Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 16 Oktober 2014

Resepi Mee Goreng



Bahan-Bahan
Sebungkus mee kuning
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu cili boh
1 sudu garam
1 sudu gula
1 sudu kicap cair
1 sudu kicap pekap
1 sudu cuka makan
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
sedikit isi ayam yang telah direbus
seikat sayur sawi
1 biji telur

Cara Membuatnya
Mee dicuci dan ditoskan
mayang bawang besar dan pukul bawang putih
Panaskan minyak dan goreng bawang dengan cili boh hinnga naik wangi
masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali sayur dan telur
Masukkan air rebusan ayam dan biar seketika
Masukkan telur dan sayur
Masukkan mee dan goreng hingga asap naik ke atas kuali
tambahkan lagi dengan daun sup atau daun saderi serta perahan asam limau kalau suka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!