Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 17 Ogos 2013

Sarapan pagi Sabtu...(Nasi Lemak Sambal Ikan Selayang)

 Nasi lemak kukus

Sambal tumis ikan selayang..
Bahan-bahannya

1)Ikan Selayang dikukus
 2)20 tangkai cili kering-direndam dengan air panas dan dikisar kering
3)asam jawa sebesar ibu jari-dibancuh dengan sedikit air
4)7 ulas bawang merah kecik-dihiris dan dikisar sederhana halus mengunakan pengisar kering
5)1/2 inchi belacan (kalau tak suka jangan letak)
6)Gula , garam dan secubit serbuk perasa
7) serai

Cara menyediakannya 

1) Panaskan minyak, tumis bawang kisar hingga agak garing-guna api sederhana
2)Tumis cili kisar hingga pecah minyak-tumis agak lama-guna api sederhana
3)Masukkan belacan dan serai -tumis lagi
4)Masukkan air asam jawa-Pastikan mengunakan api perlahan dan sentiasa mengacau hingga sambal menjadi pekat
5) Masukkan lebih kurang dua sudu besar gula-kacau sekejap
6) Masukkan garam dan secubit perasa-seimbangkan rasa
7)Sebelum angkat masukkan ikan selayang

Sarapan sekeluarga pagi sabtu lauk kat atas nilah..nasi lemak Terengganu.
Rupanya anak yang no 4 Aimy ni suka benar dengan nasi lemak..pagi-pagi belum samapi tengahari sudah 3 kali makan..biasalah anak-anak dengan selera yang berbeza..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!