Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 26 Januari 2012

Buat Awak sahabat saya


 Untuk Awak sahabat saya
Semoga hari ini awak ceria
Semoga hari ini awak sihat sepanjang masa
Semoga kerja-kerja semuanya ok.
Semoga kita tak lupa antara kita
Awak dimana awak berada
Saya sayang awak 
Kerana hidup saya sepi tanpa sahabat !!

Motivasi Diri

"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.”

Hari Ini Bukan Semalam

 
Selamat pagi semua..Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas di alam fana ini.. Terjaga dari tidur semalam terus mata tak dapat dilelapkan.Kesempatan dambil untuk menyiap kerja-kerja sekolah yang masih berbaki..Inilah padah kerja yang tertangguh akhirnya memakan diri.Asyik dengan lamunan perasaan..
Hari ini ,pasti jauh disudut hati..saya amat mengharapkan
  • Hati saya ok...biar hari ini lebih tenang daripada semalam.
  • Semoga pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancarnya...anak-anak murid mudah memahami apa yang saya ajarkan dan diberkati oleh Dia Yang Maha Esa.
  • Janganlah ada kes-kes disiplin yang menyakitkan kepala..kerana kepala saya masih sakit dengan permasalahan sendiri..Apapun kena pastikan senyum itu wajib..(Cam lirik lagu Wann tu"di bibir aku mengukir senyuman...dihatiku tersimpan kepedihan").
  • Semoga perjalanan pergi dan balik..saya,suami serta anak-anak selamat ...
  • Yang utama hari ini ..saya mesti kuat untuk memastikan saya tidak akan mengingati apa-apa yang membuatkan saya sedih.
*kerja yang masih tertangguh:
- Minit Mesyuarat Disiplin pertama
- Minit Mesyuarat HEM PPKI
- Fail HEM
- Fail-fail disiplin
- Ringkasan buku untuk SPLG
- Papan Kenyataan Disiplin
- BBM untuk kelas PPKI8
- RPH.....
Arggggggggggggggggg siapalah yang sudi nak tolong aku ni!!!!!!!!!!!!!:(

Rabu, 25 Januari 2012

Hanya sebuah catatan


blessedhaveyouwhitebear.jpg 
Tika jemari ini menulis,diri masih berada di sekolah.Dari pagi lagi terpaksa menyiapkan segala kerja yang tergendala sejak akhir-akhir ini.Sepatutnya cuti peristiwa hari ini ,aku seperti orang lain tenang dan bahagia bersama anak-anak di rumah.Pun begitu ...abaikanlah apa yang dirasa dan diharapkan.Yang penting separuh kerja dapat disiapkan.
Esok boleh datang ke sekolah dengan sedikit kelegaan.Sebenarnya azam tahun ini nak memastikan buku pengajaran mengajar cukup sempurna,malangnya dia awal Januari banyak pengajaran dan pembelajaran yang tidak disiapkan mengikut tarikhnya.Apatah lagi banyak rekfleksi yang tak tertulis..
Kenapa aku jadi macam ni...Kenapa aku harus berubah.Sepatutnya aku tidak membiarkan perasaan menguasai diri .Biarlah keimanan dan akal yang mengemudi segala tindakan.
Hari ini..hati sedikit tercalar..rasa membara dalam dada ni...Terkilan dengan seorang kawan...sakitnya hati..dia tipu kita.Tapi takpelah..mungkin ada hikmah disebalik kejadian.aku harap aku dapat berhati-hati selepas ini..Terlajak perahu boleh diundur tapi...Arrh lupakan saja.Anggaplah segalanya dugaan selagi diri masih bernyawa.
Terima kasih pada kawan setia saya..katanya saya dah berubah.hakikatnya saya tak pernah hilang dari dia.Mana mungkin saya lupakan kawan yang begitu baik dengan saya..Ingat tu..saya sayang awak kerana awaklah sahabat dan teman saya tika saya gembira jua di saat saya sedih..
Dan...hari ini awak tahu saya sedih ,walaupun belum sempat saya ceritakan masalah saya pada awak..
Itulah kita..sahabat sejati amat memahami isi hati sahabatnya sendiri..



Segalanya buat saya cemburu

11.gif 
Cemburu
Banyak sebabnya..
Patut ke saya cemburu???
oh tidak
Cemburu itu betul-betul menyakitkan saya.
Saya cemburu melihat keluarga orang bahagia
Saya cemburu melihat hidup dia sempurna
Saya cemburu dengan kekayaan dia.
Saya cemburu dengan kejayaan dia
Saya cemburu dengan kesetiaan dia
Saya cemburu dengan keimanan dan ketakwaan dia
Saya cemburu dengan ketabahan dia
Saya cemburu dengan ilmu yang dia ada
Saya cemburu dengan apa yang dia buat
Saya cemburu dengan dia yang tiada perasaan cemburu seperti saya..
Segalanya buat saya cemburu...
Tapi saya tak cemburu
jika dia penipu
Jika dia tak jujur
Jika terlalu mementing kan diri
dan sentiasa buat orang lain terluka..



Arrg Geram !!

5youdontknowme.gif 
Aduhlah rasa nak gugur jantung ..
Geram dan nak marah yang membuak-buak pada seseorang ni...
Kenapalah aku baik sangat...mudah je terpedaya dengan kata-kata orang .
Nasiblah kesabaran masih di tahap tinggi.
Sabar-sabar!!

Selasa, 24 Januari 2012

Facebook???.Katakan tidak padanya.


Time To Say Good Bye 
Tiba masa untuk ucapkan selamat tinggal buat FB..
Tinggalkan dulu buat seketika..
Mungkin selamanya..
Tengok situasi
Rasa happy juga berada dalam dunia sendiri ,tanpa batasan menulis apa sahaja..
Semoga terus kuat melawan dugaan FB ni..

 

Maafkan Saya ...


Please Accept My Apology... 
Saya tahu saya salah..saya buat silap..
Walaupun saya telah cuba untuk tidak buat salah..
Saya ingin buat yang terbaik apa sahaja dalam diri saya..
Namun ada juga kesilapannya juga.
Ini semuanya buat saya kecewa :((
Kalau saya masih tak sempurna ..
maafkan saya.
Saya cuma ingin jadi diri saya
dan bukan orang lain.!!


Terima Kasih Teman...Blog saya tidak sunyi lagi..

Thank You For Coming In My Life 
 Kawan,sahabat atau teman..
Terima kasih
Kerana hadirkan diri menghiasi hari-hari indah ini.
Teman
Dirimu begitu isimewa
Biarpun tanpa wajah dan suara
namun kalian teman di alam pena
Yang menceriakan dan mewarnai perjalanan liku-liku hidup ini.
Blog saya tidak sunyi lagi..
Kalian sentiasa hadir bertandang..
Terima Kasih Teman untuk sekian kali :))
-Anak Pantai-

Kita Seringkali Diuji..


Always and forever 
Dalam hidup ini seringkali kita diuji dengan pelbagai ujian yang sering tak terduga diminda dan akal fikiran kita.
Terkadang kita diuji dengan kesusahan demi kesusahan hinggakan sampai satu peringkat ketabahan kita untuk mengatasinya hampir goyah.Namun Allah tidak membiarkan kita terus merasa kesusahan sebelum tersungkur Allah berikan cahaya ..
Terkadang kita juga diuji dengan kehadiran pelbagai ragam manusia yang hadir dalam hidup kita.Kadangkala menceriakan kita dan ada kalanya buat kita terluka.Namun kita pasrah ,itu semua adat dalam sebuah persahabatan.
Terkadang kita diuji dengan prasangka dengan kata-kata,sukar untuk mempercayai apa sahaja yang sahaja yang terucap daripada mulut orang lain.Sedangkan kata-kata yang terucap itu sememangnya benar-benar ikhlas dari hati.
 

 

Kata-Kata Buat Teman

 
  • Sekali melangkah jangan berpaling teruskan melangkah selagi kaki kita mampu melangkah.
  • Senyumlah selagi mampu kita tersenyum kerana mungkin esok hari kita tidak mampu lagi tersenyum.
  • Dalam perhubungan perlunya sebuah kejujuran..tiada kejujuran hubungan itu tiada nilainya...berikan yang terbaik walaupun kadangkala kejujuran kita diragukan.
  • Mempunyai sahabat sejati adalah lebih berharga daripada mempunyai seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
  • Apa yang kita alami demi teman adakalanya amat meletihkan dan melukakan.Tapi itulah yang membuatkan persahabatan mempunyai nilai yang indah.
  • Dalam masa-masa kejayaan teman-teman mengenali kita,dalam masa kesengsaraan kita mengenali teman-teman.
  • Kadangkala kata-kata yang lahir dari bibir tak sama dengan di hati..
                                        •  

Isnin, 23 Januari 2012

Jadilah cahaya Buat saya


you-are-my-sunshine.gif 
AWak..
Jadilah cahaya buat saya
kerana saya tahu hidup saya gelap tanpa awak..
Awak..Jadilah cahaya buat saya
Kerana saya tahu saya buta bila saya ditimpa masalah
tapi bila awak ada awak bagi jalan buat saya bagaimana nak selesaikan masalah.
Awak ...jadilah cahaya buat saya
tika saya berduka
Awak berikan sinar bahagia buat sahaja..terangi hati saya dengan gelak senda gurau tawa.
Awak..jadilah cahaya saya
tika susah dan senang saya
Jangan malapkan cahaya itu 
kerana saya perlukan cahaya awak sepanjang perjalanan hidup saya.
Saya tahu cahaya awak buat saya terkadang kabur..
Saya buat awak terluka
Saya buat awak sedih
saya buat awak terkilan
Tapi awaklah tempat saya bertukar cerita!!

My Sister is My Best Friend


bestfriend.gif 
Kali ni terasa ingin menulis pasal kakak-kakak dan adik perempuan.Nak imbas balik pasal dia orang ni.Syukur sangat sebenarnya diberikan dan dilahirkan dalam keluarga yang ramai bilangan adik beradik.Saya ni anak ke 5 dari 10 orang adik beradik.3 kakak dan 3 orang adik perempuan.Sorang abang dan 2 orang adik lelaki.
Sememangnya saya akui antara kami adik beradik sangat mesra alam.Gurau senda sentiasa menemani hari-hari bersama kami.Justeru terasa ingin memahatkan memori-memori indah bersama mereka di dalam blog yang amat saya sayangi ini.
Kak Long atau panggilan Ina ,kakak sulung saya..bagi saya dia seorang cukup sensitif..tapi seorang yang amat mudah menghulurkan bantuan apabila adik-beradik yang lain dalam kesusahan.Dia seorang kakak bagi saya amat  bertanggungjawab pada adik-adik termasuk saya.Kenangan Kak Long menjaga saya ketika saya terlantar sakit selama seminggu di rumah dia,masih saya ingat dan akan saya simpan sampai mati.Kak Long juga sentiasa memberikan baju-baju nya yang cantik untuk saya semata-mata ingin melihat saya comel..Kenangan lucu saya ketika bersama Kak Long adalah ketika saya mencari bangunan mahkamah untuk mengisi borang mengangkat sumpah.Terdududk Kak Long gelakkkan saya kerana melihat saya bertanya seorang anggota polis pasal bangunan mahkamah tu kerana saya salah bangunan.Saya sedar kebluran saya selalu buat orang gelak.Kak long..sesungguhnya diri ini amat menghormati dirimu..menyayangimu..Cuma tak terluah dengan kata-kata.
Kakak saya yang nombor 2,saya panggil Kak Aya.Dia seorang kakak bagi saya amat tabah dengan ujian demi ujian yang menimpa hidup.Bagi saya Kak Aya amat memahami diri saya,sporting dan mudah kesian pada adik-adik.Pengorbanan Kak Aya bekerja selepas darjah 6 amat saya bangga.Sanggup membiarkan diri susah semata-mata demi melihat emak gembira.Kenangan bersama Kak Aya..banyak.Dia tempat saya mencurahkan isi hati ,berkongsi perasaan tika remaja.Sentiasa menghulurkan wang buat saya ketika saya belajar di U dulu.Walaupun saya menolak tapi Kak Aya tetap memberikannya .Kak Aya...saya tetap akan ingat cubitan Kak Aya hingga kini seakan masih terasa lantaran saya ambil barang KaK Aya.(Nak sebut kan kat sini malu..)HIhi..Apa boleh buat kemiskinan keluarga kita memaksa saya ambil barang Kak Aya..Tolong maafkan saya..Nak suruh ganti balikpun berapa ..cakap je.Apapun Kak Aya ...saya sayang Kak Aya..saya kagum dengan ketabahan yang Kak Aya lakukan itu.
Kak Jan ,kakak saya yang nombor 3.Sangat rapat dengan saya.Kerana susah senang saya semasa di rumah dulu bersama Kak Jan.Pergorbanan Kak Jan berhenti sekolah sangat ternilai dan tak terbalas oleh saya ,kerana Kak Jan lakukan itu untuk adik-adik.Walaupun dalam hati saya faham betapa sunyinya jiwa Kak Jan tika itu daripada teman-teman.Waktu saya di alam persekolahan,Kak Jan lah yang masakkan untuk kami.Kak Jan seperti pembantu dalam menjaga adik-adik yang kecil,Kak Jan terpaksa membantu mak dan menguruskan rumah tangga.Kenangan kita terlalu banyak untuk di tuliskan..Yang pahit saya dengan Kak Jan setahun tidak bertegur sapa ..lepas tu kita tak bergaduh lagi hingga kini.Kak Jan lah teman saya dulu.Pernah saya ingat Kak Jan sentiasa membantu saya mengulangkaji pelajaran dengan cuba untuk buat mak faham.Mana mungkin saya juga lupakan ketika KakJan kelaparan gara-gara menghantar saya ke universiti dulu..Kesian Kak Jan.Dan yang paling saya hargai ,Kak Jan berikan saya tanah untuk saya buatkan rumah buat Mak.Terima Kasih Kak Jan.Sesungguhnya dirimu teman yang paling rapat yang kita sentiasa kongsi perasaan suka duka kita..
Adik perempuan saya yang pertama,saya panggil La je..Sayangnya dia tidak bersama kami sepenuh masa kerana tinggal di rumah nenek saudara.Dulu amat rapat dengan saya ,sentiasa bertandang ke rumah ketika belum kawin..anak-anak saya amat rapat dengan La..Namun,,kenapa kini ada sedikit jarak yang memisahkan.Entah dimana silapnya..
Ja..adik perempuan saya yang nombor 2.sangat degil dan selamba orangnya.Sangat suka lihat mak berleter,,Bagi saya,Ja ni katalah apa sahaja pun tetap tak terasa hati.Macam takde perasaan.Saya hargai jugak adik saya ni..pernah bersama dengan saya di Putrajaya dulu.Setahun lebih lah jugak menjadi pengasuh Adam.Sebelum dapat kerja yang dipegang sekarang.Tapi yang saya geram sikit dengan dengan dia ni..Malasnya..kerja rumah susah sangat nak buat..alasan penat kerja...
Adik saya yang bongsu..Ida.Tak tahulah sekarang tubuh semakin berisi ke tak sebab makan hati.Saya akui  dia banyak diuji dalam bentuk perhubungan.Kesian dia..kerana seseorang dia menjadi mangsa.Harapan biarlah dia kuat hadapi ini semua.Dapat pengajaran dimana sesebuah perhubungan itu perlu ada pengkongsian..pengorbanan bersama.Ida ni manja dan sangat sensitif orangnya,Tapi sangat rajin membantu mak..Saya juga tak lupa ..jasa Ida sanggup tinggal di rumah saya membantu saya di saat saya kesusahan.Apapun Ida ,jangan terlalu sress gila memikir kan kerja yang masih belum ada..Bersabarlah menunggu insan yang akan hadir dalam hidupmu yang betul-betul sayangkan dirimu.
Terima kasih Kak Long,Kak Aya,Kak Jan,La,Ja dan Ida..kerana kalian teman ,adik beradik yang amat baik untuk diri ini.Semoga kemesraan terus tercipta antara kita adik beradik sampai bila-bila.

Rindu Datang Lagi

pic48.jpg 
Petang Isnin yang mendung tika jemari ini menulis..Hari ini dah masuk hari ketiga cuti sempena Tahun Baru Cina.Seronok berpeluang bersama keluarga.riuh rendah suara anak-anak sesunguhnya amat menceriakan walaupun sesekali pening melayan..
 
Bila petang-petang pasti fikiran akan terus melayan ke kampung halaman.Sesungguhnya rindu tak pernah hilang.Tak pernah pudar walaupun waktu berpudar dan segalanya berubah.
Tak dapat dinafikan berjauhan adalah amat menyiksakan namum demi sebuah penghidupan segalanya harus ditempuh.
Terkadang bila rindu datang menjengah terus saat dan ketika itu  ingin terbang ke sana.Ingin sentiasa bersama habiskan masa-masa yang ada ini bersama Mak dan keluarga di kampung .Dapat merasa masakan mak..Dapat menatap wajah mak.dan segala-galanya ...tentang mak.Sesekali timbul rasa cemburu di hati kerana memikirkan orang lain yang sentiasa ada disisi mak...Huh...dah takdirnya begitu..terpaksalah terima suratan dari Nya.
Mak..kesabaran dan ketabahan mak selama ini mengajar saya untuk terus kuat menempuh cabaran yang mendatang..Terima kasih mak kerana pengorbanan mak untuk saya dan adik beradik yang lain.Doakan selalu agar saya di sini sentiasa tenang setenang mak..

Jumaat, 20 Januari 2012

Gelodak dijiwa ..

commentgreeting7.gif 
 Maaf...
Satu perkataan yang terlalu sukar untuk diucapkan..
Tapi amat bermakna andai dapat diluahkan
Walaupun berat untuk menyatakan
kebenaran itu..
Sehari dua nie tertiba ada rasa kurang dalam perjalanan kehidupan..Kenapa ekk???
Mencari jawapan dimana silapnya...
Kerja ke...oh tidak..rasanya semua ok.
Cuma kerja bertimbun..tapi biasalah
itulah rezeki kita.
Anak-anak....ummm.mungkin juga ada kerunsingan bila fikirkan Adam yang sentiasa diserang asma..ada tension juga kat situ!!
Insan tersayang...emmm tidak jugak sebab dia sentiasa ada,kasih sayangnya tetap tidak berubah cuma berubah lebih banyak membebel..bla..bla..
Apa ekk..
Persahabatan???????
MUngkin juga kerana kesibukan kadangkala buat teman kita salah sangka.
Sejak dua menjak sekolah dibuka kesibukan membatasi segala.
SMS tak sempat,call tak terangkat ,email tak terbalas dan apa-apa yang sewaktu dengannya.
Maaf ya kekawan...bukan sombong atau lupa diri cuma keadaan tidak merestui..
Nak minta maaf juga pada kawan-kawan yang terasa dengan kata-kata saya ni..Terkadang mulut begitu celupar tapi jauh disudut hati tak terniat nak menyakiti..Ketahuilah kehadiran kalian antara penyeri perjalanan kehidupan saya..
Terima kasih.