Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 23 Januari 2012

Rindu Datang Lagi

pic48.jpg 
Petang Isnin yang mendung tika jemari ini menulis..Hari ini dah masuk hari ketiga cuti sempena Tahun Baru Cina.Seronok berpeluang bersama keluarga.riuh rendah suara anak-anak sesunguhnya amat menceriakan walaupun sesekali pening melayan..
 
Bila petang-petang pasti fikiran akan terus melayan ke kampung halaman.Sesungguhnya rindu tak pernah hilang.Tak pernah pudar walaupun waktu berpudar dan segalanya berubah.
Tak dapat dinafikan berjauhan adalah amat menyiksakan namum demi sebuah penghidupan segalanya harus ditempuh.
Terkadang bila rindu datang menjengah terus saat dan ketika itu  ingin terbang ke sana.Ingin sentiasa bersama habiskan masa-masa yang ada ini bersama Mak dan keluarga di kampung .Dapat merasa masakan mak..Dapat menatap wajah mak.dan segala-galanya ...tentang mak.Sesekali timbul rasa cemburu di hati kerana memikirkan orang lain yang sentiasa ada disisi mak...Huh...dah takdirnya begitu..terpaksalah terima suratan dari Nya.
Mak..kesabaran dan ketabahan mak selama ini mengajar saya untuk terus kuat menempuh cabaran yang mendatang..Terima kasih mak kerana pengorbanan mak untuk saya dan adik beradik yang lain.Doakan selalu agar saya di sini sentiasa tenang setenang mak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!