Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 15 Disember 2009

contoh teks ucapan pengacara majlis

UCAPAN PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN MEMBACA smk 2008.

MENGUMUMKAN KETIBAAN PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI PENGETUA SMK ................ KE DEWAN.

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM PEMBUKA KATA

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA PEMULA BICARA

YG BERUSAHA PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI ,PENGETUA SMK

....................................

YG BERUSAHA

EN ABANG FADHLI BIN ABG MUHI PEGAWAI KHAS KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUCHING,MEWAKILI KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.

YANG BERUSAHA, EN CHEN LOW HEE MEWAKILI PENGARAH JABATAN PENERANGAN MALAYSIA KUCHING.

YANG BERUSAHA TN .....................................................YG DIPERTUA PIBG SMK ............................,

YANG DIHORMATI

PN..........................................................

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

EN ................................................ PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,

TN ...............................................,PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..

EN .............................................PENYELARAS PKBP

RAKAN-RAKAN GURU ,KAKITANGAN SMK

...........................................

TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN PARA PELAJAR YG DIKASIHI SEKALIAN…

BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH SERTA PERKENANNYA MAKA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAH MAJLIS PENUTUPAN BULAN MEMBACA. DENGAN KESEMPATAN INI, MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DANTERIMA KASIH DI ATAS KEHADIRAN DIF-DIF JJEMPUTAN..

HADIRIN YG DIMULIAKAN

SEPERTI YANG SEDIA MAKLUM ,KEMPEN MENGALAKKAN BULAN MEMBACA TELAH DIMULAKAN SEJAK TAHUN 1972.

KEMUNCAK KEPADA KEMPEN TERSEBUT IALAH PENGISTIHARAN TAHUN 1988 SEBAGAI TAHUN MEMBACA.PADA SETIAP TAHUN PULA DIADAKAN KEMPEN BULAN MEMBACA IAITU BULAN JULAI BULAN MEMBACA.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA ACARA,MAJLIS MENJEMPUT HADIRIN SEKALIAN BERDIRI UNTUK BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN YANG TELAH BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU ITU TADI.

BACAAN DOA

HADIRIN YANG DIHORMATI, DENGAN HARAPAN SEMOGA MAJLIS KITA PADA PETANG INI AKAN BERJALAN LANCAR DAN AKAN LEBIH DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T , MAJLIS MENJEMPUT USTAZ IBRAHIM BIN HALING UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

AMIN.AMIN YA RAHBAL ALAMIN.

TERIMA KASIH KEPADA USTAZ IBRAHIN BIN HALING ATAS BACAAN DOA ITU TADI..

UCAPAN PENYELARAS

SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT PN SUFIANI BT SANI PENYELARAS PUSAT SUMBER UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN.MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN SUFIANI .

UCAPAN PENGERUSI (PN ...................................)

SETERUSNYA ,MAJLIS MENJEMPUT PN MISIA BINTI HJ ZAIN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA MAJLIS PENUTUPAN BULAN MEMBACA PERINGKAT SMK .....................................................2008.DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA PN ............................

UCAPAN PENGETUA

HADIRIN SEKALIAN,

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT YANG BERUSAHA ,PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI ,PENGETUA SMK .................................... UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN BULAN MEMBACA PERINGKAT Smk....................... 2008.DENGA SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA ,PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI DI ATAS UCAPAN PERASMIAN ITU TADI

BUKU ADALAH KUNCI KEPADA KEBIJAKSANAAN

BUKU ADALAH PINTU DUNIA KESERONOKAN

BUKU ADALAH JALAN MENUJU KEJAYAAN

BUKU ADALAH SAHABAT,AYUH MARI MEMBACA TERUS MEMBACA WALAUPUN PETANG INI KITA MENGADAKAN MAJLIS PENUTUPAN BULAN MEMBACA.

MEMBACA ,BELAJAR,MENUNTUT DAN BERGURU SEPATUTNYA TAK PERNAH TERHENTI SEHINGGA NYAWA KITA TERHENTI.

KUIZ BUKU

PARA HADIRIN SEKALIAN ,ATURCARA SETERUSNYA IALAH KUIZ BUKU.UNTUK MENGENDALIKANNYA,,MAJLIS MEYERAHKAN KEPADA PN JAMALIAH.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN JAMALIAH.

PENYERAHAN SUMBANGAN

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN PN MISIA BINTI HJ ZAIN UNTUK MENJEMPUT DAN MENGIRINGI PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI BAGI MENERIMA PENYERAHAN SUMBANGAN.

YG PERTAMA DIJEMPUT EN ABANG FADHLI ABNG MUHI WAKIL DARI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA UNTUK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DAN MEMBERIKAN SEDIKIT UCAPAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN ABANG FADHLI BIN ABG MUHI.

SETERUSNYA PULA,DIJEMPUT EN CHEN LOW HEE WAKIL DARI JABATAN PENERANGAN MALAYSIA KUCHING UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSYA MEMBERIKAN SEDIKIT UCAPAN.

SETERUSNYA DIPERSILAKAN TN HJ BAHARUDIN BIN MANSUR YG DIPERTUA PIBG SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DAN MEMBERIKAN UCAPAN.

MAJLIS MENGUCAP TERIMA KASIH. KEPADA PN PENGETUA DAN TERIMA KASIH SERTA SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,JABATAN PENERANGAN SERTA YANG DIPERTUA PIBG KERANA SUDI MEMBERIKAN SUMBANGAN.

POHON SELASIH DI DALAM KOLAM

ANAK HARUAN BERENANG-RENANG

TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN

BUDI TUAN MENJADI KENANGAN


PERSEMBAHAN STORY TELLING

HADIRIN SEKALIAN, SETERUSNYA KITA AKAN DISAJIKAN DENGAN SATU PERSEMBAHAN PELAJAR.SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN .PERSEMBAHAN STORY TELLING DARIPADA PELAJAR SMK ..............................

DIPERSILAKAN

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA WAKIL PELAJAR ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.

PENYAMPAIAN SIJIL.

UNTUK ATURCARA SETERUSNYA,MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI PN MISIA BINTI HJ ZAIN UNTUK MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN SIJIL LANTIKAN KEPADA PUSTAKAWAN. DIPERSILAKAN.

DIJEMPUT………………..

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN MISIA HJ ZAIN DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PUSTAKAWAN YANG TELAH DILANTIK .SEMOGA ANDA DAPAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG YANG TELAH DIAMANAHKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN.

PENYAMPAIAN HADIAH

TERSENYUM MANIS SIDARA JELITA

DIUSIK MANJA SITERUNA IMPIAN

RAJIN MEMBACA ADALAH SENJATA

ITULAH RAHSIA PELAJAR CEMERLANG

HADIRIN YANG DIHORMATI,

SETERUSNYA ATURCARA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG ..SEBELUM ITU MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA YANG BERUSAHA PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI UNTUK MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN HADIAH. MAJLIS MEMPERSILAKAN..

DIMULAKAN DENGAN KATEGORI PELAJAR PALING BANYAK MEMBACA

TEMPAT KETIGA DIBERIKAN KEPADA ADIK SUMBA ENSANUM

TEMPAT KEDUA JATUH KEPADA ADIK LILY SEMAH

TEMPAT PERTAMA PELAJAR PALING BANYAK MEMBACA DISANDANG OLEH ADIK MOHD KHALID BIN MARZUKI.

SETERUSNYA ANUGERAH UNTUK GURU PALING BANYAK MEMBACA

TEMPAT KETIGA DIMENANGI OLEH PN RAHMI BT……………………….

TEMPAT KEDUA PN DORA WAN DAN TEMPAT PERTAMA GURU YANG PALING BANYAK MEMBACA DIBERIKAN KEPADA PN STINA KUTENG.

KITA BERALIH KE KATEGORI PELAJAR PENINGKATAN MEMBACA

TEMPAT KETIGA DIBERIKAN KEPADA ADIK HELSENDO DARI TINGKATAN 3P.TEMPAT KEDUA ADIK DAYANG NUR HAZIQAH DARI TINGKATAN 1A.

DAN TEMPAT PERTAMA DIMENANGI OLEH MISWIE SEMAN DARI TINGKATAN 3 I.

BAGI KATEGORI PELAJAR PALING BANYAK MENDERMA BUKU, DIBERIKAN KEPADA AHMAD SHAHMI BIN AHMAD HASSAN DARI TINGKATAN 1B.

SETERUSNYA BAGI KATEGORI GURU PALING BANYAK MENDERMA BUKU DIBERIKAN KEPADA PN CHEONG CHAI LAN.

KATEGORI PELAJAR PRIHATIN (MEMULANG KAN BUKU) TEMPAT KETIGA ADIK ZAINAL ABIDIN DARI TINGKATAN 1F. TEMPAT KEDUA MUHD TARMIZIE ………………DAN TEMPAT PERTAMA KATEGORI PELAJAR PRIHATIN IALAH ADIK MOHD SHAHREEZA DARI TING 4D.

SETERUSNYA KATEGORI USAHA GIGIH NILAM GURU. ANUGERAH INI DIBERIKAN KEPADA PN HAYATI ISMAWI MEMBAWA PULANG HAMPER YANG BERNILAI RM30.

SETERUSNYA ANUGERAH KEMUNCAK IAITU PELAJAR NILAM .MEMBAWA PULANG SIJIL,TROPHI , HADIAH WANG TUNAI SEBANYAK RM 50 DIBERIKAN KEPADA ADIK MOHD KHALID BIN MARZUKI……………

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI ATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN HADIAH ITU tADI.SYaBAS DAN TAH NIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TELAH BERJAYA..

KEPADA PARA PELAJAR, JADILAH BUKU PASANGAN PALING SETIA, KE MANA SAJA PERGI PASTIKAN SELALU BERSAMA PASANGAN INI.SEORANG UALAMA BESAR ISLAM YANG MEMPUNYAI KOMITMEN TINGGI TERHADAP ILMU PEMBACAAN SEHINGGA MATI TERTINDIH OLEH BUKUNYA PERNAH BERKATA “ BUKU ITU AKAN DIAM BILA ENGKAU MENYURUHNYA DIAM, DIA TIDAK AKAN MENGANGGUMU JIKA ENGKAU SEDANG BEKERJA. TETAPI APABILA ENGKAU DIULIT KESEPIAN DIALAH TEMAN YANG AKAN MENJADIKAN TEMANMU YANG PALING BAIK.

NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU

HADIRIN SEKALIAN,DENGAN BERAKHIRNYA PENYAMPAIAN HADIAH ITU TADI,MAKA SEMPURNA SUDAH MAJLIS PENUTUPAN KEMPEN BULAN MEMBACA 2008.

SEBELUM KITA MENGAKHIRI MAJLIS PADA PETANG INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDIRI UNTUK MENYANYIKAN LAGU IBU PERTIWIKU.

PENUTUP

BAGI PIHAK AHLIJAWATANKUASA MENGUCAPAKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA ……………………………………………………………………………KERANA SUDI MEMERIAHKAN MAJLIS KITA PADA PETANG INI. JUTAAN TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.

.TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

2 ulasan:

  1. Assalam k.ita...dulu d smk pdn jaya kan? Sy izy, cikgu bi d sana smp jun 2006. X sangka bley jmp akak dlm ni....hehehe. Sy dh blk klate... Anyway, all d best utk akak yer....maintain comey k

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai Izy...tak sangka blh jumpa kat sini.sekarang mengajar kat sekolahmana.Sememangnya pandean jaya sentiasa dekat dihati

      Padam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!