Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 9 Jun 2017

RESEPI SPAGHETTI CHESSE

.
BAHAN-BAHAN

1 paket Spaghetti
300gram ayam
1 biji bawang holand (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 biji lada benggala hijau (potong dadu)
2 biji tomato (potong dadu)
1 sudu tomato pure
1 tin sup tomato
200 gram fresh button mushroom (slice)
1 sudu teh serbuk basil
1 sudu teh serbuk mixed herb (x de pon x pe)
50ml minyak
3 sudu besar sos cili
200ml air
1 sudu garam
1 sudu gula
sedikit serbuk lada hitam
I keping chesse

CARA MASAK
1.Rebus spaghetti dengan sedikit minyak dan garam sehingga lembut. tos dan bilas dengan air paip sehingga sejuk. ketepikan
2.Panaskan minyak  dan goreng ayam cincang sehingga garing dan toskan.
3.Guna minyak yg sama dan tambah jika terlalu sedikit dan tumiskan bawang holand dan bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan. masukkan tomato yg telah di dadu goreng sehingga warna bertukar.
4.Masukkan mixed herb,serbuk basil dan lada hitam. kacau sehingga naik bau.
5.Masukkan tomato puri dan sup tomato. kacau sehingga sebati. masukkan juga sos cili,mushroom,llada benggala dan ayam yang telah di goreng td. kacau sehingga sedikit kering kemudian masukkan air biar hingga mendidih.
6.Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa ikut citarasa sendiri. Jika suka masin letak cheddar chesse sagat masa menghidang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!