Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Terima Kasih Atas Kunjungan

Pengikut

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya

Rabu, 16 Disember 2009

contoh teks ucapan pengacara majlis motivasi pkbp

UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2008.

MENGUMUMKAN KETIBAAN PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI PENGETUA SMK DEMAK BARU KE DEWAN.

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

HOTEL PENVIEW MENJADI SAKSI
PARA GURU DAN IBU BAPA BERSERI-SERI
MAJLIS MOTIVASI SAMA DIRAI
MENJADI PENUTUP AKTIVITI PKBP TAHUN INI.



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…


YG BERUSAHA PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU

YANG DIHORMATI
EN BAHARUDDIN BIN MANSUR YANG DIPERTUA PIBG

PN MISIA BINTI HJ ZAIN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

EN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
TN HJ ALET BIN HAJI ALI,PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..

EN JAMAL SHUKURI BIN BOLHASSAN PENYELARAS PKBP

RAKAN-RAKAN GURU ,KAKITANGAN SMK
DEMAK BARU.
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN IBU BAPA DAN PARA PELAJAR YG DIKASIHI SEKALIAN…


JAMUAN DIHIDANG UNTUK DIMAKAN
DIHIDANG BERSAMA BUAH KUINI
KEHADIRAN ANDA DIALU-ALUKAN
MENAMBAH SERI DIMAJLIS INI.



ASSALAMUALAIKUM WBTH……..SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG KE MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2008 .ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DIBERI KESEMPATAN UNTUK KITA BERSUA BERTENTANG MATA BAGI MEMERIAHKAH MAJLIS PADA HARI INI. .


NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA ACARA,MAJLIS MENJEMPUT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN BERDIRI UNTUK BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN YANG TELAH BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU ITU TADI.

BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,

MASUK HUTAN MENCARI BULUH
BULUH DIJUAL KEPADA PAK MAT
ANGKAT TANGAN JARI SEPULUH
MEMOHON DOA MAJLIS SELAMAT

BAGI MERAKAMKAN KESYUKURAN DAN KEBERKATAN,,,DIJEMPUT USTAZ SYED ABDILLAH BIN SYED KAMALDIN UNTUK MEMBACAKAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.

AMIN.AMIN YA RAHBAL ALAMIN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ SYED ABILLAH BIN SYED KAMALDIN ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

UCAPAN PERASMIAN

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT SILA YANG BERUSAHA PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2008.DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA ,PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI ATAS UCAPAN PERASMIAN SEBENTAR TADI.




PERSEMBAHAN NASYID


HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

ATURCARA DITERUSKAN DENGAN PERSEMBAHAN NASYID DARIPADA PELAJAR-PELAJAR PKBP. UNTUK MAKLUMAN SEMUA, KUMPULAN NASYID INI TELAH MEWAKILI NEGERI SARAWAK KE PERTANDINGAN NASYID DAN TILAWAH AL QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN DI PERLIS INDERA KAYANGAN. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.




TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PARA PELAJAR ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.



PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH



TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN ,MAJLIS PADA PAGI INI DITERUSKAN LAGI DENGAN ATURCARA PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL.DENGAN ITU MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM DAN SUKACITANYA MENJEMPUT PN HAJAH JUITA BINTI SENAWI DIIRINGI OLEH ENCIK JAMAL SHUKURI BOLHASSAN UNTUK MENYAMPAIKAN SIJIL-SIJIL KEPADA PENERIMA. DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.





PENYAMPAIAN CENDERAMATA

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN KENANG-KENANGAN, MAJLIS MEMPERSILAKAN EN JAMAL SYUKURI BOLHASSAN PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERUSAHA PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU.

PERSEMBAHAN

PERMAINAN TOSS A RING (PERYETAAN INI ADALAH TERBUKA DAN HADIAH DISEDIAKAN)
POCO-POCO
FASHION SHOW
PERSEMBAHAN PELAJAR BUDI BAHASA
LAGU HARI RAYA
PERMAINAN PECAHKAN BELON

DEMIKIAN TADI NYANYIAN LAGU HARI RAYA YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH………………………………………………………

HADIRIN SEKALIAN

KINI TIBALAH MASANYA KE ACARA CABUTAN BERTUAH YG PERTAMA.UNTUK MEMBUAT CABUTAN BERTUAH SESI PERTAMA DIPERSILAKAN………………………..



JAMUAN MAKAN

PELBAGAI HIDANGAN SEDANG MENUNGGU
JANGAN SEGAN JANGANLAH MALU
DIPERSILAKAN PARA IBU BAPA DAN GURU
MENIKMATI JUADAH SAMBIL TERHIBUR


HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI IBU BAPA,GURU DAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENJEMPUT………………………………………UNTUK MENYAMPAIKAN LAGU………………………...DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT ……………………………………………………………………………………………………………DIPERSILAKAN.

SETERUSNYA KITA NIKMATI PULA PERSEMBAHAN NYAYIAN DARIPADA …………………………………………………..MAJLIS DENGAN SUKACITANYA DIPERSILAKAN.



KITA SERIKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN………………………………………………….DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.


NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU

HADIRIN SEKALIAN

SAMPAILAH KITA KE PENGHUJUNG MAJLIS.SEBELUM MAJLIS BERSURAI DIJEMPUT PARA HADIRIN BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU IBU PERTIWIKU



PENUTUP

HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA NYAYIAN IBU PERTIWIKU ,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA.

JARI DISUSUN MAAF DIPINTA
.SALAH SILAP HARAP DIMAAFI
TERKASAR BAHASA MAUPUN GURAU SENDA
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI
INI SEKADAR PENGHIBUR HATI
MENJADI KENANGAN YANG ABADI


SAYA BAGI PIHAK ASHLI JAWATANKUASA MMAJLIS MOTIVASI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN-PUAN YANG SUDI HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS PADA HARI INI.
JUTAAN TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA PIHAK2 YG TELAH MENGHULURKAN SUMBANGAN BAKTI SAMA ADA DLM BENTUK KEWANGAN HADIAH ,IDEA DAN SEBAGAINYA…BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI PADA MAJLIS AKAN DATANG.

UBI MANIS UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI


.TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

2 ulasan:

  1. ASSALAMUALAIKUM

    ILMU PENGACARAAN YANG DIKONGSIKAN DI ALAM MAYA INI SANGAT BERMANFAAT, TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA DIUCAPKAN :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam ...terima kasih ya...mana yang baik tu ambillah

      Padam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!

Bekas Anak murid SIF

Bekas Anak murid SIF

Bersama saudara mara

Bersama saudara mara

11 Sept 1998

11 Sept 1998