TEKS
PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG
SMK
KAMPONG JAWA
11 Mac
2017
DEWAN
JUARA SMKKJ `
KLANG
PENGUMUMAN
Assalamualaikum
dan selamat pagi
Tuan-tuan
dan puan –puan sidang hadirin yang dihormati sekalian, disini ada beberapa
pengumuman iaitu
1.Mesyuarat Agung PIBG kita akan dijalankan
pada pukul 10.00 pagi.Mohon kerjasama semua hadirin untuk berada di dalam dewan
Juara pada pukul 9.50 pagi.
2.Tuan
–tuan dan puan-puan juga dialukan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan yang di
adakan di kantin sekolah.
3.Mohon
meletakkan kedudukan hp berada di dalam keadaan mod senyap .
4,Majlis
Penutup Mesyuarat Agung akan dijalankan selepas Mesyuarat Agung PIBG,justeru
itu, besarlah harapan kami tuan-tuan,puan-puan bersama kami sehingga ke
penghujung majlis.,.
5.Kerjasama,sokongan
daripada tuan-tuan,puan-puan kami ucapkan jutaan terima kasih.
SESI PERTAMA/MESYUARAT AGUNG PIBG
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarokatuh..Salam sejahtera.
Tuan-
tuan dan puan-puan ,hadirin dan hadirat yang budiman,
Selamat
berhimpun di Dewan Juara untuk Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG,SMK Kampong Jawa 2017 kali ke 20.
PERSEMBAHAN DIKIR BARAT
Sebelum
kita memulakan mesyuarat Agung PIBG kali ke 20 ini, apa kata kita saksikan
dahulu persembahan dikir barat daripada murid-murid SMK Kampong Jawa.
Majlis
mempersilakan pasukan dikir barat ke pentas untuk membuat persembahan.
Dipersilakan.
Demikianlah
tadi persembahan dikir barat daripada murid-murid SMK Kampong Jawa yang amat berbakat di bawah pimpinan En
Amirul Aizat bin Othman dan Pn Hasfariza binti Hamzah.Untuk pengetahuan semua
kumpulan dikir barat ini akan memasuki pertandingan di program antarabangsa
yang akan berlansung di MSU tidak lama lagi.Dan selepas ini mereka akan ke Desa
Muda kerana menerima jemputan membuat persembahan di Kenduri kahwin..
MESYUARAT AGUNG PIBG
Tanpa
membuang masa Mesyuarat Agung PIBG SMK
Kampong Jawa kali ke -20 ini akan
dipengerusikan oleh Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa ,En Muhammad bin
Hashim. Majlis mempersilakan Yang Berbahagia En Muhammad bin Hashim untuk mempengerusikan mesyuarat pada hari ini.
Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
SESI KEDUA-PERASMIAN PENUTUPAN MESYUARAT AGUNG
PIBG
PENGUMUMAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
Mengumumkan ketibaan yang berbahagia Datuk IR Kamaruzzaman bin Johari Ketua UMNO
Bahagian Kota Raja (dan Yang berbahagia Datin _____________________________) yang
diiringi masuk oleh Yang Berusaha Pn Noraziah Binti Mohamad Nor,
Penolong Kanan Pentadbiran dan akademik SMK Kampong Jawa dan para Tetamu Khas yang lain
.Hadirin dipohon berdiri.
LAGU
NEGARAKU
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis perasmian penutup Mesyuarat Agung
tahunan kali ke 20 SMKKJ 2017 dimulakan
dengan menyanyikan Lagu Negaraku. Para
hadirin diminta menyanyikan lagu
Negaraku bersama –sama.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian yang dikumandangkan sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.
TARIAN SELAMAT DATANG
Sidang
hadirin budiman, sama-sama kita
saksikan persembahan tarian selamat datang oleh murid-murid SMK Kampong Jawa.
Demikianlah
tadi persembahan tarian oleh murid-murid SMK Kampong Jawa di bawah pimpinan Puan Suzeliyanti Zainal
Abidin.Terima kasih diucapkan.
KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS
DALAM BERCAKAP BERSOPAN SANTUN
DALAM SUSAH TUNTUN MENUNTUN
DALAM SENANG SANTUN MENYANTUN
MULIA ANAK SEMPURNA AKHLAK
MULIA TUA
SEMPURNA AGAMA
MULIA BAHASA BERBUDI BAHASA
MULIA MAJLIS TERTIB ATUR CARA
Jejaran mengkudu berbias
kesuma
Di celah angsana di tanah
jawa
Ucapan aluan pembuka bicara
Di dewan juara kita bersua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.Salam
Sejahtera,Salam terus menjulang SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah.
Majlis dengan penuh rasa
hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran ;
1. Yang Berbahagia Datuk IR
Kamaruzaman bin Johari ,Ketua UMNO Bahagian Kota Raja. (kalau ada datin)dan
Yang Berbahagia_____________________________________
2. Yang Berusaha Pn
Noraziah Binti Mohamad Nor, Penolong Kanan Pentadbiran dan akademik SMK Kampong
Jawa
3. Yang dihormati En __________________________ Yang di pertua
PIBG SMK Kampong Jawa
4. Yang dihormati En
Muhammad b Hashim , mantan Yang DiPertua
PIBG SMK Kampong Jawa
5. Yang berusaha Pn Puziah
Binti Tuban, PenolongKanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa
7. Tn Hj Muzikir bin
Muhamad, PenolongKanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa
8. En Amir Syaifuddin b Abdul Majid, Penolong
Kanan Petang SMK Kampong Jawa
9. Pn Normala bin Misman ,Penolong Kanan PPKI SMK
Kampong Jawa,
10.Barisan AJK PIBG
11.Barisan ketua bidang.ibu
bapa ,guru-guru dan warga SMK Kampong Jawa dihormati
Serta murid-murid yang
dikasihi sekalian.
Alhamdulillah marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi Tuhan
Yang Maha Mengetahui kerana dengan limpah kurnianya jua maka kita diberikan
luangan waktu dan kesempatan untuk kita berkumpul di Dewan Juara dalam Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
kali ke-20 SMK Kampong Jawa 2017.
Semoga
majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang dan membawa makna kepada
kita semua
Melayang belatuk di hujung pecan
Diperdu peria makanan di cari
Kehadiran yang berbahagia kami alukan
Majlis ceria bertambah seri.
Bagi pihak ahli jawatankuasa serta seluruh warga SMK Kampong Jawa turut
sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada selruh hadirin
dan hadirat khususnya Yang Berbahagia Datuk IR
Kamaruzaman bin Johari ,Ketua UMNO Bahagian Kota Raja. Kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama
menjayakan Majlis Perasmian Penutup
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2017. .
Kita berhimpun untuk
satu pertemuan keluarga besar, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK
Jawa kali ke 20 .
Kita bersama bersatu hati membantu SMKKJ melahirkan murid cemerlang dari segi Sahsiah diri ,kurikulum mahupun kokurikulum…Impian tidak akan menjadi kenyataan kalau antara kita tidak sama-sama bergading bahu ,berkorban sedikit masa ,wang ringgit ataupun keringat.
Kita bersama bersatu hati membantu SMKKJ melahirkan murid cemerlang dari segi Sahsiah diri ,kurikulum mahupun kokurikulum…Impian tidak akan menjadi kenyataan kalau antara kita tidak sama-sama bergading bahu ,berkorban sedikit masa ,wang ringgit ataupun keringat.
Ibarat
kata cerdik pandai “kejayaan akan hanya dimiliki bagi mereka yang bersungguh”`
BACAAN
DOA
Anak
ayam turun Sembilan
Mati
seekor tinggal berlapan
Duduk
berdoa kepada Tuhan
Minta
Allah jalan ketetapan.
Sidang
hadirin warga dewan yang dimuliakan
Pastinya mengharapkan majlis kita pada hari ini mendapat redha dariNya, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan pada hari ini berjalan lancar dan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput En Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Pergi mengail ikan haruan
Turut di bawa jala dan pukat
Terima kasih kepada tuan
Doa di pohon semoga berkat.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir atas bacaan doa itu tadi
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
Hujan
gerimis lebat di hulu
Haba di
muara terasa nyaman
Bacaan
doa sudah berlalu
Tayangan
Multimedia kami persembahkan
Hadirin
yang dihormati sekalian,
Seterusnya
kita akan saksikan persembahan tayangan
multimedia sekelumit nostalgia episod-episod dalam pelayaran bahtera SMK Kampong Jawa yang memaparkan segala aktiviti yang dijalankan
oleh pihak sekolah dan PIBG sepanjang tahun 2016 hingga kini.
Marilah
kita sama-sama saksikan.
Untuk
makluman hadirin sekalian,tayangan multimedia sebentar tadi telah disediakan
oleh En Muhammad Izuuan Roslan dan YM Raja Zulkhairi bin Raja Nong Abdul Rashid
juga dengan kerjasama semua warga SMK Kampong Jawa. Terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa yang menyiapkan persembahan
multimedia sehingga Berjaya dipertontonkan dalam majlis yang penuh bermakna
ini..
PENGUMUMAN
KE PENTAS
Sidang dewan yang budiman,
Majlis pada hari ini diteruskan dengan mempersilakan
, Yang Berusaha Pn Noraziah Binti Mohamad Nor, Penolong Kanan Pentadbiran
dan akademik SMK Kampong Jawa untuk
menjemput Yang Berbahagia Datuk IR Kamaruzaman bin Johari ,Ketua
UMNO Bahagian Kota Raja
,Yang dipertua dan naib pengetua PIBG serta
Penolong Kanan Hal ehwal murid naik ke
pentas untuk aturcara seterusnya.
UCAPAN
ALUAN PENGETUA ATAU PENOLONG KANAN 1
Hadirin dan hadirat sekalian.
Tiada
hilir tiadalah hulunya
Tiada sempurna tanpa
ucapannya
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha Noraziah Binti Mohamad Nor, Penolong Kanan Pentadbiran dan akademik SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.
Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Pn Noraziah Binti Mohamad Nor, Penolong Kanan Pentadbiran dan akademik SMK Kampong SMK Kampong Jawa.. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Anak teruna
duduk bersila
Makan pula berhati-hati
Yang Dipertua kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati.
UCAPAN YDP PIBG
Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang dihormati En ________________________________ Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan..
Petang hari menanam selasih
Selasih berbunga indah berwarna
YDP PIBG setinggi-tinggi terima kasih
Ucapan diberi penuh bermakna.
Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa ,Yang dihormati _________________________________________ . Terima kasih diucapkan.
UCAPAN
PERASMIAN
Tuan-tuan
–puan –puan hadirin dan hadirat sekalian,
Menjemput Datuk untuk berdiri,
Memberikan ucapan kepada kami
Kepada Datuk ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami
Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Datuk IR Kamruzzaman bin Johari ,Ketua UMNO Bahagian Kota Raja bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung PIBG SMK Kampong Jawa 2017.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk IR Kamaruzzaman bin Johari kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.
PENYAMPAIAN
CENDERAHATI DAN SIJIL (AJK PIBG)/PERASMI
Sidang
hadirin yang dimuliakan
Bercabang
tiga sigunung daik
Di kaki
nya subur pohon meranti
Budi
luhur di balas baik
Dalam
ingatan tersimpul mati
Bukan
nilai menjadi ukuran
Namun
ingatan itu yang menjadi keutamaan
Sebagai
tanda sekalung penghargaan
Terimalah
cenderahati ikhlas atas jasa dan budi
Berbakti
kepada PIBG SMK Kampong Jawa.
Atur
acara seterusnya adalah penyampaian cenderahati dan sijil kepada barisan Ahli
Jawatankuasa PIBG sesi 2016/2017
Untuk
menyempurnakan majlis ini,dijemput dan dipersilakan Yang dihormati
____________________________________Yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa untuk mengiringi Yang Berbahagia Datuk Ir Kamaruzaman bin Johari ,ketua UMNO Bahagian Kota Raja bagi menyampaikan
cenderahati kepada barisan AJK PIBG. Sesi 2016/2017.
Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Dengan
segala hormatnya dipersilakan
1.En
Muhammad bin Hashim – selaku Yang dipertua PIBG untuk menerima sijil
penghargaan dan cenderahati daripada Yang berbahagia Datuk.
Seterusnya
dipersilakan
2. En
Arojunan A/L Veloo -Naib Yang Dipertua PIBG
3. En Saidi Bin Daud – selaku Setiausaha
4. Cik Wan Mardiana Bt wan Mahmud -Bendahari
Di
persilakan barisan AJK IBU BAPA
5. dipersilakan
En Mohamad Kahir Johari
6. En Doraisamy A/L Govindasamy
7. Pn Sabariah Mohd Yusof
8. Pn Noorleha bt Junid
9. Pn
Siti Hayati Ab Rahman
Dipersilakan pula barisan AJK GURU
10. di
jemput En Vijayarajan A/L Velu Naidu
11.Cik
Tan Hong Peng
12. Pn
Shuhaida bt Shariff
13. Pn Rohaida
bt Al
i dan
yang terakhir
14.Pn
Norzita bt Mohamed
Terima
kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia
Datuk .
Sebagai tanda terima kasih dan
kenang-kenangan, dipersilakan Yang dihormati
____________________________________Yand dipertua PIBG SMK Kampong Jawa untuk
menyampaikan cenderahati tanda ingatan
daripada warga PIBG kepada tetamu istimewa kita pada hari ini.
Majlis mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Ir. Kamaruzaman kerana sudi menyempurnakan
majlis sebentar tadi.
Terima kasih juga diucapkan kepada
Yang Dipertua PIBG.
PERSEMBAHAN
NYAYIAN
Kini majlis diteruskan dengan persembahan
nyayian daripada tiga orang murid SMK Kampong Jaya iaitu Adik Mohammad ameer
Ameruddin bin Zamri,Aidel Azraff bin Abd
Mutalib dan Muhammad Amzar bin Azrifin yang akan mendendangkan lagu bertajuk
SEGALANYA.e
Sama- sama kita saksikan.
Demikian
lah tadi persembahan nyanyian daripada Adik Mohammad ameer Ameruddin bin Zamri,Aidel Azraff bin Abd Mutalib dan Muhammad Amzar bin Azrifin
Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.
CABUTAN
BERTUAH
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tunggu…iatu acara cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan Yang dihormati Pn Puziah Tuban,Penolong Kanan HEM SMK Kampong Jawa untuk membuat 10 cabutan bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para jemputan yang bertuah.
Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Terima
kasih diucapkan kepada yang dihormati Pn Puziah Tuban kerana menyempurnakan
acara sebentar tadi.
CABUTAN HADIAH 2
Hadirin
dan hadirat sekalian
Kita
teruskan lagi cabutan bertuah pada hari ini.untuk itu majlis dengan sukacitanya
menjemput yang dihormati Tn Haji Muzikir bin Mohamed ,Penolong kanan
Kokurikulum untuk membuat 10 lagi
cabutan bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada yang bertuah.
Dengan
segala hormatnya majlis mempersilakan.
Terima
kasih diucapkan kepada yang dihormati Tn haji Muzikir bin Mohamed kerana
menyempurnakan acara sebentar tadi. Tahniah juga kepada penerima cabutan
bertuah pada hari ini.
Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini mewakili
barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang
kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan
kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis.
Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta..
Kerjasama tuan puan sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan
indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.
Kini
selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Kampong Jawa 2017. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Yang Berbahagia Datuk dan para jemputan sekalian, atas kesudian
menghadiri majlis pada hari ini.
Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Datuk dan para tetamu jemputan khas diiringi Pengetua, Yang Berusaha Tuan Haji Nashan bin Singgan , untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Kesihatan.Dipersilakan.
Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Datuk dan para tetamu jemputan khas diiringi Pengetua, Yang Berusaha Tuan Haji Nashan bin Singgan , untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Kesihatan.Dipersilakan.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!