Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 30 November 2012

Episod Perjuanganpun Bermula(Suka duka awal perkahwinan)


Walaupun kami telah bergelar suami isteri,tapi kami masih lagi tinggal  berasingan.Aku diasrama sekolah kerana aku masih menjadi warden asrama puteri  di salah sebuah sekolah menengah di Terengganu dan dia pula menyewa rumah di Kajang .
Biasanya ,akulah yang akan menaiki bas setiap hujung minggu ke sana. Masa yang secebis dan sesingkat itu kami gunakan untuk mengenali antara satu sama lain serta menyulam rindu yang selama ini tersimpan.Terkadang juga sebulan baru kami berjumpa.Waktu itu siang malam berdoa agar Allah mempercepatkan urusan pertukaran sekolahku ke Selangor.
Alhamdulillah ,November memberikan khabar bahagia.aku berjaya berpindah ke negeri Selangor.Cuma dalam hati tertanya-tanya dimanakah sekolah yang bakal menjadi tempatku mengajar nanti.
Dalam hati berbunga riang.Selepas ini aku akan sentiasa bersama suami ,susah ataupun di dalam senang.December bersama mak,ayah dan ahli keluarga lain menghantar aku ke Kajang. Walaupun sedih berpisah dengan keluarga tapi hati cukup gembira dan teruja untuk bersama dengan suami.Siapa tak bahagiakan dapat bersama insan tersayang ..biar dia selalu di depan mata,agar hilang rindu yang telah lama terpendam.
Sayangnya rindu aku pada dia tidak pernah hilang,walaupun dia di depan mata.Hatiku benar-benar terisi dengan perkahwinan ini.Dia dapat menerima aku seadanya ,menerima kekurangan ku menambahkan lagi rasa sayang dan hormat padanya.
Diawal pengkongsian hidup kami untuk tinggal bersama,kami mula diuji ,aku terpaksa mengajar di salah sebuah sekolah yang terletak jauh dari tempat kerjanya.Dia di Kuala Lumpur dan aku pula di Kelang.Kami terpaksa berpindah dari Kajang ke Kelang.Puas mencari rumah yang sesuai akhirnya kami temui sebuah apartment yang sewanya amat tinggi.Penyewa pula turut meminta deposit dua bulan rumah ,air dan api .Waktu itu kebingungan juga kami untuk mencari duit yang agak banyak bagi membiyai pendahuluan rumah berkenaan.Alhamdulillah Allah membukakan pintu hati kawan baikku dan suami untuk meminjamkan duitnya.Syukur masalah pertama hampir selesai.Bila sudah mempunyai rumah ni,peralatan dalam rumah perlu juga ada,setelah perbincangan antara kami suami isteri,kami bersetuju membeli perabot seadanya.Masih kuingat satu set perabot di dalam bilik tidur kami beli dengan harga RM600 sahaja,peti ais,dan mesin basuh semi auto.Tv pulak waktu tu hanya 14'in itupun masa dia beli waktu dia bujang dulu.Almari tvpun takde ,aku hanya jadikan kotak dialas pula kain diatasnya sebagai tempat letak tv.bila pergi rumah kawan-kawan ,sempat juga dalam hati terdetik bilalah agaknya kehidupan kami akan senang seperti mereka.Tapi itulah ujian Allah untuk melihat sejauhmana hambaNya bersyukur padaNya.
Jarak ke sekolah dengan rumahku tidak begitu jauh,Pagi suami akan menghantar aku dengan motosikal krisnya,balik pulak aku berjalan kaki atau sesekali menumpang kawan baikku Abidah.
Aku juga masih teringat  beria benar aku suruh suamiku membeli basikal untuk kegunaan aku berulang alik ke sekolah.Tidak tahan dengan rayuanku suami bersetuju dan membelikanku sebuah basikal.Lucunya sekali sahaja aku menggunakannya dan selepas itu basikal itu terus tergantung tidak digunakan lagi.
Waktu itu,kehidupan kami begitu teruji dengan masalah kewangan.Namun begitu masalah kami hanya kami berdua sahaja yang tahu.Pada keluarga di kampung kami rahsiakan .Duit pada mereka tetap tiap bulan aku masukkan.Terkadang pernah juga aku katakan pada suami..kalau bagitahu pada orang mungkin orang tak percaya,Suami ku pegawai dan aku ,guru sekolah menengah.keretapun kami takde hanya sebuah motosikal  sahaja tika itu.Yang lucunya pernah 3 bulan motosikal itu tertunggak.bila suami nak membayarnya,hairan cina tu kerana surat tarik motor sudah lama keluar tapi motor tu masih lagi berada dengan suamiku.Ketawa kami waktu tu..Tapi waktu itu ,walaupun kami diuji dengan masalah kewangan tapi kehidupan aku dan suami cukup bahagia.Bangga aku tiap kali dia pergi ke kerja pasti akan dibawa bersama masakan yang aku buat untuknya.Apatah lagi dia boleh pula memberikan bekalnya itu pada kawan-kawannya.Akhirnya setiap pagi aku buat nasi berlauk kerana pesanan kawan-kawan sepejabat dengannya.
Waktu itu juga kami bermacam cara mencari sumber pendapatan sampingan.Setiap petang aku dan suami akan mengoreng keropok keping dan membungkusnya pula.Esok suami akan bawa ke pejabat untuk dijual.Malu masa itu kami letak ke tepi.Alhamdulillah   duit itu juga sedikit sebanyak membantu kami.
Duit gaji antara kami kami satukan jumlahnya..lepas itu mulakan kami agih-agihkan di dalam sampul surat tertentu daripada bil air,api,untuk mak ayah dan sebagainya.Terkadang negatifpun ada.
Pernah suatu ketika pula,kami betul -betul kekeringan duit.Tabung menjadi sasaran.Strategi seterusnya ialah berkongsi ke kedai membeli barang keperluan,kerana kami malu semua yang dibawa menggunakan duit syiling.Susah sungguh waktu tu..Bila kenang kini kami tersenyum fikir lucu pula.Kami pernah mengorengkan bee hoon kosong tanpa apa-apa.dan makan nya dengan penuh syukur.
bab pakaian jauh sekali untuk berkongsi baru.Waktu itu aku langsung tidak meminta itu dan ini,kerana aku sedar kesusahan kami.Nasib lah semasa masa bujang dulu aku gila menempah baju..baju-baju itulah yang aku pakai.Dia pula sama,langsung tidak mementingkan pakaiannnya.Setiap minggu kemeja dan seluar yang sama di pakainya.Dalam hati begitu kesian pada dia.Aku sedar selama ini dia begitu banyak berkorban untuk aku.aku tidak salahkannya kerana tidak dapat memberikan kesenangan padaku ini.Kerana waktu dulu dia habiskan begitu banyak duitnya untuk aku.
Pernah suatu ketika ,aku kenakan suami aku terasa betul nak makan kfc.Aku ajak dia ke Subang Jaya naik komuter sedang waktu tu hujung bulan.Dia ragu-ragu nak pergi ,dalam komuter tertiba aku tunjukkan padanya aku masih ada duit RM150 yang aku simpan.Jelas begitu gembira di wajah suamiku.Sempat juga dia memujiku kerana simpan kan duit..kesian kan kehidupan kami masa tu hanya cukup-cukup makan.Dalam hati risau juga bila mengenangkan suatu hari bila dah ada anak macamana kami nak hadapi semua ini..Tapi Allah telah tetapkan rezeki seseorang ..Dia yang menentukan segalanya.
Memandangkan kami tida mempunyai kereta ,balik kampung masalah juga.Kepada adik iparlah yang selalu jadi mangsa kami untuk menumpang balik,terkadang pula tu menumpang dengan kawannya yang berasal dari Kelantan juga.Bas memang banyak menyumbangkan jasanya pada kami.Hentian Putra,Pudu Raya sudah tidak asing lagi buat kami. Bila kenangkan balik betullah kata orang ,kita akan lebih menghargai masa silam yang penuh kepayahan pada masa kini, kerana kesusahan dan kepayahan itu mengajar kita sebuah ketabahan.Membuatkan perhubungan antara kami bergitu bermakna.Susah senang sentiasa bersama.
Suatu ketika di sekolah baru itu,aku mula diuji dengan sikap anak murid yang cuba melaga-lagakan aku dengan murid yang lain.Hinggakan suatu hari datan kedua ibu bapanya ke sekolah untuk berjumpa dengan ku.memang betullah ,pelajar bermasalah pendengaran ini salah satu sikapnya selalu berprasangka, inilah yang terjadi padaku..setiap hari aku sedih dengan situasi yang berlaku,mengadu pada penyelaras,boleh pulak dia buat tak endah je..Pada suami tempat ku meluahkan isi hati dan selalu berdoa pada Allah agar suatu hari nanti tunjukkan kebenarannnya.Allah selalu mendengar rintihan hambanya,akhirnya kebenaran memihak padaku bila mana pelajar yang salah sangka denganku datang memohon maaf.
Disekolah baru juga aku diuji dengan satu masalah yang amat besar,melibatkan maruah aku begitu tercalar waktu tu..Betapa jahatnya manusia,sanggup memfitnah kawan sendiri.aku hampir goyah dengan apa yang berlaku.Suami lah juga memberi kata-kata semangat  agar aku kuat.Yang mendengar rintihan ku tiap kali hendak tidur.sedangkan aku tahu waktu itu dia lebih banyak lagi permasalahan yang dihadapi.Apa yang berlaku itu menyedarkan ku.Dalam alam pekerjaan ,hati-hatilah memilih kawan.Pilihlah kawan yang sentiasa berfikiran positif terhadap setiap perkara.Elakkan berada di dalam kelompok kawan yang sentiasa membangkang dan sentiasa berfikiran negatif baik pada rakan-rakan,dalam bidang kerja dan sebagainya. Hati-hati dengan kawan-kawan yang suka menikam kita dari belakang demi kepentingan diri sendiri. begitu juga ,selagi kita berada di bawah pimpinan orang ,hormatilah dia sebagai ketua kita,kerana suatu hari nanti kita pula akan memimpin orang lain dan kita pula mengharapkan orang lain menghormati kita juga.
Ketika situasi genting itu,aku telah nekad bertemu dengan pengetua,aku ingin dia tahu siapa aku sebenarnya tidak seperti apa yang dijangkakan.3 jam berada di dalam biliknya tidak tersedar waktu begitu pantas berlalu.Dari A hingga Z aku ceritakan ,apa sebenarnya matlamat aku disekolah ini.Kenapa berlakunya salah faham ini.Alhamdulillah ,Allah menunjukkan kebenarannya sebelum aku meninggalkan sekolah itu.Maruah yang tercalar dapat aku kikis sebelum aku pergi.Kebenaran terserlah jua.Yang paling mengharukan perhubungan antara aku dan pengetua kembali bersatu.Bagiku dalam pekerjaan sebagai seorang pendidik,sekolah itulah yang banyak mengajar aku sebuah perjuangan,pengorbanan dan kesabaran.Betul-betul menguji keimanan.Hinggakan bila kini aku lalu sahaja di sekolah tersebut,aku tiada perasaan langsung .Puas mengingatkan kembali mana manisnya.tapi gagalku temui.Yang ada semua nostalgia yang pahit sahaja.
Pada suami aku mengadu,aku ingin berhijrah ke tempat baru.Sekolah itu bukan tempatku.Dia bersetuju untuk aku berpindah.Pada jabatan aku meluahkan perasaan dan mohon tukarkan aku ke sekolah di daerah yang terdekat dengan suamiku bertugas.Permohonan pertukaran ku diluluskan dan aku dikehendaki membuka program baru yang berbeza dengan sekolahku ini.Aku menyahut cabaran itu,kerana aku ingin membersihkan namaku yang tercalar gara-gara hasad dengki orang lain.
Di Kelang inilah aku berjaya membuatkan roti jala untuk suami aku.Bangganya rupanya bila mana mengetahui itulah antara makanan kegemaran suami dan keluarganya.Sesekali aku menerima tempahan buat roti jala  daripada pejabat suami.Dalam hati tiada keyakinan tapi suamilah juga yang memberikan kata-kata semangat.
Kasih sayang suami ku jelas terbukti bila mana demi kasihnya dia padaku ,dia sanggup memutuskan tali persahabatan dia dengan kawannya .Telinga aku sendiri mendengar kata-kata ketika dia berbicara di telefon.Dia tidak mahu hatiku terluka kerana dia.jauh disudut hati buat aku tersedar dan berfikir mampukah aku melakukannya sebegitu  demi dia.Itulah bukti kasih sayangnya padaku bukan hanya sekadar kata-kata tapi juga perbuatannya.
Oh ya..bila tinggal bersama ini,aku dan suami sentiasa membuat perbincangan demi perbincangan.Agihan kerja di rumah turut kami buat.Yang buat aku  lega suami memilih untuk mengosok baju .Tugasan gosok baju serah padanya .hingga kini tugasan itu tetap dilaksanakan dan aku pula telah hilang kemahiran ini semenjak dia menjadi suami ku.Kalau masa tidur akulah insan yang paling malas untuk menyediakannya tapi paling rajin bila masa mengemas balik.Itulah juga menjadi tugasnya bila masa tidur ,dia yang akan memastikan tempat tidur itu akan sempurna.Basuh baju,lipat baju kami lakukan bersama bila berkesempatan.Selalunya aku akan pastikan semua telah siap sebelum dia balik kerja.Ringan tulang suami ku ini aku perhatikan bukan sahaja dirumah sendiri,malah dirumah ibu bapaku dan ibu bapanya juga.Hingga kini dialah yang tukang gosok baju untuk kakak,mak dan adik-adikku bila ada sesuatu majlis.Betullah dalam hubungan suami isteri perbincangan hendaklah selalu diadakan.Luahkanlah ketidakpuasan hati antara pasangan ,pasti rumah tangga berjalan dengan tenang dan membahagiakan.Agihan tugas diawal perkahwinan membuatkan aku tidak menghadapi masalah suami berat tulang.Di rumah segala kerja kami kongsikan bersama.Bila dengar rintihan kawan-kawan terhadap suami masing-masing,buat aku bersyukur dan bangga,aku punya suami yang bagiku adalah terbaik.Setiap malam dari malam pertama hingga kini ,pasti jemarinya laju mengurut kakiku yang sakit.Aku ni menghadapi masalah lenguh-lenguh kaki akibat kerja berat di zaman remaja dulu.kesannya hingga kini aku lenguh-lenguh betis,kaki bagai ditusuk.
Lucu dan ketawa aku apabila suami kata dia nak cari kerja sampingan sebagai tukang urut sebab dia dah punya pengalaman yang cukup lama mengurutkan kaki aku.Sememangnya itu aku akui,selama tempoh kami berkahwin selama itulah pengalamannya mengurutkan kaki aku.Ada juga kerja gila yang dia lakukan ketika aku berpantang ,dia menggunakan iron sebagai tungku untuk aku.Bila makcik tukang urut pulang dari rumahku ,dia pulalah yang urut aku balik kerana aku tetap suka urutan dia daripada urutan makcikku.Terbalikkan selalunya kita dengar isteri yang selalu mengurut suami tapi itu tidak terjadi pada ku.
Rumahtangga kami sentiasa berjalan dalam suasana yang begitu mendamaikan.Sikap gila-gila aku dan dia tetap ada .Sesekali aku suruh dia jadi kuda dan aku naik dibelakangnya.Puas dia bawa aku pusing -pusing diruang tamu.Gelak sakan kami.
Terkadang kami buat perbincangan ala-ala forum perdana.Kami bayangkan ramai tetamu yang datang,dan kami pula panelnya.Luahkan segala terbuku antara kami dalam bentuk gurauan.Sesungguhnya cara itu amat berkesan untuk menegur pasangan kita tanpa buat dia kecik hati.Kadang-kadang kami mandi bersama.menyapu sabun dan syampu rambut antara aku dan dia,terkadang pula tu waktu menonton tv pun dia syampukan rambut aku.kadang akupun buat begitu juga pada dia.Hingga kan dia potongkan kuku untuk aku.
Aku dan dia tetap menjalani kehidupan dalam suasana romantik ,kejutan demi kejutan yang dibuat antara kami.pernah juga satu ketika dia membelikan beberapa pasang kasut tanpa pengetahuanku.kasut itu pula siap dia letakkan di depan pintu.terkejut dan gembiranya aku ketika itu.Sejambak bunga dihantar ke sekolah buat aku betul-betul terharu.Kadang -kadang antara kami titipkan kata-kata cinta antara satu sama lain.aku juga terkadang tu dalam diam belikan baju untuknya dan gantungkan dalam almari buatnya.Terkejut suamiku tertiba ada baju baru.
Sesungguhnya dalam meniti alam rumahtangga sentiasa aku mencari petua-petua  kebahagiaan rumahtangga .Biasanya majalah Mingguan Wanitalah yang menjadi sumber rujukan.Lengkap segalanya dalam buku tersebut,daripada resepi hinggalah petua zahir dan batin.Hingga kini majalah itu menjadi antara koleksiku.Petua yang ada di dalam buku itu kujadikan panduan dan aku praktikkan.Bukan payahpun untuk mengikat suami ,tawan hati dia dengan masakan kita,berhias diri dan sentiasa nampak cantik di matanya,sebab itu make -up aku tidak lupa gunakan dirumah.Berkongsi minat yang sama ,walaupun hakikatnya minat dia tidak sama dengan minat kita.Itulah yang terjadi pada aku.Berkahwin dengannya ,aku letakkan minat menonton bola,gusti,lumba kereta motor dan semua jenis sukan yang lain menjadi minatku kini.Aku ingin menjadi peneman tika dia menonton rancangan kesukaannya.Dengan cara itu juga,dia tidak rasa kesunyian menonton di rumah sendiri.dan tidak perlu pula dia mencari tempat di luar bersama rakan-rakannya.Dan kini ,semua rancangan sukan menjadi rancangan yang paling aku gemari.Hanya satu yang masih belum kami serasi, dia lebih suka menonton filem dan aku pula lebih ke arah lagu.Sentiasa bersama ketika susah senang,memperlihatkan kasih sayang ,senyuman manis serta paling utama juga,menerima seluruh keluarganya seperti keluarga sendiri.





Khamis, 29 November 2012

Termenterinya Mahligai kita


Sebagaimana yang telah dirancang,tanggal 11 September 1998,berlangsungnya majlis akad nikah antara aku dengannya.Majlis ini hanya disempurnakan diteratak burukku sahaja,namun kemeriahan tetap terasa dengan kehadiran saudara mara yang meraikan hari bersejarah ku ini.
Hati ini benar-benar terasa lapang dan bahagia .Hingga kini masih jelas terbayang majlis akad ku yang penuh kelucuan.Sempat jua dia buat lawak sewaktu akad nikah itu
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancarnya.Bimbang juga tika itu berlaku perkara yang tidak diingini terjadi.
Jauh disudut hati berdoa agar nanti rumahtangga yang dibina aman dan damai.
Keesokkannya 12 September majlis persandingan ku dengannya .Tarikh itu juga tarikh aku dilahirkan.Ini bermakna hadiah hari lahirku adalah seorang suami yang akan hidup bersamaku disaat suka dan duka.
Betapa gembiranya aku tika itu..dalam hati tidak putus mengucapkan syukur di atas jodohku ini.
Setiap manusia itu tidak pernah tahu perjalanan sesuatu takdir,begitu juga aku,Walaupun aku tidak tahu pengakhiran ikatan ini,namun kesyukuran kupanjatkan jua pada Rabbul Izzati.
Majlis berlangsung dengan meriah sekali.Aku dan dia memakai baju songket berwarna pink terang.Lucunya waktu itu aku sendiri sahaja yang menghias diriku sendiri.Amat berbeza jika dibandingkan dengan majlis perkahwinan adikku baru-baru ini.Semuanya terhias indah.Aku pula hanya pelamin alah kadar sahaja. Kerusi pelaminpun pinjam dari rumah jiran.
Apa yang buat aku puas hati waktu tu,majlis perkahwinan ku tidak menyusahkan sesiapa.Semuanya aku uruskan perbelanjaannya.Nak buat macam mana kan keluarga bukannya senang  sangat.
Alhamdulillah ,majlis perkahwinan kami terhindar daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Islam.Walaupun tidak diadakan secara besar-besaran,tetapi kemeriahannya tetap menyerlah dengan kehadiran saudara mara,tetamu dan sahabat yang tidak putus-putus datang hingga ke malamnya.
Begitu juga majlis menyambut menantu dirumahnya walaupun kecil tapi tetap juga meriahnya. Berdebar juga waktu itu,bimbang adakah diri ini dapat berada dikalangan keluarga   suami.
Aku pula tersipu malu apabila diperkenalkan dengan saudara maranya,Maklumlah,aku ini bukanlah terlalu istimewa dan tiada apa yang hendak dibanggakan.Hendak dikira rupa ,cuma seadanya jelah.Cuma hati ini sentiasa berazam untuk menjadi seorang isteri yang disayangi suami.Selalu menjadi rindu akan masak-masakanku.gurauanku,belaian mesra dariku.Juga seorang menantu yang disayangi oleh mertua serta adik-adik ipar.




Selasa, 27 November 2012

Masam Manis Alam Pertunangan

Benar juga kata-kata orang,alam pertunangan adalah satu alam yang banyak cabaran dan dugaannya.
Aku dan dia juga tidak terlepas dari menempuhinya.
Lantaran aku jauh di Pantai Timur,dia di Pantai Barat sana.
Aku dengan kerjayaku sebagai seorang pendidik yang sentiasa berjumpa dengan rakan-rakan guru dan dia pula sebagai pegawai di salah sebuah agensi kerajaan.
Tika itu ,Alllah mendatangkan banyak  ujianNya  padaku .
Pernah juga satu ketika cadangan bodoh aku lontarkan pada mak.tapi mentah-mentah mak menolak cadangan aku.
Aku cuba-cuba tanyakan pendapatnya..suka tak aku tinggal sahaja di Terengganu,tak perlu aku kahwin dengan tunangan ku itu.Kataku lagi untuk cuba provokasikan mak ,aku katakan kalau aku kahwin je dengan orang Terengganu pasti mak  tak berjauhan dengan aku ,
Aku pulak tidak perlulah bersusah payah untu mohon tukar.Kan senang tu.Dengan muka yang masam mak katakan padaku anak tak kenang budi.Biarlah aku duduk jauh manapun dia tak kisah.Dia kata ingat kesusahan orang kerana kita pada mu.
Aku sebenarnya saja je nak test sejauhmana dia sukakan tunangan ku itu,dan sebenarnya aku juga keliru .
Kenangan pahit yang hampir memutuskan pertunangan kami,iaitu pada suatu malam gurauan menjadi mimpi yang mengerikan.Aku salah faham dengan kenyataan nya.Aku yang mulakan gurauan itu dan aku juga yang naik angin dengan guarauanku sendiri.Aku katakan padanya buaya darat.dia pula membalasnya dengan kata pada aku pisau cukur.
Apa lagi melentinglah aku dibuatnya.Aku marah dan katakan padanya rupanya selama ini dia anggap aku pisau cukur yang sentiasa mengikis duitnya.Padahal masa tu dia bergurau bila aku sebut pisau cukur dia terus terbayang iklan pisau cukur Gilette tu sebab tu dia kata aku pisau cukur.Tapi alasan dia aku tak terima.Siap aku nak pulangkan lagi cincin tunangku.Dan siap nak bayar balik duit yang dia bagikan padaku selamani...Huh..gila betul masa ni. 
Seminggu aku sepikan diri...dia pulak senyap juga.Tertiba aku rasa tak keruan bila colku tidak dijawab.Apa nak jadi ni..Keluarga pulak memang marah pada ku waktu itu
Tanpa pengetahuan mak,aku isi borang cuti untuk ke Kuala Lumpur.Aku pulak pergi ke sana tanpa memberitahu dahulu pada dia.Risau juga sebenarnya takut bila pergi dia takde.Sampai di Kuala Lumpur terus cuba menelefon pejabatnya,tapi rakan sekerjanya beritahu dia bercuti.Aku cuba memberanikan diri menelefon dirumahnya,Masa tu manalah lagi ada Handphone ni..Leganya dia yang menjawab.Aku cakapkan padanya aku ingin bertemu dengannya.Dia macam tak percaya aku sampai di Kuala Lumpur dan telahpun berada di bekas rumah sewaku di Pandan Indah.Memang satu kejutan buat dia.sesungguhnya pertemuan ini pula adalah detik kemanisannya yang sukar digambarkan.
Pertemuan itu telah menyebabkan aku dan dia bersetuju untuk meneruskan kembali pertalian kami.Dan dia telahpun membuat keputusan aku dan dia mesti segera bersatu.Kami telah berjanji untuk menjadi sepasang suami isteri pada bulan September sempena bulan kelahiranku..  
Dalam diri aku tanamkan dialah calon yang sesuai pilihan ku.Usah lagi merasa ragu-ragu dan terus alpa dengan ujian yang mendatang.

 

Waktu itu usia kita hargailah

Yang paling jauh bukannya bintang,matahari atau bulan.
Tetapi adalah masa yang telah berlalu dan tidak akan kembali.
Kelmarin yang luput menjadi kenangan.
Kelmarin yang terluput mengukir sesuatu,yang ada hanya hari ini dan akan datang.
Gunakanlah hari ini sebaik mungkin kerana esok belum pasti milik kita sedangkan semalam telah pergi buat selama-lamanya.
-Iman Syafie-

Jumaat, 23 November 2012

Pertunangan tanda sebuah ikatan


Hari yang cukup bermakna pada aku dan dia tiba juga.Hari itu rombongan dari pihak dia datang untuk meminang dan mengikat tali pertunangan.Ia menjadi sejarah dalam hidup apabila aku bakal menamatkan zaman bujangku dengan insan pilihan ku sendiri.
Aku kira tidak salah lagi piihanku kerana dia mempunyai ciri-ciri seorang yang berilmu,beragama dan berbudi pekerti mulia seperti mana ciri-ciri suami yang diimpikan selama ini.
InsyaAllah ,apabila mengharapkan yang baik pasti akan beroleh yang baik juga.Sesungguhnya dalam hati ku tidak putus bersyukur apabila dipertemukan dengan lelaki yang bertepatan dengan ciri-ciri yang diingini.Alhamdulillah.
Keluarga ku serta sanak saudara  menerima kunjungan pihak dia dengan hati terbuka.Pada hari itu  nasi dan lauk pauk menjadi hidangan .Yelah rombongan dia yang datang jauh dari Kota Bharu .Aku berbaju putih hanya make up seadanya tanpa pelamin yang menghiasi. Dia juga berbaju kameja berwarna putih ketika itu. Cincin pula pilihan kami berdua berwarna hijau bermata belian yang harganya hanya sekadar sahaja.Itu juga pilihan aku kerana ketika itu aku merasakan tidak payah membelikan cincin yang mahal.Kerana rasa cintanya padaku sudah begitu mahal dan tidak ternilai harganya. Perbincanganpun dilakukan ,hasilnya kedua-dua pihak telah bersetuju akan disatukan pada masa yang akan ditetapkan oleh kami pada kemudian nanti.Begitu juga hantaran.aku dan keluarga menyerahkan dia dan keluarga untuk memberikannya berapa. dan Yang penting bagiku..cintaku dengan nya bukan hanya sekadar cinta kampus tetapi cinta ke arah membina sebuah mahligai yang mengharapkan mahligai itu sentiasa dalam ketenangan ,kerahmatan serta kebahagian.
Aku juga mengharapkan agar aku dan dia mampu mengemudikan kehidupan ini dengan redha Ilahi mahligai yang dibina nanti berkekalan hingga ke akhir hayat.
Tidak perlu terlalu memilih kerana sikap itu akan merugikan diri sendiri.
Keyakinan aku tanam dalam hati..Setiap kurnian dan janji Allah itu amat indah dan itulah yang membawa kita kepada kebahagiaan yang tiada bersyarat.
Apabila cincin itu sudah dijemari...tandanya aku kini bergelar tunangan orang.Insan yang aku selalu maki dengan "natang beruk babi monyet" inilah rupanya yang akan berkongsi hidup dengan ku nanti.
Benarlah kata-kata yang selalu kita dengari ,jangan terlalu membenci seseorang kerana tidak mustahil kita juga akan terlalu menyayanginya suatu hari nanti. Kata-kata itu telahpun terbukti pada diri ini.

Pertemuan dengan bakal mertua


Hari yang dinanti tiba jua.Sebelum ini aku hanya mendengar suara sahaja arwah ma dan kelaurga mertua.Tapi hari itu mereka didepan mata. Ayah,Arwah Ma,E dan Cik Nor serta Makcik Saudaranya aku temui.Ya allah dalam hati berdebar dan tertanya-tanya adakah mereka boleh terima aku seadanya.Pada konvokesyen dia hari tu aku hanya dapat memberikan sejambak bunga dan tiada barang lain sebagai kenangan.Maklum statusku ketika itu sebagai seorang mahasiswa apalah sangat.Duitpun masih bergantung pada pinjaman dan duit dia juga.Baju  warna kuning yang kupakai pada hari itu pula aku siap tempah semata-mata untuk hari konvokesyennya.Sempat juga aku dan ibu bapa dan ahli keluarga dia bergambar bersama.
Konvokesyen dia sedikit menyedihkan.Lantaran dia belum lagi  mendapat jawatan tetap yang dia pegang sekarang ini.Andailah masa dapat kita putarkan balik,pastinya aku ingin melihat kebahagiaan dihari konvonya itu. Riak air mukanya pada hari itu cukup mengambarkan kehampaan kerana tidak dapat memberikan kepuasan yang sebenarnya pada keluarga dia. Sememangnya semua anak kalau diberi kesempatan pasti ingin membuatkan ibu bapa mereka bahagia.Itulah juga impiannya,namun  Allah ada sebab menguji hambanya yang sabar.
.Malangnya semua itu telah menjadi satu nostolgia yang hanya mampu dikenang.Dua insan bagiku yang amat baik telah pun pergi menemu penciptaNya.Pergi tak mungkin kembali..arwah ma dan arwah makcik...Semoga Allah sentiasa merahmati roh dua insan yang terlalu istimewa ini bagiku.
Berbeza pula di majlis konvokesyenku..ketika itu dia telahpun memegang status tunanganku.Dan ketika itu,dia juga sudah mempunyai jawatan tetap.Suasana amat berbeza.Dia sanggup menyewa pangsapuri untuk aku dan keluargaku tinggal.dari sewa rumah ,makan minum ,filem gambar dan sewa jubah semua ditajanya untuk aku.Kepuasan hati mak dan ayah jelas tergambar melihat sikap tanggungjawab yang ditunjukkan ketika itu.
Ya Allah...sepatutnya aku sentiasa harus bersyukur kerana Engkau sentiasa memberikan kebahgiaan buat diri ini.Engkau kurniakan seorang insan yang menghapus derita diriku.Engkau berikan cahaya ketika aku berada dalam kegelapan dan penderitaan.Engkau hadirkan dia untuk sentiasa menceriakan hari-hariku..  


 

Kuala Lumpur Menyimpan Kenangan Kita


Kuala Lumpur banyaknya kenangan cinta aku dan dia.pastinya lagu alleycats akan sentiasa mengingatkan cinta kami berdua.
Petaling street,Metro Jaya,Pudu,Jalan Sultan Abdul Rahman.merupakan antara tempat yang banyak kenangan aku dengannya.
Tidak seperti pasangan yang lain ,aku dan dia hanya berjalan menyusuri bandaraya .bila lapar sesekali singgah di gerai membasahkan tekak.Yelah waktu belajar mana ada duit yang banyak jauh sekali untuk memiliki kenderaan.Satu hari menyusuri bandaraya Kuala Lumpur.Bila pulang pulak terpaksa berebut untuk menaiki bas ke UKM.
Pernah juga dia belikan buah laici sekilo dan habis aku makan disitu juga tanpa berkongsi dengannya.senyum terukir diwajahnya  bila melihat telatahku yang ghairah makan buah laici.
Pertama kali aku masuk panggung wayang,yang lucunya aku tidur sampai habis cerita.Aku ni kalau cerita kurang minat sedikit tapi kalau nak suruh dengar lagu sampai pagipun aku boleh sanggup tak tidur.Hari tu kerana nak jaga hati dia ,aku temankan dia tapi yelah aku buat tahi mata.Habis cerita dia kejutkan aku.
Pernah juga aku ke Pelabuhan Kelang dengan dia menaiki komuter hanya sekadar nak makan KFC je kat sana.Tapi satu tempat juga yang akan sentiasa segar dalam ingatan iaitu 
pantai dalam dan pantai indah kat kuala lumpur tu.
masa itu aku praktikal di Sk Bukit Bandaraya,dia pulak sebagai editor di salah sebuah penerbitan buku.Ciri-ciri tanggungjawab dia pada aku begitu ketara.Sewa rumah,bil telefon,tambang bas,makan minum semua itu dibawah tanggungannya.Setiap petang pasti dia datang ajak makan di gerai bawah pangsapuri tempat aku menyewa dengan kawan-kawan.tak lupa tiap kali berjumpa duit-duit syiling yang dia kumpulkan diberikan padaku.Katanya senang untuk aku membayar tambang bas nanti.
Sememangnya dia begitu baik dipandangan mataku.jauh disudut hati begitu sekali dia buat semata-mata kerana menyayangiku.Padahal banyak lagi tanggungjawab dia pada keluarga.Dia lebih pentingkan diri aku daripada dirinya sendiri.Kalau orang lain pastinya hendak memikirkan kenderaan yang baru.Dia waktu tu hanya menaiki motosikal Honda Cup yang sudah takde rupa.Seringkali rosak pula tu.Pakaian dia juga kurang berganti.apa lagi hendak bergaya seperti orang lain.
Sememangnya Rabbul Izzati selalu adil dan sayang pada hambanya.Tidak semuanya kita berada dalam kesedihan.Dia telah mengurniakan seorang insan yang bukan sahaja membahagiakan aku malah keluargaku. 
Seperti yang dia selalu katakan padaku bila aku menerima nya sebagai teman hidup dia akan menyayangiku hingga ke akhir hayat.
Alhamdulillah ,Allah juga memberikan aku pemikiran yang begitu matang dalam membuat pilihan.Bagiku setampan mana pun dia kalau tidak ada ciri-ciri yang boleh membimbing kita ke arah yang lebih baik,adalah bukan perwira yang boleh melindungi kita.Kalau sikap dari awal sudah membenci keluarga kita,baik lupakan saja.kalau dari awal hanya pentingkan diri sendiri tinggalkanlah dia.dia bukan peneman kita tetapi hanya sekadar tempat berkongsi cerita.
Terima kasih Allah kerana membibitkan rasa cintanya pada ku,terima kasih Allah kerana membukakan pintu hatiku untuk dia.Terima kasih Allah kerana menciptakannya buatku.
Terima kasih Allah kerana memperliharakan cinta kami.
 
 

Khamis, 22 November 2012

Indahnya perkasihan ini


Perjalanan perhubungan cinta kami begitu indah selepas ujian-ujian yang melanda sebelum ini.
Bunga-bunga kemesraan semakin lama semakin mekar mewangi.
Baru aku perasan dia rupanya seorang yang cukup romantik.Banyak kad-kad ucapan yang dia bagikan untukku .Seringkali kata-kata semangat untuk aku terus berusaha demi mengejar cita-cita..Kad-kad dan segala pemberiannya ku simpan rapi.kad nya pula semua ku tampal dipapan kenyataan dalam bilik ku.Hingga kini surat -surat dan kad pemberiannya masih elok tersimpan diadalam kotak dan sesekali aku membacanya kembali untuk terus segarkan cinta antara kami walaupun dia ingat aku sudah tidak kisah lagi surat-surat itu.hakikatnya sampai aku mati aku akan simpan warkah-warkah daripada insan yang aku sayagi..Aku tidak kisah anak-anak membacanya  .Tiada yang teruk dalam surat itu hanya kata-kata indah dari ayah mereka untuk insan yang melahirkannya.
bayangkan sentiasa ada kejutan-kejutan yang tidak aku sangkakan.Paling aku tunggu bila tiap kali cuti semester ,pastinya saban hari aku menerima warkah dari dia.Terkadang pagi dah dapat petang posmen datang lagi .Hingga malu juga dengan posmen hari -hari datang ke rumah menghantar surat untukku .Suratnya pula datang dalam pelbagai variasi.Dibelakang surat khabarpun jadi tempat dia menulis.ada surat tu pulak siap macam buat kerja kursus.hingga adakalanya surat tu sampai 25 muka surat.Begitu setianya dia menulis demi memastikan aku tidak sunyi di kampung.Dalam surat pulak pasti ada lagu-lagu yang dia tujukan buatku..Romantiklah sungguh.
Kebaikan dia aku kongsikan dengan keluarga di kampung.Menitis airmata bila dirinya menjadi insan kepercayaan keluarga.Hinggakan mak masukkan duit untuk akupun dalam akaunnya.
Mak lebih mempercayai dirinya daripada aku.Bila melihat kesungguhannya itu aku membawa dia pulang bertemu keluargaku dikampung.Biar dia sendiri yang lihat keadaan aku dan keluarga .Bagiku siapa yang dapat terima kekurangan keluargaku itu yang paling aku pentingkan.Dan paling bahgia tiada batahan daripada ayahku..Ayah dengan senyum katakan padaku ingatkan penjual jualan langsung mana yang datang.Yelah gayanya yang bersahaja dan amat pediam ketika itu.Mungkin dalam hati dia duk menilai kut..boleh ke dia masuk dalam keluarga kami nanti..penilaian aku macam tulah.kakak-kakak ku pula mula buat penilaian katanya dia tu pediam sangat.tak banyak cakap berbeza dengan kami yang semuanya peramah.jumpa pertama kali dah macam kenal bertahun-tahun
.Cuti semester berakhir aku berjumpa dengannya dan buat rumusan pertemuan dia dengan keluargaku.Aku kata pada dia aku suka kalau dia banyak cakap dan menjadi peramah seperti keluargaku.katanya perkara itu amat mudah untuk dilakukan.
sejak itu wataknya amat berubah dialah orang yang kuat menyakat.
seingat aku ,kami bercinta bukan seperti kekasih yang lain.adakalanya sebulan kami tidak berjumpa walaupun di kamsis yang sama.bertemupun hanya di perpustakaan jarang kami melepak tanpa arah tujuan.
kerana bagi kami cinta dan cita-cita biarlah seiring.kami berdua sama menjadi harapan orang tua dikampung untuk mengubah nasib keluarga.


Ujian itu satu permulaan kebahagian

Bermulanya episod menyulam cinta aku dan dia.seingat aku diawal perkasihan aku dengannya pelbagai ujian datang menguji sejauhmana rasa cinta kami dapat mengatasi ujian yang datang .
Masih kuingat temu janji aku dengan nya.memang lucu.Aku dengan baju tshirt kuning dan berseluar jeans manakala dia pula berbaju melayu berseluar hitam.Memang agak berbeza penampilan kami.Sorang rock sorang lagi alim-alim gitu.
Dalam hati aku cukup segan ketika itu.Kami menyusuri fakulti FSKK .hanya sekadar berjalan sambil sesekali berborak kecil.Apa yang buat aku tabik kat dia ni.dia berani menegur pemakaian aku yang bagi pendapat nya tidak begitu sesuai.Terus terang dia cakap dia tak suka aku berseluar jean dan jika dia ternampak lagi aku memakainya dia kata di nak cincang seluarku itu...amboi dalam hati berkata-kata.berani dia kali pertama date dengan aku ni dah pandai-pandai pulak menegur aku.Aku ni jiwa pemberontak pantang orang tegur mesti nak lawan.Tapi malam tu aku diam je.kontrol ayulah masa tu. mungkin Allah sudah memberikan petunjuk itulah insan yang akan berkongsi hidup dengan Ku.
Seingat aku juga ,diawal perkasihan kami,akulah yang banyak menitiskan airmata. Bila balik dari  pertemuan dengannya pasti aku menangis mengenangkan sikapnya yang suka menyebut-nyebut bekas kekasihnya dulu.Langsung dia tidak menjaga hati dan perasaan aku ketika itu.Aku pulak masa tu masih lagi cuba bersabar.
Begitu juga ,bila dia bersama-sama dengan kawan-kawannya,aku macam tak pernah wujud.terkadang sampai nak tersentuh bahu ketika kami bertembung di kafe kamsis dia hanya mampu tersenyum atau pura-pura buat tak nampak.Tingkahlakunya itu buat aku dalam teka teki.betulke dia ni suka aku.betul ke aku ni dia anggap insan istimewa dia.Semasa latihan kompang pun langsung dia tidak menegurku.tapi yang buat aku hairan bila sampai je kat bilik mulalah dia lontar batu ajak jumpa.pada hal masa latihan kompang tadi bagitahu teruspun takpe..bayangkan betapa masa tu perasaan aku marahpun ada.
Situasi ini juga buat seseorang orang keliru.ada juga insan-insan yang cuba masuk ingat aku ni free lagi.Terpaksalah aku terus terang yang aku sebenarnya dah dimiliki oleh dia.Yelahkata mereka aku ni sekejap nampak macam orang punya sekejap macam takde.Aku ni bukan apa.masa mula-mula date dulupun aku masih ingat pesanan nya kata dia walau kita dan bercouple tapi kawan-kawan tetap kita jaga.aku pun sama gok macam dia sebenarnya taknak lah digelar macam belangkas kesana kemari sampai kawanpun kita lupa.hakikatnya dia tu kawan yang di jaga aku insan istimewa dia yang tak jaga masa tu.
Dengan kawan-kawan aku bercerita ,inilah insan pertama yang buat aku banyak menangis diawal perkasihan.betul-betul menguji sejauhmana kesabaran aku dengan dia.Ditambah lagi kawan-kawan perempuan yang rapat dengan dia yang kurang suka perhubungan kami.Pandang aku macam musuh.Peristiwa yang aku tak lupa ,aku dibiarkan terasing dirumah kakak angkatnya.sedih masa tu tuhan yang tahu.
Kenangan paling sedih juga ketika kelab kompang ke Genting Highland mengadakan sukaneka di sana.Dalam hati sebelum pergi tu mesti best sebab inilah masanya untuk aku bersama dia.Rupanya bila sampai disana impian tidak menjadi kenyataan.Dia lupa kewujudan aku.Boleh pulak dia menaiki perahu dengan orang lain.Kegembiraan terubat sedikit bila ada abang senior yang perasaan kesedihan aku masa tu.Di situ aku mula buat perkiraan,aku merasakan hubungan antara kami tidak dapat diteruskan kerana tiada langsung keserasian antara kami.
Malam berikutnya semasa kami berjumpa ,aku pun meluahkan apa yang terbuku di hati.Ketidakpuasan hati aku padanya semua aku ceritakan.dan aku katakan padanya anggaplah aku seperti adik angkatnya sahaja dan aku anggap dirinya seperyi abang angkat aku sahaja.Aku merasakan aku tidak begitu penting baginya,dan kawan-kawan serta kakak angkat dia masa itu yang lebih penting dalam hidupnya ketika itu.Aku cakap padanya sebolehya aku cuba menjaga hati dan perasaan insan yang aku sayangi tanpa menceritakan orang lain ada dia.kisah silam simpan je dalam hati.itu prinsip ku kecuali dia sendiri yang ingin mengetahuinya.
Perjelasanku buat airmatanya mengalir laju.Dia tidak boleh terima cadangan ku.Kerana dia kata kasih sayang dia padaku begitu ikhlas.Bagilah dia ,masa dan ruang waktu untuk memperbaiki mana kelemahan yang aku tidak suka.melihat airmatanya mengalir dalam hati aku ni tak sampai hati pulak nak biarkan dia dalam kesedihan.kami bersepakat untuk cuba meneruskan perhubungan ini.
Benar lah kata orang terus terang dalam perhubungan lebih baik daripada kita mendiamkan diri dan biarkan masalah itu berlarutan tanpa di atasi.Kesannya kita sentiasa dalam keadaan tekanan. 
Alhamdulillah ,aku bersyukur menemukan seorang insan yang sanggup membuangkan egonya kerana ingin terus bersamaku.Teguranku malam itu telah mengubah diri dan sikapnya 100%.
Dia mula mengutamakan aku daripada kawan-kawannya.Dia mula menunjukkan keprihatinan yang amat tinggi dan sanggup bersusah payah agar dapat memastikan aku bahagia disisinya.Dalam hati aku berkata-kata...sesungguhnya sayang dan cinta dia padaku adalah amat tulus.Sejak itu dia pula yang sentiasa diuji.Banyak airmata dia yang mengalir kerana sikap dan tingkahlaku ku.Hanya orang -orang yang sabar sahaja yang boleh bertahan dengan aku ni.Aku sebenarnya mempunyai ego yang amat tinggi.Tapi adakalanya ego itu mudah sahaja dicairkan kalau tahu caranya.Dan dia tahu bagaimana nak menghapuskan ego ku.
Banyak kali aku cuba menguji kesetiaan dia,tapi ujian itu dia lulus 100%.Adakah belum cukup lagi untuk aku untuk menilai sejauhmana kejujuran dia padaku.Rasanya akulah insan yang menolak tuah kalau aku tidak memilihnya untuk berkongsi suka dukaku hidup bersamanya.
Peristiwa dia menghantar kerja kursus ku yang dia taipkan dan dibalas dengan kemarahan yang membuak-buak oleh aku juga menjadi salah satu kenangan yang masih segar hingga kini.Dia sanggup tak tidur menaipkan kerja kursusku dengan meminjam komputer kawan untuk memastikan kerja-kerja ku siap sepenuhnya.Tapi yang dia dapat kemarahan ku yang melampau kerana aku terbau rokok dibajunya.dan dia mengaku menghisapnya.Aku ni paling benci dengan orang yang menghisap rokok.Datanglah setampan manapun kalau merokok sah-sah bukan insan pilihan aku.Malam itu dia berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.Aku yakin dengan janjinya kerana dia bukan perokok tetapi hanya mengikut kawan-kawan yang merokok.Selepas malam itu,bau rokok di baju dia sudah tidak lagi aku cium.dan itulah juga menunjukkan betapa dia menyayangiku lebih dari segalanya.
 

Rabu, 21 November 2012

Episod pertemuan kita bermula satu kehidupan


Hari itu begitu tenang..Cahaya mentari memancarkan sinar yang amat indah.Namun begitu,hari ini ke kuliah seorang diri tanpa kawan juga ibarat kembar,kerana dimana diri ini berada disitulah kawan saya pasti ada disisi.Kerana ketiadaan kawan saya ini bermulanya satu episod.suka duka kehidupan saya dikongsi bersama.
Masih kuingat saat itu,sewaktu kaki melangkah ke PUSANIKA balikku dari dewan kuliah,mata ku tertiba terpandang kelibatnya di Bilik PMUKM.Alamak "menatang beruk babi setan ni berada kat situlah"hati kecil terus berkata-kata.bibir ini pantas akan memaki seorang diri apabila terlihat sahaja kelibat "dia" ni.Ini kerana kejadian di malam latihan kompang yang pertama kali aku hadiri.
Aku merasakan dia seperti memalukan aku apabila memaksa aku memukul kompang berulang kali dan mengharapkan aku pandai memukul kompang dalam waktu yang singkat.
Hakikatya "dia" ni tak tahu aku pertama kali memukul kompang pada malam itu.Itulah malam pertama aku sentuh dan memukulnya.Lantaran aku orang Terengganu yang tidak begitu menitikkan permainan ini masa aku di kampung dulu.
Kesan pada malam itu.."dia"lah insan yang paling aku benci di UKM .Nampak sahaja muka dia pasti  mulutku laju je memaki kata-kata "menatang beruk,babi setan"hinggakan kawan kembarku begitu arif  sikapku.Aku sanggup melalui jalan yang jauh,asalkan aku tidak bertembung dengan "dia".Bila terjumpa di fakulti ,biasanya aku pura-pura buat tak nampak.Sebab aku malas nak bagi salam padanya.
Pernah juga berulang kali ,aku menaiki bas yang sama dari Terengganu ke UKM,kerana dia pergi ke rumah kawan-kawan dia di Terengganu.Dia senyum padaku sampai ke telinga senyumnya, tapi aku buat -buat tak nampak.Bagiku aku cukup benci orang yang cuba memalukan aku didepan orang lain.
Begitu juga tika Sukaneka yang diadakan di Bagan Lalang oleh Kelab Kompang.
Lucu juga bila aku kenang
Pagi sebelum aku berangkat ,aku sidai dulu baju-baju yang kubasuh dibelakang bilik ku.Aku sidai baju tanpa memakai tudung.Selamba je masa tu dengan baju kurungku yang merah menyala tanpa aku sedari ada mata yang memerhati dari jauh oleh seorang siswa.Rupanya dia yang memandang aku.Cepat kakiku melangkah dari tempat sidaian baju ku.Mulut laju je memaki lagi kat dia.Banyak pahala yang dia dapat yang aku bagi percuma kat dia.Waktu dalam bas ke Bagan Lalang ,dia perli-perli aku tapi aku buat-buat tak faham.Dia siap cakap pada kawan aku ZU..katanya dia senyum kat aku masa jumpa dalam bas dulu.tapi aku buat-buat tak nampak je.Aku buat biasa je.Malas aku nak layan dia.Tiba di Bagan Lalang ,aktiviti sukaneka bermula.yang aku tahu tiap kali kumpulan aku bergambar pasti diapun ada juga.Ada gambar tu siap duduk sebelah aku lagi.Tapi aku tidak menjangkakan yang sebaliknya dia suka kan aku.Balik dari Bagan Lalang,masa aku nak turun bas ,aku terdengar
suaranya memerli dengan berkata jangan lupa angkat baju ya..Hantu betul mamat ni bertambah kebencian aku pada dia.
Begitu juga tika latihan kompang.Aku begitu semangat memukul kompang dengan nota-nota dia sekali aku dah hafal.Ternampak je dia hayunan tangan aku terus lemah.Nota kompang aku dah tak ingat.Benci betul aku pada Yang Dipertua Kompang ni...
Padan muka dia sapa suruh dia malukan aku.Kebencian aku pada dia tak pernah berubah walau hari dan masa pantas beredar hinggalah Allah menentukan kebencian akunpada dia berakhir pada hari itu.
Keluar dari kedai Pusanika sambil membawa sedikit barang yang ku beli juga beberapa buah buku ,kaki ku laju melangkah.Aku ni kalau jalan pasti lajuje..Tak suka nak jalan lambat-lambat macam orang.Guna gear lima kata orang.Tapi langkah yang laju terpaksa aku perlahankan.Kelibat dia yang keluar dari bilik PMUKM ,melemahkan hayunan kaki aku ni.
Alahai kenapalah aku bertemu dengan dia ni..hati kecil aku merungut-rungut seorang diri.Aku berjalan dibelakang dan dia berjalan dihadapan.Aku perlahankan langkah kaki dia pun sama pelahan jugak.Sebenarnya aku tak nak melintas dia,sebab aku tak nak bagi salam pada dia.Yelah junior mesti hormat senior kan.
Rupanya dia sengaja perlahankan kaki dia bila terlihat aku.Itu yang dia ceritakan ada aku.Sebab dia nak tegur aku tapi waktu itu dia tidak berani.
Tiba di Kamsis Ungku Omar.Barulah kami terpisah.Aku terus ke bilik untuk simpan dahulu barang dan buku yang ku bawa tadi.Perut dah mula keroncong.Tiba waktu untuk makan tengahari.Tanpa menunggu kawan-kawan yang lain aku seorang diri pergi ke  Kafe untuk mengalas perut.Waktu berbaris menunggu ikan bakar mata terus terhenti.Ada lagi mamat ni..dalam hati merungut.Bila dia lalu depan aku,terus dia cakap "eh jumpa lagi kita" 
aku senyum badak je.Pukul 2.00 petang aku seoarang diri lagi ke fakulti untuk kuliah yang seterusnya.Aku mengambil jalan yang berbeza dari jalan tadi.Saje nak lepaskan angin   melalui jalan  yang lain pula.Sewaktu menuruni bukit ke Fakulti Sains Hayat.dari jauh aku ternampak dia menaiki bukit.Alamak jumpa lagi.Dia dengan selamba bagitahu aku kelas dia batal dan cakap eh jumpa lagilah.Hai..apalah nak jadi hari ini.hari ni dah berapa kali aku jumpa dengan dia. Merungut lagi aku dalam hati.Siang hari berlalu macam itulah.
Malam aku ajak kawan ke library Kamsis.Tapi semua kawan-kawan tak nak pergi malam tu.Terpaksalah seorang diri lagi aku ke perpustakaan Kamsis dan pertama kali aku ke perpustakaan tu.Biasanya tiap malam aku study di Perpustakaan Tun Sri Lanang,pepustakaan yang terbesar di Asia Tenggara ketika tu.
Inilah bermulanya detik pertemuan kami..Allah mengerak hati aku ke sana untuk aku membuang segala rasa benci yang bersarang dihatiku pada dia selama ini .untuk aku tukarkan benci itu menjadi rasa sayang .Sungguh selama ini aku mengjangkakan dia telah pun ada insan istimewa.Kerana pernah sekali aku terjumpa dia belajar di perpustakaan dengan seorang perempuan juga AJK Kompang yang aku kenal juga.Jadi di difikiran aku dia dah berpunya.
Masuk dalam perpustakaan aku mencari satu meja yang kosong.Mataaku sempat memerhatikan dia dengan beberapa orang perempuan juga AJK Kompang yang aku kenal juga salah satunya budak perempuan yang aku sangkakan makwenya.Selang beberapa minit aku membuat kerja tertiba aku terdengar suara dia  menegur dan meminta izin untuk dia duduk semeja denganku.Dengan selamba aku katakan padanya duduklah mejani pun bukan saya yang punya.Bila dia duduk mulalah dia merapu yang bukan-bukab.Bajunyanya warna hijau.dia bagtahu aku.jampun warna hijau.Segala yang hijau diberitahu kepadaku.Pelik aku dengan dia ni.Rupanya dia dah selidik warna kegemaranku sebelum ini iaitu hijau.patutlah semua benda yang hijau diberitahu kepadaku.
Apa yang aku perasan kemesraan dia padaku mula membuang sedikit demi sedikit perasaan benciku pada dia malam itu.Seakan ada aura antara kami.,kerana aku tidak langsung untuk segan menceritakan kisah aku dan keluargaku dari A hinngalah ke Z.dia pula begitu tekun mendengar.Begitu juga dengan dia segalanya diceritakan kepada ku hinggalah kami tidak sedar jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 malam.Sebelum beredar aku igin meminjamkan 2 buah buku namun hanya satu sahaja dapat aku pinjam.dia dengan pantas memijamkan buku itu aku.Dalam hati bagus juga mamat ni.Sebelum pergi sempat juga dia menanyakan kepada ku esok kuliah habis pukul berapa.aku memberitahunya kuliah ku esok habis pukul 5.
Keesokkan hari,habis kuliah pukul 5 aku terus ke bilik kerana aku belum menunaikan solat asar ketika itu.baru sahaja badan ini ingin berehat dikatil  tertiba pintu bilikku diketuk oleh seorang kakak senior yang tidak aku kenali.Ditangannya sejambak ros merah yang masih segar.Melihat aku terus tangan kakak itu menghulurkan jambangan ros merah kepadaku.Tergamam seketika dan aku menanyakan siapakan yang memberikan ros itu untuk aku.
Kakak itu pura-pura tak dengar dan beritahu ku dia tidak kenal siapa dia hanya menolong memberikannya padaku.Aku berlari-lari anak mengejar kakak senior itu hanya berkaki ayam ke belakang blok.namun hampa tiada jawapan yang aku perolehi.Dengan jambangan ros ditangan aku berpatah balik ke bilikku dengan perasaan hampa.Mataku sempat terpandang sekumpulan siswa yang memerhatikan gelagat ku.tapi aku tidak mengjangka salah seorang siswa dalam kumpuan itulah yang memberikan jambangan bunga itu.
Malam aku menghadiri latihan kompang.Sebelum itu kami berkumpul bersembang dulu di foyer kamsis.Datang seorang abang senior menanyakan kepadaku dah tahu ke siapa yang memberikan bunga itu.Aku jawab tak tahu.Dia kata tunggu sebentar lagi insan itu akan datang nanti.Tertiba dia cakap ita pandanglah budak lelaki yang pakai baju warna putih tu.Dialah yang berikan bunga pada ita.Apabila mukaku berpaling, Ya Rabbi..rupanya mamat ini yang berikan padaku..Lantas peristiwa yang berlaku sebelum ini tergambar kembali.Malunya aku tika dia tengok aku pegang bunga dengan berkaki ayam kerana mengejar kakak senior itu.Patutlah dia tanya aku kuliahku habis pukul berapa.
Selepas latihan kompang aku balaskan sekeping kad terima kasih pada dia.Apabila berjumpa aku suruh dia nyatakan 10 alasan mengapa memberikan bunga kepadaku. Alasan yang ke sepuluh ialah kerana dia ingin kahwin denganku..eh gilake mamat ni..
Memandangkan aku pernah benci padanya lantas dimindaku aku ingin mempermainkan dirinya.Niat aku masa tu tidak  bersungguh-sungguh .Sememangnya aku sukar untuk mempercayai lelaki semenjak peristiwa yang terjadi padaku.Pada dia aku anggap sebagai balas dendamku pada lelaki-lelaki.
Pada malam itu ,aku ke bilik dengan bermacam-macam perkara bermain di mindaku..adakah dia bersungguh-sungguh atau diapun sama dengan ku hanya untuk mempermainkan aku...Malam itu berakhir dengan tidurku penuh tanda tanya..

Ahad, 4 November 2012

Cinta Kita Anugerah Ilahi..

Photo: awesome 
Catatan buat dia
  • Terima kasih kerana kasih sayang terlalu utuh pada diri ini.
  • Kita terkadang alpa dengan kesenangan dan kebahagiaan yang diberikan hingga kan kita terlupa kewajipan dan dkeharusan yang sepatutnya kita lakukan.
  • dirimu yang Allah pilihkan untukku..14 tahun istana kita ,jagalah tiangnya kerana tiang itu berada ditanganmu..
  • ketahuilah diri ini bukan insan yang sempurna yang seperti yang dirimu impikan ,namun kekurangan ini bisa dirimu tampung dengan kesabaran dan ketabahanmu..
  • Sesungguhnya Allah telah memilihmu untuk menemani perjalanan hidup ku..dan hati ini tidak putus bersyukur kerana memilikimu..
  • Semoga setiap putaran kemudinya adalah kebaikan. Setiap lajunya adalah keberkahan. Setiap angin yang berhembus adalah keredhaanNya. Semoga bahtera ini berlayar dengan ketaqwaan, kasih sayang, kesetiaan.
  • sesungguhnya Ku memohon kepadamu, Ridho-lah padaku, Sungguh Ridhomu adalah Ridho Rabbi Izzati, mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya, karena bagiku kau adalah kunci surgaku.
 Semoga ikatan kita dunia akhirat.

*Jaga anak-anak kita baik-baik ya..sesungguhnya abang mampu melakukannya.
berat hati nak tinggalkan abang. dan anak-anak.tunggu tau hanya 3 hari je ...
doakan diri ini selamat pergi dan selamat kembali..
abaang tau diri ini nakal.
nasihat abang macam ita persendakan
tapi jauh disudut hati ita bangga dengan abang..
maklumlah kan ita ni cikgu khas,
kenakalan anak murid terbawa jugak bila dirumah..
nasiblah kan kawin dengan cikgu khas..
apapun...  
ketabahan abang itulah senjata cinta kita tetap utuh sampai ke akhirnya.
CINTA KITA ANUGERAH ILAHI YANG AMAT BERNILAI DAN TAK DAPAT DIBANDINGKAN DENGAN EMAS PERMATA..
 
PASTINYA ITA AKAN RINDU DENGAN ABAMG.      
 
ikhlas
diri ini yang kau panggil
"baby"
 

Hidup Pasti ada suka duka

Photo: Lake Vermilion, Minnesota


check out our funny picz page "Funny Picz" 
Terkadang hidup ini terlalu indah 
Terkadang pula hidup ini terlalu sukar
dalam kegelapan ada cahaya
justeru
jangan kecewa dengan apa yang ada
sebaliknya bersyukurlah
kita masih diberi ruang dan kesempatan
untuk memperbaiki di mana 
kekurangan dan kesilapan yang kita lakukan.
Sesungguhnya Allah tidak memberi kesusahan kepada hambanya setiap masa 
dan
Allah juga tidak memberi kesenangan kepada hambanya setiap masa.
Dalam tawa ada duka
dalam ceria ada airmata
lumrah perjalanan hidup.
Itulah kemanisannya.

-Anak Pantai-
 
 

Teks Ucapan Majlis Motivasi dan Kecemerlangan

 
Teks Ucapan Majlis Motivasi dan Kecemerlangan
PPKI SMK Demak Baru
3 Nov 2012(Sabtu)
Pen View Hotel

Assalamualaikum W.B.T.Selamat Sejahtera.Salam pertemuan,salam 1 Malaysia.
Terima kasih kepada Pengerusi Majlis.
Yang saya muliakan  Pn Hajah Juita Binti Hj Senawi
Pegawai Pendidikan Daerah ,Kuching
Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Abdul Hamid
Pengetua SMK Demak Baru.
Yang dihormati, penolong-penolong kanan,
Ketua-ketua bidang,
Guru-guru dan staf sokongan,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Serta para pelajar PPKI yang dikasihi  sekalian,
Alhamdulillah ,syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu di majlis yang indah ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan terima kasih kepada Pn Hajah Juita Hj Senawi ,yang juga mantan pengetua SMK Demak Baru kerana kesudian beliau untuk hadir dan seterusnya merasmikan  Majlis kita pada hari ini. Ibarat kata adat ,”sirih pulang ke gagang,pinang pulang ke tampuk” Pastinya beliau bukanlah asing bagi kita khususnya di PPKI ,SMK Demak Baru. Sepanjang beliau menjadi pengetua di SMK Demak Baru,Sikap keprihatinan beliau kepada pelajar-pelajar PPKI tidak dapat dinafikan lagi.
 Selamat datang dan terima kasih juga kepada Cikgu Hajah Fatimah ,pengetua SMK Demak Baru yang julung kali bersama kita di Majlis Motivasi ini. Sesungguhnya kita amat bertuah dan sentiasa bertuah kerana mendapat pentadbir yang sememangnya sebati dalam dunia Pendidikan Khas .
 Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli jawatankuasa Majlis Motivasi yang telah berusaha dengan gigih untuk menganjur dan menjayakan majlis ini.
Terima kasih juga kepada tuan-tuan dan,puan-puan, ibu bapa dan penjaga   yang hadir untuk bersama-sama memeriahkan dan menceriakan lagi Majlis pada hari ini.Begitu juga terima Tuhan saja yang mampu membalas budi
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sememangnya Majlis Motivasi dan kecemerlangan yang kita adakan saban tahun ini,adalah sebagai tanda penghargaan kita kepada pelajar-pelajar PPKI yang mengharumkan nama SMK Demak Baru, sama ada di bidang akademik mahupun ko kurikulum.Di samping itu juga,memberi ruang untuk bertemu mesra dengan ibu bapa dan penjaga agar  jalinan kemesraan  antara guru dan ibu bapa sentiasa ada.

PPKI SMK Demak Baru, semakin melangkah ke hadapan. Guru-guru  di PPKI ini sentiasa komited untuk memastikan  pelajar-pelajar PPKI ini terus cemerlang di mata masyarakat .Kejayaan demi kejayaan  sama ada di bidang kurikulum mahupun di bidang Ko kurikulum  menjadikan PPKI SMK Demak Baru ini sentiasa menerima kunjungan daripada dalam negeri,luar negeri dan antarabangsa. Kunjungan terakhir yang kami terima dari PPKI SMK Manir,Terengganu. Hinggakan boleh saya katakan di sini,kita langsung tiada ruang untuk kita sendiri membuat lawatan.
Antara kejayaan di bidang kurikulum ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Kejayaan dibidang ko kurikulum pula
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Tuan-tuan dan puan-puan ,hadirin sekalian,
Aktiviti MPV atau kemahiran seperti Aktiviti cuci kereta, masakan dan jahitan,Kebun, Fertigasi,Keusahawanan dan manik  telah   menunjukkan prestasi yang amat membanggakan sepanjang tempoh 2 tahun dilaksanakan.Aktiviti ini diadakan setiap hari Jumaat bermula 7.30 pagi hingga 11.30 pagi.
 Menyedari hakikat ini,  PPKI SMK Demak Baru sentiasa mengambil langkah   proaktif dalam melatih dan mendidik anak-anak pelajar agar mendapat kemahiran. Melalui usahasama dengan kraftangan Malaysia beberapa orang pelajar PPKI kita telah boleh membuat kraftangan hasil daripada manik. Kemahiran pelajar kita ini telah mengundang kehadiran  guru-guru pelatih dari IPG Batu Lintang memohon pelajar kita untuk mengajar mereka.Aktviti ini dibawah pimpinan Cikgu Lina Bin Mili.
Perkhidmatan mencuci kereta yang dibimbing oleh Ustaz Badrul Hisyam bin Majid dan juga Cikgu Badrul Hisyam Ameran ,semakin hari mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan  daripada  warga SMK Demak Baru dan adakala dari PPD serta pelawat  yang datang ke SMK Demak Baru ini.Kita sedang memikirkan bagaimana untuk menyediakan satu tempat yang khusus yang dilengkapi dengan segala kemudahan bagi aktiviti ini.Pastinya  memerlukan kos perbelanjaan yang banyak untuk ke arah.Dan kita akan memikirkan bagaimana cara untuk merealisasikannya.Apatah lagi Jabatan Pelajaran Negeri telahpun berpindah berhampiran SMK Demak Baru.Sambutan akan lebih baik sekepas ini.
Fertigasi  di bawah pimpinan Cikgu Mohamad Safwan Alias juga menyerlah.Pelbagai jenis sayuran seperti cili,tomato begitu menjadi.Hasilnya sentiasa dinanti oleh warga SMK Demak Baru.Pada tahun hadapan kita bercadang untuk membesarkan lagi fertigasi ini iaitu di hadapan kelas PPKI.
Aktiviti perkebunan dibawah pimpinan Cikgu Ruhana Bujang dan Pn Chong Fui Fong, dibantu oleh beberapa orang PPM tidak kurang hebatnya,Hasilnya juga mendapat sambutan warga Demak Baru.Untuk pengetahuan,aktiviti kebun ini adalah diusahakan oleh pelajar-pelajar Down Sydrom,terencat akal ,Austime ,pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai masalah yang lain yang menyukarkan mereka untuk terlibat dengan aktiviti yang lain.
Aktiviti masakan dan jahitan ,dibawah bimbingan Cikgu Dayang Hasyimah dan Cikgu Zaimash serta PPM Nilip tidak dapat disangkal lagi.Pelbagai jenis kek,biskut ,kuih muih begitu juga jahitan sarung bantal,sarung bakul sampah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.Kami tiada masalah untuk menempah makanan setiap kali menerima kunjungan pelawat.Sebahagian pelajar PPKI ini telah begitu mahir dan cekap menyediakan  makanan dan minuman.


Aktiviti Keusahawanan juga cukup menyerlah di bawah bimbingan Cikgu Norzita Mohamed.Aktiviti jualan mendapat sambutan dari pada pelajar aliran perdana dan PPKI.Sehinggakan kami memutuskan masa jualan waktu rehat untuk pelajar PPKI dan Waktu pulang untuk pelajar aliran perdana.Kini keusahawanan lebih tertumpu dibidang kemahiran Felt .Contohnya cenderamata yang disediakan pada hari ini adalah dari kraftangan ini.Hasil itu dibuat oleh guru dan pelajar PPKI yang mahir menguasai jahitan.Sambutan yang diterima dari pelbagai pihak bukan sahaja di SMK Demak Baru ,malah dari pelbagai sekolah rendah ,menengah ,institusi pengajian tinggi pada kraftangan felt ini.
Alhamdulillah semenjak pelbagai kemahiran yang diwujudkan di PPKI ini,sememangnya banyak membantu program PPKI berjalan lancar khususnya dari segi kewangan.Termasuk majlis pada hari ini.
.Kerjasama seumpama ini akan dapat membantu PPKI SMK Demak Baru ini terus cemerlang.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Beberapa program juga telah dirancang iaitu
Dari segi kurikulum,antaranya:
1.Pelajar PPKI yang mampu menguasai akademik akan ditempatkan di tingkatan 1,yang akan terlibat sepenuhnya dalam  PLBS.
2.
Saya percaya di bawah kepimpinan pengetua yang baru ini Cikgu Hajah Fatimah,Kita akan lebih cemerlang lagi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Pada hari ini ,kita telah juga mengedarkan surat makluman tarikh pendaftaran dan jumlah yuran yang akan tuan-tuan dan puan-puan harus membayarnya.Buatlah semakan dengan teliti dan simpanlah sedikit elaun anak-anak pada yang kurang berkemampuan agar tidak menimbulkan masalah untuk membayarnya.

 Hadirin dan hadirat sekalian.

Sebagai mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pendorong para pelajar khususnya kepada para ibubapa kerana telah memberikan sokongan padu kepada anak-anak mereka untuk belajar dengan tekun dan seterusnya mencapai kejayaan yang dinantikan. Semoga dengan kejayaan ini akan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.

Syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang telah memungkinkan para pelajar  ini menerima sijil dan hadiah pada  pada hari ini. Semoga sumbangan kita mendapat keredhaan Allah Subhanahuataala. 
Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan  silap.
Sekian, saya sudahi dengan  Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.