
Sepanjang minggu ini..Hari-hari yang berlalu hati sentiasa dalam keresahan..Dalam ceria ada gundahnya..Andai dapat kuundurkan putaran masa akan kuundurkannya kerana aku tak mampu nak berdepan dengan hari esok dan hari-hari seterusnya...Mampukah aku menghadapinya nanti...
Teman..maafkan aku kerana untuk kali ini aku tak mampu menjadi pendengar yang setia,aku tak mampu untuk berkongsi sedihmu kerana aku jua dalam dilema ..Aku jua tak mampu berkongsi perasaan denganmu lantaran aku sendiri berperang dengan perasaan..


Hari yang penuh ceria buat murid-murid PPKI 2..Tak terlayan diriku dengan karenah mereka..

Hari ini perjumpaan dengan ibu bapa murid bagi membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka..Aku bersama Cikgu Rohana untuk kelas PPKI 8..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Soon Ann itulah nama seorang insan yang pernah menceriakan hari-hariku semasa menjadi pendidik di SMK Pandan Jaya..Seorang insan yang aku langsung tidak mengenalinya tiba-tiba menjadi peminat aku yang setia selama aku di Pandan Jaya..

Petang tu terdetik di hati untuk kuselak album yang lama..Album itu kubuka satu persatu dan ada seorang yang membuatkan aku teringin untuk berjumpa dengannya..ZAINONI..




Lumrah kehidupan di alam fana ini..perjalanan umpama pelangi..diwarnai dengan pelbagai jalinan warna yang antara satunya membawa maksud yang tersembunyi. Setiap masa putaran warnanya bertukar..dan pastinya suasana juga turut berubah..Menjalani hari-hari sepanjang minggu ini ada keresahan yang melanda walau hati cuba menafikannya..Justeru itu,warna kehidupan yang menghiasi perjalanan hari-hariku ini pastinya suram..
Buat anak-anak didikku..PPKI 4,cikgu abadikan gelagat kalian di dalam blog cikgu semoga kalian gembira apabila menatap wajah gila-gila kita dalam kelas..Sempat jugak kita berposing masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung..

Sejak aku mengajar di Bumi Kenyalang nie. salah satu.idea yang sering aku ajukan setiap tahun adalah untuk mewujudkan satu taman herba..Namun saban tahun ideaku ditolak..Frust jugak bila ingin melakukan perubahan tetapi perubahan yang ingin kita buat kurang mendapat sokongan..Akhirnya pertengahan tahun ni aku dengan muka tak malu mengambil satu bahagian kawasan sekolah untuk ku jadikan satu taman herba dan di samping itu juga terdapat sayur-sayuran dan jugak buahan-buahan. rupanya usaha ku ini telah mendapat sokongan daripada pengetua.Ketika ini aku masih lagi berusaha untuk melengkapkan taman ini..Kalau kalian rakan-rakan yang membaca blogku ini sudilah kiranya memberikan cadangan atau pandangan agar akan terlahirlah satu taman yang akan dibanggakan oleh semua.Walaupun nanti aku sudah tidak berada di Bumi Kenyalang lagi sekurang-kurangnya ada usaha yang kulakukan untuk anak-anak istimewa yang aku sayangi..

Anak ku yang sorang ni sememangnya suka sungguh dengan kucing..Pantang nampak kelibat kucing pasti dikejar dan ditangkapnya..yang bising aku dan ayahnya..Risau takut digigit kucing tapi anakku ini selamba je...

Bahagia rasanya balik kampung kali ini...berjumpa dengan semua keluarga dan segala yang kuhajati masa di Kuching dulu semua dapat kualami..Kenangan bersama kalian pastinya amat berharga dan tiada nilainya.

























