Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 14 Oktober 2013

JKR sahkan SMK Demak Baru selamat - Karya - Sinar Harian

JKR sahkan SMK Demak Baru selamat - Karya - Sinar Harian

KUCHING - Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan bangunan dan persekitaran Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru di Jalan Diplomatik di sini yang mengalami keretakan serta hakisan tanah, selamat untuk digunakan.
   
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata bagaimanapun siasatan JKR mendapati beberapa kawasan di sekolah itu perlu diberi perhatian.
   
"Hasil siasatan akan dilaporkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana mereka mempunyai peruntukan untuk diserahkan kepada JKR bagi penyelenggaraan sekolah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke sekolah itu, hari ini.
   
Fadillah yang juga Anggota Parlimen Petra Jaya, berkata beliau dimaklumkan mengenai keadaan sekolah itu yang terletak di bawah kawasan parlimennya sebelum pelantikannya sebagai Menteri Kerja Raya.
   
Sekolah tersebut siap dibina pada 2002 dan kejadian retakan dan hakisan itu dikesan sejak dua tahun lalu.
   
Terdahulu pada taklimat mengenai kerja baik pulih dan pembaikan sekolah itu, Penolong Pengarah JKR (Bahagian Infrastruktur Bangunan) Stanley Chai Chin Siong berkata pihaknya menganggarkan proses baik pulih berkenaan memerlukan RM2.16 juta. - Bernama

Alhamdulillah...semoga warga SMK Demak Baru sentiasa dilundungi oleh malapetaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!