Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Khamis, 4 Mac 2010
Kraftangan (Poket Serba Guna)
Rabu, 3 Mac 2010
Keluarga Bahagiaku
Hari Pertama Nur Aimy (10 Feb 2009)
Tak percaya rasanya aku akan dapat cahayamata lagi..Dan paling bahagia lahirnya baby perempuan yang selama ini kunantikan untuk temankan kakaknya Nur Alya...KAU BEGITU SEMPURNA..DI MATAKU KAU BEGITU INDAH.. .
Rindu kat Mak...
Mak........
Jarak dan masa telah memisahkan kita
Namun ingatan padamu tak pernah pudar
Telah ditakdirkan diri ini jauh dengan dirimu...
Walaupun tanpa kerelaan...
Garis senyum mu
Aku tau kau pilu
Ada sendu yang mak simpan dilubuk hati
Ada duka yang mak pendam kerna kami
Ada cerita sedih yang belum berakhir..
Kau teruji dengan insan yang tersayang..
kau jua turut teruji dengan sikap anakmu dan cucumu....
Kerana diri ini jua kini seorang ibu...
Aku mula mengerti ...
Perasaan rindu yang membara...
Perasaan kecil hati pada anak yang terlupa jasa seorang ibu...
Perasaan bimbang pada insan-insan yang pernah kita lahirkan...
Perasaan pengorbanan yang perlu kita lakukan...
Segala-galanya Mak...
Aku amat mengerti perasaanmu...
Walau jarak beribu batu...
Antara aku dan dirimu...
Tapi hati ini sentiasa rindu padamu....
Doaku ...
kebahagian..kerahmatan..dan kesejahteraan
Sentiasa di sisimu...
Walau apa pun yang kulakukan
tak terbalas jika dibandingkan kasih sayang mu...
Sesungguhnya waktu ini aku rindu padamu.....
Isnin, 1 Mac 2010
Sekitar Sambutan Ulangtahun Kelahiran Sinthia(26/2/2010)
Ahad, 28 Februari 2010
HAPPY BIRTHDAY(1 mac 2010)
Selamat hari ulang tahunmu teman ( 1 Mac 2010) Ingin rasanya menjadi insan yang pertama mengucapkan happy birthday buatmu...Doaku semoga kesejahteraan,kebahagiaan,ketenangan sentiasa kau miliki.Semoga dipanjangkan umur..Sentiasa dilimpahkan rezeki dan cemerlang dalam kerjaya yang kau miliki....Sebagai seorang temanmu,sememangnya diri ini tidak pernah melupakan tarikh itu sejak mengenalimu dulu dan kini walaupun jarak dan masa telah lama memisahkan kita...HAPPY BIRTHDAY
HAPPY BIRTHDAY
HAPPY BIRTHDAY

Sempena ulangtahun kelahiranmu...
Teman...
Tiada kad untukku utuskan
Hanya dilaman bloq bisu ini
Kutitipkan ucap selamat buatmu
Kiranya kau akan membacanya
Atau mungkin hanya catatan ini tak kau sedari..
Biarpun segala kemungkinannya...
Kutetap ingin titipkan
Ucap selamat ulangtahun kelahiran buatmu..
Semoga....
Umurmu dipanjangkan Yang Maha Esa...
Lahirmu di dunia ini pastinya mengembirakan ibu dan bapa mu..dan insan-insan lain yang mengenalimu..
Aku seorang temanmu yang sentiasa ingin lihat kau ceria..
Gembiramu adalah bahagiaku..
Tanpamu terkadang sepi jua duniaku
Aku pasti kau pun begitu
Hanya terkadang jarak memisahkahkan kita...
Untuk kita menciptakan kembali kenangan waktu dulu...adalah tak mungkin
Namun kita tetap ada satu ingatan antara kita...
Kupasti ...
Engkaupun begitu
Lalu kuukirkan tinta ini
Agar menjadi satu coretan yang bermakna...
Harapan kau akan bahagia bila membacanya...
Ingin jua kupastikan kau akan tetap mengingatiku sebagai antara temanmu
Rindulah aku bila kau ingat kenangan dulu...
Antara kita pernah ada suka duka,gurau senda dan jua masam muka
Namun itu semua kini hanya memori silam yang tak akan kembali...
Mungkin hanya kita kenangi..
Untuk kita selagi ada bernama ingatan
Kenangku selalu dalam doamu....
Rabu, 24 Februari 2010
Sajak Rindu Buat Pantai.....
Disinilah tempat permainanku,tempat berkongsi ilmu dan tempat segalanya....nampak Pulau Bidong dan Pulau redang yang indah permai..
Pantaiku..Batu Rakit.....
tiapkali mata ini memandangmu
pasti mengamit sayu
rindu kembali bersatu
pada memori dan insan yang kutinggalkan
terimbas kenangan dulu
masa kecil dan alam kedewasaanku
kau kongsikan bersama suka dukaku
setiamu mendengar luahan hatiku...
melalui tinta kayuku mencoretkan perasaanku
Terkadang jua kau menghiburkan
pada diri ini yang keresahan
ditinggalkan oleh insan yang tersayang..
pantaiku....
kau pernah menyatukan aku kembali dengannnya
kau pernah jua menghadirkan insan misteri buatku
kau pernah jua menjadi saksi segala kenangan indah aku dan dirinya...
pastinya
aku akan kembali
ke sisimu lagi
atas undangan rindu......
Pantaiku..Batu Rakit.....
tiapkali mata ini memandangmu
pasti mengamit sayu
rindu kembali bersatu
pada memori dan insan yang kutinggalkan
terimbas kenangan dulu
masa kecil dan alam kedewasaanku
kau kongsikan bersama suka dukaku
setiamu mendengar luahan hatiku...
melalui tinta kayuku mencoretkan perasaanku
Terkadang jua kau menghiburkan
pada diri ini yang keresahan
ditinggalkan oleh insan yang tersayang..
pantaiku....
kau pernah menyatukan aku kembali dengannnya
kau pernah jua menghadirkan insan misteri buatku
kau pernah jua menjadi saksi segala kenangan indah aku dan dirinya...
pastinya
aku akan kembali
ke sisimu lagi
atas undangan rindu......
Isnin, 22 Februari 2010
Pantai Batu Rakit Yang Kurindui
Sebenarnya seronok jumpa gambar Pantai Batu Rakit kat blog daripada seseorang yang duk sama kampung. Permandangan yang di bawah ini sentiasa menghiasi ruang mata..Syahdunya tak sabar nak balik kg...
Dulu setiap petang aktiviti aku jalan-jalan kat tepi pantai tu....sesekali kutulis kata-kata luahan hati walaupun pasti takde orang yang membacanya...

Gambar ni pulak pantai Batu Rakit yang diambil dari sifoo.com..Lihatlah perahu nelayan tu.....Dulu malam-malam duk kat tingkap tengok lampu-lampu yang berkelip .Tengok suasana orang candat sotong...Ada kenangan kat situ.
Dulu kalau tempat lepak suka duk tepi perahu macam ni...Wei ...cantiknya aku kan.(Foto dari foto media .com)
Nie gambar kat pantai Pagar Besi ...Tempat rumah aku sekarang.Yang pasti Batu Rakit tetap abadi di hati.
Sajak buat teman 2
Teman
Andai kini kau dan aku
terpisah kerana jarak waktu
Tapi
Harus kau tau
Segalanya bukan niatku untuk
jauh dan jauh darimu...
dan juga
ingin kumahu kau tahu
kenangan antara kau dan aku
masih tetap segar
dan
tak mungkin luput
dalam kotak ingatanku..
kerana dirimu
insan yang sentiasa ada
di sudut kamar hatiku...
Buah Jambu,mangga dan Kuini
Kuakui masa tu keimanan amat tipis...dan atau faktor tidak cukup duit memaksa aku melakukannya...Ya Allah ...ampinilah dosaku...
Teringat masa dulu..jambu air ini cukup digemari oleh aku dan keluarga...Pagi-pagi biasanya aku ,dan kakak siap bawa besen kutip buah jambu Maksu Nab yang gugur..maka penuhlah buah jambu tu dalam besen.Aku jugak pernah kutip buah jambu yang gugur kat kubur .Tuannya aku tak ingat nama.Buah jambu nie bukan untuk jualpun tapi untuk kami makan..Masa tu tak sedar langsung berdosa ke tak...Depan rumah aku jugak ada pokok jambu air kepunyaan Maksu Nab jugak.aku suka kait buah tu...tapi Maksu Nab memang memberi kebenaran.
Buah mangga ini jugak sama dengan buah jambu..Dulu aku suka ambik buah jambu Awang Chen cina yang buat kerepok kat situ.Aku berani ambil sebab Tokki aku masa tu kerja dengannya.Siang hari siap kami adik beradik tanda mana satu yang kami nak.Bila malam pulak siaplah buah tu hilang kami ambil...(jangan tiru tingkah laku nie.....)Inilah kisahku dengan buah-buah di atas..kerana kesusahan aku terlupa dosa dan pahala...Itu hanya kisah masa lalu......
Bunga Tanjung,lidi , Tulang sotong dan Minyak Kelapa
Kenapa bunga tanjung,lidi dan tulang sotong menjadi catatanku hari ini....Pastinya nampak seperti lucu di sini.Tapi hakikatnya tiga perkara itu telah menyelamatkan aku dan keluarga dari kelaparan...Teringat masa aku di alam kemiskinan..Setiap hari Jumaat atau hari cuti persekolahan..rutin harian ku bangun pagi,aku dan kakakku akan pergi ke pokok bunga tanjung yang sudah agak besar dan tinggi .Pokok tu terletak di belakang rumah Pok Jen.Aku dan kakak akan kutip bunga-bunga tanjung dan dibawa ke rumah untukku cantumkan dengan benang putih menjadi seikat.Selepas tu bunga tu pulak aku jual kat Mak Wa,arwah Moklong Minah dan ramai lagi orang-orang tua yang ku tak ingat lagi namanya.Walaupun duit yang aku dapat tak seberapa tetapi cukup untuk aku membeli pisang kat kedai Mok Long Yan..Beli pisang pulak satu hal.Sengaja aku mintak pisang yang buruk-buruk sikit.Sebab tujuanku kalau pisang yang dah buruk aku akan dapat kuantiti pisang yang banyak.Pahit masa tu bila dikenang.Orang lain makan pisang yang ok buahnya.Aku pulak sengaja mintak pisang yang buruk.Mok Long yang pulak dah tau kesusahan kami.Maka satu plastik dia bagi dan aku bawak balik suruh mak buat cucur pisang..Itu kuih yang paling sedaplah bagiku...
Kenapa pulak dengan lidi.Apa kaitan lidi dengan aku....
Lidi jugak bagi aku banyak jasanya ...sama jugak seakan bunga tanjung pentingnya bagiku kerana seikat lidi yang ku jual dengan nilai 30 sen itu telah jugak menyelamatkanku dari kelaparan. Biasanya aku dan kakak akan mengutip pelepah-pelepah kelapa dan aku ambil daunnya buat balik.Kat rumah aku dan kakak akan membuang daun itu dan kuambil lidinya.Bila dah banyak kuikat menjadi seikat-seikat lalu bawa pergi jual lidi tu ke rumah-rumah orang-orang tua.Biasanya Mak Wa, menjadi pelanggan tetap aku.Mungkin dia beli sebab kesian kut.Pada masa tu kalau aku jumpa pelepah kelapa pasti ku kutip kerana aku tau dia bernilai..Tapi kini bila kuberjalan aku lihat pelepah-pelepah kelapa akan tersadai tanpa dikutip orang...Mungkin nilai pelepah itu hanya untuk orang-orang seperti aku...Kenapa pulak tulang sotong (Orang Terengganu panggil tulang sotong)....
Ikuti kisah aku seterusnya.....
Dalam sotong ada tulang dia...Dulunya tulang itu ada harganya...ini juga antara sumber pendapatan aku...Bila balik sekolah waktu petang pasti aku dan kakak akan menyusuri pantai mengutip tulang-tulang sotong itu dan disimpan dalam guni..Tulang sotong itu pun tak semua orang beli.Kalau dada tulang sotong tu tinggi baru ada harga.Kalau tak jual tak laku.Seingat aku nilainya seratus keping dengan harga RM 10.00.Tapi bukan senang untuk ku mendapatkan seratus tulang itu..Kena kumpul berminggu-minggu jugak.Kenapa jiwa aku dekat sangat dengan ombak dan pantai inilah antara faktornya....Omabk dan laut tempat aku melepaskan perasaan,ombak dan laut banyak menyimpan cerita duka dan sukaku..Tak lupa aku teringat peristiwa-peristiwa ketika mencari tulang sotong ini.Lucupun ada.Antaranya aku dan Kak Jan pernah dikejar anjing ,Litang pukang aku dan kakak lari panjat pokok kelapa.Aku jugak pernah dikejar oleh penagih-penagih dadah yang menghisap dadah di pantai..Pernah jugak satu ketika kami berjalan-jalan menyusuri pantai mencari tulang sotong tu sampai berkilometer...penat tuhan yang tau..Tapi kerana itu aku amat menghargai kesusahan ini...
Dulu minyak kelapa jugak banyak membantu kewangan aku..biasanya sambil mencari pelepah kelapa aku jugak mengutip buah-buah kelapa yang ada di sepanjang pantai..Bila pulang ku kopek isinya dan bawa pergi mesin di kedai.Lepas tu pulak mak akan memasak minyak tu guna dapur kayu kat belakang rumah.Bau min yak tu memang busuk tapi ramai yang ingin membelinya untuk tujuan perubatan mungkin.Yang paling aku suka tahi minyak dia tu.Kalau sekarang aku yakin ramai yang tak pernah merasainya lagi.Inilah antara benda yang banyak memberikan jasa kepadaku dan keluarga.Hingga saat ini jiwa aku terlalu dekat dengan benda-benda ni...PPengalaman sememangnya banyak mematangkan kita...dan amat berharga untuk menempuh kehidupan yang seterusnya.
Loading...
Langgan:
Catatan (Atom)

















