Seronok ajar murid-murid PKBP 2 buat karaftangan.Yang seronoknnya dapat lihat hasil yang dia orang buat sendiri.

Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Selamat hari ulang tahunmu teman ( 1 Mac 2010) Ingin rasanya menjadi insan yang pertama mengucapkan happy birthday buatmu...Doaku semoga kesejahteraan,kebahagiaan,ketenangan sentiasa kau miliki.Semoga dipanjangkan umur..Sentiasa dilimpahkan rezeki dan cemerlang dalam kerjaya yang kau miliki....Sebagai seorang temanmu,sememangnya diri ini tidak pernah melupakan tarikh itu sejak mengenalimu dulu dan kini walaupun jarak dan masa telah lama memisahkan kita...
Sebenarnya seronok jumpa gambar Pantai Batu Rakit kat blog daripada seseorang yang duk sama kampung.
Dulu setiap petang aktiviti aku jalan-jalan kat tepi pantai tu....sesekali kutulis kata-kata luahan hati walaupun pasti takde orang yang membacanya...

Gambar ni pulak pantai Batu Rakit yang diambil dari sifoo.com..Lihatlah perahu nelayan tu.....Dulu malam-malam duk kat tingkap tengok lampu-lampu yang berkelip .Tengok suasana orang candat sotong...Ada kenangan kat situ.
Dulu kalau tempat lepak suka duk tepi perahu macam ni...Wei ...cantiknya aku kan.(Foto dari foto media .com)
Nie gambar kat pantai Pagar Besi ...Tempat rumah aku sekarang.Yang pasti Batu Rakit tetap abadi di hati.
Buah mangga ini jugak sama dengan buah jambu..Dulu aku suka ambik buah jambu Awang Chen cina yang buat kerepok kat situ.Aku berani ambil sebab Tokki aku masa tu kerja dengannya.Siang hari siap kami adik beradik tanda mana satu yang kami nak.Bila malam pulak siaplah buah tu hilang kami ambil...(jangan tiru tingkah laku nie.....)
Kenapa bunga tanjung,lidi dan tulang sotong menjadi catatanku hari ini....Pastinya nampak seperti lucu di sini.Tapi hakikatnya tiga perkara itu telah menyelamatkan aku dan keluarga dari kelaparan...
Lidi jugak bagi aku banyak jasanya ...sama jugak seakan bunga tanjung pentingnya bagiku kerana seikat lidi yang ku jual dengan nilai 30 sen itu telah jugak menyelamatkanku dari kelaparan. Biasanya aku dan kakak akan mengutip pelepah-pelepah kelapa dan aku ambil daunnya buat balik.Kat rumah aku dan kakak akan membuang daun itu dan kuambil lidinya.Bila dah banyak kuikat menjadi seikat-seikat lalu bawa pergi jual lidi tu ke rumah-rumah orang-orang tua.Biasanya Mak Wa, menjadi pelanggan tetap aku.Mungkin dia beli sebab kesian kut.Pada masa tu kalau aku jumpa pelepah kelapa pasti ku kutip kerana aku tau dia bernilai..Tapi kini bila kuberjalan aku lihat pelepah-pelepah kelapa akan tersadai tanpa dikutip orang...Mungkin nilai pelepah itu hanya untuk orang-orang seperti aku...
Dalam sotong ada tulang dia...Dulunya tulang itu ada harganya...ini juga antara sumber pendapatan aku...Bila balik sekolah waktu petang pasti aku dan kakak akan menyusuri pantai mengutip tulang-tulang sotong itu dan disimpan dalam guni..Tulang sotong itu pun tak semua orang beli.Kalau dada tulang sotong tu tinggi baru ada harga.Kalau tak jual tak laku.Seingat aku nilainya seratus keping dengan harga RM 10.00.Tapi bukan senang untuk ku mendapatkan seratus tulang itu..Kena kumpul berminggu-minggu jugak.Kenapa jiwa aku dekat sangat dengan ombak dan pantai inilah antara faktornya....Omabk dan laut tempat aku melepaskan perasaan,ombak dan laut banyak menyimpan cerita duka dan sukaku..Tak lupa aku teringat peristiwa-peristiwa ketika mencari tulang sotong ini.Lucupun ada.Antaranya aku dan Kak Jan pernah dikejar anjing ,Litang pukang aku dan kakak lari panjat pokok kelapa.Aku jugak pernah dikejar oleh penagih-penagih dadah yang menghisap dadah di pantai..Pernah jugak satu ketika kami berjalan-jalan menyusuri pantai mencari tulang sotong tu sampai berkilometer...penat tuhan yang tau..Tapi kerana itu aku amat menghargai kesusahan ini...
Dulu minyak kelapa jugak banyak membantu kewangan aku..biasanya sambil mencari pelepah kelapa aku jugak mengutip buah-buah kelapa yang ada di sepanjang pantai..Bila pulang ku kopek isinya dan bawa pergi mesin di kedai.Lepas tu pulak mak akan memasak minyak tu guna dapur kayu kat belakang rumah.Bau min yak tu memang busuk tapi ramai yang ingin membelinya untuk tujuan perubatan mungkin.Yang paling aku suka tahi minyak dia tu.Kalau sekarang aku yakin ramai yang tak pernah merasainya lagi.Inilah antara benda yang banyak memberikan jasa kepadaku dan keluarga.Hingga saat ini jiwa aku terlalu dekat dengan benda-benda ni...Sekuntum mawar merah sebuah puisi......