Selamat Mengundi pada semua yg pergi mengundi pada esok hari.
Sayangnya saya pada tahun ini tidak berkesempatan untuk melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pengundi.Bukan tidak sedar tapi terpaksa kerana faktor jarak dan kewangan membantutkan tanggungjawab saya nie..
pastinya dimana-mana akan terasa kemeriahannya..
Terbayang pengalaman mengundi sebelum ini
Segalanya masih segar diingatan..amat manis
Teringat pengalaman pertama ketika mula mengundi.
Saya tiada pendirian ketika itu,Saya tidak tahu yang mana harus dipilih.
Kebetulan ktika saya nak masuk bilik mengundi,dua-dua calon ada.Kerana belas kasihan saya bagilah undi satu sorang.bagi adil.
Bila orang tanya saya undi sapa ,saya jawab saya undi dua-dua.Bukan undi rosak cuma saya tidak pangkah untuk satu calon sahaja.
Lucu betul
Pengalaman kedua saya dah mula ada pendirian,, saya pangkah apa yg saya yakin dapat mentadbir negara ..Dan pastilah undi saya hihihi rahsialah kan..
Apapun saya cuma mengharapkan apapun keputusan pada esok hari,biarlah membawa kebaikan untuk kita semua.
Hakikatnya dalam hati saya cukup berdebar.
Saya sayagkan negara yang aman..sayang takut bumi dipijak akan menjadi milik orang.
Saya takut janji tidak ditepati
Apapun...saya tetap cikgu.pendidik anak-anak istimewa yang memberikan rezeki kepada saya.
Semoga siapapun yang akan memerintah..saya doakan Malaysia ini sentiasa aman sejahtera
Harap-harap adalah cuti hari Isnin ni kan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!