Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 31 Mei 2017

Resepi sekaya Telur

SEKAYA TELUR TERENGGANU

7 biji telur
1 kerek Nissang (gula melaka)
1/2 cawan gula
1 cawan santan
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-caranya:

- blend santan dengan gula dan nissang

- Tuang bahan tadi ke dalam telur kacau sampai sebati campur secubit garam

- Dah sebati tapis dan masukkan ke dalam loyang dan letak daun pandan

- Kukus lebih kurang 40 minit

- Dah masak bila sejuk letak dalam peti sejuk.

Resepi kek Marble

RESEPI KEK MARBLE SENANG BUAT

3 biji telur
1 cawan majerin
1 cawan gula castur/gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka

Cara buat.

1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.

2. Kemudian masukkan telur satu persatu.

3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.

4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau ratadan sebati.

5. Masukkan tepung yg dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)

6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .

7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.

8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.

9. Bakar selama 50 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga  masak

Seringkali

Seringkali
mencari salah di mana
namun yang dijumpa
hanya tanda tanya
Seringkali 
aku terkeliru
antara benci dan rindu
yang kutemu
hanya satu
rindu..
Namun seringkali aku berfikir
adakah rasa ini
sama antara kita
Seringkali
ingin rasanya ulangi segala memori
namun pasti 
tidak akan terjadi

CaTaTaN JeMaRi ..AnAk PaNtAi..: Petua Langsing....

CaTaTaN JeMaRi ..AnAk PaNtAi..: Petua Langsing....: Sejak dua menjak ni sangat rajin baca petua langsingkan badan..maklum kalau boleh nak kembali macam berat badan dulu 45kg-50kg..rasanya tak...

Kad daripada Azib

Kad dari Aimy


Lepas mandi pagi tadi buka beg makeup nak cari sikat rambut ada pula sekeping kad..buka tengok rupanya dari Aimy...terharu pun ada walaupun sentiasa kena marah tapi dialah antara anak yang sentiasa ke depan tika diri ini memerlukan.bab mengurut kepala ke kaki ke dialah yang paling rajin..
alahai Aimy,,pagi-pagi dah buat mata mak masuk habuk.
sebijik watak awak mewarisi ayahnya....



Resepi Miang Kham

Bahan-Bahan
Daun Kaduk
Kacang
Kelapa
Halia
Limau nipis/kasturi
Bawang besar
Cili padi
Udang kering
Kelapa : isi kelapa dihiris halus dan digoreng tanpa minyak (sangai)
Bahan kuah :
Air - 2 cawan
Gula melaka - 5 keping
Gula putih - 2 sudu
Belacan - besar ibu jari
Serai - 2 batang atau daun pandan
Cara sediakan :
Panaskan air, masukkan gula melaka, gula putih, belacan.
Kacau dengan api perlahan
Akhir sekali masukkan serai atau daun pandan untuk wangikan kuah.
Cara makan :
Gulungkan daun kaduk, masukkan semua bahan dan letakkan kuah balut dan makan.

Resepi Nasi Ayam Special

Resepi Nasi Ayam Special
Bahan-Bahan: Bahan untuk ayam (direbus) : *
* 1 ekor ayam dipotong 8
* 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
* 2 cm halia, ditumbuk halus
* 1 kiub ayam Bahan untuk ayam (diperap) :
*
* 1 sudu besar kicap pekat
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 cm halia, ditumbuk halus
* 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
* 1 sudu besar kicap cair
* Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
* 3 cawan beras
* 4 cawan air rebusan ayam
* 2 sudu besar butter
* 1 cm halia ditumbuk halus
* 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
* Sedikit garam
* 2 bunga lawang*
* 4 buah pelaga*
* 1 kayu manis*
* 1 batang serai ketuk
* 2 helai daun pandan
* Sedikit kunyit untuk
warna dan aroma Bahan untuk sos:
*
* 5 biji cili merah
* 3 ulas bawang putih
* 2 cm halia
* 1 sudu besar cuka
* 1 sudu teh garam
* 1 sudu teh gula
* 1/2 cawan air rebusan ayam Bahan untuk sup:
*
* Air rebusan ayam
* 1 biji bawang besar, dikisar
* Rempah sup bunjut
* Garam
* Daun sup dan daun
bawang yg dihiris Bahan untuk kuah kicap
: *
* Kuah kicap perapan ayam di atas
* Kicap manis cap kipas udang
* Sedikit garam
* Air rebusan ayamCara Membuat: Cara untuk ayam: *
* Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
* Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk
.
* Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
* Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu. Cara untuk memasak nasi:
*
* Basuh beras dan tos air
.
* Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa. Cara untuk memasak sup:
*
* Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
*
* Kisarkan semua bahan di atas.
* Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma. Cara untuk memasak kuah kicap:
*
* Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Resepi Pai Tee

Resepi Pai Tee

Bahan2 :
100g tepung gandum
110g tepung beras
(cap teratai @ 1gajah)
50g tepung jagung
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
350ml air
Acuan pie tee

Steps:

1. Pukul telur dalam mangkuk besar (cukup sekadar pukul macam untuk buat telur dadar, tak perlu sampai jadi foam)

2. Masuk semua tepung & garam ke dalam telur tadi sikit demi sikit, gaul sampai rata

3. Tuang air sikit demi sikit dalam adunan sampai sebati

4. Restkan adunan selama sejam

5. Panaskan minyak dalam 3/4 atau 1/2 periuk ( minyak macam untuk deep fried plus api jangan terlalu besar nnti shell akan hangus. Nak cantik pki api kecik but make sure minyak betul2 dah panas)

6. Rendam acuan pai tee dalam minyak yang dah dipanaskan tadi

7. Celup acuan panas ke dalam tepung & terus deep fried smpi shell meregang sendiri dr acuan

8. Tos minyak atas kitchen towel aka tissue. Sejukkan shell before tutup padat dalam tupperware. Siap!

*intinya ikut sukahati, inti mcm popia pun boleh

Resepi kueh pena

Kueh Pena
Bahan-bahan:-
2cawan tepong pulut(untuk bintang)
1cawan  tepung beras
1cawan tepung gandum
1 cawan Gula
6cawan santan
2biji telor
3 helai daun pandan (dimesin dgn kelapa)
sedikit garam
Cara-caranya :-
Kelapa, daun pandan dan telur di mesin dan perah untuk mendapatkan 6 cawan santan.Campurkan tepung ,gula dan garam.Masukkan santan kacau untuk melarutkan gula.
Tepung pulut di bancuh dengan sedikit air untuk menjadi doh,bentukkan bintang.Daun pisang di sapu minyak dan kukus bintang terlebih dahulu selama 3 minit setelah itu  tuangkan  adunan hijau dan kukus selama 5 minit nilah hasil nya.

Isnin, 29 Mei 2017

Menghitung memori

di keterbatasan waktu
menghitung jejak-jejak memori itu
muncul satu persatu
mengetuk hati jadi pilu

hari ini
kita hanya mengingati memori
tidak mungkin lagi untuk kita ulangi
sejarah silam yang hanya mampu tersimpan di sudut hati
biarpun memori membuat hati dilukai
bila dimbas lagi

namun aku bisa tersenyum mengenangkan saat itu
biarpun hanya Tuhan yang tahu
pedih di hati umpama tertusuk sembilu
namun mengapa masih ada rindu

hari ini
kita tidak lagi seperti dulu
kau dan aku kini tiada lagi bertemu
jarak dan waktu
jua
takdir penentu
terpisah oleh kehendakNya
jua kemahuan mu

-Anak Pantai-

Ujian Buat Kita

Ujian itu datang pelbagai cara
dan kali ini ujian itu betul-betul menguji ketabahan ,minda dan emosi diri ini
kerana awak sakit,saya belajar banyak perkara
ketabahan  melawan emosi,bagaimana nak teruskan pelbagai perkara serta membuatkan saya berani menempuh apa sahaja..paling ketara saya boleh tempuh jalan yang sibuk tanpa getar.yang ada difikiran saya nak tengok awak sihat
5 malam awak di wad sudah banyak menguji saya dan akhirnya sayapun tewas juga dengan kesihatan saya sendiri..
apapun mr budu semoga awak kembali sihat seperti sediakala



Gelagat Kelas KKBP K( Selfie itu cara kami)