Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 14 Oktober 2013

Terima kasih PPKI SMK Sultan Omar

http://istimewapkbpsmkso.blogspot.com

LAWATAN KE PPKI(BP) & PPKI(BD) DI KUCHING, SARAWAK - PART III


Selain melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Bandaraya Kuching, kami juga berkesempatan melawat 2 buah sekolah menengah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi. 

 * PPKI (BP) SMK Demak Baru
 * PPKI (BD) SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang lawatan kami di dua buah sekolah tersebut :


Seawal jam 8.30 pagi, (Khamis - 5 Julai 2012) kami melawat sekolah pertama iaitu PPKI (BP) SMK Demak Baru


Lawatan untuk menambah  pengetahuan dan berkongsi idea serta pengalaman dalam dunia pendidikan khas


Kedatangan kami di sambut oleh guru-guru dan murid-murid PPKI (BP) SMK Demak Baru


 Persembahan nasyid oleh murid-murid PPKI(BP) SMK Demak Baru  yang sungguh menghiburkan dan sangat berbakat


Taklimat dan perkongsian idea oleh Guru Penolong Kanan PPKI(BP) SMK Demak Baru  iaitu Encik Jamal Shukuri Bolhassan


Ucapan balas daripada pihak kami oleh Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Dungun (Unit Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas) iaitu Encik Noh Ayob


Menerima cenderahati daripada pihak tuan rumah, PPKI(BP) SMK Demak Baru


Sebagai tanda kenang-kenangan, pihak kami turut memberi cenderahati daripada Terengganu kepada PPKI (BP) SMK Demak Baru


Berpeluang melihat demonstrasi menghasilkan kraf manik oleh murid PPKI (BP) SMK Demak Baru


Menghias tudung saji


Mendengar taklimat dan penerangan daripada guru pendidikan khas SMK Demak Baru, Puan Norzita Mohamed mengenai aktiviti keusahawanan mereka


Melawat tapak tanaman tomato yang menggunakan teknik fertigasi


Acara kemuncak, kami semua dijamu dengan jamuan yang sungguh meriah dan enak

JKR sahkan SMK Demak Baru selamat - Karya - Sinar Harian

JKR sahkan SMK Demak Baru selamat - Karya - Sinar Harian

KUCHING - Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan bangunan dan persekitaran Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru di Jalan Diplomatik di sini yang mengalami keretakan serta hakisan tanah, selamat untuk digunakan.
   
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata bagaimanapun siasatan JKR mendapati beberapa kawasan di sekolah itu perlu diberi perhatian.
   
"Hasil siasatan akan dilaporkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana mereka mempunyai peruntukan untuk diserahkan kepada JKR bagi penyelenggaraan sekolah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke sekolah itu, hari ini.
   
Fadillah yang juga Anggota Parlimen Petra Jaya, berkata beliau dimaklumkan mengenai keadaan sekolah itu yang terletak di bawah kawasan parlimennya sebelum pelantikannya sebagai Menteri Kerja Raya.
   
Sekolah tersebut siap dibina pada 2002 dan kejadian retakan dan hakisan itu dikesan sejak dua tahun lalu.
   
Terdahulu pada taklimat mengenai kerja baik pulih dan pembaikan sekolah itu, Penolong Pengarah JKR (Bahagian Infrastruktur Bangunan) Stanley Chai Chin Siong berkata pihaknya menganggarkan proses baik pulih berkenaan memerlukan RM2.16 juta. - Bernama

Alhamdulillah...semoga warga SMK Demak Baru sentiasa dilundungi oleh malapetaka.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Inilah Nasib Guru...


Saya sebenarnya menyokong penuh artikel yang dituliskan oleh  pengarang di bawah.Saya tahu semua kerja mesti kena ikhlas dan saya juga maklum semua bidang pekerjaan ada cabarannya.Namun sebagai seorang guru memang sangat terasa bebanan kerja sekarang berbanding ketika saya mula mengajar dulu.Terkadang saya sendiri cukup terkilan kerana tidak mampu memberikan pengajaran yang terbaik untuk murid-murid.pelbagai taklimat dan kerja yang perlu dilaksanakan secara online banyak mencuri masa guru untuk bersama murid-muridnya.Berfikir juga saya dalam hati adakah orang yang membuat perubahan ini hanya memikirkan satu sudut sahaja tanpa mengira sudut-sudut yang lain..
Rasanya telah banyak suara-suara guru yang tidak setuju dengan bebanan kerja bertambah sekarang ini..tapi apakan daya siapalah kami...suara yang tak pernah didengari..
terasa teramat rindu untuk kembali mengajar dengan menggunakan sistem lama dulu..
Inilah nasib guru...

DDD
Suara rintihan atau isu  para guru sering kedengaran sejak berpuluh tahun tetapi sehingga kini tidak pernah selesai. Memang tidak dinafikan ada tindakan penyelesaian diambil tetapi ianya banyak yang bersifat ad hoc dan political.
Berbagai kajian telah dijalankan oleh KPM sendiri misalnya tentang beban kerja guru tetapi penyelesiannya bukan mereka meringankan beban malah ditambahkan lagi beban  kerja hingga lebih berganda.
Lebih ironi lagi ialah tidak ada satu badan atau kesatuan pun yang bertindak atau mewakili semua guru. Sebagai contoh NUTP dan  KGLM selaku kesatuan yang disertai oleh ramai guru hanya memperjuangkan guru-guru lepasan maktab sahaja. Oleh kerana projek pensiswazahan guru, maka lulusan maktab telah dinaikkan status mereka secara ‘magic’ dan automatic kepada siswazah.
Laluan kenaikan pangkat bagi golongan  mereka lebih mudah dan pendek iaitu formula 8: 8: 5 berbanding dengan guru siswazah dengan formula ‘time-based’ 8: 8: 6: 3. Mereka juga berjaya’melangkah kepala’ guru-guru berijazah tulen walaupun yang ‘super senior’ dalam urusan kenaikan pangkat seperti menjadi GPK, pegawai di PPD, JPN, KPM  dan menjadi Pengetua. Lalu kesatuan-kesatuan ini terus menuntut keistimewaan mereka sebagai siswazah pula dengan ‘mengabaikan’ lulusan siswazah yang sebenar.
Terlalu banyak isu keguruan yang tidak selesai dan scenario ketidakadilan yang berlaku dalam profesion ini tidak pernah disuarakan oleh mana-mana pihak secara pro aktif. Akibatnya golongan-golongan ini berterusan  teraniaya tanpa pembelaan. Kita ingin mengenengahkan beberapa isu yang berkaitan.
Antaranya ialah masa kerja guru, beban kerja yang semakin bertambah, Pengetua/Guru Besar yang tidak kompeten, sistem kenaikan pangkat yang tidak adil, Kursus Upskilling guru, situasi tempat kerja yang tidak kondusif dan  kekurangan peralatan ICT dan ABM .
Dalam semua profesion, hanya keguruan sahaja yang tidak ada ditetapkan masa kerjanya.  TIDAK ADA SATU PIHAK pun yang memperjuangkan hak-hak guru dalam hal ini. Pada November 2012 kerajaan telah mengumumkan  sistem waktu bekerja 9 jam untuk para guru dimana Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak telah menjadi negeri perintis selama enam bulan sebelum ianya diperluaskan ke seluruh Malaysia.
Oleh kerana mendapat tentangan dari komponen Pakatan Rakyat dan dari Kesatuan Guru,  pada 28hb November 2012, Timbalan, Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah membatalkan perlaksanaan sistem ini.
Sebagaimana kerajaan pernah mengumumkan penghapusan yuran sekolah  dalam bajet 2008, para ibubapa terpaksa membayar sejumlah wang yang berkali ganda dari jumlah yuran sekolah itu sendiri. Perkara yang sama berlaku pada masa kerja guru.
Sebelum 2012, kebanyakan guru sekolah menengah harian biasanya balik pada jam 2.30 petang. Sejak awal 2012, terdapat pengetua yang mengarahkan guru bekerja sehingga jam 3 petang.  Malangnya guru hanya balik pada jam 3 petang Itu hanya untuk satu atau kadang-kadang 2 hari sahaja dalam seminggu. Selebihnya mereka pulang sehingga lewat jam 6.00 petang .  Di bawah ini dipaparkan jadual untuk menjelaskan pernyataan kami.
MASA KERJA GURU SELEPAS TAMAT WAKTU PERSEKOLAH  JAM  2.30 PM
PerkaraHariAktiviti selepas tamat sesi  Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) ) pada  2.30pm  dari Isnin hingga KhamisWaktuNota
IsninMesyuarat  dengan Pengetua setiap  Isnin dengan agenda yang karut marut dan salahguna kuasa memaksa guru hadir hingga lewat petang.3.00-5.00pm (atau 5.45 pm)Pembelajaran bermula pada jam 7.30 tapi guru datang seawal jam 7.00am
SelasaKokurikulum (1 Sukan 1 Pelajar) @ Mesyuarat Guru.3.00- 5.00pmBergantung kepada sekolah. Ada sekolah yg melaksanakannya pada hari lain.
RabuKokurikulum  (Badan Beruniform @ Kelab dan Persatuan)1.50pm – 3.30pmAda sekolah melaksanakan nya pd 1.50 – 4.30pm
KhamisMesyuarat hal ehwal sekolah seperti mesyuarat pantia, AJK kecil, koperasi dll3.00 – 4.30Hampir setiap minggu sehingga Oktober
JumaatPerjumpaan dgn pelajar/kelas tambahan3.00 – 4.00Sekurang2nya 1 kali dalam sebulan.
SabtuLatihan Dalam Perkhidmatan (LADAP), Kelas Tambahan, Sukan, Gotong Royong, Aktiviti In-House Training, Taklimat, Perjumpaan dengan PPD @J PNP  dll.8.00am  -12.00 @ 1.00pmSekurang2nya 1 kali sebulan dan ada sekolah yang memaksa guru datang sehingga 3 kali sebulan.
Jadi secara puratanya guru bekerja selama  10 jam dari Isnin hingga Khamis. Ini belum diambilkira kerja yang dibawa pulang ke rumah. Kita boleh rumus sendiri dari jadual kerja bagi pengendalian PBS dalam jadual seterusnya.
Kesan-kesan kepada pertambahan waktu kerja antaranya ialah:
Secara teorinya minda para guru akan lega sebaik sahaja mereka keluar dari pintu pagar sekolah. Oleh kerana pulang lebih lewat, mereka akan berfikir tentang banyak perkara khususnya guru perempuan iaitu tanggungjawab pada suami dan anak-anak. Ini mengakibatkan gangguan psikologi kepada guru dalam bentuk stress atau tension kerana beban kerja yang makin bertambah dan tekanan kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami/isteri secara normal.
Guru terpaksa berbelanja lebih membayar kepada ‘baby sitter’ setinggi RM15 bagi setiap tambahan 1 jam selepas jam 3 petang sebagaimana hari-hari biasa.
Apabila pulang sama (malah lebih lewat) dari waktu pejabat, jalanraya yang sesak pada ‘peak hour’ menyebabkan guru lewat sampai ke rumah. Solat Asar dilakukan di penghujung waktu.
Oleh kerana kami tiba lewat ke rumah, rutin kehidupan di luar kami hampir musnah. Jogging, bawa anak makan angin petang, berkebun dan sebagainya sudah sukar untuk dilakukan.
Pengetua-pengetua  yang berkursus di Institut Aminudin Baki (IAB) seolah-olah di ‘brainwash’ oleh IAB agar melaksanakan perjumpaan satu hari dalam seminggu dengan guru-guru semata-mata mahu mendengar celoteh KATUN mereka yang membosankan dan tidak berfaedah. Ironinya perjumpaan ini mengambil masa sehingga 3 jam.
Kandungan perjumpaan berkisar  sekadar mendengar motivasi dungu yang tidak bermutu dan meminta para guru berkongsi ilmu yang tidak kami minta dan hargai sama sekali. Perjumpaan/mesyuarat ini hanya boleh berakhir dalam masa 15 – 30 minit sahaja.
Tetapi aduan  rakan-rakan dari sekolah-sekolah yang lain adalah senada iaitu pengetua banyak cakap merapu dan tidak ada  walaupun ‘basic skill’ dalam mengendalikan mesyuarat.Oleh itu para guru merasa tertekan duduk berjam-jam dalam mesyuarat.
Bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula, guru memperuntukkan sekurang-kurangnya 2 jam bagi menyelesaikan tugasan mereka setiap minggu. Ini tidak diambilkira masa yang digunakan oleh mereka dirumah. Di bawah ini adalah jadual masa kerja guru dalam  pengendalian PBS bagu satu (1) kelas. Seorang guru biasanya diberi dua (2) sehingga empat(4) kelas PBS.
PERUNTUKAN MASA GURU DALAM PENGURUSAN PBS BAGI SATU KELAS
(PURATA 30 PELAJAR)
Perkara Menggubal/Menyiapkan/ Mengetip (stapler) dan Menyusun SoalanMenanda/Memeriksa soalan dan mengesahkan penglibatan pelajar dalam PBS( 10minit untuk setiap kertas/pelajar)Memasukkan Eviden Pelajar ke dalam failMendaftar /Key-InPencapaian Pelajar Ke dalam Sistem SPPBS
Masa2 jam30 x 10 = 300min / 5 jam5minit x 30 = 150 minit / 2 jam 30 minit.Sepanjang 2012, kami mengambil masa sehingga 2 hari utk 1 kelas kerana capaian internet yang lemah.
NotaJika guru itu mengajar 4 kelas, darabkan 30 org pelajar  (30×4 = 120 org  pelajar)
5. Kelemahan-kelemahan PBS yang tidak didedahkan ialah:
Kemudahan ICT sekolah amat mendukacitakan. Dalam sebuah sekolah yang purata bilangan gurunya ialah 80 orang, hanya ada dua(2) atau tiga (3) desktop sahaja. Oleh itu hampir SEMUA guru menggunakan laptop/harta mereka sendiri untuk menjalankan kerja kerajaan. Malangnya kerajaan sanggup bagi laptop percuma pada pelajar dan membiarkan guru dalam kerumitan mereka sendiri. Hanya profesion guru sahaja di mana mereka terlalu banyak menggunakan wang dan harta sendiri untuk buat kerja kerajaan.
Oleh kerana guru tidak dibenarkan mencari pendapatan sampingan, mereka terpaksa meminjam untuk membeli laptop bagi melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka. Harga laptop RM1500- RM2000., guna kad kredit atau hutang dan bayaran bulanan sehingga RM60 sebulan.
Capaian internet/schoolnet yang amat lemah menyebabkan guru terpaksa guna streamyx atau broadband. Bayaran sebulan ialah dari RM48 hingga RM148 sebulan.
Peruntukan masa yang terlalu lama oleh guru untuk mendaftar pencapaian pelajar secara online (kerana capaian internet yang lemah) dan pengurusan PBS yang lainnya menyebabkan mereka terpaksa melaksanakan sebahagian kerja ini di rumah. Sebagaimana yang pernah didedahkan dalam akhbar, kami terpaksa berjaga sehingga jam 3 atau 4 pagi untuk menyelesaikan kerja-kerja PBS.
Kesan kepada situasi ini ialah terjejasnya sistem rumahtangga dan  hubungan suami isteri sehingga membawa kepada pertengkaran. Masa yang selama ini dihargai dengan membelai anak-anak sudah berkurangan dan berlaku pertelingkahan suami isteri kerana  isteri (guru) terpaksa tidur lewat dan  mengabaikan anak/suami kerana PBS.
Kami pernah menghantar email kepada pihak Kementerian dan NUTP tetapi respon mereka sekadar menyiasat sahaja dan tiada tindakan. Nampaknya seolah-olah ada agenda yang tersirat dari KPM yang memang berhasrat untuk melaksanakan sistem kerja 9 jam secara senyap-senyap.
Malangnya tidak ada mana-mana badan yang berani menyuarakan keadaan ini.  Sebenarnya perkara ini bukan sahaja berlaku di Kuantan malah seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, kami amat berharap pihak tuan dapat melakukan sesuatu bagi kebaikan semua guru yang selama ini tidak mendapat perhatian serius dari pihak yang berkenaan.


Ahad, 6 Oktober 2013

Kita Praktikkan Ya...





 

Untuk En Suami...
Semoga kasih sayang yang ada dalam hati tetap utuh buat diri ini... 

Sabtu, 5 Oktober 2013

Hanya harapkan satu pengertian



Sememangnya apa yang berlaku adalah kehendakNya.
Siapalah kita untuk melawan apa yang telah ditentukan..
Hati seupaya mungkin cuba menerima dan pasrah dengan kejadian yang menimpa
namun disebalik itu terlalu mengharapkan pengertian  bahawa sesungguhnya diri ini tidak mampu melawan dugaan ini seorang diri..
betullah kata orang emak  tiada tukar ganti
kerana hanya dia yang memahami penderitaan dan kesukaran yang anak-anak mereka alami namun apalah daya diri tak mampu dikongsi penderitaan ini dengan emak sendiri..DEmi kesihatannya jua setiap hari terpaksa mencipta cerita palsu..
Emak..andainya kau tahu tika dan saat ini disebalik bicara riang dicorong hp itu  sebenarnya hati  anakmu ini menangis di dalam..terkadang hampir tersungkur dengan situasi sekarang...
tiada lagi nikmat lauk pauh atau makanan yang menyelerakan
lantaran tekak tidak mampu menerima kuantiti yang banyak.
tiada lagi keaktifan seperti semalam kerana tiada lagi kudrat tenaga.
tiada lagi lena yang panjang hanya menanti penuh debaran setiap waktu berputar..
namun apakan daya diri ini...penderitaan ini hanya diri ini yang rasa tak mampu dikongsi 
kerana diri ini tidak tahu pada siapa yang memahami dan mengerti apa yang dirasa saat ini...
jauh disudut hati sangat mengimpikan betapa diri ini terasa dihargai dan ada nilainya..bimbang kan diri ini berusaha untuk mengurangkan penderitaan ini.
sesungguhnya ini menyedarkan saya ,mungkin kehilangan diri ini sememngnya dinanti...
ditunggu-tunggu ...
apapun saya pasrah dah takdir diri ini sebegini..





Khamis, 3 Oktober 2013

Nak Cari Novel Saya Tunggu Awak..


Macam best je citer dalam novel ini..
tengok tajuk dia terus terpaut dihati
harap-harap adalah kat kedai buku kat Kuching ni...

Allah suka kita Meminta

Kadang kala kita terlupa Allah sentiasa menanti kita untuk meminta kepadaNya.


Jumaat, 27 September 2013

Jumaat yang mendung

 

Jumaat yang mendung
terkadang sesekali ada hujan renyai-renyai yang turun
sejuk dan tenang sesuai dengan hari Jumaat yang sungguh berkat ini
alhamdulillah kesihatan hari ini sedikit  baik
harap hingga sampai ke petang dan esoknya
tapi kita hanya mampu merancang
Semuanya Allah tentukan
masih lagi bercuti sakit
inilah tahun yang banyak menempuh ujian 
sapa yang ingin sakitkan
kerana bukan menyusahkan diri sendiri
tapi akan menjejaskan semua orang juga
kalau boleh tak nak orang lain merasa kesan kesusahan kerana kita
kita susah kita jelah yang rasa
kerana Allah nak uji kita sejauh mana kita menghadapi ujian ini
namun sesekali terasa juga  bila apa yang kita alami   tidak dimengertikan oleh orang lain
lumrahlah kan kita menjadi utama bila masa diperlukan tapi bila kita dalam kesusahan siapa pula yang akan membantu kita.justeru dalam hati kita tanamlah lebih awal bahawa orang tidak akan membantu kita ketika kita susah..jadi buatlah persediaan awal supaya kita tidak rasa terkilan nanti
menyentuh soal penyakit misteri ni
baru kini diri ini sedari dan memahami perasaan orang-orang yang terkena seperti diri ini sebelum ini
kegelisahan,murung,marah,rasa takut ,tidur yang tidak lena,dab hilang segala tenaga seolah-olah kita nampak seperti pelakon yang bersandiwara di atas pentas.
cerita kita mungkin tidak dipercayai oleh semua orang
mungkin dongeng atau rekaan.
namun itu juga ujian buat kita bagaimana kita menghadapi situasi seperti ini
percayalah tidak semua kita inginkan kesakitan
kalau boleh biarlah sihat memanjang
dan bukan jenis diri ini untuk menyusahkan selagi terdaya melakukan sendiri selagi itu akan melakukannya sendiri,cuma hanya meminta satu pengertian.
paling menyedihkan bila diri disalah anggap.
apa harus diri ini buat yang pasti Allah tahu niat dalam hati ini.
          
    

Khamis, 26 September 2013





 

Untuk En Suami...
Semoga kasih sayang yang ada dalam hati tetap utuh buat diri ini... 

Selasa, 24 September 2013

Apa Salah Diri Ini

Hari kedua bercuti sakit..ternyata masih tiada kudrat dan tenaga hingga ke saat ini.tangan dan kaki yang kebas kembali.perasaan yang tidak menentu serta hilang semangat untuk melakukan sebarang kerja.

 Cuti sakit dari hospital hanya dua hari je...esok bagaimana nak mullakan kerja balik.kali ini terasa sedikit berat diuji.tapi hati ini telah awal-awal positifkan minda agar tidak berprasangka dengan orang.Biarlah apapun orang lakukan pada pada kita tapi kita balaskan dengan kebaikan doakan agar beroleh kesjahteraan.Tidak pernah terduga akan melihat sendiri kaca dan miang rebung yang keluar dari betis ini.Patutlah betis seakan ada rasa yang mencocok..hingga kini betis ini masih terasa pedihnya..
 Liang roma terbuka selepas keluar kaca dan miang rebung tu..Tidak mhu menunding jari pada sesiapa tetapi ini adalah kehendak Allah supaya diriini semakin dekat denganNya.
Cuma tertanya-tanya dalam hati apakah kekhilafan diri ni pada orang lain..namun masih belum kutemui jawapannya..



Isnin, 23 September 2013

Aku Redha dengan UjianMu...

 Photo: La Tahzan :) Innallaha ma'ana :)
jangan bersedih :) Allah ada untuk kita :)



Islam is a muslim way of life
https://www.facebook.com/Islam.Is.Muslim.Way of life
Ingin menjadi insan tabah dalam menempuh ujian yang Engkau berikan Ya Allah
Bantulah diriku agar aku redha dengan ujianMu
Maafkanlah insan yang cuba membuat kejahatan pada diri ini
dan berikanlah dia rahmatMu,lapangkan dadanya dari sifat dengki dan irihati sebaliknya
berikan kesenangan dan kesejahteraan padanya
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Menyayangi..
Amin

Pasrah

https://www.facebook.com/IslamItuIndahDanMudah
jalani hidup ini dengan senyum dibibir biarpun hati menangis di dalam

Jumaat, 20 September 2013

Monolog Diri

SunsetDi kaki langit..fajar mula menyising
Alam ini begitu luas untuk diterokai...dan diinsafi kejadiannya..
Ya Allah bantulah diri ini untuk mendakap cintaMu..

Dulu Tak Percaya rupanya benar...


Photo: Get more Inspiring quotes at ═► Don't dare to show me attitude, cus U won't be able to handle mine
Salam pagi Jumaat ....pertamanya pastinya syukur alhamdulillah padamu Ya Allah kerana memberi peluang untuk terus bernafas serta memberi jalan untuk menyelesaikan masalah ini
Sememangnya apa yang didengar dan diberitahu oleh ramai orang pada diri ini rupanya betul
apabila diri sendiri merasa kesahihannya.
SEtelah kajian dan penyelidikan dilakukan seminggu ni hati semakin rasa yakin bahawa dalam badan ini ada penghuninya.
kemuncaknya semalam diri ini rasa begitu lemah..tangan mengigil dan tiada kudrat.badan berpeluh,hati resah ..dan pelbagai lagi rasa yang diri ini sahaja yang dapat merasainya.
dan malam tadi Allah membuka pintu hati ini untuk bertemu dengan ustaz ..
Hati berdebar tapi sangat teruja untuk tahu
kenyataan nya itu benar
Dapat dirasakan ketika ustaz membaca ayat-ayat al-quran..kaki dan leher begitu sakit
kemuncak bila diberi minuman terus diri ini muntah dengan banyaknya.tangan dan kaki yang sebelum ini terasa kebas sudah mula rasa selesa.
Ustaz memberikan beberapa nasihat dan ayat-ayat al-quran yang perlu diri ini amalkan.
Beliau menyatakan malam tadi adalah hanya permulaan rawatan untuk diri ini
Rawatan susulan pada minggu berikutnya akan dilakukan lagi.
Terima kasih Ya Allah kerana membuka jalan untuk diri ini keluar dari permasalahan.

islam3.gif

Sekitar Lawatan Dari PPKI SMK Changkat Lada,Perak Tengah