Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 2 Julai 2010

Lawatan Lembaga Disiplin SMK Demak Baru Ke SMK Tun Abang Hj Openg

Lembaga Disiplin SMK Demak Baru telah ke SMK Tun Abang Hj Openg..Antara objektfnya melihat pengurusan perjalanan disiplin sekolah mereka.Sekalung ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pengetua dan warga sekolah Tun Abang Hj Openg yang memberikan layanan yang begitu istimewa.
Lawatan hari itu hanya melibatkan Pengetua,PK HEM,Setiusaha Disiplin dan penolong serta Penyelaras Badan Pengawas...Janji pengetua akan datang lagi ke sekolah tersebut untuk membawa guru-guru yang lain.
Tidak banyak gambar untuk di kongsikan kerana kebetulah kamera pulak mengalami masalah bateri...

PPKI SMK Demak Baru Main Air..

 
30 Jun 2010 warga PPKI SMK Demak Baru ke kolam renang Kota Samarahan..Aktiviti setiap tahun yang sentiasa di tunggu-tunggu oleh pelajarnya tak kurang jugak cikgunya sekali..
Bergambar dulu sebelum pergi..
Memanaskan badan sebelum aktiviti...
Gurau senda dah lumrah murid dan guru..
Ada yang takut nak masuk kolam...
Cikgu Jamal Penyelaras  kita orang tak pernahpun nak mandi..tukang perhati je..
Tersengih PPM Din...bergambar kenangan sebelum pulang.
Memori tercipta di sini..
Bergambar dengan Kak Kam dan Cikgu Hassan sebelum pulang..

Jangan Pernah Berubah (HQ)


Jangan Pernah Berubah

biarkan waktu teruslah berputar
ku cintai kamu penuh rasa sabar
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan

cintaku padamu begitu besar
namun kau tak pernah bisa merasakan
malah kini kau ucapkan selamat tinggal
membuat keresahan

meninggalkanku tanpa perasaan
hingga ku jatuhkan air mata
kekecewaanku sungguh tak berarah
biarkan ku harus bertahan


jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah


jangan pernah kau coba untuk berubah
ku relakan yang indah dalam hatinya



Rabu, 30 Jun 2010

Isi Hati..Siapalah Akan Mengerti

Sepanjang minggu ini..Hari-hari yang berlalu hati sentiasa dalam keresahan..Dalam ceria ada gundahnya..Andai dapat kuundurkan putaran masa akan kuundurkannya kerana aku tak mampu nak berdepan dengan hari esok dan hari-hari seterusnya...Mampukah aku menghadapinya nanti...
Teman..maafkan aku kerana untuk kali ini aku tak mampu menjadi pendengar yang setia,aku tak mampu untuk berkongsi sedihmu kerana aku jua dalam dilema ..Aku jua tak mampu berkongsi perasaan denganmu lantaran aku sendiri berperang dengan perasaan..

Isnin, 28 Jun 2010

Memoriku Memorimu Jua


Memoriku silih berganti ada memori suka dan ada jua duka..Akan kupastikan memori itu tercatat disini..
Aku hanya seorang guru ..dan segala yang berlaku akan menjadi Memori Seorang Guru...

PPKI 2

Hari yang penuh ceria buat murid-murid PPKI 2..Tak terlayan diriku dengan karenah mereka..
Gelagat mereka terkadang menguji kesabaranku tetapi merekalah yang menceriakan hari-hariku....
Buat teman setia blog ini...Inilah hari-hari dunia seorang guru istimewa..

Sabtu, 26 Jun 2010

Rindu


Perkataan tidak dapat mengambarkan bagaimana perasaan kita,apa yang kita rasa dan alami...

Hari Pelanggan SMK Demak Baru

Hari ini perjumpaan dengan ibu bapa murid bagi membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka..Aku bersama Cikgu Rohana untuk kelas PPKI 8..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Ibu Sinthia sedang menyatakan sesuatu kepada Cikgu Rohana..

Soon Ann

Soon Ann itulah nama seorang insan yang pernah menceriakan hari-hariku semasa menjadi pendidik di SMK Pandan Jaya..Seorang insan yang aku langsung tidak mengenalinya tiba-tiba menjadi peminat aku yang setia selama aku di Pandan Jaya..
Dalam diam dia menyayangiku walau aku tidak mengajarnya ketika itu..Setiap hari pasti akan kelihatan kelibatya menunggu ku berhampiran pejabat sekolah..Yang paling buat ku terharu saban tahun dia sentiasa memberikan kukejutan apabila Hari Guru dan Hari Jadiku..Soon Ann walau di mana cikgu berada..Cikgu tetap mengingati Soon Ann..terima kasih Soon Ann.
Nota ini masih Cikgu simpan walau tahun telah lama beredar..Harapan semoga Soon Ann berjaya dalam hidup.
Memori-Memori kita bersama..tetap dalam ingatan..

Buat Teman yang Bernama Noni...

Petang tu terdetik di hati untuk kuselak album yang lama..Album itu kubuka satu persatu dan ada seorang yang membuatkan aku teringin untuk berjumpa dengannya..ZAINONI..
Seorang teman yang begitu baik ketika aku di SIF dulu..kita sentiasa bergurau senda dan suka duka kita berkongsi bersama..Kau pernah menjadi tempat kuluahkan perasaan kecewaku satu ketika dulu ketika kejujuran aku dipermainkan..Alhamdulillah kita bersama menjejaki menara gading..Tapi di manakah dirimu kini

Khamis, 24 Jun 2010

Buat teman


Jika suatu waktu kenangan datang menyapa,senyumlah dan berbisiklah bahawa itu adalah keunggulan jalinan hubungan antara kita tidak pernah terputus walau hakikatnya kita tidak seperti dulu...
semoga kebahagian sentiasa menjadi milikmu..

THINKING OF YOU

 


PPKI 6-Ceria

 
PPKI 6 pelajar -pelajar sebahagian besarnya lelaki..Hanya 2 orang perempuan je yang menjadi penyeri..Kelas yang penuh variasi,kenakalan,keriuhan dan sesekali menjadi hantu..Dalam seminggu hanya 2 masa sahaja aku bersama mereka namun ku akui semasa pengajaran dan pembelajaranku jarang sekali mereka ponteng..Semalam hari Rabu mereka dah ingat kan aku hari ini aku ada kelas dengan mereka...
Pengajaran hari ini,Azman telah mendapat ganjaran kerana menjadi pelajar pertama hari ini menyiapkan latihan dengan semuanya betul..Tahniah.Ambil gambar nie pulak setelah pengajaran dan pembelajaran selesai..
Tengoklah Rafidah dengan nyeyaknya tidur dari mula aku masuk mengajar sampai aku keluar..Tapi aku biarkan je dia tidur kerana bila jaga nanti siaplah kakinya merayau entah ke mana..Biar dia tenangkan perasaannya dulu..Yang lain senyum je sampai ke telinga..

Rabu, 23 Jun 2010

Terima Kasih Abe Atok

Sekalung ucapan terima kasih buat Abe Atok..Semoga kita bisa bertukar buah fikiran di alam maya penulisan kita.Terima kasih daun keladi..

Hidup Ini Umpama Pelangi

Lumrah kehidupan di alam fana ini..perjalanan umpama pelangi..diwarnai dengan pelbagai jalinan warna yang antara satunya membawa maksud yang tersembunyi. Setiap masa putaran warnanya bertukar..dan pastinya suasana juga turut berubah..Menjalani hari-hari sepanjang minggu ini ada keresahan yang melanda walau hati cuba menafikannya..Justeru itu,warna kehidupan yang menghiasi perjalanan hari-hariku ini pastinya suram..
Mencari kekuatan disebalik ujian ini,tapi seolah diri ini tidak mampu menghadapinya..Tuhan...berikanlah diri ini satu kekuatan untuk aku menempuh hari-hari seterusnya ..Jangan biarkan masa itu cepat berlalu..kerana aku takut menghadapi saat itu...