Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 19 September 2013

Hanya Menulis

 
 amazing flower

Alhamdulillah masih bernafas lagi
rindu nak menulis so ambil kesempatan 5 minit nak tulis apa sahaja
kata orang buat terapi tenangkan hati.
  • Hari ni yang pertama bersyukur sangat pada Allah sentiasa memberi peluang untuk terus berubah...
  • Nak teruskan jadi diri sendiritidak perlu mengikut watak dan sikap orang lain..
  • Fikir positif dan sentiasa positif pasti hidup ini bahagia dan mendamaikan
  • sebagai seorang guru perlu sentiasa peka kemahuan anak-anak murid,rakan dan majikan kita
  • nak jadi guru yang sentiasa dihati anak-anak murid..suka dengar tiap kali datang ke sekolah..riuh memanggil nama,ada yang memuji dan setiap hari pasti ada ciuman dari anak murid..alhamdulillah..jiwa tetap bersama mereka .lihat anak-anak murid bahagia kitapun turut sama rasa bahagianya
  • terkadang sesuatu tindakan kita rasakan betul tetapi rupanya salah.jadi hati-hatilah dengan tindakan dan perbuatan
  • kawan kadang-kadang baik depan mata tapi belakang musuh kita yang paling utama.tapi maafkanlah andai ada kawan yang macam ni..dia tertekan sebab jeles dengan kita tapi kita yang tenang
  • dalam bekerja ikhlas dan jujur mesti selalu ada.sentiasa membantu disaat orang lain memerlukan .suatu hari nanti orang akan membantu kita dengan rela apabila kita susah
  • hidup ni senang je kalau kita tidak menyusahkan orang lain tapi menyenangkan permasalahan orang lagi lebih rasa bahagia.
  • Pada Allah sentiasa memohon jauhkanlah perasaan riak dan bangga dalam diri tapi kurniakanlah hati yang sentiasa lembut,sentiasa membantu.
cukup hanya disini..masa tidak membenarkan jemari ini untuk terus menulis...semoga Allah sentiasa memberikan kita hidayah untuk terus menjadinya hambaNya ynag soleh
Aminnnnnnnnnnnnn.

Pelajar buat saya menangis..

May God Bless You

Semalam hatii ini begitu tersentuh  dengan kejadian murid kehilangan beg duitnya.
aku ni sebut je guru disiplin tapi untuk mengambil tindakan pada murid tu yang paling menyeksakan.
Maklumlah Allah bagi hati ni sangat lembut..
Hahha perasanlah ni.
Apa yang nak aku citer kat ko orang ialah salah satu kes disiplin yang aku hadapi bersama dengan ketua disiplin semalam.
kisahnya begini.ketika kami memanggil ketiga-tiga anak yang bapanya telah memukul cikgu sebelum ni..tertiba pintu bilik adab diketuk oleh seorang murid lelaki.dengan mata nya yang merah nampak seolah lepas menangis memberitahu kami beg  duit adik perempuannya di di tingkatan 1 telah dicuri.beliu pula dengan begitu yakinmemberitahu siapa pencurinya.
dipendekkan ceriita ketiga-tiga pelajar dipanggil iaitu abang yang mengadu,rakan mereka yang disyaki pencuri serta adik perempuannya.siasat punya siasat memng benar budak itu memang berniat untuk mencuri beg duit adikknya itu.
Yang aku nak citer mengapa aku sedih bila aku tengok dua orang pelajar ni
kami bertanyakan kenapa bawa banyak duit ke sekolah.mereka adik beradik menjawab emaknya tiada duit pecah.duit itu ditukarkan dikantin.
mengikut peraturan sekolah,pelajar hanya dibenarkan membawa RM10 sahaja.jadi timbalan guru disiplin telah menelefon emak pelajar ni.
taulah citer sebenarnya..emaknya kini dalam pantang melahirkan adiknya.ayahnya pula bekerja sebagi rela.duit tadi adalah hasil jualan nasi lemak mereka di sekolah.
tindakan menjual nasi itu ditegur oleh cikgu ini,dan turut marah kerana pelajar ini pada awalnya menipu.
kedua-duanya tertiba menangis.aku pulak dari tadi walaupaun tangan laju mengambil keterangan tapi aku cukup rasa sebak.
tertiba airmata ini terus mengalir laju malah ternampak oleh pelajar ini.
mengapa aku menangis...nilah yang aku nak bagitahu kat ko orang.
aku menangis kerana mereka berdua bisa membawa balik kenangan aku ketika di sekolah rendah dulu.
aku juga seperti mereka membantu emak menjual gula-gula dan halwa betik setiap hari disekolah.malah untuk mengembirakan emak aku terpaksa menambah duit sendiri dan rela menahan lapar untuk mencukupkan duit hasil jualan.ini kerana ada rakan-rakan yang membeli tapi tidak memberikan duit.
aku tahu perasaan pelajar terpaksa menipu demi mak..aku tahu apa yang dia rasa.sebab itu mereka berdua hanya mampu menangis bila ditegur kesalahan mereka menjual di sekolah.
bagi yang tak pernah merasa peritnya mencari sesuap nasi pasti akan memandang dari sisi negatif tiap tindakan.walaupun aku akui memng mereka ini salah..tapi bagiku lebih baik daripada mereka mencuri.
Sebenarnya tiap tahun aku cuba untuk menarik diri dari jawatan setiausaha disiplin ini kerana aku dah tahu aku tak pandai nak marah dan denda pelajar yang buat silap.mudah rasa simpati apatah lagi kalau mendengar cerita -cerita yang menyedihkan...
 tapi nak buat macamana HEM ttetap menolak permintaan aku ni..



Isnin, 16 September 2013

Nak Jadi guru Yang bAaaaik TAK?




Photo: Another great idea for the first week back! Create a chart where students can tell you what kind of teacher they want. On a separate day create one about what kind of students you would want for the year. Keep this on display as a reminder about your expectations :) 
Sebagai seorang guru ,saya selalu berfikir bagaimana menjadi guru yang baik pada murid-muridnya.maklum murid yang saya ajar pula luar biasa.istimewa orangnya..terkadang kita sebagi guru khas terlupa murid khas juga sentiasa meletakkan  ciri-ciri guru yang mereka suka..
nak jadi guru yang baik pada mereka mestilah
  • Ramah
  • Selalu senyum
  • Selalu membantu murid-muridnya baik di dalam kelas   mahupun diluar waktu pengajaran
  • Sentiasa membuatkan mereka ketawa dan happy
  • Bergaya dan smart
  • Penyayang
  • Kreatif
  • Baik Hati
  • Memberikan kerja sekolah untuk dilakukan dirumah
  • ikhlas dalam mendidik
  • Pemurah dan tidak kedekut 
  • Tidak marah jika melakukan kesilapan tetapi sentiasa memberikan motivasi dan rangsangan untuk terus berusaha.. 
  • Tegas tapi lembut
  • Sabar 
Sayapun macam anda sentiasa cuba menjadi guru yang mereka suka    
harapnya...mereka dah suka
-Anak Pantai- 

Motivasi diri

Photo: Always believe That something wonderful is about to happen.
www.amazingfbpic.blogspot.com
Jangan melihat masa lampau dengan penyesalan, jangan pula lihat masa depanmu dengan ketakutan, tapi lihatlah sekitarmu dengan penuh kesedaran 
-J Thurber-

Petua Jadi Guru Yang Baik


Berikut merupakan 12 petua menjadi seorang Guru yang baik.
Happy Teacher's Day
  1. Buat perancangan  dalam seminggu perencanaan mengajar anda
  2. selalu update rencana pengajaran anda setelah dan sebelum mengajar
  3. tidur yang cukup setiap hari. Hal ini penting agar suasana hati kita terjaga dan tidak mudah emosi
  4. Bekerjasama dengan rakan-rakan guru yang lain secara formal atau informal.
  5. masuk kelas lebih awal.Kalau boleh   3 minit atau 5 minit lebih awal.
  6. Pelbagaikan strategi  atau rencana dalam mengajar, dengan demikian murid  yang cepat selesai tetap punya kegiatan
  7. saat mengajar sempatkan memotivasi pelajar. memotivasi itu bukan memuji karena memotivasi anda perlu mendalami karakter pelajar yang anda ingin motivasi
  8. Lontarkan senyuman pada seisi kelas
  9. ucapkan salam dengan semangat saat akan mengajar
  10. berikan soal yang menantang dan bukan sekedar sulit
  11. minta pelajar saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain ia sudah selesai
  12. kurangi gaya  ‘one man show’ saat mengajar, kurangi semangat untuk menceramahi pelajar. Biarkan pelajar juga berbicara di kelas, berbagi mengenai strateginya dalam menjawab soal yang anda berikan.
SEmoga kita menjadi guru yang baik dikalangan anak-anak murid kita .InsyaAllah!!

 

Sabtu, 14 September 2013

CARA BERKASIH SAYANG MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH



1. Tidur satu selimut bersama isteri


2. Memakai wangi-wangian


3. Mandi bersama isteri


4. Menyikat rambut suami


5. Membantu isteri di dapur


6. Minum bergantian pada tempat yang sama


7. Membelai isteri


8. Tidur dipangkuan isteri


9. Memanggil dengan kata-kata mesra


10. Berjalan berpegangan tangan

Petua Mendapat anak soleh

PeTUA mEnDAPAT anak SOLEH/SOLEHAH :
Pasti Hamil dalam 90 Hari

 
Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,


Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisikl
ah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.


Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.


Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan:


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

(Al-furqan : 74)

20 Amalan Romantik Suami Isteri

20 Amalan Romantik Suami Isteri 
Sumber:Pasti Hamil dalam 90 Hari's photo.


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Amalan Murah Rezeki

20 Amalan Murah Rezeki.

1. Menyempatkan diri beribadah
2. Memperbanyakkan istighfar
3. Tinggalkan perbuatan dosa
4. Sentiasa ingat Allah
5. Berbakti dan mendoakan Ibu Bapa
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7. Tunaikan hajat orang lain
8. Banyak Berselawat
9. Buat kebajikan banyak-banyak
10. Berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik selesai solat subuh)
11. Menjalin silaturrahim
12. Melazimi kekal berwuduk
13. Bersedekah
14. Melazimi solat malam (Tahajud)
15. Melazimi solat dhuha
16. Bersyukur kepada Allah
17. Mengamalkan Zikir dan Bacaan ayat Quran tertentu (zikir @ asma'ul husna)
18. Berdoa
19. Berikhtiar Sehabisnya
20. Bertawakal

Peringatan Untuk Kita Sebagai Ibubapa

Photo: JOM KONGSI PENGETAHUAN;-)..SEMOGA BERMAANFAAT..

LIKE Diary Ibu Mengandung & Si Comel

Amalan Sebelum Tidur


Sebelum kita tidur ,jangan lupa kita baca

Semoga kita sentiasa di bawah perlindunganNya..

Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

Kemahuan Isteri pada Suami



Seorang isteri biasanya inginkan perhatian sepenuhnya suami terhadap dirinya. Isteri akan susah hati apabila anda mula beri perhatian selain dirinya terutama apabila anda memuji wanita – wanita lain.

Seorang isteri inginkan suaminya meluangkan waktu bersamanya berbanding lepak di luar bersama rakan – rakan.

Seorang isteri mahukan komitmen dari suami terutama apabila melibatkan hal keluarga. Sikap suami yang selalu lepas tangan akan menyebabkan isteri rasa tertekan. Secara tidak langsung, hubungan suami isteri akan mula menjauh antara satu sama lain.

Seorang isteri mahu suaminya selalu memuji dan memikat dirinya. Sikap isteri yang mahu di puji bukanlah bermakna isteri itu bersikap gedik dan sebagainya tetapi dia cuma mahu dirinya di manja dan di belai suaminya.

Seorang isteri mahu suaminya sentiasa bersikap romantik terhadap dirinya. Setiap hari dia pasti berangan – angan si suami akan kejutkan dia dengan hadiah seperti bunga dan sebagainya. Wanita sangat suka pada perkara kejutan.

Seorang isteri juga mahu si suami selalu berbual dan bertukar pendapat dengan dirinya. Apabila berkahwin, isteri sebenarnya telah beri 100 % komitmen terhadap diri anda. Jika anda tidak berbual dengan isteri anda, tidak ada yang akan berbual dengannya. Oleh itu, rapatkan diri anda dengan isteri anda dengan selalu berkomunikasi dengannya dalam berbagai hal.

Seorang isteri sentiasa mahukan suami yang memahami dirinya. Dia mahu suaminya selalu menyelami hatinya.

Seorang isteri mahu suaminya sentiasa menggoda dirinya dan rasa seronok melakukan hubungan seks dengannya.

Seorang isteri mahukan seorang suami yang sentiasa menghargai dirinya. Maksud di hargai itu bukanlah suami perlu beri hadiah pada setiap masa. Ucapan terima kasih juga sudah memadai kerana isteri selalunya ikhlas berkhidmat terhadap keluarga.

Seorang isteri mahukan suaminya sentiasa beri sokongan terhadap dirinya. Dia mahukan suaminya percaya akan dirinya berbanding percaya pada orang lain.

Enam Kesalahan Dalam Mendidik Anak

6 Kesalahan Dalam Mendidik Anak

1. Terlalu lemah.

Ibu bapa memenuhi hampir seluruh permintaan dan tuntutan anak; anak tidak diajarkan mengenal hak dan kewajiban. Hasilnya, anak terlalu menuntut, marah dan merungut bila tuntutan tidak dipenuhi dan tidak memperhatikan kepentingan orang lain.

2. Terlalu menekan.

Ibu bapa mengatur dan mengarahkan aktiviti anak-anak tanpa memperhatikan hak anak untuk mengajukan inisiatif atau untuk mengembangkan minat dan aktiviti yang diinginkan anak. Hasilnya, anak bekerja dengan berpandukan petunjuk orang lain, perlahan, senang menunda-nunda pekerjaan, senang berkhayal, pelupa, senang melawan baik secara aktif maupun pasif.

3. Kesempurnaan / Perfeksionis.

Ibu bapa menolak bila anak tidak menunjukkan kematangan sikap yang jauh lebih tinggi dibanding taraf yang wajar sesuai tingkat perkembangan. Hasilnya, anak terobsesi untuk mencapai prestasi intelektual dan sosial, terlalu keras dan kritis pada diri sendiri, juga terobsesi pada penampilan fizikal.

4. Tidak memberi perhatian.

Ibu bapa hanya menyediakan sedikit waktu untuk memperhatikan setiap perkembangan anak dan membantu anak menempuh tahap demi tahap kehidupan. Hasilnya, anak tidak mampu membangun hubungan yang hangat dan bererti dengan orang lain, tidak pula boleh menikmati hubungan yang sihat. Boleh juga tumbuh jadi orang yang impulsif, akibat tak dididik untuk mengawal diri.

5. Terlalu memanjakan.

Ibu bapa terus-menerus menyirami anak dengan barang dan pelayanan istimewa tanpa mempertimbangkan keperluan anak yang sebenarnya. Hasilnya, anak jadi pembosan, kurang inisiatif, dan tak punya daya juang.

6. Tidak memberikan kepercayaan.

Ibu bapa seolah-olah mengagak kegagalan anak, kekurangan fizikal, dan meramalkan keburukan pencapaian dan karakter anak. Hasilnya, anak cenderung jadi pesimis dan mengembangkan sifat-sifat yang diejekkan orangtua.

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak

Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pa
da anak-anak.

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!


Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.


Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.


Promotelah Isteri Depan Anak-anak


Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.


Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!


Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

******************************
*************

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.


  sumber :Diary Ibu Mengandung & Si Comel

Doa untuk mengacarakan majlis

Doa

Baca doa Nabi Musa untuk memudahkan bicara dan melancarkan tuturkata:


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي


Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku,..” {Surah Thaahaa: 25-28}