Jalinan Persahabatan Kita

Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Sabtu, 30 Jun 2012

Contoh Teks Pengacara Majlis Penutupan Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Demak Baru,Kuching



Teks Pengacara Majlis Penutupan Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Demak Baru Kali ke 4.

Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontijen masuk ke padang,dan berada di hadapan pentas utama untuk pengacara penyampaian hadiah dan majlis penutupan.
KATA ALUAN
Assalamualaikum dan selamat petang,
Yang Berusaha,
En Rambli bin Hj Hasbi Pengetua SMK Demak Baru,

Yang Dihormati,
Pn Misia Hj Zain , Penolong Kanan Kurikulu.

En Razalie Badar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En Selamat Masuni, Penolong Kanan Kokurikulum,

En Jamal Shukuri Bolhassan, Penolong Kanan PPKI

Wakil-wakil PIBG,
Guru-guru,tuan-tuan,Puan-puan,

Serta para pelajar yang kasihi sekalian.

Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan pada kejohanan sukan tahun ini.Kepada atlet yang berjaya tahniah diucapkan kepada yang tidak berjaya tahun hadapan cuba lagi.

                                                                    NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA TIRAI,MAJLIS KITA PADA HARI INI.DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU. DAN LAGU SEKOLAH “Demak Gemilang”

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.

BACAAN BACAAN DOA

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HAR INI YANG PENUH BERMAKNA IN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DLAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMANYA MEMPERSILAKAN.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

MAJLS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI.




PENYAMPAIAN HADIAH&CENDERAMATA
Hadirin sekalian,
Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pada Kejohanan  Balapan Dan Padang Tahunan kali ini, majlis dengan segala hormat menjemput Yang Berusaha En Rambli Hj Hasbi,Pengetua SMK Demak Baru, dengan diiringi oleh En. Selamat bin Masuni, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK  Demak Baru  untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan perarakan perbarisan bagi kategori rumah sukan pada hari ini.
-Johan berjaya dsandang oleh pasukan Rumah___________.
-Seterusnya tempat kedua berjaya digondol oleh pasukan Rumah________.
-Dan tempat ketiga berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah__________.
Hadirin sekalian,

-Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah adalah Adik____________________________.
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara___________________________________________________
-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini adalah Adik____________________.
Beliau telah meraih pingat__________________________________.
-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi johan, naib johan, dan tempat ketiga secara keseluruhan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.
-Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan Rumah____________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Balapan dan Padang kali ke4 jatuh kepada:
Rumah Sukan__________________________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
.
- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Pengetua atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.





UCAPAN PENGETUA
Hadirin dan hadirat sekalian,
Untuk menyempurnakan penutupan kejohanan Balapan dan Padang pada kali ini,ajlis sekali lagi menjeput Tuan Pengetua untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang SMK Demak Baru Kali ke.4.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Jemput Pengetua Meneima Bendera Kejohanan.
Seterusnya upacara menurunkan bendera kejohanan,majlis dengan ini menjemput Yang dihormati En Selamat Masuni, Penolong Kanan Kokurikulum untuk mengiringi Yang Berusaha Tuan Pengetua bagi menerima bendera kejohanan.

Umum Upacara Penurunan bendera Kejohanan
Bendera Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Demak Baru akan diturunkan sebagai tanda berakhirnya kejohanan kali ke 4 yang penuh bermakna ini.
Untuk itu, majlis menjemput Pasukan Pengakap untuk menurunkan bendera kejohanan,seterusnya di bawa untuk diserahkan kepada tuan pengetua.
Bendera ini akan dikibarkan lagi pada kejohanan kali ke 5 tahun hadapan. InsyaAllah.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan.
PENUTUP
Dengan acara penurunan bendera kejohanan sebentar tadi,maka berakhirlah kejohanan Balapan dan Padang kali 4 Sekolah Menengah SMK Demak Barutahun 2012.
Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang berjaya.Kepada yang masih gagal teruskan usaha ,jangan putus asa.
YAKIN BOLEH,ANDA BOLEH DAN SEMEMANGNYA SMK DEMAK BARU BOLEH....inSYaAllah!!
Sebelum  majlis bersurai,marilah sama-sama kita nyanyikan lagu” Satu Murid Satu Sukan”dan “ Ibu Pertiwiku”.
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!

Copyright© All http://kenangansilam-ita.blogspot.com