Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Rabu, 3 Mac 2010

Rindu kat Mak...

 
Mak........
Jarak dan masa telah memisahkan kita
Namun ingatan padamu tak pernah pudar
Telah ditakdirkan diri ini jauh dengan dirimu...
Walaupun tanpa kerelaan...
Garis senyum mu 
Aku tau kau pilu
Ada sendu yang mak simpan dilubuk hati
Ada duka yang mak pendam kerna kami
Ada cerita sedih yang belum berakhir..
Kau teruji dengan insan yang tersayang..
kau jua turut teruji dengan sikap anakmu dan cucumu....
Kerana diri ini jua kini seorang ibu...
Aku mula mengerti ...
Perasaan rindu yang membara...
Perasaan kecil hati pada anak yang terlupa jasa seorang ibu...
Perasaan bimbang pada insan-insan yang pernah kita lahirkan...
Perasaan pengorbanan yang perlu kita lakukan...
Segala-galanya Mak...
Aku amat mengerti perasaanmu...
Walau jarak beribu batu...
Antara aku dan dirimu...
Tapi hati ini sentiasa rindu padamu....
Doaku ...
kebahagian..kerahmatan..dan kesejahteraan
Sentiasa di sisimu...
Walau apa pun yang kulakukan 
tak terbalas jika dibandingkan kasih sayang mu...
Sesungguhnya waktu ini aku rindu padamu.....


2 ulasan:

  1. SAYANGILAH KEDUA IBU BAPA MU SELAGI MEREKA MASIH MENGHIRUP UDARA KURNIAAN ALLAH....ANDAI MEREKA TELAH TIADA MAKA TIADA LAGI DOA RESTU YANG PALING AGUNG DI DUNIA INI...WALAU SEBENCI MANA KITA TERHADAP MEREKA JGN ADA SEKUMIT BENCI KITA TERHADAP NYA...TANPA MEREKA SIAPALAH KITA..WALAU KITA PM KE,DOKTOR KE,JURUTERA KE..BERTUAHLAH DIRI MASIH DPT MEMANGGIL MAK DAN AYAH WALAU BERJUTA BATU JAUHNYA TAPI PD MEREKA YG TIADA IBU DN AYH PADA SIAPA LG INGIN DI PANGGIL MAK...

    BalasPadam
  2. Sebab tulah saya tak lupa jasa ibu bapa walau di mana saya berada dan apapun kedudukan saya.Terkadang orang yang tak berjaya tu yang lebih banyak lupa jasa mak ayah mereka...pada yang telah kehilangan ibu bapa sememangnya satu kehilangan nikmat yang amat besar walau sebaik mana ibu bapa mertua kita tetapi kasih sayang ibu bapa kita tidak mungkin dapat ditukar ganti..Tapi walau mereka telah tiada kita masih boleh berbakti kepada mereka dalam doa kita setiap hari...Saya bersyukur kerana masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah untuk saya merasa kasih sayang mak dan ayah walau caranya mungkin berbeza dengan orang lain.Dan saya bersyukur kerana Allah jua mengubah perasaan benci saya sebelum mereka meninggal dunia.Sekurang-kurangnya saya tidak akan terkilan sebelum mereka memejam mata..Sejarah silam antara saya dan mereka itulah adalah satu nilai pengajaran yang amat bermakna.

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!