Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 16 Disember 2009

contoh teks ucapan pengacara majlis

UCAPAN PENGACARA MAJLIS RAMAH TAMAH HARI RAYA AIDILFITRI RIMUP SMK DEMAK BARU DAN SMK PADUNGAN 2009

LOBI INI MENJADI SAKSI
PARA GURU DAN PELAJAR BERSERI-SERI
PERKUKUHKAN PERPADUAN ITULAH VISI
DI MAJLIS PROGRAM RIMUP AIDILFITRI.
YANG KITA AKAN KITA MULAI

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

YANG BERBAHAGIA,ENCIK BEDUIE BIN UNEY,PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUCHING.

YG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HJ HASBI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU

YANG DIHORMATI PN MISIA BINTI HJ ZAINPENOLONG KANAN PENTADBIRAN,,EN MADZALAN BIN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID ,EN SELAMAT BIN MASUNI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM , EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN ,PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS, TN HJ BAHARUDDIN BIN MANSUR YG DIPERTUA PIBG SMK DEMAK BARU
RAKAN-RAKAN GURU SMK DEMAK BARU DAN SMK PADUNGAN , STAFF SOKONGAN, TUAN-PUAN SERTA PARA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM ,DAN SALAM SEJAHTERA.SALAM PERPADUAN.

BERTEMU KITA DI PAGI CERIA
MENJALIN IKATAN DI AIDILFITRI
PROGRAM RIMUP AKTIVITI MULIA
BINA PERPADUAN DAN JATIDIRI.

BERBILANG KAUM HIDUP BERSAMA
BERSOPAN SANTUN AMATLAH MESRA
TAK KIRA BANGSA JUGA AGAMA
AIDILFITRI DI SAMBUT DENGAN GEMBIRA

BAGI PIHAK PENGAJUR SMK DEMAK BARU DAN SMK PADUNGAN ,MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DAN BERBANYAK TERIMA KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SEMUA KHUSUSNYA KEPADA YG BEBAHAGIA EN BEDUI BIN UNE KERANA SUDI HADIR PADA PAGI INI..MAJLIS YANG BEGITU CERIA,MERIAH DAN BERWARNA-WARNI INI ADALAH MANIFESTASI PERPADUAN DAN KERUKUNAN ANTARA KITA SMK DEMAK BARU DAN SMK PADUNGAN.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,.


MEMULAKAN MAJLIS PADA PAGI INI,HADIRIN DIMOHON BERDIRI UNTUK BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

HADIRIN YANG DIHORMATI,DENGAN HARAPAN SEMOGA MAJLIS KITA PADA PAGI INI AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN AKAN LEBIH DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T, MAJLIS MEMPERSILAKAN USTAZ IBRAHIM BIN HALING UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ IBRAHIM BIN HALING KERANA BACAAN DOA SEBENTAR TADI.

PARA HADIRIN SEKALIAN,

SETERUSNYA ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN EN RAMBLI BIN HJ HASBI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA E RAMBLI BIN HJ HASBI DI ATAS UCAPAN ITU TADI.



HADIRIN YANG DIMULIAKAN,
MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA EN BEDUI BIN UNE UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS RAMAH TAMAH HARI RAYA AIDILFITRI RIMUP SMK DEMAK BARU DAN SMK PADUNGAN 2009. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA YG BERBAHAGIA EN BEDUI BIN UNE DI ATAS UCAPAN DAN PERASMIAN ITU TADI.




NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU

HADIRIN SEKALIAN

SAMPAILAH KITA KE PENGHUJUNG MAJLIS.SEBELUM MAJLIS BERSURAI DIJEMPUT PARA HADIRIN BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU IBU PERTIWIKU
PENUTUP

HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA NYAYIAN IBU PERTIWIKU ,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA.

JARI DISUSUN MAAF DIPINTA
.SALAH SILAP HARAP DIMAAFI
TERKASAR BAHASA MAUPUN GURAU SENDA
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI
INI SEKADAR PENGHIBUR HATI
MENJADI KENANGAN YANG ABADI


SAYA BAGI PIHAK ASHLI JAWATANKUASA MMAJLIS MOTIVASI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN-PUAN YANG SUDI HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS PADA HARI INI.
JUTAAN TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA PIHAK2 YG TELAH MENGHULURKAN SUMBANGAN BAKTI SAMA ADA DLM BENTUK KEWANGAN HADIAH ,IDEA DAN SEBAGAINYA…BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI PADA MAJLIS AKAN DATANG.

UBI MANIS UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI


.TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

10 ulasan:

  1. terima kasih cikgu.saya nak guna skrip cikgu utk jadi emcee majlis sambutan kemerdekaan-

    kismec sungai petani

    BalasPadam
  2. Tq Cikgu.. saya pun nak guna skrip2 cikgu utk pengacaraan saya..

    crismanels@smk tabuan Jaya

    BalasPadam
  3. terima kasih daun keladi,nanati2 sy nak guna lg.bijak sungguh cikgu bermain kata,bleh buat buku pengacaraan majlis

    BalasPadam
  4. memang niat saya letak dibloq ini untuk membantu...gualah andai ianya memudahkan tanggungjawab cikgu sebab pengacara majlis...

    BalasPadam
  5. salam. nak mohon nak guna skrip ni utk prog rimup ahad ni. tq

    BalasPadam
  6. Salam... Dgn Izin jdkan skrip sbg rujukan..... syukran

    BalasPadam
  7. Slm..... Terima kasih atas panduan yg diberi cikgu.

    BalasPadam
  8. mohon izin utk pinjam ide ckg ye..tq

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!