Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 24 Mac 2010

Aktiviti Hari Ini

Happy Wednesday 
Aktiviti hari nie..pepagi sibuk dah buat kraftangan dengan kelas PKBP 2.Buat alat muzik maracas .Tak boleh nak tunjuk lagi.Minggu depan baru boleh tunjuk kat sini.Yang paling buat aku sibuk duk melayan murid-murid kelas perdana yang buat hal.Banyak jugak surat-surat pertuduhan perlu ditaip untuk mereka.Budak nie satu,dahlah tak pandai dan miskin lak tu,tapi miskin jugak budi pekerti...terharu aku ingat kesusahan mak bapak mereka tapi anak tak menghargainya..bila aku kenangkan sememangnya aku bertuah kerana Allah memberikan aku kekuatan untuk menempuh cabaran kemiskinan...Disamping tu jugak perlu kemaskinikan bloq PKBP jugak..Semua guru sibuk sekarang nie kerana persediaan pameran pendidikan antarabangsa di Kuching ,nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!