Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Isnin, 22 Februari 2010

Bunga Tanjung,lidi , Tulang sotong dan Minyak Kelapa

Kenapa bunga tanjung,lidi dan tulang sotong menjadi catatanku hari ini....Pastinya nampak seperti lucu di sini.Tapi hakikatnya tiga perkara itu telah menyelamatkan aku dan keluarga dari kelaparan...

Teringat masa aku di alam kemiskinan..Setiap hari Jumaat atau hari cuti persekolahan..rutin harian ku bangun pagi,aku dan kakakku akan pergi ke pokok bunga tanjung yang sudah agak besar dan tinggi .Pokok tu terletak di belakang rumah Pok Jen.Aku dan kakak akan kutip bunga-bunga tanjung dan dibawa ke rumah untukku cantumkan dengan benang putih menjadi seikat.Selepas tu bunga tu pulak aku jual kat Mak Wa,arwah Moklong Minah dan ramai lagi orang-orang tua yang ku tak ingat lagi namanya.Walaupun duit yang aku dapat tak seberapa tetapi cukup untuk aku membeli pisang kat kedai Mok Long Yan..Beli pisang pulak satu hal.Sengaja aku mintak pisang yang buruk-buruk sikit.Sebab tujuanku kalau pisang yang dah buruk aku akan dapat kuantiti pisang yang banyak.Pahit masa tu bila dikenang.Orang lain makan pisang yang ok buahnya.Aku pulak sengaja mintak pisang yang buruk.Mok Long yang pulak dah tau kesusahan kami.Maka satu plastik dia bagi dan aku bawak balik suruh mak buat cucur pisang..Itu kuih yang paling sedaplah bagiku...
Kenapa pulak dengan lidi.Apa kaitan lidi dengan aku....
Lidi jugak bagi aku banyak jasanya ...sama jugak seakan bunga tanjung pentingnya bagiku kerana seikat lidi yang ku jual dengan nilai 30 sen itu telah jugak menyelamatkanku dari kelaparan. Biasanya aku dan kakak akan mengutip pelepah-pelepah kelapa dan aku ambil daunnya buat balik.Kat rumah aku dan kakak akan membuang daun itu dan kuambil lidinya.Bila dah banyak kuikat menjadi seikat-seikat lalu bawa pergi jual lidi tu ke rumah-rumah orang-orang tua.Biasanya Mak Wa, menjadi pelanggan tetap aku.Mungkin dia beli sebab kesian kut.Pada masa tu kalau aku jumpa pelepah kelapa pasti ku kutip kerana aku tau dia bernilai..Tapi kini bila kuberjalan aku lihat pelepah-pelepah kelapa akan tersadai tanpa dikutip orang...Mungkin nilai pelepah itu hanya untuk orang-orang seperti aku...
Kenapa pulak tulang sotong (Orang Terengganu panggil tulang sotong)....
Ikuti kisah aku seterusnya.....
Dalam sotong ada tulang dia...Dulunya tulang itu ada harganya...ini juga antara sumber pendapatan aku...Bila balik sekolah waktu petang pasti aku dan kakak akan menyusuri pantai mengutip tulang-tulang sotong itu dan disimpan dalam guni..Tulang sotong itu pun tak semua orang beli.Kalau dada tulang sotong tu tinggi baru ada harga.Kalau tak jual tak laku.Seingat aku nilainya seratus keping dengan harga RM 10.00.Tapi bukan senang untuk ku mendapatkan seratus tulang itu..Kena kumpul berminggu-minggu jugak.Kenapa  jiwa aku dekat sangat dengan ombak dan pantai inilah antara faktornya....Omabk dan laut tempat aku melepaskan perasaan,ombak dan laut banyak menyimpan cerita duka dan sukaku..Tak  lupa aku teringat peristiwa-peristiwa ketika mencari tulang sotong ini.Lucupun ada.Antaranya aku dan Kak Jan pernah dikejar anjing ,Litang pukang aku dan kakak lari panjat pokok kelapa.Aku jugak pernah dikejar oleh penagih-penagih dadah yang menghisap dadah di pantai..Pernah jugak satu ketika kami berjalan-jalan menyusuri pantai mencari tulang sotong tu sampai berkilometer...penat tuhan yang tau..Tapi kerana itu aku amat menghargai kesusahan ini...
 Dulu minyak kelapa jugak banyak membantu kewangan aku..biasanya sambil mencari pelepah kelapa aku jugak mengutip buah-buah kelapa yang ada di sepanjang pantai..Bila pulang ku kopek isinya dan bawa pergi mesin di kedai.Lepas tu pulak mak akan memasak minyak tu guna dapur kayu kat belakang rumah.Bau min yak tu memang busuk tapi ramai yang ingin membelinya untuk tujuan perubatan mungkin.Yang paling aku suka tahi minyak dia tu.Kalau sekarang aku yakin ramai yang tak pernah merasainya lagi.Inilah antara benda yang banyak memberikan jasa kepadaku dan keluarga.Hingga saat ini jiwa aku terlalu dekat dengan benda-benda ni...
PPengalaman sememangnya banyak mematangkan kita...dan amat berharga untuk menempuh kehidupan yang seterusnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!