Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 4 Februari 2011

Bila Jari Jemari menulis..

Friday Graphic #29 
Hari Jumaat yang indah..Suasana hari ini begitu mendung sesekali hujan renyai-renyai datang seketika menyapa alam dan makhluk di muka bumi ini.Tika jari jemari ini kutulis ada sinar mentari menjamah kulit.Terasa kehangantannya..Sesungguhnya hari Jumaat selalu membuatkan aku tersentuh hati .Entah kenapa jiwa dan perasaan pasti di kg halaman tercinta...Istimewanya hari Jumaat hanya ada di situ..
Rain Makes Everything Beautiful


Cuti sempena tahun baru cina ini , aku benar-benar menggunakan masa dengan berehat-dan berehat tanpa membuat sebarang kerja.Mungkin faktor diriku yang berbadan dua ini mudah membuatkan ku terasa begitu penat.Lama sudah tidak menikmati tidur di waktu siang.Tapi cuti ini membuatkan aku tidur...dan tidur..Bila mata terpenjam akan hadirnya mimpi tapi mimpi yang entah tak dapat kuingati...

Dreaming of you 
Sentiasa yang kuharapkan dalam mimpi biarlah mimpi itu indah...Mimpi bertemu dengan insan-insan yang aku sayangi dan rindui..Biarlah kini antara aku dan mereka terpisah jasad tapi sentiasa dekat kerana ditemani mimpi dengan kalian yang aku rindui..
Missing You 
Bila rindu itu datang ,mata ini tak lepas memerhatikan indahnya langit ciptaan Ilahi.
Whenever you miss someone... 
Apabila malam, bulan menjadi santapan mata,mengharapkan tika dan saat itu yang  kita sayangi turut sama melihat cahaya yang bersinar dari sinaran bulan..
Hai..entahlah terkadang hati meronta untuk kembali ke sana.Terkadang best jugak bila berjauhan tak terbeban dengan masalah orang..Apapun rindu mengamit pada kalian di sana..

Kenangan Yang Sempat Terakam

Family 
 Berposing sementara menunggu ayah dia orang membayar bil.Gelagat dia orang sentiasa mencuit hati.

 Kat Kedai jam
 Makan kat Keluang Station setelah penat bershoping
 Tersenyum nie bukan apa,suami tersayang belikan jam baru untukku...
 Menjamu selera di Pizza Hut
 Seronok tengok Aimy makan roti dengan sup.
 Alya dan Alif
Antara menu yang sempat terakam...
Yang penting masa bersama kalian adalah masa yang teramat bernilai...

Papan Kenyataan Pengurusan Disiplin dan Kaunter Sistem Merit Demerit

Pink Flowers
Papan kenyataan untuk Pengurusan Disiplin SMK Demak Baru aku mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk menyiapkannya termasuklah mencari bahan untuk dipamerkan. Memandangkan mengikut 5S yang telah ditetapkan.Pengurusan HEM bertemakan warna pink..Jadi papanku jua ini terpaksalah romantik sikit.


Di bawah ini pulak kaunter untuk pengurusan disiplin.Sehari suntuk juga menyiapkan segala keperluan daripada kecerian kaunter hinggalah pengemaskinian fail .Semuanya bermula dengan kosong.Perbelanjaan semuanya sendirian berhad pulak tu.Beginilah nasib setiausaha..Sememangnya hari Isnin,Selasa dan Rabu bagiku tiada cuti seperti guru-guru yang lain.
Kaunter betul-betul mengadap bilik pengetua.
Puas hati sangat-sangat kerana segala yang terakam ini kerja yang kulakukan seorang..Walau bagaimanapun aku rela untukmu DEMAK BARU...

PPKI 8 Berwajah Baru

seharian aku menyiapkan kerja -kerja menghias kelas PPKI 8.bermula pukul 7.30 pagi rehat jap untuk solat zohor lepas tu bersambung balik hinggalah pukul 5.00 petang.Penatnya hanya tuhan je yang tahu..Tapi berbaloi jugak kerana Tuan Pengetua menjadi orang pertama yang tengok hasil kerja aku nie..Gambar kat atas adalah hiasan di belakan kelas..
Gambar ni pulak antara suasana dalam kelas dia orang.
Sudut Sejarah dan Geografi
Sudut Bahasa Inggeris dan Agama Islam
Sudut Umum
Gambaran dari meja guru dan sudut kanan dalam kelas PPKI 8

Sudut Sains dan Motivasi
Sudut IT dan Bahasa Melayu.
Akhirnya impian aku nak jadikan kelas PPKI 8 berlatar belakangkan tema merah ,hitam dan putih menjadi kenyataan..Bayangkan semua yang di atas itu disiapkan dalam masa sehari..letihnya tak tercerita dan kos yang aku habispun boleh tahan jugak ..tapi tak apelah demi anak-anak murid PPKI..

Khamis, 3 Februari 2011

Maaf Kerana Terlepas Hari LahirMu..(Cheksu/Teman)

pic5.gif 
Buat Cheksu dan teman maaf kerana tidak sempat untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran buat kalian. pada 1 Feb.bukan tidak ingat tapi masa tidak mengizinkan.
Sorry It's Late
Semoga kalian berdua dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki..cemerlang dalam segala bidang yang diceburi.....Maaflah hanya ucapan saja yang diberi..Hadiah takde tahun ni..hihi
Wish you a many many happy returns of the day. May God bless you with health, wealth and prosperity in your life
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.
Its a nice feeling when you know that someone likes you, someone thinks about you, someone needs you;but it feels much better when you know that someone never ever forgets your birthday.”HAPPY BIRTHDAY”.
In soft gleaming night of stars,
May all your dreams come true.
May every star of every night,
Bring love and joy to you.
Happy Birthday to you.
Anak Pantai

 
 

l


Isnin, 31 Januari 2011

Sport Chek



JAWATANKUASA DISIPLIN SMK DEMAK BARU
PROGRAM : SPORT  CHECK DI SEMUA KELAS DAN TEMPAT-TEMPAT TERTENTU
(JUMAAT-21 JANUARI 2011)





MELIBATKAN SEMUA AJK DISIPLIN ,GURU BERTUGAS DAN PENGAWAS.
SPORT CHECK DIJALANKAN SEMASA PERHIMPUNAN RASMI .
PELBAGAI BARANG DIRAMPAS SEPERTI SURAT-SURAT BERUNSURKAN CINTA,MAKE UP,TALI PINGGANG, HELMET, BEG YANG TIDAK DIBENARKAN, AIR WANGI,PEMADAM LIQUID PAPER,ROKOK, PEMENTIK API, HANDPHONE DAN CHARGER.

Ahad, 30 Januari 2011

Aimy Gunting Rambut.


Red Roses and Teddy Bear 
Kali pertama bawa Aimy gunting rambut di kedai..Ingatkan susah nak gunting rambutnya yang sedikit tu..rupanya sangkaanku meleset .Aimy begitu seronok dan ceria sekali.Kos gunting rambutpun tak mahal RM2.00 je..Tapi biasalah bila rambut dah berubah watakpun berubah jugak...bertambahlah pulak keaktifannya..
Teruja Aimy dengan rupa barunya..

girl


Sabtu, 29 Januari 2011

Kelas PPKI 8- Pra 3K

Flowers 
Hari Jumaat (28 Jan 2011) baru berkesempatan untuk membuat aktiviti menghias dan mencantikkan kelas.tahun ni masih lagi kekal untuk memegang guru kelas PPKI 8.inipun kerana Penolong Kanan PPKI,En Jamal yang mahu aku teruskan menjaga kelas nie..Tahun lepas alhamdulillah PPKI 8 berjaya memenangi Kelas Paling Ceria pada Majlis Kecemerlangan dan motivasi dan Kelas Paling Meriah ketika Pertandingan Ramah Tamah Aidilfitri ..Jadilah dapat kalahkan kelas perdana..
Tahun lepas warna kelas ni aku buat bertema biru..Mulanya nak kekal je tapi aku sendiri lak yang terasa keboringannnya..Tahun 2011 ni bertukar tema iaitu merah,putih dan hitam..
Memandangkan kesuntukan masa ,tak sempat aku nak siapkan keseluruhan kelas ni..Banyak perkara lagi yang perlu difikirkan..


Pada teman-teman yang membaca blog saya nie..ada tak idea yang boleh dikongsi untuk saya mewujudkan satu kelas PPKI 8 yang canggih gitu..Hajat di hati nak letak ikan kat dalam kelas sebagai terapi untuk dia orang..
Red Rose 
Anak Pantai



 

Khamis, 27 Januari 2011

Buah kemunting.

Brazil Graphic #139 
Kali ini nak cerita pasal buah kemunting...Rasanya tak ramai yang tau kewujudan buah nie...apatah lagi merasanyakan..Buah kemunting takde dijual di mana-mana .Rasanya takdelah sedap sangat macam buah anggur tapi sedap bagi orang yang susah macam aku dulu buah nielah yang sentiasa menjadi bahan santapan..hihi..
Buah kemunting
Balik kampung hari tu ,aku tak lepaskan peluang mengutip buah ni terus masuk mulut..Kesian kat burung sejak aku ada kat kampung ,hilang punca pencarian burung...mak aku lagilah insan yang paling aktif mengutipnya..
Kini rasanya burung dah kembali ceria sebab aku dah takde kat kg.
Brazil Graphic #139

Telatah Aimy Mengusik Hati...

Kesian Aimy rasanya gambarnya banyak disimpan di dalam blog nie sahaja...Hanya beberapa keping je gambarnya yang dicuci...Nampaknya nanti tengoklah blog kalau nak tengok gambar Aimy masa kecilnya..

Rabu, 26 Januari 2011

Terima Kasih...I


 
Hari ni terasa lak nak ucapkan terima kasih pada insan-insan yang sentiasa ada di sisi..sama ada insan yang tersayang,kawan-kawan teman sejati ..Insan-insan ini tak pernah sesekali sunyikan diri ..Hadir di saat susah dan senangku..TQ..

Aktiviti Memasak PPKI- Membuat Goreng Pisang

Pagi Khamis yang cerah hari tu ...bangun pagi dah fikir apa yang akan aku buat untuk PPKI 3.Bermula pukul 7.10 hingga pukul 9.00 pagi kelasnya bersambung .Bermula dengan  matapelajaran Kemahiran Manipulatif lepas tu bersambung dengan Pendidikan Seni..Apa lagi strategi baru...KEMAHIRAN MANIPULATIF  + PENDIDIKAN SENI = KEMAHIRAN HIDUP..Hihi...pening kepala orang duk fikir kan...Cikgu Khas mestilah nak kena kretifkan..
Pertama kali dia kelas PPKI 3 nie di ajar masak..Seronok dan teruja sungguh mereka..Tapi permulaan pertama nie aku ajar buat goreng pisang dulu...Sebut pisang goreng nie..memang sedikit sensitif untuk aku...
Aku dan goreng pisang umpama isi dengan kuku...Suka...dan suka sangat dengan pisang goreng...kerana pisang goreng ...kaulah yang merubah segalanya..



Buah pisang ni jangan tak tahu banyak sangat khasiatnya...hihi.Kan dah melalut nie..Apapun tengoklah beberapa gambar yang sempat dirakamkan.

Masa aktiviti ini dijalankan kebetulan datang pegawai-pegawai dari Unit Pendidikan Khas...Senyum sampai ke telinga mendengar pujian daripada mereka...Sempat juga mereka merakam kan gambar dan menikmati juadah goreng pisang hari tu...

.Kedai Usahawan PPKI

Impianku untuk mewujudkan kedai usahawan untuk PPKI Smk Demak Baru kini menjadi nyata..Tak sia-sia aku buat kertas kerja. Ingatkan impian tinggal impian kerana begitu sukar untuk meyakinkan orang bahawa apa yang ingin kita buat tu sebenarnya banyak faedah yang akan diperolehi..Tanggal 24 Jan 2011 bermulalah episod baru program PPKI SMK Demak Baru iaitu beroperasinya Kedai Usahawan PPKI...

Di bawah ini adalah rakaman-rakaman yang menceritakannya.







Ini sahaja yang dapat di gambarkan oleh kami buat masa nie...Bila dah ada kedai ni ramai lak yang teruja...apapun TERIMA KASIH sangat-sangat pada Cikgu Khatijah kerana memberi sokongan sepenuhnya pada kak Ita