Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Ahad, 8 Mei 2011

Selamat Hari Ibu (Mak) dan AL-Fatihah buat Ma(Ibu Mertua)


Happy Mother's DayMak..Selamat Hari ibu untuk MAK.Sesungguhnya saya bangga kerana dilahirkan dari rahim MAK. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati insan yang saya sayangi ini. Mak ,dari kejauhan ini ,saya iringi doa agar mak sentiasa sihat,dipanjangkan umur dan tenang hendaknya. Terima kasih mak kerana menjadi ibu dan guru yang pertama mengajar saya erti sebuah kehidupan dan menjadikan saya seperti hari ini. Dari kejauhan ini, tangan mak tak mampu saya capai untuk saya cium, diri mak tak mampu saya peluk ..saya ingin mak tahu SAYA SAYANG MAK..maafkan saya kerana ada tutur kata mahupun perbuatan saya yang sebenarnya bukan untuk menyakiti hati mak tapi tanpa saya sedari perbuatan itu membuatkan mak terluka.

Hati saya juga disambar pilu,kerana pada tahun ini,saya tidak lagi dapat mengucapkan selamat hari ibu buat ibu mertua saya.Hanya iringan bacaan AL-Fatihah buat arwah Ma.Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas arwah dan tenang di alam sana.Saya cukup faham dengan perasaan suami tercinta pasti hati digamit pilu kerana ucapan itu tak dapat dilafazkan seperti insan-insan yang masih mempunyai ibu.
Pada insan-insan yang bergelar ibu..saya ucapkan SELAMAT HARI IBU.Semoga kita menjadi ibu yang dibanggakan oleh anak-anaknya kerana didikan dan asuhan kita.InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!