Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 15 Disember 2009

peritnya melawan penderitaan

Hari ini pastinya sama dengan apa yang berlaku pada hari-hari semalam....hanya kepada Allah tempat kumengadu..terasa diri ini dekat dengan penciptanya...ayah...patutkah kerana sikap dan tingkahlaku mu yang begitu,anak-anakmu menjadi mangsa hinaan orang..tidak kah ada secebis rasa simpati pada anak-anak dari darah daging mu sendiri...sedih bila ku mengenangkan sikapmu yang malas bekerja.mengharapkan duit daripada mak untuk membeli segala-gala keperluan termasuk membeli rokok yang tidak berhasil itu.Sedangkan kami langsung kau tak endahkan...hanya yang kau tahu bersuka ria dengan perempuan-perempuan yang mengambil peluang untuk mengikis duit mu itu..paling aku tak dapat terima kenyataan mata ini sendiri dan kakak yang melihat kau berdua-duaan dengan perempuan lain di tepi pantai..Hancur luluh perasaan ini ,kerana aku mempunyai ayah yang sedemikian.Tapi apa yang mampu ku lakukan saat itu.Hanya memendam rasa atas sikap mu.Untuk kuceritakan pada mak tidak sesekali,kerana aku tak sanggup melihat airmata mak yang sentiasa membasahi pipi saban waktu melayan karenah tidak peri kemanusiaanmu..Setiap malam kupanjatkan doa agar kejayaan akan kugengam jua demi menebus maruah yang telah lama tercalar.Pastinya ada sinar disebalik kegelapan ini.

Ayah...disetiap doaku sentiasa kupanjatkan kepada Dia Yang satu agar sebelum mata ini terpejam ingin sekali kumelihatmu sujud kepadaNYa.Ingin sangat hati melihat dirimu sama seperti ayah-ayah yang lain.Diwajah mu ada kasih dan sayang,diwajahmu jua memahami keperitan kami...tapi mungkin kah hasrat ini tidak akan tercapai sampai bila-bila...Tuhan lebih memahami..jauh disudut hati aku mengharapkan dirimu sentiasa mendoakan kejayaanku..tapi mungkinkah kau lakukan itu ayah..Sedih hati ini bila melihat di majlis solat hajat yang dilakukan di sekolah ,teman-teman yang lain datang bersama mak dan ayah masing-masing...tapi aku...keseorangan.Kepada cikgu aku memberikan alasan ayah tiadk dapat datang kerana ayah ada kerja yang tidak dapat dielakkan..kepada teman-teman yang maklum tentang dirimu ,aku ceritakan kepada mereka ,majlis sebegitu kau pasti tidak akan pergi..kalau nak melihat ayah,tunggulah ada majlis atau persembahan hiburan,pastinya saban malam mereka akan nampak muka ayah di situ...tapi tak mengapa lah ayah...perbuatan mu itulah yang menjadikan diri ini supaya tabah dan semakin bersemangat untuk berjaya.aku ingin membuktikan kepada seluruh orang kampung,aku boleh berjaya dan aku bangga kejayaan yang bakal aku perolehi hasil semangat aku sendiri ,bukan dari sesiapa.Peperiksaan spm hanya sebulan lagi akan tiba,pernah aku teringat satu peristiwa di mana ayah mengamuk lagi gara-gara emak tidak memberikan duit utuk ayah membeli rokok.ayah telah mencekik leher emak hinggakan emas hampir tidak bernafas.ayah terajang emak macam bola,ayah ambil tali pingang dan ayah ayunkan ke badan emak..kami yang cuba melawan ayah,turut sama menjadi mangsa.ayah membeli semua barang yang ada di dalam rumah.semua kerusi dan meja yang emak belikan ayah patah-patahkan.pingang mangkuk dan barang kaca bertaburan di atas tanah.kain baju emak dan kami anak-anak ayah campakkan di luar rumah.buku sekolah ku lagi sekali menjadi mangsa.ayah turut sama balingkan nya di tanah...ayah halau kami keluar rumah dan semua pintu ayah kunci supaya emak dan kami anak beranak tidur berbumbungkan langit dan bintang..orang kampung apa lagi memandang dari kejauhan dan mengata tapi cuba memahami situasi yang kami semua alami...terima kasih ayah ,kau memberikan ku lagi semangat yang berkobar-kobar untuk berjaya...akhirnya peperiksaan spm tiba jua..pastinya aku tidak akan lupa pada seorang sahabat sejati,sentiasa ada di saat suka duka ku...zuliani engkaulah sahabat yang paling aku kenang hingga saat ini..kerana mu jua menyumbang pada sebuah kejayaan yang ku miliki hari ini...jasamu menumpangkanku sementara waktu untuk tinggal dirumahmu amat mengharukan aku..terima kasih kerana memberikan aku peluang merasa nikmat mengulangkaji
menggunakan lampu kalimatan kerana selama ini,pelita ayamlah menjadi temanku saban malam.bertuahnya sesiapa yang ada kemudahan ini kerana aku merasa sungguh indah membaca dalam suasana yang terang..kalau lah aku dalam suasana ini sentiasa akan aku buktikan lagi kejayaan ini...

keputusan spm akhirnya tiba jua.mlm itu aku tidur dan bermimpi aku mendapat agregat 31.bila terjaga aku merasa takut kerana mungkinkah mimpi itu benar.ku pergi ke sekolah untukmengambil keputusan dengan tenang.aku telah cuba membuat yang terbaik.selebihnya ku berserah kepada Allah.Terkejut pun ada..kerana mimpiku semalam sebenarnya bertukar.aku mendapat agregat 13 pangkat 1.airmata ini mengalir laju..perit dan derita aku alami selami ini hilang seketika.bahagia ku rasa walau hanya sementara.yang paling aku bangga aku dapat A dalam prinsip akaun sedangkan sebulan sebelum exam aku hanya dapat markat 40 sahaja.itulah berkat kesungguhan aku dapat buktikan pada cikgu mohamed yang selama ini memandangku sebelah mata.hanya aku dan seorang lagi yang menyumbang A kepada prinsip akaunnya..bahagia sangat......balik rumah aku cuba ceritakan pada mak keputusan spm ku...tapi sayang dia buta huruf .tiada reaksi pun di wajah nya dia ceria.orang lain yang rapat dengan ku langsung tidak bertanya.apatah lagi ayah...maka kupendamkan saja rasa bahagia dan berlalu begitu sahaja..kawan-kawan sibuk mengisi borang matrikulasi.tapi aku ....hampa kerana aku tiadak berduit untuk membeli borang U.Mak pulak memberitahuku yang aku pergi belajar menaip sahaja dan tidak perlulah mentyambung ke tingkatan 6.luluh perasaan ku .cita-cita nampaknya berkubur sudah..kuturuti kemahuan mak.aku berlajar menaip.tapi hanya sempat 2 minggu sahaja.apabila nama ku keluar untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 berjaya,aku memujuk mak agar memberi ruang untuk aku belajar.aku mahu gapai cita-citaku...mak berjanji hanya akan memberikan RM 5 sahaja untuk keperluan makan minumku dan pengangkutan ke sekolah..aku terima walau aku tahu aku pasti akan berdepan dengan kesusahan dan kelaparan lagi..biarlah,...susah dahulu senang kemudian kan..kesusahan ini terus sambung menyambung.menumpang dirumah tok sedara juga mengajar aku erti tabah.aku sedar aku menumpang untuk mencari kejayaan.aku belajar setiap malam dirumahnya hanya menggunakan lampu ditepi jalan yang kemerah-merahan.setiap pukul 8 malam rumahnya pasti gelap.alasan nya untuk jimatkan elektrik..tapi aku biasa je kerana sebelum ini pelita ayam dah biasa menjadi temanku..pelita ayam dirumahnya pulak tiada.hendak tak hen dak lampu jalan lah menjadi temanku seterusnya setiap malam.aku pekakkan telinga dengan kata-kata pemuda yang selalu lepak di depan rumah itu,macam-macam hinaan yang dilemparkan kepadaku kerana membaca buku di dalam gelap.sedangkan bagiku ianya cukup terang...kupekakkan telinga ku buang jauh -jauh kata hinaan itu..aku bertekad satu hari aku buktikan kejayaan dalam genggaman ku...peperiksaan stpm aku harungi dengan kepayahan..semangat k universiti semakin luntur..tapi alhamdullillah aku berjaya jugak..malangnya aku tak mampu untuk membeli borang U hanya RM5. frdia dan kecewa tidak terhingga.nampaknya perjuangan ku berakhir.aku tak salah kan mak kerana enggan memberikan ku wang..biarlah..dan tibalah satu hari ada insan yang amat berhati mulai.kerana nya lah yang meneruskan kembali cita-citaku..dia datang ke rumahku dan bertanya kan keputusan stpm ku..aku tunjukkan saja slip exam kepadanya.lantas dia bertanya kepadaku universiti mana yang telah aku mohon.lantas aku mnceritakan kepadanya aku tidak mengisi langsung apa-apa borang pun.ku ceritakan masalah aku padanya.dia terus aku minta aku kumpulkan semua sijil dan apa-apa yang berkaitan dan berikan padanya.dia mohon kepada ku cuba usahakan cari borang dengan kawan-kawan yang telah membeli tetapi tidak mengisi lagi borang itu..aku cuba usahakan dan alhamdulillah kawanku yang bernama liza telah memberikan borang itu secara percuma kepadaku kerana keputusan examnya tidak begitu memuaskan..aku berikan borang itu kepada dia dan dialah yang menguruskan segalanya.tertiba pada suatu hari,datang posmen menghulurkan sepucuk surat bercopkan urusan seri paduka..aku ambil sampul itu dan terus membukanya..aku membaca satu persatu dan tiba-tiba airmata ini mengalir deras,laju dan laju..inilah rupanya airmata kegembiraan mengalir tanpa disedari.aku berjaya untuk k universiti yang kuidamkan selama ini.UKM.dan paling tidak ku sangka cita-cita semakin hampir kugapai..Fakulti pendidikan...aku akan menjadi cikgu yang selama ini cita-citakan..syukur kepada mu Ya Allah .kerana memberikan nikmat bahagia dalam duka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!