Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 29 Mac 2010

Persahabatan bertaut kembali.

Friends Are Always There
Tak sangka buat facebook tak sampai seminggu dah jupe balik teman-teman masa Sek Men Kompleks dulu..Memang tak terduga langsungpun dapat bercerita balik dengan Zue,Lina ,Emi, Mus dan Zulsyam..
Sesungguhnya zaman persekolahan kita banyak memori indah waktu persekolahan..Kini bila dah masing-masing jadi isteri dan suami...dan juga punya anak-anak baru bertemu balik.tu pun di alam maya je...Apapun Tq pada kalian semua kerana masih ingat diri ini...

Khamis, 25 Mac 2010

Aktiviti Hari ini.

Thursday Graphic #6
Aktiviti sepanjang hari Khamis(PKBP SMK Demak Baru)
  • Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
  • Sambutan Hari Jadi pelajar PKBP 8 (Ridzuan Azani).
  • Latihan Bowling di BDC,Tabuan Jaya.
  • Persedian Pameran Antarabangsa.

Rabu, 24 Mac 2010

Buat Cikgu Deana

A loyal friend
Semoga sentiasa berjaya di sana...Tabahkan hati dengan segala cabaran yang mendatang.

Rindu kat kalian

Miss U 
Rasanya setiap hari nak bagi tau diri ini sentiasa rindu pada insan-insan yang paling aku sayangi.....Moga kalian semua sentiasa dirahmati Allah..
Tengok gambar kat atas nie...sebenarnya ada kenangan jugak...Dulu masa kat kg aku sentiasa menyusuri gigi air dan pasti tangan tak akan lupa menitipkan beberapa ayat kat pasir tu.Bila ombak tu datang, catatan itu akan hilang,Bila hilang aku tulis lagi...Segala perasaan yang terpendam semuanya aku curah kat pasir tu...Kini dah ada bloq sendiri...pasir tidak kutinggalkan tetapi kerana bloq ada,curah kat bloq jelah..tetapi sesekali ke pantai pasti tangan tetap akan menari-nari menuliskan bait kata..Anak pantailah katakan.

Kau Tetap Abadi

Your friendship
Waktu yang berlalu........
Meninggalkan banyak memori
Cerita kita
Menjadi kenangan kini
Telah pun kusimpan
Dalam ingatan ini.
Segar di sudut hati
Kerana apa yang terjadi
Seperti mimpi-mimpi
Datang dan pergi
Suka duka kita silih berganti
Kita harungi dengan berani
Keranamu teman...
Tak terupaya untuk kutinggalkan
Walau memori baru sentiasa bertandang...
Kerana Memori bersamamu....
Abadi di hati...

Aktiviti Hari Ini

Happy Wednesday 
Aktiviti hari nie..pepagi sibuk dah buat kraftangan dengan kelas PKBP 2.Buat alat muzik maracas .Tak boleh nak tunjuk lagi.Minggu depan baru boleh tunjuk kat sini.Yang paling buat aku sibuk duk melayan murid-murid kelas perdana yang buat hal.Banyak jugak surat-surat pertuduhan perlu ditaip untuk mereka.Budak nie satu,dahlah tak pandai dan miskin lak tu,tapi miskin jugak budi pekerti...terharu aku ingat kesusahan mak bapak mereka tapi anak tak menghargainya..bila aku kenangkan sememangnya aku bertuah kerana Allah memberikan aku kekuatan untuk menempuh cabaran kemiskinan...Disamping tu jugak perlu kemaskinikan bloq PKBP jugak..Semua guru sibuk sekarang nie kerana persediaan pameran pendidikan antarabangsa di Kuching ,nanti.

Selasa, 23 Mac 2010

Hari Selasa Yang Sibuk

Tuesday Graphic #9Hari ini perjalanan pekerjaan sedikit kelam kabut.Apatahnya terpaksa uruskan surat-surat pertuduhan murid yang ponteng semalam...Tak dapat dielak terpaksalah suruh PPM Nilip untuk menjaga kelas..Tq deh atas kerjasama.
Hari nie ada satu perkara jauh di sudut hati ,aku terlalu pilu bila dengar khabar berita murid buta iaitu Farid akan diberhentikan dari PKBP...Nak buat camana aku kena ikut pihak yang lebih berkuasa..Kalau lah aku ,rasanya aku cuba memejam mata untuk biar kan saja dia di situ.Yang paling terasa tadi PPM Pauziah yang terus menanggis apabila kukhabarkan berita sedih nie...Mungkin hati kita berdua mudah tersentuh ...Tapi dalam hati terfikir jugak adakah orang lain berfikir macam yang aku fikirkan.....

Ahad, 21 Mac 2010

Airmata Rindu..

zwani.com myspace graphic comments 
Biar Derita
Biar sengsara 
Aku Rela
Asalkan Kau Bahagia
Itu Ku Ingin Kau Tahu
Duhai..
Ibu dan Ayahku.
Ibu bapa mertuaku
Suamiku
Anak-anakku
Juga darah sedagingku...
Jua insan-nsan yang menyayangiku...
Telah ku Cuba 
Melakukan Yang Termampu...
Demi kebahagiaan Kalian..
Cuma Maafkan Aku...
Andai Aku masih gagal Membuatkan
Kalian Gembira.




Sabtu, 20 Mac 2010

Ayat-Ayat Al Quran Yang Boleh Diamalkan

zwani.com myspace graphic comments 
  Untuk elak suami/isteri dan anak-anak bergaduh   Surah Al Baqarah - Ayat 102  
Ana-anak pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79  
Anak-anak lembt hati dan  elak panas baran   Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak-anak malas sekolah Surah Toha ayat 1-5  
Supaya Suami tidak kawin lain   Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil  
Ayat pendinding   Ayat akhir surah At Taubah  
Bagi anak-anak yang suka keluar malam   Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x  
Untuk menjadi pendinding rumah   Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah  

1 minit untuk mengingat Allah

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
*  SUBHANA'LLAH
*  ALHAMDULI'LLAH
LAA I LAAHA ILLA'LLAH
ALLAHU AKBAR
ASTAGHFIRU'LLAH
LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN


* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataaan


zwani.com myspace graphic commentsSemoga kita sentiasa di bawah kerahmatan Ilahi dan sentiasa tidak lupa akan pencipta kita...

Jumaat, 19 Mac 2010

Hari Jumaat Yang Rindu


zwani.com myspace graphic comments
Hari nie dah hari kedua dok kat hotel....Pagi tadi terima panggilan daripada mak ,Kak Long dan Achik..sebak rasa dada terharu dengar suara mereka ..
Apakan daya kita terpisah oleh laut Cina Selatan...





Percutian Yang Bermakna







Buat Suamiku...

zwani.com myspace graphic comments

Sesungguhnya aku bahagia menjadi isterimu....