Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 16 Disember 2009

Contoh teks ucapan perhimpunan sekolah

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN

بسم الله الرحمن الرحيم.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
dan salam sejahtera.

Yang Berusaha,

................................,
Tuan Pengetua Sekolah ...................................
.............................
Penolong Kanan Pentadbiran,.
..............................
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

............................
Penolong Kanan Kokurikulum,


Ketua-ketua Jabatan, Guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Syukur kita ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih lagi dapat menyedut udara segar di kelilingi hutan yang menghijau ini.

Bagi memberkati majlis perhimpunan di pagi yang mulia ini, majlis menjemput saudara _________________ untuk membacakan doa. dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Semoga dengan pembacaan doa tadi akan diperkenankan oleh Allah dan akan memberkati lagi majlis kita pada hari ini.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput saudara _______________
untuk mengetuai lafaz ikrar pelajar. Dengan ini majlis menjemput…..

Ribuan terima kasih diucapkan kepada saudara ________________.

Seterusnya, majlis menjemput para guru dan rakan pelajar untuk berdiri tegak untuk menyanyikan lagu NegaraKu, (dengan iringan muzik / tanpa iringan muzik).

Para guru dan pelajar dijemput duduk. Bagi meneruskan lagi majlis kita di pagi yang mulia ini, majlis menjemput

1- Guru-guru

2- Penolong Kanan Kokurikulum
3- Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

4- Penolong Kanan Pentadbiran

untuk memberikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ________________________
atas ucapan beliau tadi.

Semoga dengan ucapan dan teguran itu tadi dapat kita hayati bersama dan dijadikan sebagai panduan kepada kita semua.

Tidak sempurna kata tanpa bicara
Tiada sempurna bicara tanpa bahasa
Tiada sempurna perjalanan majlis kita
jikalau tiada ucapan dari Tuan Pengetua.

Dengan ini majlis menjemput Tuan Pengetua, ................ untuk memberi nasihat dan teguran kepada kita semua. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Jutaan terima kasih majlis ucapkan kepada Tuan Pengetua. Semoga dengan teguran dan nasihat itu tadi akan kita jadikan panduan dan diamalkan dalam kehidupan kita.

Seterusnya, majlis menjemput para guru dan rakan pelajar untuk berdiri tegak bagi menghormati dan menyanyikan lagu ibu pertiwiku.

Dengan berakhirnya lagu ibu pertiwiku tadi, maka berakhirlah majlis perhimpunan kita pada hari ini. Segala yang baik datang daripada Allah swt, manakala yang kurang itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Sekian.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Para pelajar diminta tunggu sebentar bagi memberi laluan kepada para guru.

3 ulasan:

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!