Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 23 Jun 2010

Terima Kasih Abe Atok

Sekalung ucapan terima kasih buat Abe Atok..Semoga kita bisa bertukar buah fikiran di alam maya penulisan kita.Terima kasih daun keladi..

Hidup Ini Umpama Pelangi

Lumrah kehidupan di alam fana ini..perjalanan umpama pelangi..diwarnai dengan pelbagai jalinan warna yang antara satunya membawa maksud yang tersembunyi. Setiap masa putaran warnanya bertukar..dan pastinya suasana juga turut berubah..Menjalani hari-hari sepanjang minggu ini ada keresahan yang melanda walau hati cuba menafikannya..Justeru itu,warna kehidupan yang menghiasi perjalanan hari-hariku ini pastinya suram..
Mencari kekuatan disebalik ujian ini,tapi seolah diri ini tidak mampu menghadapinya..Tuhan...berikanlah diri ini satu kekuatan untuk aku menempuh hari-hari seterusnya ..Jangan biarkan masa itu cepat berlalu..kerana aku takut menghadapi saat itu...

Cikgu dan Murid sama sahaja

Buat anak-anak didikku..PPKI 4,cikgu abadikan gelagat kalian di dalam blog cikgu semoga kalian gembira apabila menatap wajah gila-gila kita dalam kelas..Sempat jugak kita berposing masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung..
Cikgu dan murid sama je kan..
Yang lucu selepas ambil gambar ni..Abang Mohd Nazrie terus terkena sawan kerana terlalu gembira...Apapun kamu semua menceriakan hari-hari perjalanan kerjaya cikgu..Terima Kasih.

Taman Herba Ku

Sejak aku mengajar di Bumi Kenyalang nie. salah satu.idea yang sering aku ajukan setiap tahun adalah untuk mewujudkan satu taman herba..Namun saban tahun ideaku ditolak..Frust jugak bila ingin melakukan perubahan tetapi perubahan yang ingin kita buat kurang mendapat sokongan..Akhirnya pertengahan tahun ni aku dengan muka tak malu mengambil satu bahagian kawasan sekolah untuk ku jadikan satu taman herba dan di samping itu juga terdapat sayur-sayuran dan jugak buahan-buahan. rupanya usaha ku ini telah mendapat sokongan daripada pengetua.Ketika ini aku masih lagi berusaha untuk melengkapkan taman ini..Kalau kalian rakan-rakan yang membaca blogku ini sudilah kiranya memberikan cadangan atau pandangan agar akan terlahirlah satu taman yang akan dibanggakan oleh semua.Walaupun nanti aku sudah tidak berada di Bumi Kenyalang lagi sekurang-kurangnya ada usaha yang kulakukan untuk anak-anak istimewa yang aku sayangi..

Selasa, 22 Jun 2010

Wakaf dan Pondok Buruk

Memori lama ku buka lagi..langsir kenangan silam kuselak satu persatu...Sesungguhnya banyak memori yang sentiasa bermain dan segar diingatan..Mungkin sejarah dulu yang menjadikan aku kini seorang insan.
Pondok burukku antara khazanah yang masih ku sayang..kerana di sinilah pelbagai suka duka yang mengajar aku nilai sebuah kehidupan..Permulaan hidup dengan seribu keperitan dan di perjalanan hidup yang kutempuhi kini memberikan satu kebahagiaan..Nilai ketabahan menempuh onak dan ranjau terbayar kini..Walau aku tidak lagi menjadi penghuninya di situ tapi jauh di sudut hati aku masih menghargai setiap inci pondokku itu..Kerana setiap ruang dan sudut penuh dengan memori suka mahupun duka...

Isnin, 21 Jun 2010

Aimy Love Kucing

Anak ku yang sorang ni sememangnya suka sungguh dengan kucing..Pantang nampak kelibat kucing pasti dikejar dan ditangkapnya..yang bising aku dan ayahnya..Risau takut digigit kucing tapi anakku ini selamba je...
Mentang-mentanglah Aimy lahir di Kuching,minatpun kat kucing jugak...Elok sangatlah tu..

Syahbandar...

Terasa begitu lama aku tidak berkesempatan ke Taman Syahbandar,Kuala Terengganu..Apatah lagi pergi dengan insan-insan di bawah ini tanpa membawa anak-anak..Kalau lah tidak mengejar masa malam tu pasti aku ingin lepak lama lagi di situ...
Bersama Kak Long, Ida, Ja dan Kak Jan.
Lain kali kita lepak lagi ya...Sayang kalian semua.

Ahad, 20 Jun 2010

Album Keluarga

Bahagia rasanya balik kampung kali ini...berjumpa dengan semua keluarga dan segala yang kuhajati masa di Kuching dulu semua dapat kualami..Kenangan bersama kalian pastinya amat berharga dan tiada nilainya.
Alya dan Adam bermain pasir
Cheksu bersama Mak dan Sha
Mak yang kusayangi.
Bersama dengan Kak Long.
Suami tercinta.
Kak Jan bersama Aimy,Adam dan Fatin
Kak Long bersama anak-anaknya.
Kenangan tercipta antara kita.

Sejenak Di Jeram Pasu,Pasir Putih

Balik kampung kali ini,sempat juga aku sekeluarga bersama mertua dan adik ipar serta anak buah menghirup udara nyaman di Jeram Pasu..Walaupun hujan renyai-renyai menemani perkelahan ini,tapi telah menghiburkan hati anak-anakku yang gembira dapat mandi air terjun kat situ..Tapi malang pulak bagi anak lelakiku Alif yang demam tiba-tiba..
Sempat Posing Untuk Kenangan
Anis,Alya ,Armin dan Aimy
Aimy paling happy sampai terketar-ketar kesejukan.namun tetap nak mandi jugak.
Lagi gambar Aimy.

Kenangan Di Pantai Pagar Besi

Sememangnya aku dan pantai tidak dapat dipisahkan...Jiwa dah sebati dengan bunyi ombak yang menderu dan angin sepoi-sepoi bahasa yang mendamaikan...Pantai Pagar Besi ..Kini dirimu aku takluki..
Pantai yang bersih dengan ombak yang sungguh tenang...
Mandi manda antara aktiviti yang tidak aku lepaskan...sesekali mencari remis dan etak yang ada di dasar laut...
Senja hampit tiba.
Merakam kenangan bersama Aimy
Alya dan Adam
Bersembang di tepi pantai memang aktiviti wajib keluarga.
Kelihatan Pulau Bidong tersergam indah.
Di tepi pantai antara aktiviti  boleh dilakukan antara menulis  di pasir pantai dan main bola.
Mencari etak.
Mengamit hati untukku pulang.
Pulau Bidong dan Pulau Redang...
Mandilah sepuashati....Seronoknya rasa tak nak berhenti.
Pantai Pagar Besi dulu hati ini tak pernah terlintas akan datang menjadi penghuni.....Namun Pantai Batu Rakit tetap aku sayangi...

Kasih Adam Pada Aimy

Gelagat Adam sempat kurakam ketika penerbangan ke Kuching..Betapa sayangnya Adam pada adiknya walau apapun yang Aimy lakukan hingga menyakitkan dirinya tetap dia tersenyum menahan kesakitan dan langsung tidak memarahi adiknya yang semakin nakal..
Aimy dan Adam

Kg Halaman Kita terpisah Lagi

Pejam celik cuti persekolahan akhinya sampai ke penghujung..Esok bermula kembali alam pekerjaan yang penuh kesibukan...2 minggu dikampung terasa cepat benar masa berlalu walau pada awalnya hati tak sabar untuk melangkah pergi tapi di saat hari-hari terakhir ada keceriaan yang menghiasi membuatkan diri ini jua anak-anak serta suami aku sendiri menitiskan airmata dikala kaki melangkah meninggalkan insan-insan tersayang...
Anakku Alif yang dulu menitiskan airmata kerana sedih nak berpisah dengan neneknya..Sepanjang cuti di kampung dialah yang sentiasa tidur dengan nenek setiap malam..Raut wajah kesedihan dari rumah dan sampailah ke airport tak dapat disembunyikan..Akhirnya airmata mengalir laju membuatkan ayahnya dan kami terharu...Memang sedih tinggalkan kampung kerana bila kembali pasti ada yang berubah..
Merakamkan kenangan bersama Kak Long,Kak Jan,Ida,Mak,Fatin, Sha dan Amy...sebelum meninggalkan Terengganu..
Aimy bersama Cheksu dan Athirah..Mula menunjukkan kenakalan bila dah nak balik...
                                                               Senyum dalam tanggisan.....
Semoga kita bersua kembali....Memori bersama abadi di hati...