Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Rabu, 23 Jun 2010

Taman Herba Ku

Sejak aku mengajar di Bumi Kenyalang nie. salah satu.idea yang sering aku ajukan setiap tahun adalah untuk mewujudkan satu taman herba..Namun saban tahun ideaku ditolak..Frust jugak bila ingin melakukan perubahan tetapi perubahan yang ingin kita buat kurang mendapat sokongan..Akhirnya pertengahan tahun ni aku dengan muka tak malu mengambil satu bahagian kawasan sekolah untuk ku jadikan satu taman herba dan di samping itu juga terdapat sayur-sayuran dan jugak buahan-buahan. rupanya usaha ku ini telah mendapat sokongan daripada pengetua.Ketika ini aku masih lagi berusaha untuk melengkapkan taman ini..Kalau kalian rakan-rakan yang membaca blogku ini sudilah kiranya memberikan cadangan atau pandangan agar akan terlahirlah satu taman yang akan dibanggakan oleh semua.Walaupun nanti aku sudah tidak berada di Bumi Kenyalang lagi sekurang-kurangnya ada usaha yang kulakukan untuk anak-anak istimewa yang aku sayangi..
Kelas PPKI 2 membersihkan taman setelah 3 minggu ditinggalkan..Ada yang mati,ada yang semakin subur..
Tekun membersihkan taman..Kerja dalam suasana yang ceria.
Antara beberapa jenis pokok yang ada di taman ini seperti pokok misai kucing,Mas cotek,limau kasturi,mengkudu,daun lidah buaya ,kunyit,lengkuas,halia,bunga raya ,inai,kadok,ubi kayu,terung,timun batang,dragon fruit,sawi ,daun bawang,kangkung.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!