- Minum petang kami kuih ketayap pokadot👪
Resepi kuih ketayap
Bahan inti
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 cawan gula pasir
Sedikit garam
2 sudu air
1 sudu tepung beras
Caranya
Masukkan kelapa air dan gula .masak hingga pekat.masukkan tepung .angkat dan biarkan sejuk
Bahan kulit
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
11/2 cawan santan
1 sudu besar marjerin
Perwarna kuning dan merah serta hijau
Sedikit garam
Masukkan semua bahan dan blander.
Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak dengan daun pandan
Masukkan titis warna merah atau hijau corak kreativiti sendiri
Masukkan warna kuning lebih kurang 1 senduk diatas titis merah tadi .pusing- pusingkan kuali .
Angkat dan letakkan inti di tengah dan gulungkan ..Selamat mencuba
Ikhlas dari Cikgu Ita
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Ahad, 21 September 2014
Resepi Kuih Ketayap Pokaddot
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!