Jalinan Persahabatan Kita

Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Rabu, 16 Disember 2009

contoh teks pengacara majlis ambang merdeka

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA AMBANG MERDEKA SMK DEMAK BARU



PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN YANG AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI……TERIMA KASIH.


IRAMA BERALUN GENDANG DIPALU…
LANGKAH DIAYUN BERPASANG-PASANGAN
50 TAHUN TELAH BERLALU.
MALAYSIA MEGAH MENYAMBUT KEMERDEKAAN..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…


YG BERUSAHA PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU

YANG DIHORMATI PN MISIA BINTI HJ ZAIN
PENOLONG KANAN AKADEMIK

EN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
TN HJ ALET BIN HAJI ALI,PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..




RAKAN-RAKAN GURU ,KAKITANGAN SMK
DEMAK BARU.
DAN PARA PELAJAR YG DIKASIHI SEKALIAN…

ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA DI PAGI YG BERBAHAGIA DAN CERIA INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAN SATU LAGI PROGRAM BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 5O TAHUN MALAYSIA.

BEGITU PANTAS DETIK MASA BERLALU,KITA BAKAL MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA KURANG DARI PADA 24 JAM DENGAN PENUH KEDAMAIAN.INI JELAS MEMBUKTIKAN BETAPA BERUNTUNGNYA KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA,HIDUP DI BUMI BERTUAH INI.


NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA ACARA,MAJLIS MENJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.


BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKAN ADIK…MOHD ALIF UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.

AMIN.AMIN YA RAHBAL ALAMIN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA ADIK MOHD ALIF ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

PARA HADIRIN SEKALIAN,
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN NYANYIAN 3 BUAH LAGU PATRIOTIK .JUSTERU ITU,BAGI MENZAHIRKAN RASA BANGGA MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA,MARILAH SAMA-SAMA DENGAN PENUH SEMANGAT MENYANYIKAN LAGU 31 OGOS,JALUR GEMILANG DAN MALAYSIAKU GEMILANG.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN LAGU PATRIOTIK .KITA SEBENARNYA TERHUTANG BUDI KEPADA TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN YG TELAH MENEMPUH PAHIT GETIR UNTUK MEMBEBASKAN NEGARA DARIPADA BELENGGU PENJAJAH.KEMERDEKAAN YG DIKECAPI MESTI DIPELIHARA DAN DIPERTAHANKAN.


UCAPAN PENGETUA
PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN…
BAGI MENERUSKAN MAJLIS SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN PADA PG INI, DENGAN SUKACITANYA DIJEMPUT YANG BERUSAHA, PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI KE PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN PENGETUA.


HADIRIN SEKALIAN
MAJLIS AKAN DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN PERUTUSAN DARIPADA MENTERI PELAJARAN YG AKAN DISAMPAIKAN OLEH EN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN MADZALAN ZAWAWI.

SIDANG HADIRIN SEKALIAN,

SETERUSNYA ,KITA AKAN MENDENGAR DAN SAMA2LAH MENGHAYATI PERUTUSAN DARIPADA YG DIPERTUAN AGONG,YG AKAN DISAMPAIKAN OLEH PN MISIA HJ ZAIN.PENOLONG KANAN AKADEMIK.DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN MISIA.

DEGUPKANLAH JANTUNG KITA…
NYATAKANLAH DALAM HATI…
KITA BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA…
MARILAH KITA BERTEPUK TANGAN…
MEMBERI SOKONGAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN
MALAYSIAKU GEMILANG….

TERIMA KASIH…..



PENYAMPAIAN HADIAH

PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, KINI TIBALAH KE ACARA YANG SETERUSNYA IAITU ACARA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG-PEMENANG PERTANDINGAN YANG TELAH DILANGSUNGKAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN..

BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARA INI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN YG DIHORMATI PN MISIA HJ ZAIN UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN LAGU-LAGU PATRIOTIK.DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

DIJEMPUT TEMPAT KEEMPAT KUMPULAN 5 ZAMRUD . SETERUSNYA TEMPAT KETIGA DIMENANGI OLEH KUMPULAN 8 MUTIARA DARI TINGKATAN 1C.NAIB JOHAN PERTANDINGAN LAGU-LAGU PATRIOTIK DIMENANGI OLEH KUMPULAN BALQIS DARI TINGKATAN 1G.JOHAN PERTANDINGAN DI SANDANG OLEH KUMPULAN PASRAH YANG TELAH MENDENDANGKAN LAGU BAHTERA MERDEKA DAN PERAJURIT TANAH AIR.

TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA PN MISIA BINTI HJ ZAIN.SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUTSILA YANG BERUSAHA PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI KE PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN LAGU P.RAMLEE .DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

JOHAN PERTANDINGAN DUET LAGU P.RAMLEE DIMENANGI OLEH JURAIDAH IKSAN BERSAMA PASANGANNYA AWANG MOHD FAIZ YANG MENDENDANGKAN LAGU MLM KU BERMIMPI.

JOHAN PERTANDINGAN SOLO LAGU P.RAMLEE DI MENANGI OLEH MOHD FAZRUL IZWAN BIN DAHLAN DARI TINGKATAN 2P MENDENDANGKAN LAGU JERITAN BATINKU.

DIPERSILAKAN PULA,VOKAL LELAKI TERBAIK ,AMIRULLAH BIN JOHARI DARI TINGKATAN 3 PERMAI.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.


TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN HJH JUITA BINTI HJ SENAWI.


PERSEMBAHAN

SAYANG TEBU PATAH SEBATANG
DITEBANG IA DIBUAT GULA
SAAT YG DINANTI TELAHPUN DATANG
PERSEMBAHAN PELAJAR BERMULA.

HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN, MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PERTAMA NYANYIAN DUET OLEH AWANG MOHD FAIZ DAN PASANGANNYA YANG JURAIDAH BINTI IKSAN YG AKAN MENDENDANGKAN LAGU MALAMKU BERMIMPI.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT KOIR SMK DEMAK BARU DI BAWAH PIMPINAN AWANG MOHD FAIZ YANG AKAN MENYAMPAIKAN 2 BUAH LAGU IAITU JOGET MALAYSIA DAN PUTERA PUTERI .DIPERSILAKAN PULA PELAJAR-PELAJAR PENDIDIKAN KHAS YANG AKAN MENDENDANGKAN LAGU WARISAN.

HADIRIN SEKALIAN,DEMIKIAN TADI SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS.DAN SAMPAILAH KITA KE PENGHUJUNG MAJLIS.SEBELUM MAJLIS BERSURAI DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR MENYANYIKAN LAGU IBU PERTIWIKU.


PENUTUP

AKHIRKATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK DEMAK BARU KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN INI..
SAMA-SAMALAH KITA LAUNGKAN MERDEKA SEBANYAK 7 KALI

MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA,
MERDEKA,MERDEKA, MERDEKA


SIDANG HARDIRAN SEKALIAN DENGAN BERAKHIR NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU DAN LAUNGAN MERDEKA MAJLIS AKAN BEREHAT SEKETIKA DAN AKAN KEMBALI BERSAMAPADA JAM 2 PETANG INI UNTUK MENYAKSIKAN PERTANDINGAN AKHIR POCO-POCO,BOCCE DAN BOLA BALING.


.TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

11 ulasan:

  1. Terima Kasih atas contoh teks ucapan ni...sy minta izin copy n edit ye...jasamu dikenang.. ;-)

    BalasPadam
  2. terima kasih atas conh teks ucapan ini..sy minta izin copy dan edit ye..jasamu dikenang.. ;-)

    BalasPadam
  3. Ambillah cikgu jika boleh membantu..selamat maju jaya

    BalasPadam
  4. terima kasih. sy juga mohon copy teks ini. :)

    BalasPadam
  5. sama-sama..terima kasih jugak kat shashazura kerana ikut blog akak

    BalasPadam
  6. alhamdulillah rupanya ada rakan-rakan guru Malaysia yang baik hati kongsikan teks pengacara majlis sambutan kemerdekaan peringkat sekolah. saya minta juga minta copy n edit teks ini. terima kasih cikgu..! dan Selamat Hari Raya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga untuk Cikgu merina..ambillah cikgu ya..semoga segalanya berjalan lancar

      Padam
  7. salam cikgu..saya mohon dicopy..terima kasih

    BalasPadam
  8. Aslm.. Sy tercari-cari teks pengacara yang sesuai utk majlis penutup bulan kemerdekaan. Bagai org tidur disorongkan bantal.. terimaksih kerana memberi idea. Mohon utk copy. Terimakasih daun keladi cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan cikgu..saya doakan semoga segalanya berjalan lancar

      Padam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!

Copyright© All http://kenangansilam-ita.blogspot.com