Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 16 Disember 2009

Contoh kertas kerja PKBP

KERTAS KERJA
PERANCANGAN AKTIVITI HAL EHWAL MURID DAN KOKURIKULUM
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK DEMAK BARU
2009


1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dari Jabatan Pelajaran Unit Pendidikan Khas bagi melakasanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk 2010 bagi Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Demak Baru.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1 Memantapkan lagi matlamat kokurikulum iaitu,mewujudkan minat serta meningkatkan keupayaan murid PKBP bagi menceburi bidang sukan dan permainan dari peringkat sekolah sehinggalah meninggalkan alam persekolahan.
2.2 Memberi suntikan motivasi yang konsisten kepada murid PKBP supaya mereka terus mantap dalam bidang sukan dan permainan.
2.3 Menyedarkan murid-murid PKBP tentang kepentingan amalkan gaya hidup yang
sihat dengan aktiviti yang dirancangkan.
2.4 Explotasi kemahiran-kemahiran teknikal dan taktikal sukan.
2.5 Memantapkan interaksi sosial.
2.6 Melahirkan murid PKBP yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
2.7 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
2.8 Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang di rancang oleh PKBP.
2.9 Meningkatkan keceriaan bilik darjah dan persekitaran.

3.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

3.1 Tarikh akan ditentukan sepanjang tahun 2010
3.2 Masa perlaksanaan merangkumi sehari, 3 hari 2 malam (bergantung kepada
aktiviti yang akan dijalankan).

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid-murid PKBP SMK Demak Baru








5.0 PROGRAM YANG AKAN DIJALANKAN

5.1 Perkhemahan (Program Bina Insan ) PKBP
5.2 Sukaneka
5.3 Lawatan Sambil Belajar
5.4 Aktiviti Kebudayaan (nasyid,kompang,tarian,nyayian)
5.6 Sambutan Bulan Patriotisme
5.7 Ceramah Kesihatan
5.8 Projek Keceriaan (persekitaran kelas dan bilik darjah)
5.8 Pertandingan Bocce
5.9 Pertandingan Futsal dan Bola Jaring
5.10 Aktiviti Pakaian Beragam
5.11 Anugerah Student Of The Month
5.12 Projek Kraftangan
5.13 Aktiviti Kelab Keceriaan

6.0 PERALATAN YANG DIPERLUKAN DAN ANGGARAN KOS


BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)
1. Baju Tarian 12 orang x RM100 RM 1200.00
2. Aksesori Tarian RM 1000.00
3. Kompang 12 x RM 130
4. Khemah 10 x RM 300
5. Bola Bocce
6. Mounting Board
7. Getah Paip
8. Bola Jaring
9. Bola Futsal
10. Batten
11. Peti Kecemasan
12. Kasut Bola
13. Manila Kad
14. HI FI set
15. Kertas Fotostat
16. Corum
17. Tiang Gol Mini Bola Sepak
18. Pelaka 2 x RM 250
19. Berus Cat
20. Punch Berbentuk 5 x RM 35





BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)
21. CD Tradisional 1 set x RM300
22. Selindang 12 x RM20
23. Gong 1 x RM 600
24. CD Nyayian 1 x RM 300
25. Set Karaoke 1 x RM 2000
26. Pakaian Sembahyang 10 x RM 60
27. Sejadah 10 x RM 30
28. CD Nasyid 2 x RM 30
29. Bunga Tiruan RM 500.00
30. Alatan Asas Solekan 1 x RM 100
31. Gerudi Elektrik 1 x RM 1500
32. Gunting Pemangkas Pokok 5 x RM 30
33. Tukul Besi 8 x RM 25
34. Ketam Elektrik 1 x RM 1000
35. Pemutar Skru Mata Rata 10 x RM 10
36. Pemutar Skru Mata Philip 10 x RM 10
37. Gergaji Kayu Kecil 10 x RM 5
38. Buku Cerita 10 set x RM 100
39 Magnetik Dart Set 1 set x RM 120
JUMLAH



6.0 PENUTUP

Semoga dengan adanya aktiviti –aktiviti yang akan dilangsungkan nanti dapat membolehkan murid dan guru PKBP menjalankan aktiviti dengan sebaiknya.Oleh itu, besarlah harapan kami agar pihak di Unit Pendidikan Khas mempertimbangkan dan meluluskan permohonan peruntukan seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja ini.


Disediakan oleh,


(NORZITA MOHAMED)
Setiausaha HEM
PKBP SMK Demak Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!