Ku abadikan sebuah catatan perjalanan kehidupan bersama anak pantai. renyai dan gerimis seakan mengiringi pertemuan seolah turut berduka akan perpisahan kita.. petang itu..di dalam keriuhan kita berbicara sendu..mengucapkan selamat tinggal demi panggilan masa yang bagai mencemburui.. di seberang sana kau melambai.. ku hanya mampu mendakap bayangan..ye perpisahan itu sering terjadi pada makhluk yang bernyawa..sehebat mana pun kita... tidak dapat pergi ke masa lampau..ku mampu hamparkannya pada potret kenangan... bergulung ombak membadai pantai tetap akan pergi jua.....
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Rabu, 14 Januari 2015
Pok Ngoh...pergi mu tidak akan kembali
Pagi ini dikejutkan berita kehilangan bapa saudara yang disayangi...Al Fatihah buat arwah Pok ngoh...😭😭😭😭😭semoga roh arwah dicucuri rahmat.
Sesungguhnya sejak berjauhan dari keluarga satu demi satu aku kehilangan insan tersayang tanpa sempat ku menatap wajah mereka buat kali terakhir...tipulah kalau tiada rasa terkilan dihati...rupanya hujan dari pagi yang mencurah-curah dan kelipan mata ku sebelah kanan semalam betul satu tanda mata akan megeluarkan airmata dan inilah sebabnya...sememngnya aku sangat kalau mata ini berkelip sebelah kanan sebab aku tahu akan berlaku sesuatu yang sedih.bukan sekali dua malah sudah beratus kali..inilah kelebihan yang Allah berikan supaya aku lebih bersedia...
Al fatihah buah insan yang kupanggil Pok Ngoh..
Tiada lagi insan yang akan kuhulurkan duit tiap kali aku menziarahinya..arwah pastinya tersrnyum bila berjumpa dengan tu..senyumannya yang ikhlas tiap kali melihat diri ini buat aku cukup bahagia..
Bersemadilah dengan tenang Pok Ngoh...Aamiin.
Hari Kedua Persekolahan 2015
Hari kedua persekolahan...semangat pagi ini ...bangun dan menyiapkan diri di fikiran ligat berfikir baju apakah yang ingin kupakai pada hari ini.
Hari selasa bermakna aku ada subjek PJK.nak tak nak terpaksa pakai baju sukan dan trek ...inilah pakaian aku benci.tapi tahun ini aku nak buat transformasi diri.
Lupakan benda-benda negatif sebaliknya sematkan setiap perkara dengan andaian yang positif.tak payah nak cari ketensionan sendiri..
So...dengan penuh bersrmangat kaki melangkah dan pada lagi ini walaupun hujan gerimis aku redah je main bola keranjang dengan budak-budak.berpeluh sakan aku dibuatnya..
Sebelum tu aktiviti PJK terpaksa dilakukan di dalam kelas sebab hujan.
Tengahari aku dah tukar baju..aku ni manalah boleh kalau tak pakai baju kurung..itu lebih selesa pada aku..pada orang lain aku tam tahu..yangvpenting aku hidup dengan cara aku walaupun terkadang cara aku ni menyampahkan orang lain
Seronok sungguh hari ini..mengajar Bahasa Malaysia dan Pendidikan Seni pun murid-murid dia sporting je dengan aku..aku pulok sentiasa positifkan diri tunjuk aku happy.usap rambut mereka lontar kan dengan kata- kata sayang ternyata kaedah itu berkesan.
Sebelum terlupa sempat aku kongsi seketul ayam goreng dengan murid aku bernama Nazmer..aku tahu dia suka ayam goreng..bila separuh ayam itu ku bagikan padanya berseri-seri dan bercahaya matanya...satu kepuasan yang tidak terhingga yang aku rasa.
Sebelum rehat pulok tertiba nurul anak murid down syndrom aku tertiba panggil aku untuk ke kantin.kalau kau orang baca apa yang menariknya kan...tapi bagi aku .amat menarim untuk kukenang pada hari ini sebab murid ini amat payah untuk difahami dan untuk aku dekati..tertiba dia menunggu aku untuk ke kantin bersama-sama.itulah yang menariknya.
Petang pulak terpaksa hadiri mesyuarat untuk majlis sambutan maulidur rasul pada hari Jumaat nanti.aku biasalah bahagian protokol...terpaksa jaga banyak bahagian...semoga segalanya berjala lancar..tapi lucunya aku buat perkara yang tak pernah aku buat dalam aku dengar radio senyap..pasang ke telinga sambil-sambil dengar dia orang meting...jangan ikutlah benda macam ini...hanya hari ini aku buang tabiaat kut...
Isnin, 12 Januari 2015
Sedihnya
Rumah yang banyak meninggalkan sejuta kenangan akan jua terpaksa ditinggalkan..aduhai malang menumpang ditanah orang inilah nasibnya..😂😂😂😂
Memikirkan kesedihan mak buat diri ini juga stress memikirkannya...sebolehnya tidak mahu mak terbeban dengan permasalahan itu..
Hari pertama persekolahan 2015
Seawal 6.00 pagi sudah bergerak menuju ke sekolah..sempat juga menghantar anak sulung.Alya ke sekolahnya..
6.20 pagi baru sampai .masuk parking dan berlari- lari anak menuju ke pejabat untuk krhadiran.kelihatan kereta honda jazz warna biru sudahpun berada diparking asalnya.bermakna cikgu hajah .bos aku dah berdiri tepi pagar sambut kehadiran murid-murid.
Lepas punch aku bergegas ke lobi..kelihatan guru disiplin.pengawas dan kaunselor sibuk .masing-masing dengan tugas yang telah dioertanggungjawabkan.alhamdulillah.
Aku pulak terus dapatkan mereka.
Periksa protokol dan skrip teks pengacara majlis.mohon pengawas rujuk dengan cgu hajah dahulu.
Periksa bunyi dan lagu
Tengok susunanan kerusi dan bantu sekali susunan.meja.
Majlis berjalan dengan lancar dan memakan masa yang lama sedikit.almaklum hari pertama banyak perkara perlu disampaikan.
Selesai perhimpunan terpaksa pula mwmbantu ibu bapa yang ingin mendaftar anak-anak mereka.hanya membantu sekadar yang mampu.
Kelas hari ini bermula 9.30.jadi waktu yang masih tersisa sempat jua menyapa pelajar baru PPKI.nak bagi mereka rasa selesa apabila kita sebagai guru layan mereka dengan mesra
Teruja pergi ke kantin sebab kantin yang baru.dalam kepala mesti best.rupanya sebalik yg berlaku makanan takde.tunggu masa yang lama dan harga yang mahal...aduh mengecewakan
9.30 mulakan dengan kelas ppki 3.ambil peluang kemaskan dulu kedai keusahawanan yang berdebu..alhamdulillah rajin mereka membantu.selepas itu matapelajaran seterusnya adalah keusahawanan.sedikit janggal rasanya dengan murid baru sebab ada setengah mereka yang kita tahu latar belakang mereka..bimbang tahap tinggi tapi redah juga
Semangat yang hilang membuatkan semangat kerja kurang.
Banyak memikirkan perkara ..buatkan aku stress dan kepala berdenyut hingga ke malam aku kena migrain.
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 44 ..buat teman .sahabat kekasih dan suami yang ku panggil mr budu.
Semoga panjang umur dan murah rezeki serta berada dalam kesihatan yang baik..
Saya sayang awk!!!!.
Jumaat, 9 Januari 2015
Nak bahagia ke???
KEBAHAGIAAN AKAN DIDAPATI SEKIRANYA MASING-MASING BERUSAHA UNTUK MENCAPAINYA
USAHA MESTI BERSUNGGUH -SUNGGUH
HATI MESTI IKHLAS
JANGAN BERPURA-PURA SEMATA -MATA UNTUK MENARIK PERHATIAN UNTUK DI KASIHANI
JADILAH DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN PASTI AKAN TERIMA KAMU DENGAN HATI TERBUKA..
Kenangan Dapur Kayu
Ramai diantara kita pernah merasa dan berpengalaman menggunakan dapur kayu seperti ini kan
Begitu juga pada diri ini..melihat gambar dapur kayu ini mengingatkan aku pada tahun- tahun 70an.80an dan 90an yang mana ketika itu aku di alam kanak-kanak dan remaja..
Kesempitan hidup keluarga ketika itu memungkinkan kami tidak merasa dapur gas atau dapur minyak tanah..
Bila masak di dapur bukan sahaja tangan comot dan hitam tetapi muka tidak ketinggalan di makeupkan dengan arang dan debu-debu kayu.terconteng di pipi itu perkara biasa.mata berair kerana sukar hidupkan api adalah setiap hari dialami.terkadang rasa malas tahap gaban bila waktu hujan kayu api basah..masa itulah memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk menyalakan api.
Kerana dapur kayu api ni juga dapur rumah ku terbakar tapi nasib baik dapat diselamatkan oleh orang kampung.ini kerana kenakalan salah seorang kakak dan abang aku bermain masak-masak ketika mak berusaha mencari sesuap nasi dengan mengambil upah mengukus laksam dirumah orang...
Dapur kayu juga meninggalkan satu kenangan bila mana ketika aku tercuai didapur..ketika air yang aku masak tertumpah keseluruhannya di atas peha kiri aku..melompat bagai monyet aku ketika itu menahan kesakitan...dan sejam kemudian airmata mula keluar dan aku menangis kerana tidak tahan kepedihan nya..bila tengok parut ni...aku tersenyum sendiri...itulah antara kenangan yang kurasa mahal untuk sebuah kehidupan..
Mood kerja tolonglah datang
Sudah mula mencuba memasukkan mood kerja..tiada lagi masa untuk negum2.duk meroyan dll...
Dah lama tersedar masa begitu pantas berlari tapi sayangnya biarkan ianya pergi begitu sahaja tanpa aku kejari...
Dalam kepala sudah bermain bermacam -macam perkara yang difikirkan
Rancangan tahunan dan harian belum lagi terusik..apatah lagi rancangan harian untuk hari isnin ini
Rancangan untuk HEM.Rancangan untuk Kelab Staf..Rancangan untuk projek keusahawanan dan fertigasi dan pelbagai lagi..
Tahun ini banyak jugak tanggungjawab untuk aku laksanakan..rasa mcm tak mampu..tapi aku akan cuba hadapi semampu yang dapat aku lakukan.
Kawan
Hidup ini indah ....kalau kita rasa ok dalam apa sahaja yang kau lakukan...
Tingkalaku kita pada zaman kanak-kanak dulu
Zaman kanak-kanak kita selalunya perkara-perkara yang macam ini sering kita lakukan..bila diingat dan dikenang....terharu pula...
Ini copy paste daripada orang lain yang sent pd saya.
Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak? Mustahil tidak pernah terjadi. Rugi kalau x tengok. Jom tgk:-
1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah ada orang bagi milo 'free', lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'm'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak
tengok bila lampu dia mati.
9. Main belon sabun dalam bilik air 'time' tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.
10. Fikir dunia kartun memang wujud.
11. Makan 'chewing gum'. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
12. Gigit kulit 'nugget' dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
14. Susun kusyen dan buat seni binaan.
15. Fikir 'sticker' lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
17. Lepas abis peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
18. Beli 'sharpener' yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
19. Hembus nafas kat cermin tulis 'saya sayang awak.'
20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.
21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
23. Bila 'blackout', pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.
25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.
27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.
28. Anda mesti tgh senyum sorang2 bila anda baca memori kat atas ni...
#salin klu pernah ada buat sume ini.. saya salin sbb saya tahu anda mesti pernah buat.. hihihi.. kenangan..😘
Rasanya semua kat atas tu aku pernah buat...rindunya zaman kanak-kanak dulu kan😂😂😂😂
Khamis, 8 Januari 2015
Menulis lagi...
Teman
Andai kau tahu
Erti sebuah senyuman
Terukir dibibir ini
Itu bukan satu kebahagiaan
Namun disebalik senyuman itu
Tersembunyi sebuah kelukaan
Kelukaan itu pula amat dalam
Sayangnya teman
Tidak kelihatan betapa dalamnya luka itu.
Hanya aku yang merasa sakitnya kelukaan itu.
Sakitnya pula kurawat dengan titisan airmata tika aku tidak mampu menghadapi kesakitan ini....
Teman..
Andaiku ketawa itu hanya sekadar lakonan
Yang aku ciptakan demi kalian
Moga kalian merasa pentingnya diri ini
Sentiasa ada dalam suka duka kalian
Sesungguhnya.ketawa ini hanya sekadar penghias suasana ...
Terima kasih teman...
Malam
Malam yang begitu panjang dirasakan..puas untuk melelapkan mata namun sukar jua..
Fikiran mungkin sedikit bercelaru...masih mencari keyakinan mencari semangat yang hilang...pergi bersama 2014.
Aduhai malam hanya engkau yang mengerti jiwa insan yang berada dalam kecelaruan emosi..tidak ada siapa yang bisa mengerti mengapa aku kini begini...tidak seperti dulu ...
Malam sememangnya cukup tenang untuk dihayati..mencari diri yang hilang ...hingga kini menjadi persoalan kenapa aku sering diuji sebegini ..
Hanya aku yang mungkin merasa keresahan
Adakah hanya aku yang mengharap...
Adakah hanya aku yang sedang nencari....
Persoalan yang tiada jawapan..
Isnin, 5 Januari 2015
Pajeri Nenas Belimbing Buluh
Ni gara-gara makan sekeping pajeri nenas kat sekolah baru aku terbayang-bayang.balik dari sekolah terus singgah kedai cari nenas sebab aku nak masak na makan puas-puas..apalagi tercapailah hajat aku ni..
RESEPI
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Rempah kari ikan
Sedikit kerisik
Nenas
Garam.dan gula
Sedikit santan
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan tumis kayu manis.cengkih.bunga lawang
Sedikit cili boh atau serbuk lada
Beberapa helai daun kari
Beberapa biji belimbing buluh
Cara membuatnya
Panaskan minyak dan tumidkan rempah ratus dan daun kari
Masukkan bawang dan halia yang telah diblander.tumis lagi
Masukkan rempah kari dan tumiskan lagi
Masukkan santan.serta bahan- bahan yang lain
Masak hingga pecah minyak dan hampir pekat.
Siap dan bolehlah di makan.