Jalinan Persahabatan Kita

Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Rabu, 16 Disember 2009

Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS HARI GURU SMK DEMAK BARU



PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI……TERIMA KASIH.


RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN,MARILAH SAMA2 KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU-GURU SMK DEMAK BARU.


MAJLIS MEMOHON TN PENGETUA UNTUK MENYALAKAN LILIN DIIRINGI OLEH PENOLONG-PENOLONG KANAN .

.UNTUK MAKLUMAN SEMUA,SIMBOLIK DARIPADA NYALAAN LILIN ITU TADI ADALAH GURU LAKSANA LILIN PELAJAR PENYULUH KEGELAPAN PENERANG HATI. SANGGUP MEMBAKAR DIRI DEMI KEJAYAAN ANAK MURID TERCINTA.

ISTANA KOTA SEBELAS TINGKAT
TEMPAT BAHARU NAKHODA PEKAN
SAMA KATA SAMA SEPAKAT
HARI GURU MARI RAIKAN.


JALAN KE DARAT BERPILIN-PILIN
CUACA REDUP MENAWAN DUKA
GURU IBARAT CAHAYA LILIN
MENYULUH HIDUP TIAP KETIKA.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA…DAN SELAMAT PAGI


YG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HAJI HASBI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU


YANG DIHORMATI
TN HJ BAHARUDIN BIN MANSOR YG DIPERTUA PIBG,SMK DEMAK BARU

PN MISIA BINTI HJ ZAIN
PENOLONG KANAN AKADEMIK

EN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
EN SELAMAT BIN MASUNI, PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..
EN JAMAL SHUKURI BOLAHASSAN PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS,
EN HIPNI BARAHIM ,EN MOHADIR AMIN , PEGAWAI DARI BANK RAKYAT CAWANGAN SATOK.


WARGA PENDIDIK ,KAKITANGAN SMK ,AJK PIBG
DEMAK BARU. BARISAN PENGAWAS
DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU.

BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA PADA PAGI INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA SANJUNGI.DALAM MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SMK DEMAK BARU BAGI TAHUN 2009..GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. ITULAH TEMA PERAYAAN HARI GURU PADA TAHUN INI.




.




NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA TIRAI,MAJLIS KITA PADA HARI INI.DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.


BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKAN SAUDARA MOHD AMIRULLAH BIN JOHARI - UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA.DIPERSILAKAN.

.MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA AMIRULLAH-- DIATAS BACAAN DOA ITU TADI.



ANAK KECIL PERGI BERBURU
TIDAK TERBIASA DENGAN KERJA YANG SIA
DARI KECIL DI ASUH GURU
AGAR DEWASA MENJADI MANUSIA.



PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT PERWAKILAN KETUA PENGAWAS SELAKU KETUA MURID SMK DEMAK BARU ----JACOB FREEMAN-UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA JACOB FREEMAN ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.

PUTIK BARU MEKAR DI LAMAN
KEMBANG KUDUP KUMBANG TERIKAT
HARGAIKU SEPANJANG ZAMAN
AGAR HIDUP BEROLEH BERKAT.

!

HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN EN RAMBLI BIN HAJI HASBI PENGETUA SMK DEMAK BARU BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU DIPERSILAKAN ….

TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA DI ATAS UCAPAN ITU TADI.

DI MANA ADA KEMAHUAN
DI SITU ADA JALAN
JASAMU GURU TAK AKAN DILUPAKAN
BUDIMU GURU SENTIASA DALAM INGATAN.

PARA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MENJEMPUT PULA TN HJ BAHARUDIN BIN MANSUR YG DIPERTUA PIBG MEWAKILI IBU BAPA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASAIH DIUCAPKAN KEPADA TN HJ BAHARUDIN BIN MANSUR ATAS UCAPAN ITU TADI.

SIDANG MAJLIS SEKALIAN, SETERUSNYA DIJEMPUT PULA EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

SETERUSNYA PULA MAJLIS MEJEMPUT EN SELAMAT BIN MASUNI UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN SELAMAT MASUNI .

ANGIN MENDERU DENGAN SEPOINYA
DI AAK TANGGA DUDUK BERPERIKAN
KASIH GURU AKAN MURIDNYA
MASA DAN TENAGA RELA KOBANKAN


BAIKLAH HADIRIN HADIRAT SEKALIAN MAJLIS KINI MENJEMPUT EN BIN MORNI UNTUK MENGETUAI BACAAN IKRAR GURU..MOHON PARA GURU BERDIRI DI PENTAS …DAN SELEPAS ITU,KITA AKAN DIPERDENGARKAN OLEH PARA GURU NYANYIAN
LAGU HARI GURU…LAGU PENDIDIK BUMI KENYALANG DAN BIARKU MENJADI LILIN.
.

SEKARANG KITA TELAH SAMPAI KE ACARA PEMOTONGAN KEK OLEH TN PENGETUA DAN PEN.-PEN KANAN,MOHON PARA GURU BERSAMA-SAMA PENGETUA UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK.

MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA PARA GURU DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.

T.KASIH DIUCPKN.
MAJLIS AKN DISERIKAN LGI DGN PRSMBHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM DARIPADA BADAN PENGAWAS. SAMA-SAMA LAH KITA SAKSIKAN PERTUNJUKAN BERAGAM INI.
DEMIKIANLAH TADI PRSMBHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM OLEH BADAN PENGAWAS.



MAJLIS TIDAK AKN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN DGN PRSMBHN OLEH GURU..DIJEMPUT CIKGU NOR SHAFIQ UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BERTAJUK. BERITA KEPADA KAWAN.
DENGAN INI DIPERSILAKAN…

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.BERBAKAT JUGA RUPANYA CIKGU KITA.TAHUN DEPAN BOLEHLAH DAFTAR AF8.JANGAN MARAH YA CIKGU.

MAJLIS DISERIKAN PULA DENGAN SATU PERSEMBAHAN TARIAN
IBAN YANG BERTAJUK TABOH KUMAN DIBAWAH PIMPINAN CIKGU SAEEI.


T.KASIH DIUCAP KAN KEPADA KUMPULAN TARIAN ITU TADI.

MAJLIS AKAN DIMERIAHKAN LAGI DGN PRSMBHN NYAYIAN PLJR PNDIDIKAN KHAS.

TERIMA KASIH DIATAS PERSMBHAN ITU TADI.

PERSEMBAHAN SETERUSNYA PULA ADALAH NYANYIAN LAGU PUISI DARIPADA BEBERAPA ORANG PELAJAR SMK DEMAK BARU.
DIPERSILAKAN.

TERIMA KSIH KEPADA KUMPULAN NYANYIAN PUISI ITU TADI.MAJLIS.

.

KITA SUDAH BERADA DI HUJUNG MJLIS DIMINTA SEMUA PLJR BERDIRI UTK SAMA-SAMA MNYANYIKAN LAGU IBU BERTIWIKU


T.K……………………






PENUTUP

AKHIRKATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PG INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK DEMAK BARU KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BG THN INI…..

SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KPD SEMUA GURU UTK M’JD P’DIDIK YG GEMILANG.SEMOGA BENIH2 KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU,KERANA DENGAN KEIKHLASAN,AKANTERPANCAR KEJERNIHA DAN KEJAYAAAN ANAK DIDIK YANG MUTLAK.MUDAH MUDAHAN…

AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU…..

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU UNTUK SESI PENGAMBARAN DAN PERHATIAN UNTUK SEMUA PENGAWAS ANDA DIMINTA TINGGAL DI TAPAK LOBI SEKARANG.

.TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

45 ulasan:

  1. SAYA MENCARI-CARI SKRIP PENGACARAAN HARI GURU 2010 DAN TERJUMPA SKRIP CIKGU.IZINKAN SAYA MENYALIN DAN MENGUBAHSUAI UNTUK SEKOLAH SAYA.MUDAHAN ALLAH MEMBALAS KEBAIKAN CIKGU YANG SUDI MEMAPARKAN SKRIP TERSEBUT UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN. SELAMAT HARI GURU CIKGU.

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Guru jgk untuk Cikgu Dayang Nuha..Sememangnya niat saya meletakkan skrip tersebut untuk membantu rakan-rakan guru yang senasib dengan saya yg selalu ditugaskan menjadi pengacara majlis..Semoga kita sama-sama saling bantu membantu..

    BalasPadam
  3. saya jd mc besok..mintak izin ambil as a reference..dr perak..t.q so much.

    BalasPadam
  4. terima kasih banyak2 cikgu.. saya pun senasib dengan cikgu..selalu kena jd mc. selamat hari guru.. :)

    BalasPadam
  5. Kepada rakan-rakan guru,kalau ada yang bersesuaian tu ambilje cikgu saya tak kisah...memang niat untuk memudahkan kerja sesama kita.

    BalasPadam
  6. salam wbt.....cikgu izinkan sy untuk menyalin skrip ini untuk pnduan sy dalam mengendalikan majlis smbutan hari guru di sekolah saya...."selamat hari guru"

    BalasPadam
  7. Ambillah cikgu mana yang boleh membantu..

    BalasPadam
  8. sama....sebagai pengacara, boringnya orang makan dulu kita dok bercakap....
    kerja bahagian protikol

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas usaha murni ..

    BalasPadam
  10. Sama-sama SK Kuala Tahan...TQ atas kunjungan

    BalasPadam
  11. mohon untuk dikongsi sebagai panduan..semoga Allah memberkati segala usaha murni itu....

    BalasPadam
  12. mohon untuk dikongsi dan panduan...semoga Allah memberkati usaha murni anda...

    BalasPadam
  13. Terima kasih...Ambillah mana yang boleh membantu...semoga segalanya berjalan lancar

    BalasPadam
  14. saya mintak izin untuk edit teks ucapan ini untuk saya guna...terima kasih....
    bagaimana cara nok berhubung dengan cikgu..?
    saya dari batu rakit, kuala terengganu

    BalasPadam
  15. AMBILLAH..MANA YG SESUAI..PERGI JE KE FB SAYA..NORZITA MOHAMED

    BalasPadam
  16. terima kasih....

    BalasPadam
  17. selamat hari guru..maaf saya copy ek

    BalasPadam
  18. selamat hari guru untuk zurina jugak...ambillah mana yg sesuai..

    BalasPadam
  19. terima kasih cikgu atas info tentang pengacaraan majlis.... tgh carik dan jumpa dari cikgu.... semoga mendapat pahala atas perkongsian cikgu... saya pernah jadi cikgu sandaran kat sekolah smk demak laut....

    BalasPadam
  20. Selamat Hari Guru. Izinkan saya gunakan teks ucapan cikgu untuk majlis sambutan hari guru di sekolah saya. Terima kasih. Bakal guru 2012

    BalasPadam
  21. Tq lee-yas.Saya doakan semuanya berjalan lancar.

    BalasPadam
  22. Asalnya sedang search teks ucapan PM untuk Sambutan Hari Guru bila teks Cikgu muncul dalam search result , mohon untuk disunting untuk saya gunakan sebagai mc esok. Berbanyak terima kasih atas daya usaha cikgu.

    BalasPadam
  23. sama2 ckgu..selamat hari guru dan good luck

    BalasPadam
  24. b. Ucapan pembukaan pada PIBG / Persatuan Ibu Bapa-Guru Mesyuarat Agung Tahunan...soalan asignment sy..mslhnya skg sy xtau sy di posisi mn..sbg pengerusi majlis atau pun sbg ?..boleh bantu...

    BalasPadam
  25. Boleh tak jelaskan apa yg boleh saya bantu.InsyAllah jika saya dapat membantu En mohdhamizibba.

    BalasPadam
  26. boleh saya ambil skrip cikgu utuk di buat panduan pengacaraan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambillah...saya ikhlas...Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya.

      Padam
  27. SALAM....CIKGU MOHON NAK SALIN PANTUN DI ATAS...TQ.

    BalasPadam
  28. salam....sy minta izin ucapan ini jdkan teks utk sek sy...tima kasih byk.....slmt hari guru....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok...ambillah jika dapat membantu...

      Padam
  29. minta izin copy text ucapan ni cikgu..terima kasih cikgu.sayang semua cikgu2

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambillah dik....cikgu syg ank2 murid cikgu

      Padam
  30. Assalamualaikum,,,saya mohon maaf terlebih dahulu kerana saya juga ingin jadikan contoh teks cikgu sebagai teks ucapan saya. Terima kasih byk kerana ia baik dijadikan panduan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambillah jika ianya dapat membantu...saya dn rela hati memberikan kepada sesiapa yg sudi

      Padam
  31. Salam, cikgu.
    Mohon copy teks ucapan.. Terima kasih tak terhingga kerana berkongsi idea di sini, amat berguna utk semua. Moga segala jasa baik cikgu diberkati dan dirahmati Tuhan. Terima kasih n selamat hari guru

    BalasPadam
  32. Izin utk copy..

    BalasPadam
  33. minta izin utk copy n print..terima kasih sebab berkongsi teks ucapan ini..hanya tuhan yg dpt membalasnya...:)

    BalasPadam
  34. ye...silakan semoga segalanya berjalan lancar

    BalasPadam
  35. minta izin buat reference teks cikgu,ya..

    BalasPadam
  36. Salam,cikgu,saye mintta izin ,copy ye,terima kasih,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan saya doakan ianya Berjln lancar

      Padam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!

Copyright© All http://kenangansilam-ita.blogspot.com