Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 19 September 2013

Pelajar buat saya menangis..

May God Bless You

Semalam hatii ini begitu tersentuh  dengan kejadian murid kehilangan beg duitnya.
aku ni sebut je guru disiplin tapi untuk mengambil tindakan pada murid tu yang paling menyeksakan.
Maklumlah Allah bagi hati ni sangat lembut..
Hahha perasanlah ni.
Apa yang nak aku citer kat ko orang ialah salah satu kes disiplin yang aku hadapi bersama dengan ketua disiplin semalam.
kisahnya begini.ketika kami memanggil ketiga-tiga anak yang bapanya telah memukul cikgu sebelum ni..tertiba pintu bilik adab diketuk oleh seorang murid lelaki.dengan mata nya yang merah nampak seolah lepas menangis memberitahu kami beg  duit adik perempuannya di di tingkatan 1 telah dicuri.beliu pula dengan begitu yakinmemberitahu siapa pencurinya.
dipendekkan ceriita ketiga-tiga pelajar dipanggil iaitu abang yang mengadu,rakan mereka yang disyaki pencuri serta adik perempuannya.siasat punya siasat memng benar budak itu memang berniat untuk mencuri beg duit adikknya itu.
Yang aku nak citer mengapa aku sedih bila aku tengok dua orang pelajar ni
kami bertanyakan kenapa bawa banyak duit ke sekolah.mereka adik beradik menjawab emaknya tiada duit pecah.duit itu ditukarkan dikantin.
mengikut peraturan sekolah,pelajar hanya dibenarkan membawa RM10 sahaja.jadi timbalan guru disiplin telah menelefon emak pelajar ni.
taulah citer sebenarnya..emaknya kini dalam pantang melahirkan adiknya.ayahnya pula bekerja sebagi rela.duit tadi adalah hasil jualan nasi lemak mereka di sekolah.
tindakan menjual nasi itu ditegur oleh cikgu ini,dan turut marah kerana pelajar ini pada awalnya menipu.
kedua-duanya tertiba menangis.aku pulak dari tadi walaupaun tangan laju mengambil keterangan tapi aku cukup rasa sebak.
tertiba airmata ini terus mengalir laju malah ternampak oleh pelajar ini.
mengapa aku menangis...nilah yang aku nak bagitahu kat ko orang.
aku menangis kerana mereka berdua bisa membawa balik kenangan aku ketika di sekolah rendah dulu.
aku juga seperti mereka membantu emak menjual gula-gula dan halwa betik setiap hari disekolah.malah untuk mengembirakan emak aku terpaksa menambah duit sendiri dan rela menahan lapar untuk mencukupkan duit hasil jualan.ini kerana ada rakan-rakan yang membeli tapi tidak memberikan duit.
aku tahu perasaan pelajar terpaksa menipu demi mak..aku tahu apa yang dia rasa.sebab itu mereka berdua hanya mampu menangis bila ditegur kesalahan mereka menjual di sekolah.
bagi yang tak pernah merasa peritnya mencari sesuap nasi pasti akan memandang dari sisi negatif tiap tindakan.walaupun aku akui memng mereka ini salah..tapi bagiku lebih baik daripada mereka mencuri.
Sebenarnya tiap tahun aku cuba untuk menarik diri dari jawatan setiausaha disiplin ini kerana aku dah tahu aku tak pandai nak marah dan denda pelajar yang buat silap.mudah rasa simpati apatah lagi kalau mendengar cerita -cerita yang menyedihkan...
 tapi nak buat macamana HEM ttetap menolak permintaan aku ni..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!