Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Sabtu, 28 Jun 2014
Pentas lagi....
Minggu ini buat pentas lagi rasanya tugas buat pentas ni dah sebati dalam diri...apapun dibawa helah hasilnya...
Selamat Bertugas Di Tempat Baru....
Selamat bertugas ditempat baru buat kak nora,kak suzana dan Syaidatul..semoga lebih cemerlang ditempat baru..sedih untuk berpisah tapi tiap pertemuan pasti ada perpisahan...macam nilah kehidupan.
Ahad, 22 Jun 2014
CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ATLET SIHAT 2014,SPECIAL OLYMPICS SARAWAK KUCHING CHAPTER.
TEKS PENGACARA MAJLIS
PROGRAM ATLET SIHAT
2014 ANJURAN SPECIAL OLYMPICS SARAWAK KUCHING CHAPTER
1st
announcement
ASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHIWABARAKATUH DAN SALAM SATU MALAYSIA.
PARA
TETAMU DIMINTA UNTUK MENGAMBIL TEMPAT MASING-MASING KERANA MAJLIS AKAN
DIMULAKAN SEBENTAR LAGI,
TERIMA
KASIH.
2sd
announcement
KERJASAMA
PARA TETAMU ADALAH DIPOHON UNTUK MEMATIKAN ATAU MENUKAR TELEFON BIMBIT KEPADA
SILENT MODE,KERANA MAJLIS AKAN DIMULAKAN SEBENTAR SAHAJA LAGI
MENGUMUMKAN
KETIBAAN,
YANG
BERHORMAT,
DR .ABDUL
RAHMAN JUNAIDI,AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PANTAI DAMAI
BISMILLAHI
RAHMAANI RAHIM.
ASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA
YANG
BERHORMAT,
' DR
.ABDUL RAHMAN JUNAIDI,AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PANTAI DAMAI
YANG BERBAHAGIA,
DATIN
DAYANG MARIANI ABG ZAIN,PENGERUSI SPECIAL OLYMPIK SARAWAK KUCHING CHAPTER
YANG
BERUSAHA
PN ZURENA
HJ ZAINUDDIN,PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT,WAKIL PENGARAH JABATAN
KEBAJIKAN MASYARAKAT SARAWAK.
DR HO AI
CHIA,WAKIL PENGARAH JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK.
CIKGU
VENDERY MILAH NATA,KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS JABATAN
PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK ,WAKIL PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
DR
SUZALINNA SULAIMAN PENGERUSI AJK
PENGELOLA HAP 2014
BERUSAHA DR TOH TECK HOCK PENASIHAT KLINIKAL
PROGRAM ATLET SIHAT SPECIAL OLYPMPIC RANTAU ASIA PASIFIK .
CIKGU
HAJAH FATIMAH HAMID PENGETUA SMK DEMAK BARU KUCHING
TUAN
–TUAN ,PUAN-PUAN,
WAKIL
MEDIA
DAN PARA
ATLET SEKALIAN.
HADIRIN
DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN.
DARI
MELAKA KE NEGERI PAHANG
SINGGAH
DI JOHOR BELI BERANGAN
KAMI
UCAPKAN SELAMATLAH DATANG
APA YANG
KURANG DICACI JANGAN.
MAJLIS
PADA PETANG INI ,TERLEBIH
DAHULU,INGIN MENGALUKAN -ALUKAN KEHADIRAN YANG BERHORMAT,DR .ABDUL RAHMAN JUNAIDI, DAN
PARA HADIRIN SEKALIAN, KE MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ATLET SIHAT 2014 ANJURAN SPECIAL OLYMPICS KUCHING CHAPTER.
NYAYIAN LAGU NEGARAKU
BAGI
MEMULAKAN MAJLIS PADA PETANG INI DIJEMPUT HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN SAMA-SAMA BERDIRI UNTUK NYAYIAN LAGU NEGARAKU
DAN LAGU IBU PERTIWIKU..
**********************************************************
TERIMA KASIH.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN DIJEMPUT DUDUK
DOA
LEBAT KEMIRI POHONNYA RENDAH
DAHAN
TERIKAT TALI PERKASA
SEPULUH
JARI KAMI MENADAH
MOHON
BERKAT YANG MAHA ESA
BAGI
MEMBERKATI MAJLIS PADA PETANG INI INI,
DIJEMPUT USTAZ IBRAHIM BIN HALING UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN.
**********DOA
RECITAL*****
TERIMA
KASIH USTAZ IBRAHIM BIN HALING ATAS BACAAN ITU TADI.
**********************************************************
UCAPAN ALUAN
NAIK
PERAHU KE BALIK BALIK PAPAN
HATI-HATI
DI MALAM KELAM
SUDILAH
DATIN BERI UCAPAN
KATA
ALUAN PEMANIS KALAM.
MAJLIS
DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA DATIN DAYANG MARIANI ABG
ZAIN, SELAKU PENGERUSI SPECIAL OLYMPIK SARAWAK KUCHING CHAPTER UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN .DIPERSILAKAN.
TERIMA
KASIH YANG BERBAHAGIA DATIN DAYANG
MARIANI ABG ZAIN ATAS UCAPAN ITU TADI.
UCAPAN
PERASMIAN
CEMPAKA SARI WARISAN SEJATI
MENJADI
KEBANGGAAN SEISI NEGERI
UCAPAN
PERASMI MEMANG DINANTI
BERILMU
TINGGI BIJAK BISTARI
SETERUSNYA MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMJEMPUT YANG BERHORMAT DR .ABDUL RAHMAN JUNAIDI,AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PANTAI DAMAI
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS PROGRAM ATLET SIHAT 2014 ANJURAN
SPECIAL OLYMPICS SARAWAK KUCHING CHAPTER
DENGAN
SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
******UCAPAN
YB***********
MAJLIS
MERAKAMKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERHORMAT DR .ABDUL RAHMAN
JUNAIDI ATAS UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS PADA PETANG INI.
PENYAMPAIAN CEK
SETERUSNYA
MAJLIS MENJEMPUT EN RONALD LIN,PENGURUS BESAR PE LAND SDN BHD UNTUK
MENYAMPAIKAN CEK KEPADA PENGERUSI SPECIAL OLYMPIK SARAWAK KUCHING CHAPTER IAITU
YANG BERBAHAGIA DATIN DAYANG MARIANI ABANG ZAIN,
MAJLIS
MEMPERSILAKAN
PENYAMPAIAN
CENDERAHATI
SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DATIN DAYANG MARIANI ABG ZAIN PENGERUSI SPECIAL OLMPIK SARAWAK KUCHING CHAPTER MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA BERHORMAT. DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PANTAI DAMAI.
SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DATIN DAYANG MARIANI ABG ZAIN PENGERUSI SPECIAL OLMPIK SARAWAK KUCHING CHAPTER MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA BERHORMAT. DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PANTAI DAMAI.
MAJLIS
MEMPERSILAKAN..
UNTUK
PENGETAHUAN YANG BERHORMAT CENDERAMATA ITU TADI ADALAH HASIL KERJA MURID-MURID PPKI SMK DEMAK BARU.
MAJLIS
MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA DATIN.
TAKLIMAT DR TOH TECK HOCK
TUAN TUAN
DAN PUAN PUAN HADIRIN SEKALIAN
SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA DR TOH TECK
HOCK PENASIHAT KLINIKAL PROGRAM ATLET SIHAT SPECIAL OLYPMPIC RANTAU ASIA
PASIFIK .UNTUK MENYAMPAIKAN TAKLIMAT BERTAJUK PENGENALAN KEPADA SPECIAL OLYMPICS
DEMIKIANLAH
TADI TAKLIMAT RINGKAS OLEH DR TOH TECK HOCK SEBENTAR TADI.
MAJLIS
MERAKAMKAN TERIMA KASIH.
PERASMIAN BILIK DISIPLIN
SEBELUM
MENIKMATI JAMUAN MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID UNTUK
MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA ,DATIN DAYANG
MARIANI ABG ZAIN UNTUK MENGIRINGI YANG
BERHORMAT DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PANTAI DAMAI SERTA DIF-DIF JEMPUTAN BAGI UPACARA PERASMIAN BILIK GERAKAN PEMBANGUNAN ADAB DAN SAHSIAH
MURID .
DIPERSILAKAN.
.
JAMUAN
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN..
DIJEMPUT PARA HADIRIN UNTUK MENJAMU SELERA DI
KANTIN SEKOLAH.
SEKIAN
SAHAJA MAJLIS KITA PADA HARI INI.
SAYA
AKHIRI DENGAN WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH,WASSALAAMU'ALAIKUM WAROHMATULLAHI
WABARAKAATUH DAN SALAM 1 MALAYSIA.
Selasa, 17 Jun 2014
Tips belajar itu menyeronokkan .
Tip nak buat belajar itu menyeronokkan
1. Anggaplah buku dan nota sebagai teman karib yang faham isi hati kita,belajarlah berbicara dengannya.luahkanlah apa yang korang rasa,sedih ke,happy ke..
2. Bila buka buku senyumlah dulu kalau boleh biar sampai ke telinga...aura senyum tu buat kita lebih bersemangat nak belajar.
3. Buatlah perlumbaan sendiri antara kawan- kawan...siapa yang lebih dulu baca setiap topik...dalam kelas cuba-cubalah uji siap yang dapat jawab dialah hebat.
4. Cubalah setiap hari baca satu muka surat setiap mata pelajaran.daripada langsung korang tak baca...
5. Masa nak Study tu pilihlah tempat- tempat korang rasa buat korang tenang,kawasan bukit ke,tepi pantai ke,taman ke,bil stress lama mengadap buku bolehlah kita renung ciptaan Allah Yang Maha Besar..
6. Tanamkan dalam minda belajar tu satu pelaburan...kita belajar banyak ganjarannya tentulah lagi banyak kejayaan .lebih cemerlang lah korang dapat.
7. Fikirkan jugak rasa nak bangga kan kedua ibu bapa serta guru- guru atau paling pun untuk diri sendiri.
8. Senaraikan apa yang korang nak bila dewasa nanti kereta yang besar ,rumah yang 4 tingkat,baju yang mahal...semua tu bermula dengan kita harus belajar dan belajar.
9. Masa tulis nota tu gunalah pen warna warni..tulis nora dalam pelbagai bentuk.ikut minat korang...
10. Jauhkan sebarang bentuk teknologi,iPad ,laptop tv. Hp kerana benda- benda pembunuh senyap masa depan korang tanpa disedari
Itulah serba sedikit tip yang dapat diberikan...rasanya ada banyak teknik yang boleh korang praktikkan..ini sekadar sedikit dari Anak Pantai..hanya cikgu khas je.
Yang penting hitam putih masa depan sendiri yang menentukan...hidup ini usah dipersiakan...
Aktiviti Baru Jahitan tampal seribu...
Aktiviti baru yang aku buat untuk murid - murid aku...aktiviti jahit kain perca buat tampal seribu.bagi aku aktiviti ini menarik sebab hanya guna benda yang kita kitar semula je... Kotak- kotak dikutip kain carilah dengan tukang jahit yang baik hati yang boleh bagi kita free je.sebelum ni minat giler dengan felt..tapi bila lihat situasi sekarang yang ramai sudah dengan bidang Felt ini..terfikir lah Pulak kena cari kelainannya .
Pada cikgu -cikgu yang ajar Pendidikan khas tu aku cadangkan ini adalah salah satu aktiviti yang menarik dan boleh buat duit.tapi kerang memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi benda ni kalau tak kena gaya bukan murid je jemu cikgu pun jemu???aku cadangkan masa buat aktiviti ini !umpan lah murid tu dengan lagu- lagu kegemaran semasa baru dia orang tak berganjak duk menjahit..kalau tak jahit satu tinggal jahit tinggal.
Aktiviti ini ada juga keburukan nya tahu...biasalah beb semua ada baik dan buruknya...nak tahu
1.jari- jemari yang lembut korang tu akan rasa keras dibahagikan tepi sebab asyik duk tekan jarum je..kasar dan mengerutu.kadang- kadang dalam masa menjahit tu korang terjahit jari sendiri...biasalah akan keluar darah..tapi jangan bimbang lah tidaklah sampai bawa ke hospital...kecuali korang memang anak manja tahap maksima dari kecil...
2. Bila korang mula aktiviti ini,korang susah nak buat kerja lain,bersiap sedia lah dengan kerja- kerja yang tertunggak...sebab aku dah rasa..hahaaha
3. Satu lagi lengan korang nanti akan rasa satu perubahan yang lain dari yang lain...tapi itulah nama pergorbanan demi nak ajar anak- anak murid..sakit sakit dahulu senang senang kemudian,pakailah kata- kata itu untuk memastikan aktiviti korang ni berjaya ya...
Kat sini adalah sedikit ilmu yang aku bagi untuk korang rasa nak ikut ya...ini pun aku belajar dari seorang makcik masa aku melawat Kg Budaya hari tu...belajar dalam msa 5 minit..jadi bila korang tengok hasil kat baah tu janganlah kutuk Pulak...nak gelak pun agak- agak lah ya...( kalau korang gelak pun mana lah aku tahu) kesimpulannya suka hati korang lah..hahaaha...
Bahan
Kain perca atau kain yang dah tak pakai atau cari je kat kedai beli kain yang murah
Gunting
Kertas/ kotak
Benang
Jarum
Pembaris
Gunting kertas ikut acuan yang korang duka.bulat ke ,empat segi ke,tiga segi k..
Gunting kain
Balut kan kain dengan kertas
Buat banyak- banyak..kalau boleh lakarkan dulu corak baru mula mencantum
Nak buat macam ni ke
Atau macam ni
Ini dah siap alas meja
Bantal hiasan
Alas meja
Langgan:
Catatan (Atom)