Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Ahad, 22 Jun 2014

CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ATLET SIHAT 2014,SPECIAL OLYMPICS SARAWAK KUCHING CHAPTER.



TEKS PENGACARA MAJLIS
PROGRAM ATLET SIHAT 2014 ANJURAN SPECIAL OLYMPICS SARAWAK KUCHING CHAPTER



1st announcement
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH DAN SALAM SATU MALAYSIA.
PARA TETAMU DIMINTA UNTUK MENGAMBIL TEMPAT MASING-MASING KERANA MAJLIS AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI,
TERIMA KASIH.

2sd announcement 
KERJASAMA PARA TETAMU ADALAH DIPOHON UNTUK MEMATIKAN ATAU MENUKAR TELEFON BIMBIT KEPADA SILENT MODE,KERANA MAJLIS AKAN DIMULAKAN SEBENTAR SAHAJA LAGI


MENGUMUMKAN KETIBAAN,
YANG BERHORMAT,
DR .ABDUL RAHMAN JUNAIDI,AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PANTAI DAMAI


BISMILLAHI RAHMAANI RAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA

YANG BERHORMAT,
' DR .ABDUL RAHMAN JUNAIDI,AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PANTAI DAMAI


YANG BERBAHAGIA,
DATIN DAYANG MARIANI ABG ZAIN,PENGERUSI SPECIAL OLYMPIK  SARAWAK KUCHING CHAPTER

YANG BERUSAHA

PN ZURENA HJ ZAINUDDIN,PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT,WAKIL PENGARAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SARAWAK.

DR HO AI CHIA,WAKIL PENGARAH JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK.

CIKGU VENDERY MILAH NATA,KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK ,WAKIL PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
DR SUZALINNA SULAIMAN PENGERUSI  AJK PENGELOLA HAP 2014

 BERUSAHA DR TOH TECK HOCK PENASIHAT KLINIKAL PROGRAM ATLET SIHAT SPECIAL OLYPMPIC RANTAU ASIA PASIFIK .

CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID PENGETUA SMK DEMAK BARU KUCHING
TUAN –TUAN ,PUAN-PUAN,
WAKIL MEDIA
DAN PARA ATLET  SEKALIAN.




HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN.

DARI MELAKA KE NEGERI PAHANG
SINGGAH DI JOHOR BELI BERANGAN
KAMI UCAPKAN SELAMATLAH DATANG
APA YANG KURANG DICACI JANGAN.

MAJLIS PADA PETANG  INI   ,TERLEBIH DAHULU,INGIN MENGALUKAN -ALUKAN KEHADIRAN YANG BERHORMAT,DR .ABDUL RAHMAN JUNAIDI,  DAN PARA HADIRIN SEKALIAN, KE MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ATLET SIHAT 2014 ANJURAN SPECIAL OLYMPICS  KUCHING CHAPTER.


NYAYIAN LAGU NEGARAKU

BAGI MEMULAKAN MAJLIS PADA  PETANG  INI DIJEMPUT HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN  SAMA-SAMA BERDIRI UNTUK NYAYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU IBU PERTIWIKU..
**********************************************************
TERIMA KASIH.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN DIJEMPUT DUDUK


DOA

 LEBAT KEMIRI POHONNYA RENDAH
DAHAN TERIKAT TALI PERKASA
SEPULUH JARI  KAMI MENADAH
MOHON BERKAT YANG MAHA ESA

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PETANG INI  INI, DIJEMPUT USTAZ IBRAHIM BIN HALING UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA.

DIPERSILAKAN.

**********DOA RECITAL*****

TERIMA KASIH USTAZ IBRAHIM BIN HALING ATAS BACAAN ITU  TADI. 
**********************************************************




UCAPAN ALUAN


NAIK PERAHU KE BALIK BALIK PAPAN
HATI-HATI  DI MALAM KELAM
SUDILAH DATIN BERI UCAPAN
KATA ALUAN PEMANIS KALAM.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA DATIN DAYANG MARIANI ABG ZAIN, SELAKU PENGERUSI SPECIAL OLYMPIK SARAWAK KUCHING CHAPTER UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN .DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH YANG BERBAHAGIA DATIN  DAYANG MARIANI ABG ZAIN ATAS UCAPAN ITU TADI.



UCAPAN PERASMIAN


CEMPAKA SARI WARISAN SEJATI
MENJADI KEBANGGAAN SEISI NEGERI
UCAPAN PERASMI MEMANG DINANTI
BERILMU TINGGI BIJAK BISTARI

SETERUSNYA MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMJEMPUT YANG BERHORMAT DR .ABDUL RAHMAN JUNAIDI,AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PANTAI DAMAI
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS PROGRAM ATLET SIHAT 2014 ANJURAN SPECIAL OLYMPICS SARAWAK  KUCHING CHAPTER
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

******UCAPAN YB***********

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERHORMAT DR .ABDUL RAHMAN JUNAIDI ATAS UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS PADA PETANG INI.



PENYAMPAIAN CEK

SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT EN RONALD LIN,PENGURUS BESAR PE LAND SDN BHD UNTUK MENYAMPAIKAN CEK KEPADA PENGERUSI SPECIAL OLYMPIK SARAWAK KUCHING CHAPTER IAITU YANG BERBAHAGIA DATIN DAYANG MARIANI ABANG ZAIN,

MAJLIS MEMPERSILAKAN

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DATIN DAYANG MARIANI ABG ZAIN PENGERUSI SPECIAL OLMPIK SARAWAK KUCHING CHAPTER  MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA BERHORMAT. DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PANTAI DAMAI.
MAJLIS MEMPERSILAKAN..

UNTUK PENGETAHUAN YANG BERHORMAT CENDERAMATA ITU TADI ADALAH HASIL KERJA  MURID-MURID PPKI SMK DEMAK BARU.

MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA DATIN.

TAKLIMAT DR TOH TECK HOCK


TUAN TUAN DAN PUAN PUAN HADIRIN SEKALIAN

SETERUSNYA  MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA DR TOH TECK HOCK PENASIHAT KLINIKAL PROGRAM ATLET SIHAT SPECIAL OLYPMPIC RANTAU ASIA PASIFIK .UNTUK MENYAMPAIKAN TAKLIMAT BERTAJUK  PENGENALAN KEPADA SPECIAL OLYMPICS

DEMIKIANLAH TADI TAKLIMAT RINGKAS OLEH DR TOH TECK HOCK SEBENTAR TADI.
MAJLIS MERAKAMKAN TERIMA KASIH.




PERASMIAN BILIK DISIPLIN

SEBELUM MENIKMATI JAMUAN MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID UNTUK MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA  ,DATIN DAYANG MARIANI ABG ZAIN  UNTUK MENGIRINGI YANG BERHORMAT DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PANTAI DAMAI  SERTA DIF-DIF JEMPUTAN BAGI UPACARA PERASMIAN  BILIK GERAKAN PEMBANGUNAN ADAB DAN SAHSIAH MURID .

DIPERSILAKAN.

.


JAMUAN

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN..
 DIJEMPUT PARA HADIRIN UNTUK MENJAMU SELERA DI KANTIN SEKOLAH.
SEKIAN SAHAJA MAJLIS KITA PADA HARI INI.

SAYA AKHIRI DENGAN WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH,WASSALAAMU'ALAIKUM WAROHMATULLAHI WABARAKAATUH DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!