Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 19 Mei 2011

Video Azib

Buat Anakku Muhammad Azib, emak rakamkan video ini buat tatapanmu bila Azib dewasa nanti.Ketika ini usia Azib baru mencecah 54 hari.Semoga memori-memori emak bersama Azib sentiasa diingatan walaupun emak tiada lagi di sisi Azib dan di alam fana ini.

Happy Birthday Ustaz Badrol Hisham Majid

Happy BirthdayHari ini hari ulangtahun kelahiran rakan saya kat PPKI SMK Demak Baru, Ustaz Badrol Hisham Majid.Kak Ita doakan ustaz sentiasa dipanjangkan umur,murah rezeki,happy dengan insan tersayang disisi. Amin.
Semoga kita sama-sama bekerjasama berjuang untuk anak-anak istimewa kita yang tercinta.InsyaAllah..
Ustaz nie garang dengan anak-anak murid tapi dalam masa yang sama sangat prihatin,baik...

Rabu, 18 Mei 2011

Semangat....janganlah hilang..

Lonely GirlHari ini saya memulakan tugas sebagai guru setelah 2 bulan saya bercuti.hari Isnin baru nie semangat saya macam hilang..Saya takde mood nak ke sekolah dan kesempatan saya ambil saya bertugas menjaga pameran sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.Gembiranya saya bila terjumpa kawan saya semasa mengajar di semenanjung dulu.Beliau ialah En Parawes Abdullah yang sekarang ni di tempatkan di Kementerian Pelajaran.Banyak perkara yang dapat dikongsikan.Dulu En Parawes sebagai pembantu saya ketika saya menjadi Penyelaras di SMK Pandan Jaya.
Bukan senang nak mencari balik semangat saya yang hilang seketika.Saya frust sangat sebab usaha saya dipandang ringan oleh sesetengah pihak.Tapi bila saya fikirkan..inilah cabaran dan dugaan di arena pendidikan.Sebagai seorang guru sentiasa saya ingatkan anak-anak murid saya berusaha,sabar dan jangan putus asa.Kenapa saya tak ikut apa yang saya nasihatkan pada anak-anak murid saya kan...Justeru itu..saya ingin bangkit ,saya tak mahu tewas dengan ujian ini demi anak-anak murid tercinta.Saya nak jadi seorang guru yang akan dikenang sentiasa oleh anak-anak murid saya kerana kasih sayang saya dan dedikasi saya terhadap mereka.Kerana bagi saya anak-anak murid saya adalah hadiah yang tidak ternilai yang hadir menceriakan hari-hari saya.Saya menjadi guru dan berpeluang menjadi guru kerana adanya mereka..Sebab itu saya bangga menjadi sebahagian insan yang turut sama berkongsi suka duka dunia insan istimewa.Ya...saya bangga saya menjadi guru khas yang sesetengah orang memandang kerjaya guru khas ini sebagai tahap rendah dan tiada kelas.Biarlah apapun orang nak kata asalkan di mata murid khas, saya insan yang paling hebat yang dapat menjiwai hati mereka.

Hari ini juga saya harus tekadkan hati saya .Jangan berpaling lagi ke belakang.teruskanlah apa yang telah saya janjikan dalam diri saya.Jangan biarkan perasaan mengalahkan keazaman dan tekad saya ini..Saya harus kuat demi memastikan kebahagiaan saya dan kebahagiaan orang lain..Semalam yang berlalu biarlah berlalu.Mulakan episod baru .Walaupun hati saya terlalu berat untuk melepaskan...

Selasa, 17 Mei 2011

Happy Birthday Cikgu Johan

Birthday Graphic #374
Sebagai  seorang kawan ,pastinya saya tak lupakan pada seorang kawan saya nie Cikgu Johan Mohamad ..Dulu masa sama-sama mengajar di SMK Demak Baru selalu je saya dan dia ni bergaduh.Rasanya sebab saya berkongsi nama ayah yang sama Tulah buat saya dan dia suka kata mengata..Saya tahu dia jeles kat saya dulu sebab Pn Juita sayang saya..(Hahaha..Jangan marah)..Sejak dia dah tukar di SMK Muara Tuang nie hanya facebook jelah penyambung cerita.
Apapun hari ni hari jadinya..doa saya semoga kawan saya ni dipanjangkan umur,murah rezeki,dikurniakan cahayamata yang ramai..semoga menjadi penyalaras yang disayangi semua orang.Cemerlang di arena pendidikan dunia insan istimewa..Amin..
Birthday Graphic #370 
Hanya gambar kek je yang dapat dikirimkan sebagai penganti diri..hihi

Isnin, 16 Mei 2011

Hari Guru Untuk Semua

Sempena Hari Guru pada hari ini,saya kira ia sepatutnya disambut dan diraikan oleh semua.Kerana bagi saya kita semua adalah guru
Kita menjadi guru kepada diri kita sendiri
Dari masa ke semasa pengalaman yang kita tempuh,tanpa kita sedar telah mengajar kita mengenai kehidupan ini.
Ini bermakna kita telah mengajar diri kita sendiri ,kita memberi tunjuk ajar pada kawan-kawan kita,kita mendidik anak-anak kita mana yang baik mana yang buruk.
Kita membimbing dan menasihati rakan atau ahli keluargakita yang lain setiap kali mereka meminta atau memerlukan.
Bukankah semua itu menjadi guru.
Seperti kata Sayidina Ali, "dia tetap guruku walaupun mengajar sebatang Alif..."
Jadi semuanya dari kita adalah guru cuma secara langsung atau tidak sahaja.
Kepada semua
-SELAMAT HARI GURU-


 

Selamat hari Jadi Cikgu Deana

b56.gifAllah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamat kan Cikgu Deana.Allah selamatkan kamu.
Kak Ita doakan semoga kebahagiaan yang dikecapi ini akan berkekalan hendaknya.Panjang umur,murah rezeki dan dikurniakan cahayamata penyeri ikatan kasih sayang Deana dan Suami.Serta Selamat Hari Guru.Semoga sentiasa disayangi oleh pelajarnya dan menjadi pendidik yang cemerlang.

Sahabat saya dah pergi..

103.gifSaya dah hilang seorang kawan..sahabat dan teman..yang sentiasa memberi sokongan buat saya.Yang mengisi hari-hari saya dengan warna warni kehidupan. Yang tahu susah payah saya..Yang tahu tika saya suka dan duka saya.Yang mendengar apa luahan saya,marah saya,gembira saya,kecewa saya.Semuanya saya kongsikan dengannya.Kini semua sudah berlalu..
Mungkinkah saya akan jumpa sahabat sepertinya lagi..Saya rindukan hari-hari semalam..

Ahad, 15 Mei 2011

Esok saya kerja dah!!

Smiling And Saying Goodbye Betapa cepatnya waktu berputar.
Pejam celik esok saya akan mula kembali bekerja.Tidak terasa oleh saya 60 hari berlalu tanpa kepuasan.Sibuk melayan telatah dua orang anak kecil saya Aimy dan Azib membuatkan masa terisi dengan melayang karenah mereka.Pun begitu ,hati saya sudah diulit pilu mengenangkan mereka berdua akan saya tinggalkan pada pengasuh mereka.Saya cukup risau dengan kenakalan Aimy yang sentiasa ingin mengusik Azib.Pantang tidak terlihat oleh jangkauan mata saya ,ada sahaja perbuatan yang Aimy lakukan untuk mengusik adiknya.Terkadang tingkahnya menguji kesabaran saya. Esok pasti Aimy yang akan terasa ketiadaan saya.Semoga perasaan saya kuat untuk tinggalkan mereka berdua di rumah.Kalaulah saya dapat cuti yang panjang..kan best.Saya nak habiskan masa saya melihat pembesaran mereka di depan mata.Selama 24 jam masa beredar.Esok saya akan mula kembali sibuk seperti hari-hari sebelum ini.Murid-murid,buku,disiplin,mesyuarat dan apa sahaja aktiviti akan saya hadapi.Inilah dunia saya...dunia pendidikan yang menjadikan saya seorang guru.
 

Sabtu, 14 Mei 2011

Rindu Hingga Hujung Nyawa

15614.jpg
Rindu...
Tiada pengakhirannya...
Biarpun hari yang mendatang
Tidak seindah semalam..
Rindu ini mengusik hati..
Dikala dirimu aku kenangi
Biarpun cuba kuusirnya pergi..
Tetap datang mengganggu emosi
kerana rindu ini sudah sebati dalam hati..
hingga nafas ini terhenti...

Selasa, 10 Mei 2011

Lirik lagu nie bestlah


Yellow Rose

OST Cinta Melody – Aishiteru (Aku Cinta Kamu) Zivilia Band

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali
Kimi ga tooku ni ite mo
Kimi no omoi ga tsunagaru kara
Shinjiteru yo shinjiteru yo
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Wo..wo..wo..
Wo..wo..wo..a a ai aishiteru

(Best dengar lagu ni..sebab lirik dia betul-betul menyentuh perasaan)Layan..jelah..

Ahad, 8 Mei 2011

Selamat Hari Ibu (Mak) dan AL-Fatihah buat Ma(Ibu Mertua)


Happy Mother's DayMak..Selamat Hari ibu untuk MAK.Sesungguhnya saya bangga kerana dilahirkan dari rahim MAK. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati insan yang saya sayangi ini. Mak ,dari kejauhan ini ,saya iringi doa agar mak sentiasa sihat,dipanjangkan umur dan tenang hendaknya. Terima kasih mak kerana menjadi ibu dan guru yang pertama mengajar saya erti sebuah kehidupan dan menjadikan saya seperti hari ini. Dari kejauhan ini, tangan mak tak mampu saya capai untuk saya cium, diri mak tak mampu saya peluk ..saya ingin mak tahu SAYA SAYANG MAK..maafkan saya kerana ada tutur kata mahupun perbuatan saya yang sebenarnya bukan untuk menyakiti hati mak tapi tanpa saya sedari perbuatan itu membuatkan mak terluka.

Hati saya juga disambar pilu,kerana pada tahun ini,saya tidak lagi dapat mengucapkan selamat hari ibu buat ibu mertua saya.Hanya iringan bacaan AL-Fatihah buat arwah Ma.Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas arwah dan tenang di alam sana.Saya cukup faham dengan perasaan suami tercinta pasti hati digamit pilu kerana ucapan itu tak dapat dilafazkan seperti insan-insan yang masih mempunyai ibu.
Pada insan-insan yang bergelar ibu..saya ucapkan SELAMAT HARI IBU.Semoga kita menjadi ibu yang dibanggakan oleh anak-anaknya kerana didikan dan asuhan kita.InsyaAllah.

Sabtu, 7 Mei 2011

Tabahkan Hatimu Teman


Lonely GirlTeman terkadang kita bisa merancang segalanya.Namun hakikat yang harus kita akur Dia Yang Menentukan segalanya...Semoga dirimu tabah dengan ujian yang kau hadapi kini.Sebagai seorang kawan,sahabat dan teman hanya mampu berdoa dirimu berjaya mengatasi ranjau yang berduri ini. Aku tahu begitu sulit permasalahan yang alami ...hanya dirimu yang merasa perit.Tapi percayalah umpama cubit peha kanan peha kiri pasti terasa...Aku ingin kau tahu..diri ini sentiasa di sisimu..sama ada di waktu suka dan lebih lagi waktu dukamu.

Jumaat, 6 Mei 2011

Mak..Saya Rindu!!

Miss you mom...
Mak.
Saya rindukan mak
Walau sebentar tadi pandang dan bercakap dengan mak dalam telefon..tapi tak sama bila pandang mak dekat dengan saya.

Lirik Lagu Selamat Hari Ibu

Dedikasi lagu ini buat mak yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati

Selamat Hari Ibu  
Kumpulan Hujan

Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji
Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji


Gambar kenangan Mak dan Sa

 Bergambar kenangan dihadapan balai berlepas sebelum Mak dan Sa balik Terengganu.
Saya sedih nak lepaskan mak pergi..Tapi mak tetap akan pergi.Saat itu,semua saya lihat baik anak saya Alif dan juga suami seakan menyembunyikan satu perasaan,Saya faham mereka sedih seperti saya terutama Alif yang sangat rapat dengan neneknya.Begitu juga Aimy saat Mak dan Sa melangkah masuk ke balai berlepas ,Aimy berlari nak masuk ikut neneknya.Aimy dirumah memang terasa ketiadaan Sa dan neneknya.Nampak sangat kesunggulan di wajah ketiadaan neneknya.
Rumah saya dah hilang riuh rendah suara Mak dan Sa..Saya rindu saat itu lagil