalu jua pastinya tidak akan berulang dengan cerita yang sama.Justeru itu, semalam tidak akan hadir pada hari ini...ianya semakin jauh ditinggalkan.Namun,kenangan semalam pastinya tidak akan dilupakan oleh setiap insan yang melaluinya..Walaupun terkadang semalam itu tak ingin kita kenang..Tetapi kerana semalamlah kita bisa menjadi seperti kita pada hari ini...
Melewati detik perjalanan hidupku yang penuh dengan rajau berliku...pastinya airmata tidak akan dapat lari menjadi teman yang setia..Kemiskinan yang menghantui hidup mengundang pelbagai kesukaran dalam memperolehi sebuah kebahagiaan..Padamu Tuhan ku panjatkan kesyukuran kerana walau pelbagai halangan yang hadir aku bisa menempuhinya dengan penuh ketenangan..Dilahirkan dalam keluarga yang begitu daif dan penuh kejahilan membuatkan diri ini terkadang tewas dan hampir menyerah kalah dengan ujiannya..
Pantai Batu Rakit yang kususuri ini seakan mengerti apa yang ku rasai...dan ku tanggung selama ini..Ombak dan pantailah yang sentiasa menenangkan hati yang sentiasa gundah..Semalam..aku dikejutkan lagi dengan tingkah laku ayah..Hati ini terlalu sedih bila aku tidak dapat menghalang kekasaran ayah pada emak..apalah dayaku lakukan dengan keadaan ku yang kecil waktu itu..Tergamak ayah memukul emak demi mendapatkan sedikit wang daripada mak..kenapa ayah..tidak cukupkah selama ini ayah terlalu menyiksakan batin emak tanpa nafkah ayah berikan.Kalaulah waktu itu ,aku mempunyai daya,akan kuhalang dirimu dari terus memukul emak..ayah juga menyiksakan anak-anakmu dengan menghalau kami daripada rumah..Apalah yang kami dan emak lakukan sehingga ayah sanggup lakukan demikian..Ayah biarkan kami tidur berbumbungkan bulan dan bintang dan ayah anggap kami seolah-olah tidak pernah wujud dalam hidup ayah..Hati ini terkadang begitu cemburu dengan insan lain yang mempunyai ayah..Hati nini jua amat dahagakan kasih sayang dan didikanmu ayah...Teringin sekali ku melihatmu menyembah Dia Yang Satu...Dan memarahiku apabila aku melanggar perintahNYa ayah..Menasihatiku agar sentiasa menjaga tingkah laku,membelai rambutku dan sentiasa menutur kata-kata sayang untuk anak-anaknya..mendoakan kesejahteraan dan kejayaan untukku..Namun yg selalu ayah berikan untukku adalah tingkahlaku ayah yang terkadang tak sanggup kutempuhi dengan orang-orang di sekeliling kita.Hari ke hari ayah menciptakan satu jurang antara kita..Ayah semakin jauh dari kami walau hakikatnya ayah di depan mata...Ayah...andainya dapat kau sulami hati ini...pastinya kau akan mengerti di sebalik kebencian yang hadir anakmu ini terlalu rindu pada kasih sayang darimu...
Mengapa perjalanan hidupku tidak seindah teman yang lain..Perlukah diri ini menyalahkan ayah lantaran hinaan dan umpat keji orang yang selalu ku terima keranamu ayah...Diri ini sentiasa memikirkan bilakah saat yang indah akan menjelma jua.
Semalam aku mohon pada emak,agar emak dapat memberikan wang RM2.00 untukku membayar tambang bas kerana kelasku mengadakan lawatan ke Pameran Buku.Kukatakan pada emak,biarlah emak tidak memberikan duit belanja untukku mengalas perut di sana,asalkan aku dapat turut serta dalam lawatan itu.Biarlah nanti aku kelaparan tetapi untuk menceritakan pada teman-teman tidak sesekali...Emak mengeluh kerana emak memberitahuku dia hanya ada RM5.00 sahaja.Jika diberikan padaku bagaimana hendak membelikan secupak beras untuk kami semua..Terasa berdosanya diri ini emak,adakah diri ini terlalu mementingkan diri...Tidak mungkin aku ingin emakku kesusahan keranaku..Takpelah emak...Aku akan lupakan kisah lawatanku itu..Percayalah emak...suatu hari nanti diri ini akan membuatkan dirimu tersenyum..Janjiku akan aku kotakan..
Semalam juga aku dikejutkan dengan keputusan kakak ketigaku..Dia sanggup melakukan satu pengorbanan yang cukup besar.Kerana kasih sayangnya pada adik-adik dia sanggup untuk menamatkan persekolahan kerana tidak mahu kami adik beradik terpisah.Perlukah aku salahkan ayah kerana tanpa nafkah daripadanya emak terpaksa mengambil alih tanggungjawab itu..Kakak tidak sanggup memberikan adik yang baru dilahirkan pada orang lain kerana emak tidak mampu menjaganya demi mencari sesuap nasi...Disaat itu juga ,aku telah bertekad..takkan kupersiakan pengorbanan yang telah kau buat kakakku...Pengorbananmu jua mengajarku untuk terus berusaha walau di depan itu banyak halangan yang menanti.
Masih kuingat....alam persekolahan yang kuharungi terlalu banyak onak dan durinya..jika orang lain akan sentiasa mengira waktu bila persekolah akan dibuka.kerana dimasa itulah dapat memperagakan segala serba baru,dari pakaian ,kasut ,beg ,alat tulis dan sebagainya..tapi bagi diri ini,hanya mampu mengutip pakaian dan segala peralatan dari insan-insan yang memahami peritnya sebuah kemiskinan..barang terpakai terkadang sudah tidak wajar digunakan...tapi bagi ku pakaian itulah yang paling cantik.walau warna telah bertukar tapi semangatku tak pernah pudar..jika orang lain ke sekolah dihantar dengan kenderaan tapi diri ini hanya menaiki bas sekolah dan pulang dengan hanya berjalan kaki sejauh 5km.emak hanya memberikan duit saku dan tambang sebanyak enam puluh sen.tambang bas sahaja sudah empat puluh sen.Baki dua puluh sen lagi ku gunakan untuk membeli minuman air sirap bila waktu pulang nanti..Itulah lumrah setiap hariku .Walau teramat perit,tetapi tekak dan mulutku seakan dikunci untuk memberitahu emak ,aku tersiksa dan terlalu perit menempuh alam persekolahan dengan setiap hari menempuh kelaparan..Aku jadikan pengubat deritaku dengan memikirkan kesusahan orang lain yang lebih merana daripada apa yang ku rasa.Aku berazam kesusahan ini pastinya akan ku tebus kembali..masih kuingat juga,jika teman lain sentiasa diberikan semangat dan kata-kata nasihat agar rajin belajar tapi aku sebaliknya..Tiap kali aku membaca buku atau membuat kerja rumah di siang hari pasti aku akan dileteri oleh emak.Aku tidak salahkan dirinya kerana memarahiku kerana perkara itu.Emak seorang buta huruf yang tidak pernah ke sekolah.Dia mengharapkan apabila aku pulang ke sekolah,aku dapat membantunya berniaga.Percayalah emak,bukan diri ini sengaja membiarkan emak kesusahan,tetapi aku terpaksa berusaha untuk kebahagiaan dan kesenangan kita.biarlah emak salah faham padaku.Hanyalah satu kuharapkan jangan kau putuskan doa buatku agar kejayaan bisa kumiliki..Mentari buat kita akan bersinar jua.Aku yakin padaNYa usaha dan tawakal sentiasa akan pasti ada hasilnya.Akhirnya keputusan telah kutemui..demi mengelak daripada kemarahan emak ,aku sanggup pulang pukul 5.00 petang dari sekolah.Masa sebelum itu kuhabiskan membaca buku di perpustakaan atau di bawah pokok di tepi padag seorang diri tanpa ditemani kawan-kawan.Tindakan ku ini pula telah disalah erti oleh kawan-kawan yang tidak tahu masalah yang kuhadapi.Aku dikatakan ingin menunjuk-nunjuk belajar.

Rasa terpanggil untuk mengulas kisah2 duka yang ita lalui...Tersentuh hati ini pabila membaca keperitan yang dilalui,alami sepanjang hidup dikampung..Kenapa tak dikongsi dengan teman istimewa?mungkin dia dpt mengurangkan skt bebanan yg ditanggung.Atau disaat itu ita masih still bachelor kut..
BalasPadamTersentuh ke...itulah realiti perjalanan menuju ke bahagiaan.sakit jika dikenang tapi kerananya jua yang menjadikan diri ini seorang insan..entahlah hati ini selalu mempersoalkan apakah ada insan yang sudi meyayangi diri ini yang sebegeni..saat itu rasanya siapa lah yang sudi berkongsi kasih ..walau hati berkata seolah ada..tapi macam tak ada.
BalasPadam