Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 16 Oktober 2014

Nasi Lemak Lauk Ikan Selayang

Nasi lemak lauk ikan je
LikeResepi

Bahan-bahan:
3 cawan beras
3 cawan santan 
Secubit  garam
Secubit  gula
Daun pandan
hirisan bawang merah
1/2 inci halia dimayang
2 helai daun pandan.
masaklah dalam rice cooker.

Bahan-bahan Sambal Ikan


4-5 ekor ikan selayan l atau ikan kembung
9-10 keping asam gelugor
2 senduk sederhana cili boh
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
Gula nisan
Garam secukupnya
1 labu bawang besar (untuk hiasan)
Minyak
Cara-cara:
  • Rebus ikan dengan bersama  asam keping dan garam. Tambah air dah biar ikan masak dengan api yang kecil. * Makin lama ikan direbus/kukus, akan sedap lagi rasanya.
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan bawang besar. 
  • Dengan menggunakan minyak untuk menggoreng ikan tadi, tumis bersama cili boh hingga garing dan naik minyak.
  • Masukkan gula nisan, 
  • Masukkan air rebusan ikan. 
  • Seimbangkan rasanya. Masukkan ikan dan bawang besar. Masak lagi hingga bawang layu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!